WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar Beri Kenyataan Tambahan Kepada Polis
- Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin
- Bahagian Kedua Video Fitnah Anwar Muncul
- DPPP Saran MCA, Gerakan Keluar BN
- AMK Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Blogger Tayang Video Seks
- '1 Melayu, 1 Bumi' - Zahid Sanggah Najib
- Perpaduan Pakatan Rakyat Gagal Ditandingi BN
- Kes Sarbani : AG Arah Polis Soal Siasat Seorang Lagi Saksi 27/04/2011
- Semakan Kehakiman Cabar Pengharaman Kartun Zunar Ditangguh 11 Mei
- Tv3 Potong Wawancara Dengan Saya : RPK
- Tian : Memang Lumrah Kerajaan Bantu Syarikat Kroni
Anwar Beri Kenyataan Tambahan Kepada Polis Posted: 27 Apr 2011 06:43 AM PDT PETALING JAYA 27 APRIL : Pasukan penyiasat Polis Bukit Aman akan mengambil kenyataan tambahan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung fitnah video lucah. |
Video Lucah Bhg Dua - Polis, Datuk T Bersekongkol, Kata Saifuddin Posted: 27 Apr 2011 06:38 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan. |
Bahagian Kedua Video Fitnah Anwar Muncul Posted: 27 Apr 2011 04:25 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube, menguatkan hujah bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan. |
DPPP Saran MCA, Gerakan Keluar BN Posted: 27 Apr 2011 02:43 AM PDT
KUALA LUMPUR 27 APRIL : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa MCA dan Gerakan supaya berani bertindak untuk keluar dari kompenan Barisan Nasional(BN) segera memandangkan parti itu tidak lagi menjadi aset kepada parti itu sejak akhir-akhir ini. Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar dalam kenyataan medianya berkata, Umno hanya menganggap Gerakan, MCA dan SUPP sebagai liabiliti kepada BN dengan siri-siri kekalahan parti itu pada pilihanraya yang diadakan sejak tahun 2008 dan terkini di Sarawak. "DPPP berpandangan bahawa Umno yang menerajui BN menjadi punca rakyat menjauhkan diri daripada BN," katanya. Mohd Firdaus berkata, dengan menanamkan semangat perkauman yang sempit jelas menampakkan Umno sememangnya suka agar rakyat saling curiga-mencurigai antara satu sama lain lebih-lebih lagi yang melibatkan bangsa dan kaum yang lain. Katanya lagi, tindakan Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan Pejabat MCA Isnin lalu diadakan semata-mata untuk menyokong 'lidah rasmi' Umno iaitu Utusan Malaysia sekali gus mengesahkan Umno sememangnya parti perkauman yang semakin melampau dan slogan '1 Malaysia' jelas hanya retorik. Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, dengan keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ditambah dengan keputusan dalam Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 ia jelas menunjukkan bahawa sokongan pengundi Cina kepada MCA dan Gerakan semakin merosot. Malah katanya, MCA dan Gerakan kini bukan lagi tempat bergantung kaum Cina, sebaliknya pengundi kaum itu hari ini lebih selesa untuk bersama dan menyokong parti DAP. Jelasnya, MCA dan Gerakan sekarang boleh diumpamakan seperti 'rumah kosong'. Ujarnya lagi, dengan pengakuan Ketua Biro Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang, Baljit Singh bahawa masyarakat Cina tidak akan kembali kepangkuan BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'. Baljit berkata, ini adalah kerana rakyat sudah jelak melihat tingkah laku pemimpin BN yang sombong, angkuh, zalim serta hidup dalam kemewahan atas penindasan berpanjangan kompenan itu terhadap rakyat hari ini. Malah katanya, ia menjadi bertambah buruk dengan adanya kes-kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme BN sejak sekian lama menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap parti itu. "Apa yang rakyat perlukan sekarang adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak," ujarnya. Ujar Mohd Firdaus lagi, parti yang berasaskan perkauman seperti yang diamalkan BN hari ini sudah tidak lagi relevan. Beliau menambah, rakyat mahu melihat parti dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan. Menurutnya lagi, perjuangan berasaskan perkauman sudah lama ditinggalkan kerana rakyat kini lebih mengutamakan semangat perpaduan antara kaum. Mohd Firdaus berkata, melalui gagasan Pakatan Rakyat (PR) masyarakat hari ini bersikap lebih terbuka untuk menerima politik era baru berteraskan ketuanan rakyat tanpa mengira mana-mana bangsa dan PAS sendiri telah melebarkan 'uslub' dakwah kepada yang bukan Islam tanpa mengadaikan mana-mana prinsip yang dipegangnya selama ini, sekali gus membolehkan pelbagai bangsa berada dalam parti Islam itu. "Situasi ini menyebabkan Umno BN merasa panik lalu cuba menjuarai isu-isu remeh yang melibatkan bangsa Melayu tanpa mempedulikan perasaan parti komponen yang lain di dalam BN," ujarnya. Mohd Firdaus menambah, rakyat di mana-mana belahan dunia kini hanya akan melaungkan slogan yang mahukan perubahan. Katanya, di negara-negara Asia Tengah perubahan sedang berlaku malah ia sedang merebak ke Malaysia dan sebagai permulaannya adalah di negeri Sarawak, dimana rakyatnya menzahirkan sentimen kebencian terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud sehingga menyebabkan penduduk bandar khususnya berbangsa Cina menolak terus BN. "Di Semenanjung hari ini, rakyat khususnya di kawasan bandar sudah membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang memiskinkan dan menekan rakyat. Perubahan itu mesti berlaku dan sedang berlaku," katanya. Katanya lagi, semakin lama BN memerintah semakin jelas menampakkan ketempangan yang berlaku di negara ini sekali gus menyifatkan BN sebagai sebuah kapal yang sedang menanti untuk karam. "Dalam keadaan demikian, apakah perlu lagi MCA dan Gerakan berpaut kepada BN?" soalnya Justeru itu, DPPP menyeru MCA dan Gerakan segera mengambil langkah keluar dari BN dan menyertai PR. "Rakyat kini sudah menganggap PR adalah parti masa depan mereka. Hanya dengan cara inilah MCA dan Gerakan mampu kembali ke persada politik negara dan memenangi jiwa rakyat," katanya.
|
AMK Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Blogger Tayang Video Seks Posted: 27 Apr 2011 01:07 AM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan menteri berkaitan segara bertindak ke atas blogger yang menayangkan video seks dan mendakwa pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan tindakan tegas. |
'1 Melayu, 1 Bumi' - Zahid Sanggah Najib Posted: 27 Apr 2011 12:52 AM PDT KUALA LUMPUR 27 APRIL : Naib Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi meminggirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak apabila menyifatkan gerakan 1Melayu 1Bumi yang dicanang oleh Utusan Malaysia sebagai cetusan akar umbi Melayu dan bukan pendapat peribadi pengarang. "Walaupun Perdana Menteri mengatakan bahawa beberapa isu yang dibangkitkan Utusan adalah pandangan pengarang dan bukannya pendirian kerajaan, tetapi suara Utusan adalah suara kita, suara orang Melayu keseluruhannya, suara denyut nadi dan pemikiran orang Melayu," kata Zahid yang juga Menteri Pertahanan. Najib sebelum ini menegaskan gerakan 1Melayu 1Bumi yang dicadangkan oleh Utusan adalah pendapat peribadi pengarangnya dan tidak harus dikaitkan dengan kerajaan pimpinan Umno yang mendokong konsep 1Malaysia. Timbalannya Muhyiddin Yassin pula berkata Utusan mempunyai hak sepenuhnya membuat cadangan itu dan menolak kritikan parti-parti komponen BN, khususnya MCA yang menyifatkan cadangan itu berbaur perkauman dan membelakangkan dasar-dasar Najib. Ketika merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Zahid, secara beralas, turut memberi sokongan kepada cadangan gerakan 1Melayu 1Bumi yang akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Star Sabtu ini. Walaupun tidak merujuk kepada cadangan itu secara langsung, Zahid menegaskan Utusan harus berani mengutarakan permasalahan orang Melayu serta penyelesaiannya. "Salahkah Utusan yang menjadi darah daging orang Melayu menyuarakan rasa sebenar orang Melayu tanpa disaluti rasa dendam terhadap kaum lain, tanpa mengenepikan teras negara kita sebagai sebuah negara majmuk," kata Zahid. "Kemajmukkan ini diterima oleh semua tetapi soalnya sekarang adalah usaha pihak tertentu untuk melakukan peminggiran secara sistematik terhadap Utusan yang menjadi suara orang Melayu," tambah beliau. Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan Utusan tidak boleh mendakwa dirinya sebagai suara orang Melayu kerana hanya mempunyai pengedaran kira-kira 200,000 naskah sehari. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hatta Wahari pula menegaskan akhbar kawalan Umno itu lebih merupakan suara pemimpin Umno dan bukannya mewakili masyarakat Melayu, seperti satu waktu dahulu. Dalam ucapannya Zahid mahu Utusan meneruskan agendanya kerana mendakwa orang Melayu telah diabaikan oleh sebuah parti politik. Zahid tidak menamakan parti itu tetapi dipercayai beliau merujuk kepada PAS. " Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal. Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata beliau. Zahid bagaimanapun tidak mengulas soal Umno ditolak oleh pengundi kaum Melayu pada pilihanraya umum lalu, Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad menyifatkan parti itu tidak lagi mampu mendokong perjuangan orang Melayu, justeru percambahan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan memperjuangkan agenda kaum itu. Zahid mempertahankan Perkasa dan Presidennya Datuk Ibrahim Ali, bekas pemimpin Umno yang bertanding atas tiket PAS untuk memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas namun kini menjadi wakil bebas yang kembali menyokong Umno. "Ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dianggap sebagai terlalu perkauman dan ada pihak tertentu memberi cadangan serta pandangan kepada kerajaan supaya meminggirkan ahli politik yang menerajui NGO tersebut, sedangkan dia bersuara atas platformnya sebagai ahli politik bebas dan sebagai peneraju kepada sebuah NGO demi kepentingan orang Melayu,' kata Zahid. Dengan kekangan-kekangan begitu, menurut Zahid, amat penting untuk Utusan meneruskan agendanya. "Namun pihak yang tidak senang dengan Utusan seolah-olah menganggap isu-isu mengenai agenda Melayu tidak lagi relevan, seolah-olah isu Melayu ini adalah isu yang cauvinis bagi golongan bukan Melayu," kata beliau. "Ada media, ada akhbar yang memaparkan isu kaum tertentu tetapi mengapa mereka tidak pula dianggap sebagai cauvinis," kata Zahid. Antara rungutan utama pelbagai pihak terhadap Utusan ialah laporan-laporan mengenai pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim sering diputar belitkan demi mempengaruhi pengundi Melayu. Isu-isu di kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat diperbesarkan manakala kepincangan kerajaan negeri pimpinan BN termasuk Sarawak di bawah Abdul Taib Mahmud ditutup daripada tatapan umum. Rekod Umno-BN menangani soal kemiskinan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta kos sara hidup yang melambung yang semakin menghimpit penduduk tidak mendapat perhatian Utusan. |
Perpaduan Pakatan Rakyat Gagal Ditandingi BN Posted: 27 Apr 2011 12:25 AM PDT
SHAH ALAM 27 APRIL: Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 akan datang Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat semakin rancak dalam merancang agendanya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat(PR) sekali gus merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang adalah amat mustahil, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, ini kerana kekuatan PR dari aspek perpaduan tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana parti termasuk perikatan Barisan Nasional(BN). "Apabila sokongan rakyat semakin sukar diperolehi Umno-BN akan cuba merencana pelbagai taktik kotor untuk menghancurkan perpaduan dalam PR iaitu antara PAS dan PKR khususnya. "Jadi saya lihat politik Umno terlalu lemah kerana tidak mampu meyakinkan rakyat terhadap isu berkaitan Datuk Seri Anwar," katanya ketika dihubungi Tv Selangor. Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang dilihat bertindak memanipulasikan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berhubung pendiriannya terhadap kes fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Media kawalan Umno-BN, Utusan Malaysia minggu ini dilapor memaparkan kenyataan-kenyataan jahat apabila cuba untuk melaga-lagakan Mustafa Ali dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pendirian Pas untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Tegas Mahfuz, beliau turut menolak sebarang dakwaan songsang berhubung perselisihan pendapat antara Pas dan PKR sehingga mencetuskan salah faham antara pemimpin tertinggi gagasan itu. "Saya yakin bahawa apa yang dilihat oleh rakyat adalah kesetiaan Pas bersama PR," kata beliau. Mahfuz menambah, beliau yakin rakyat sentiasa berfikiran positif berhubung pendirian dan sokongan tidak berbelah-bagi parti itu terhadap gagasan Pakatan Rakyat. Justeru katanya, peranan media alternatif amat diperlukan bagi melaporkan maklumat yang telus agar tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengulas lanjut berhubung siasatan polis terhadap penayangan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Mahfuz berkata Pas tidak pernah mengiktiraf mana-mana hasil siasatan polis seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar baru-baru ini. Jelasnya, ini kerana polis terlebih dahulu menunjukkan sikap pendakwaan terpilih terhadap Anwar. "Pas tidak percaya apa jua bentuk keputusan yang dibuat polis terhadap hasil siasatan video seks ini kerana pihak berkuasa itu sedari awal telah memperlihatkan sikap memihak (Umno-BN). "Ini sekali gus menunjukkan bahawa polis sendiri terlibat dalam konspirasi video fitnah itu semata-mata untuk memburukkan nama baik Anwar serta mencalarkan hubungan dalaman PR," katanya.
|
Kes Sarbani : AG Arah Polis Soal Siasat Seorang Lagi Saksi 27/04/2011 Posted: 26 Apr 2011 10:44 PM PDT KUALA LUMPUR 27 APRIL : Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan. |
Semakan Kehakiman Cabar Pengharaman Kartun Zunar Ditangguh 11 Mei Posted: 26 Apr 2011 10:34 PM PDT
KUALA LUMPUR 27 APRIL : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 Mei ini sebagai tarikh baru untuk mendengar semakan kehakiman yang difailkan Malaysiakini.com dan penerbit buku, Sepakat Efektif. Ia berikutan tindakan yang diambil dua pihak terbabit bagi mencabar pengharaman yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap dua buku kartunis Zunar iaitu ' komik 1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'. Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan MKINI Dotcom, syarikat yang menguruskan portal berita Malaysiakini dan penerbit Sepakat Efektif, yang mewakili kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque untuk mencabar pengharamanbagi kedua-dua komik itu oleh KDN. '1Funnya Malaysia' diterbitkan pada November 2009 dan ia merupakan rampaian kartun satira pentadbiran dan politik Malaysia oleh Zunar yang diterbitkan Malaysiakini sejak Oktober 2006 sehingga November 2009. Sementara, 'Perak Darul Kartun' yang dikeluarkan Sepakat Efektif pula diterbitkan pada November 2009 dan ia mengandungi rampaian kartun beberapa kartunis yang diketuai Zunar. KDN mengharamkan pencetakan, penghasilan, jualan, pengedaran, atau pemilikan kedua-dua buku itu atas alasan kononnya ia mengganggu ketenteraman awam. MKINI dalam permohonan mereka berkata kartun di dalam buku '1Funny Malaysia' sudah diterbitkan di portal berita Malaysiakini selama lebih dua tahun malahan ia sudah diedarkan selama lebih tiga bulan sebelum diharamkan. Sepakat Efektif pula berkata 'Perak Darul Kartun' sudah diedarkan selama lebih enam bulan sejak November 2009 dan syarikat itu tidak pernah menerima sebarang laporan ia mengganggu ketenteraman awam. Mereka memohon agar pengharaman ke atas buku itu diisytihar tidak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 7 Akta Penerbitan dan Percetakan 1984, dan melanggar Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
|
Tv3 Potong Wawancara Dengan Saya : RPK Posted: 26 Apr 2011 10:34 PM PDT BANGKOK 27 APRIL : Penulis blog, Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa beliau 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006. |
Tian : Memang Lumrah Kerajaan Bantu Syarikat Kroni Posted: 26 Apr 2011 10:28 PM PDT SHAH ALAM 27 APRIL : Tindakan kerajaan "membantu" meneruskan hayat Tricubes Berhad adalah fenomena biasa di antara syarikat-syarikat kroni dan Umno-Barisan Nasional, kata naib presiden PKR, Tian chua. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan