WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan
- POLITIK UMNO DIMANA SEBENARNYA
- UMNO Pelawa PAS Sebab Terdesak Dalam BN
- Najib: ‘Jika PAS tak masuk BN tak apa, tapi keluarlah Pakatan’
- Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas
- UMNO Pelawa PAS Sebab Terdesak Dalam BN
- Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM
- Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar
- Sejuta bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri...
- Sumpah Laknat Tak Apa - Najib
| Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan Posted: 30 Apr 2011 06:29 PM PDT
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini. Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah."Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini. Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September. Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013. Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset. Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset. Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga. Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih. Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan. Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh "Datuk T" yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri. Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu. Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu. Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh. "Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka."Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno," kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno. Anwar dipecat pada September 1998. Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu. "Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan? "Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia," katanya lagi. Oleh Shazwan Mustafa Kamal - Malaysian Insider |
| POLITIK UMNO DIMANA SEBENARNYA Posted: 30 Apr 2011 04:00 PM PDT
OLeh: Amiramiruddin
Malunya menjadi ibu bapa diketika ini.Bukan malu kepada diri sendiri, akan tetapi malu kepada anak-anak yang sudah dewasa di alam persekolahan sekolah menengah.Kalau di peringkat Universiti lain pula ceritanya ..sebab boleh berfikir walau sebahagianya tidak memikirkannya disebabkan dengan berbagai aktiviti ,akan tetapi tidak lah sesusah menerangkan kepada anak-anak yang masih kecil . Sampai ke tahap inilah Umno mahu memegang kuasa sehinggakan Anwar ini adalah musuh utama Umno dari usaha memajukan kaum Melayu dan meningkatkan ekonomi Negara hatta mahu membenteras rasuah, dan memperbaiki system dalam Negara ini yang masing-masing melihatnya sebagai dilanda kebobrokan.Sebut sahaja system apa? Kehakiman,pertahanan,kewangan,pembanggunan,pendidikan malah lain-lain system sekali pun ada sahaja yang menjadikan ianya sebuah Negara yang tidak kompitan malah dikaitkan pula dengan rasuah.
Anwar sebenarnya adalah ikon golongan anak muda dan golongan pertengahan kini..membangun bersama dengan kehadiran zaman reformasi di ketika itu, membesar di ketika anak muda mula menyokong Pakatan Rakyat.Membesar dan mula mengerti akan perjuangan dan reformasi.Mula memahami erti rasuah dan kejahilan sistem kerajaan . Maka sudah tentulah dalam usaha yang sama rakyat mula cerdik dan bijak dalam usaha menapis semua maklumat yang disumbat media Umno.Rakyat bukan zaman dulu, zaman moden yang mendapat maklumat di merata tempat.
Namun pimpinan Umno tidak melihat ini sebagai satu kebijaksanaan rakyat untuk menilai usaha mereka merendahkan umat Melayu dan masyarakat Malaysia yang melihatnya sebagai jijik.Tokoh-tokoh yang tampil dengan nama Dato T sebenarnya bukanlah alim benar dan pernah di dakwa dengan berbagai dakwaan sebelum ini. Zaman mereka telah berlalu dengan berbagai kerosakan.Umno tidak perlu bergantung usaha sekuat ini kerana ini bukan usaha untuk menanam minda supaya menerima apa yang di sumbat.Umno kena lihat bahawa usaha menyumbat maklumat yang tidak benar ini akan memakan diri meraka sendiri.
Kini rakyat melihat politik Umno yang sedang nazak dan berusaha bermati- matian untuk memenangi hati orang Melayu nampaknya tidak akan kesampaian.Malahan akan ada penyokong Umno sendiri yang akan memarahi pimpinan mereka dalam usaha menegakkan dan mempertahankan kuasa mereka.Usaha Najib memberi Nasihat kepada PAS sebenarnya memperlihatkan kepada seluruh rakyat bahawa memang betul Najib dan Umno takut sebenarnya.Tidak mungkin, walau dalam PAS ada usaha kepada kerajaan perpaduan yang mungkin masih wujud untuk meyokong Umno sedangkan parti tersebut telah di tolak oleh orang Melayu sejak 1999.Mungkin peluang 2004 lalu orang menyokong Pak Lah, namun Pak Lah juga di humban oleh ahli Umno sendiri.
Jika benarlah umno dan kerajaan berani,maka sudah tentulah beberapa akta dan penguatkuasaan terhadap bidang rasuah,kehakiman,ekonomi orang Melayu di ambilkira dalam setiap tundakan.Ramai rakyat sedang meniai Umno kini sebagai sebuah parti yang bukan sahaja dilihat rakus,malahan dilihat sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan kuasa sebelum tersungkur dihukum umat Melayu kelak.
Percayalah.. Umno akan dipimggir bangsa sendiri setelah politik lucah,semborono,kotor ini dilihat gagal untuk memulihkan kreadibiliti parti tersebut.Anwar walau diserang bermati-matian masih mampu meraih puluhan ribu pendengar yang mahu mendengar ceramahnya.Kita percaya rakyat Malaysia masih ramai lagi yang cerdik di luar sana dan melihat apa yang berlaku sebagai petanda pilihanraya ke 13 akan muncul dan masa menghukum Umno/Bn bakal menjelma dalam sedikit masa lagi.Kerajaan yang bakal jatuh ,jika dilihat sejarah dahulu, baik sejarah Islam mahu pun moden, pimpinannya sentiasa sahaja melakukan kesilapan demi kesilapan bagi mengekalkan kuasanya. Namun akhirnya kerajaan tersebut akan hilang atau di turunkan rakyat.
Di ketika itulah kita percaya umat Melayu bertindak menyokong PAKATAN RAKYAT sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat bagi menumbangkan politik kotor yang tidak punya maruah.Bukan masanya untuk menjadikan isu racist dizaman yang rakyat mahukan keadilan didalam sebuah negara yang kaya raya.Anwar adalah ikon rakyat dan kita percaya Umno berperang hanya dengan Anwar agar beliau terperosok dalam penjara dan Umno /Bn berharap akan memenangi hati Orang Melayu.Adakah tindakan ini menguntungkan Umno/Bn jika rakyat sedar dan tahu bahawa pimpinan yang berfikiran kotor tidak akan membawa rakyat ke mana-mana. |
| UMNO Pelawa PAS Sebab Terdesak Dalam BN Posted: 30 Apr 2011 08:56 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 30 APRIL : UMNO telah ditolak oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan kerana terdesak Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa mempelawa Pas bekerjasama dengan mereka bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Najib meminta Pas menyertai UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak memperjuangkan Islam. Menurut Mahfuz, Pas tetap akan terus setia bersama Pakatan Rakyat dan yakin pergolakan dalam Barisan Nasional sekarang mampu memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan Negara dalam Pilihan Raya akan datang. "Jadi kita nak beritahu dia bahawa kita ucapkan terima kasih kepada UMNO dan kita kata bahawa kita akan terus setia bersama Pakatan rakyat kerana kita yakin bahawa kesan daripada pergolakan yang brlaku dalam Barisan nasional ityu mampu untuk membawa kekuatan baru kepada pakatan Rakyat untuk menang dan mengambil alih mandate pemerintahan Malaysia pada pilhan raya umum akan datang," kata beliau kepada TV Selangor hari ini. Beliau mengulas ucapan Najib pada Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu hari ini. UMNO secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' bersama dua parti itu tanpa memperdulikan komponen lain dalam Barisan Nasional. Bagaimanapun PAS nyata tidak mempercayai parti yang terkenal dengan penipuan dan korupsi itu, tambahan pernah dikhianati UMNO pada tahun 1977. Justeru Mahfuz turut meminta parti-parti komponen Barisan nasional memecat UMNO daripada gabungan parti itu. "Dan saya minta supaya semua parti-parti Komponen Barisan Nasional supaya ingat masa terbaik untuk memecat UMNO daripada Barisan Nasional," kata beliau Malah menurut Mahfuz lagi, kerjasama DAP dengan PAS jauh lebih baik dari kerjasama MCA dengan UMNO jika dilihat dari segi keharmonian dan saling menghormati antara mereka. "Ya-ya sama dengan UMNO bersekongkol dengan MCA yang tak memperjuangkan Melayu dan Islam." |
| Najib: ‘Jika PAS tak masuk BN tak apa, tapi keluarlah Pakatan’ Posted: 30 Apr 2011 05:27 AM PDT KUALA TERENGGANU, 30 April – Dalam kenyataan kedua berkaitan idea kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP. Najib (gambar) berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) 'PAS ganti UMNO', realitinya 'DAP ganti PAS', di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau sebagaimana dilaporkan Bernama Online hari ini. "PAS, cukuplah dalam Pakatan (Rakyat), alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong di sini. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Perdana Menteri berkata Pakatan Rakyat yang disertai PAS selama ini dilihat tidak pernah menguntungkan mereka dalam politik. "PAS tak dapat apa-apa keuntungan, sebab itu tak ada makna (mereka) kekal dalam Pakatan Rakyat, sama ada dia nak bergabung dengan kita (BN), itu soal lain. "Tapi yang saya nak tekankan, dia (PAS) tidak ada mendapat apa-apa manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan parti DAP," katanya. Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. Di Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Najib juga berkata DAP selama ini dilihat mendominasi Pakatan Rakyat. "Kita tengok dalam banyak isu DAP akan tentang kalau itu (sesuatu perkara atau isu) dianggap sebagai yang tidak boleh diterima berdasarkan ideologi DAP... mereka (PAS dan DAP) mungkin tidak dapat kata sepakat dalam isu-isu utama." Perdana Menteri berkata sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan. Ditanya usaha perpaduan yang pernah dibincangkan sebelum ini antara Umno dan PAS, Perdana Menteri berkata: "Perkara itu boleh, (tapi) kita tak boleh nak menjangkakan sesuatu, tapi saya nak sebutkan (dalam) Pakatan Rakyat sekarang ni cuma menguntungkan DAP sahaja." |
| Video seks: Mufti gesa Anwar sumpah balas Posted: 30 Apr 2011 05:24 AM PDT Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T. "Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul. Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu. Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera. Mahkamah syariah kena proaktif Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!" Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan. "Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan. "Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya. Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam. "Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undan kerajaan Arab Saudi. |
| UMNO Pelawa PAS Sebab Terdesak Dalam BN Posted: 30 Apr 2011 05:19 AM PDT ![]() SHAH ALAM, 30 APRIL : UMNO telah ditolak oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan kerana terdesak Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa mempelawa Pas bekerjasama dengan mereka bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional. Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Najib meminta Pas menyertai UMNO dan meninggalkan Pakatan Rakyat terutama DAP yang tidak memperjuangkan Islam. Menurut Mahfuz, Pas tetap akan terus setia bersama Pakatan Rakyat dan yakin pergolakan dalam Barisan Nasional sekarang mampu memberi kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan Negara dalam Pilihan Raya akan datang. "Jadi kita nak beritahu dia bahawa kita ucapkan terima kasih kepada UMNO dan kita kata bahawa kita akan terus setia bersama Pakatan rakyat kerana kita yakin bahawa kesan daripada pergolakan yang brlaku dalam Barisan nasional ityu mampu untuk membawa kekuatan baru kepada pakatan Rakyat untuk menang dan mengambil alih mandate pemerintahan Malaysia pada pilhan raya umum akan datang," kata beliau kepada TV Selangor hari ini. Beliau mengulas ucapan Najib pada Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu hari ini. UMNO secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan menawarkan pelbagai ganjaran untuk membentuk 'Kerajaan Perpaduan' bersama dua parti itu tanpa memperdulikan komponen lain dalam Barisan Nasional. Bagaimanapun PAS nyata tidak mempercayai parti yang terkenal dengan penipuan dan korupsi itu, tambahan pernah dikhianati UMNO pada tahun 1977. Justeru Mahfuz turut meminta parti-parti komponen Barisan nasional memecat UMNO daripada gabungan parti itu. "Dan saya minta supaya semua parti-parti Komponen Barisan Nasional supaya ingat masa terbaik untuk memecat UMNO daripada Barisan Nasional," kata beliau Malah menurut Mahfuz lagi, kerjasama DAP dengan PAS jauh lebih baik dari kerjasama MCA dengan UMNO jika dilihat dari segi keharmonian dan saling menghormati antara mereka. "Ya-ya sama dengan UMNO bersekongkol dengan MCA yang tak memperjuangkan Melayu dan Islam." |
| Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM Posted: 29 Apr 2011 11:48 PM PDT Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM TERKINI @ 02:11:22 PM 30-04-2011 April 30, 2011
Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan "Datuk T" mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu. Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar. Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya. "Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza," kata beliau kepada pemberita di sini. "Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini. Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini. "Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan," kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam. Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal. "Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama," katanya. Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand. "Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. "Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata Surendran. Semalam, salah seorang "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim. Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu. Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak." Polis sedang menyiasat "Datuk T" di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini. Beliau juga berkata akan "mendedahkan" identiti pelaku pada masa yang sesuai. Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin. Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube. Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu. Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar. Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. |
| Fitnah melampau, tak pernah berlaku dalam sejarah dunia- Anwar Posted: 29 Apr 2011 11:41 PM PDT
Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga. Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. "Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun," ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi. ![]() Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba'kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa. Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik. "Tak ada fitnah melampau seperti ini. "Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan," ujar beliau. Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar. Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat. |
| Sejuta bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri... Posted: 29 Apr 2011 11:29 PM PDT
Kira-kira sejuta orang bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, dan satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi. Bakat tersebut tertumpu di lima negara, iaitu Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain. Antaranya, 54% daripada bakat ini bermastautin di Singapura.
Justeru itu, Bank Dunia menganggap bahawa Malaysia perlu meningkatkan produktiviti, malah melaksanakan dasar yang lebih inklusif, untuk menarik lebih ramai bakat dari pentas global, supaya negara kita mampu mengekalkan bakat dan terus membangun. Demikianlah perangkaan sehingga tahun 2010, yang didedahkan dalam laporan Bank Dunia. Dalam satu ucapan Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, ketika melancarkan laporan Malaysia Economic Monitor:Brain Drain, beliau berkata penghijrahan bakat menjadi cabaran yang sedang dihadapi Malaysia pada masa kini. Sesungguhnya Malaysia memerlukan lebih bakat untuk merealisasikan Wawasan 2020, namun polanya pula memperlihatkan kecenderungan bakat meninggalkan tanah air sendiri. Dalam laporan yang baru dikemukakan ini, kira-kira sejuta orang bakat dianggar bertaburan di luar negeri, dan kira-kira satu pertiga daripadanya adalah tenaga mahir yang berpendidikan tinggi. Singapura menjadi pilihan pertama Menurut statistik tahun 2000, 83% daripada mereka yang bekerja di luar negeri bermastautin di Singapura, Australia, Brunei, Amerika Syarikat dan Britain, dan Singapura sahaja mencakupi 46%. Menurut Philip, orang Malaysia yang "mengalir" ke Singapura bertambah tiga kali ganda dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
Menurut penghitungan Bank Dunia, daripada warga Malaysia yang bertaburan di luar negeri, kira-kira 57% daripadanya bermastautin di Singapura; dan antara tenaga mahir yang berpendidikan tinggi, 54% daripadanya bermastautin di Singapura. Ketidakadilan sosial punca bakat berhijrah Philip berkata, sementara bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri, bakat asing yang mengalir masuk pula tidak cukup untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Keadaan sedemikian telah mengakibatkan kualiti tenaga mahir di Malaysia semakin menurun.
Ketika menyentuh faktor penghijrahan bakat Malaysia ke luar negeri, 66% responden Malaysia menganggap masa depan kerjaya lebih cerah di luar negeri; 60% responden menganggap "ketidakadilan sosial" sebagai punca masalahnya; 54% berkata gaji dan layanan yang ditawarkan luar negeri lebih menarik. Dasar yang lebih inklusif Di samping itu, daripada bakat yang berhijrah, 60% hingga 88% adalah dari komuniti Cina. 88% daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura adalah Cina, berbanding 6% Melayu dan 5% India. Sementara itu, 61% daripada warga Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat adalah Cina.
Dalam satu sidang media selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop (gambar kana) berkata, dasar yang lebih inklusif telah digubal di bawah gagasan 1Malaysia. Malah, kerajaan cuba menarik balik bakat tempatan melalui program transformasi ekonomi. Beliau berkata, pengaliran masuk semula bakat tempatan mengambil kira faktor seperti jenayah, pendidikan, perumahan, pengangkutan, persekitaran dan sebagainya. Masalah ini diselesaikan melalui NKRA, dan kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan satu suasana yang boleh mengembalikan bakat tempatan. *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 28 April 2011. |
| Posted: 29 Apr 2011 11:28 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 30 APRIL : Setiap orang ada hak untuk melakukan sumpah laknat tetapi kerajaan tidak akan campur tangan sama ada untuk menggalakkan atau mengelakkan tindakan sedemikian, kata Datuk Seri Najib Razak. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian Melayu ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA TERENGGANU, 30 April – Dalam kenyataan kedua berkaitan idea kerjasama Umno-PAS di sini hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).
"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.
KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam. 







Soal selidik yang dijalankan menunjukkan bahawa tiga faktor utama penghijrahan bakat ke luar negeri adalah masa depan kerjaya (career prospects), ketidakadilan sosial (social injustice) dan pendapatan (compensation). Antaranya, fenomena ini paling banyak berlaku di kalangan kaum Cina, dengan nisbah 60% hingga 88% daripada bakat yang berhijrah ini.
Selain itu, Singapura menjadi negara pilihan pertama tenaga mahir Malaysia. Menurut Philip, tenaga mahir Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Singapura hanya mencatat 10% (daripada warga Malaysia yang bekerja di Singapura) pada tahun 1990, namun meningkat kepada 23% pada tahun 2000, dan meningkat lagi secara mendadak kepada 35% pada tahun 2010.
Philip (gambar kiri) menambah, 60% warga asing yang berhijrah ke Malaysia hanya memiliki taraf pendidikan sekolah rendah atau lebih rendah daripada itu. Selain itu, tenaga kerja asing mahir atau berpendidikan tinggi yang berhijrah ke Malaysia menunjukkan penurunan 25% sejak tahun 2004. Keadaan sedemikian menghakis kualiti bakat Malaysia.
Menurut satu soal siasat yang dijalankan Bank Dunia pada tahun ini, 87% warga Malaysia berpandangan bahawa bakat yang berhijrah hanya akan mempertimbangkan untuk pulang ke tanahair apabila dasar afirmatif yang berdasarkan perkauman ditukar kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan dan merit. Malah, 82% responden berpendapat bahawa bakat hanya akan pulang ke tanahair seandainya kerajaan dan sektor melakukan perubahan yang menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan