Khamis, 28 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Sumpah laknat Datuk T tak ikut ajaran Islam- Ustaz Shamsul

Posted: 28 Apr 2011 08:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok. "Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li'an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, " ujarnya kepada Keadilandaily.

"Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri, "Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai," tegas beliau. Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak. "Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja.

Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah. Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam. Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

"Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar," jelas beliau. Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh. "Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak," tambahnya.

Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan. "Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat saja mereka ini," katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4./KeadilanDaily

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

Posted: 28 Apr 2011 05:16 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?

Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?

Tunggu kawan-kawan lain tolong sambung..../wfauzdin.blogspot.com

DATUK SK BOLEH BERSUMPAH SERIBU KALI SEBELUM BELIAU DITANGKAP

Posted: 28 Apr 2011 04:00 AM PDT

Kerana mu si buncit....
Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH dikatakan Datuk SK menyerahkan DNA nya kepada Polis, kini mara terus dengan kejahilannya untuk melakukan sumpah pula di sebuah masjid selepas Solat Jumaat esok. Adakah dengan caranya melakukan dua perkara itu akan membuatkan kita lupa bahawa beliau sepatutnya ditangkap atas kesalahan menayang dan mengedar video lucah?

Datuk SK mencabar DS Anwar untuk bersumpah bersamanya sekiranya Ketua Pembangkang itu menafikan beliau terlibat di dalam video seks berkenaan. Persoalannya, adakah DS Anwar akan mematuhi `ajaran' Datuk SK atau mematuhi nasihat dan fatwa dari Ulamak tersohor dunia Syeikh Yusof Al-Qardawi? Di dalam kaedah Islam, berani bukan bermakna berani melanggar hukum Islam tetapi berani sebenarnya adalah untuk menerima hukum Islam. Adakah Datuk SK berani berdepan dengan DS Anwar di dalam perundangan Islam di Mahkamah Syariah? Jika benar beliau berani, lupakan saja sumpah laknat yang sesat itu.

Ruang telah terbuka kini apabila kes video seks tersebut telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan di mahkamah syariah. Mungkinkah akan ada tangan ghaib yang akan menghalangnya seperti di dalam kes Liwat II sebelum ini? Sekiranya teramat sangat untuk melihat DS Anwar bersumpah, ini lah peluangnya kerana setelah kesemua bahan bukti atau saksi dibawa, jika Hakim berpendapat DS Anwar dan Datuk SK perlu bersumpah, maka DS Anwar sudah pasti akan mematuhinya. Itu pun jika mahkamah berpendapat dalam kes tuduhan zina ini ada atau tidak kaedah bersumpah setelah ketiadaan saksi.

Justeru itu, tiada bezanya perbuatan Datuk SK dengan Saiful sebelum ini. Saiful juga bersumpah dan Najib pun pernah bersumpah. Lojik pada akal, jika seseorang yang berani melakukan fitnah yang dosanya lebih besar dari membunuh itu, apa peliknya dengan bersumpah? Apatah lagi bila mengetahui segala kerja jahatnya itu dijadikan bahan ketawa orang ramai maka mereka tiada pilihan lain melainkan menggunakan senjata akhir iaitu bersumpah laknat. Rakyat pun tahu, tanpa sumpah laknat pun puak ini memang telah dicop sebagai laknat kerana menayangkan video lucah.

Bayangkan Ketua Paderi Kristian Katholik pun mengkritik pihak media terutamanya TV3 suku yang suka menayangkan video seks berkenaan. Di mana suara Jamil Khir, Mashitah dan yang lain-lain itu? Memalukan kita kepada Paderi Kristian ini./wfauzdin.blogspot.com

VIDEO SEKS SIRI II - SYABAS BLOGGER KITA BERJAYA BONGKAR TIPU DAYA MEREKA..

Posted: 28 Apr 2011 01:28 AM PDT




Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. Rujuk gambar-gambar di bawah.

Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.

Jelas sekali memang ada seseorang yang sedang menyaksikan adengan seks berlangsung.

Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah.

Tiada ulasan: