WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- AG: Kenyataan Raja Petra wajib
- Satu lagi kilang perlombongan emas menggunakan cyanide
- Lynas : Suara Rakyat Perlu Dalam Panel Bebas
- Pendakwa, peguam negara jadi alat politik Umno- Anwar
- Umno Hanya Tahu Melaga-lagakan Pakatan Rakyat Ditulis oleh Ayie
- Khalid Samad: Bersatulah Melayu
- Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa
- Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri?
- Anwar : Pendakwa Mahu Hakim Terima Bukti Rekayasa Dan Tidak Logik
- SKMM Mula Siasat Kebocoran Video Seks
- PKR Bawa Beban 24 Kerusi Ke Mesyuarat Pakatan
- Bukan Perempuan, Bukan Lelaki
- Politik samseng semakin ketara
- Kalau Cina tolak MCA, Melayu patut tolak Umno
- Keputusan Fitnah Kedua 16 Mei
AG: Kenyataan Raja Petra wajib Posted: 26 Apr 2011 08:05 PM PDT April 27, 2011 PUTRAJAYA, 27 April — Kenyataan Raja Petra Kamarudin perlu dimasukkan dalam kertas siasatan polis terhadap penulis blog itu, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Beliau berkata berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan terhadap Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, yang didakwa memberi maklumat palsu mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. "Saya belum tahu lagi siasatan itu sebenarnya mengenai apa. Saya hanya boleh komen selepas polis menyerahkan kertas siasatan," katanya kepada pemberita. Kenyataan Raja Petra mesti dimasukkan dalam kertas siasatan memandangkan dia adalah subjek siasatan itu, kata beliau dipetik Bernama Online. Satu lagi laporan semalam memetik Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum mengambil keterangan Raja Petra walaupun telah bertemu dengan editor portal Malaysia Today itu di Bangkok, Thailand. Khalid menjelaskan pertemuan polis dan Raja Petra itu hanya "perjumpaan biasa" kerana ia berlangsung di sebuah hotel tempat beliau menginap. Beliau berkata, kuasa Polis Diraja Malaysia terhad apabila berada di luar negara kerana keterangan hanya boleh diambil di pejabat Kedutaan Malaysia di negara terbabit. "Ia hanya perjumpaan biasa dan pada masa itu RPK bersetuju untuk hadir ke pejabat kedutaan itu untuk memberi keterangan pada hari lain," katanya. Laporan Bernama kelmarin menyebut Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan kes Altantuya. Dalam temu bualnya dengan TV3, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. Raja Petra turut mendedahkan beberapa nama yang didakwanya memberi maklumat berkenaan kepada beliau. Ahad lepas, Raja Petra dalam satu dialog dengan Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berkata PDRM pada mulanya mahu menemu bual beliau di Kedutaan Malaysia di Bangkok, namun atas nasihat para peguamnya, beliau telah mengubah tempat ke 'kawasan neutral' iaitu hotel tempat beliau menginap. Semasa perjumpaan itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau dituduh secara salah memandangkan beliau tidak membuat dakwaan terhadap Rosmah dan dua yang lain tetapi terhadap sumbernya, seorang anggota tentera berpangkat kolonel yang memberinya maklumat. Ahad lalu, Raja Petra menulis bahawa pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu. Malah kata beliau "drama Bangkok" juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehubungan itu, katanya polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand Sabtu lalu untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu. "Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia. "Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra.
| ||||||
Satu lagi kilang perlombongan emas menggunakan cyanide Posted: 26 Apr 2011 07:59 PM PDT
Belumpun pertikaian kilangan perlombongan emas menggunakan cyanide di Raub dan loji pemprosesan rare earth di Gebeng melabuh tirai, rakyat Pahang di Kuala Lipis kini pula menyambut kemunculan sebuah kilang perlombongan yang boleh menghasilkan sisa toksik. Kajian Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar (EIA, Environmental Impact Assessment) terhadap kilang perlombongan emas Selinsing telah diluluskan pada tahun 2008, malah kilang itu telah mula menggunakan cyanide dalam proses perlombongan emas sejak Februari 2010. Wartawan MerdekaReview menemui laporan EIA ini secara kebetulan ketika cuba memuat turun laporan EIA loji pemprosesan rare earth di Gebeng, dari laman Jabatan Alam Sekitar. Projek perlombongan emas ini sama dengan kilang perlombongan emas Raub-Australia Gold Mine di Bukit Koman, menggunakan cara yang kontroversial bernama "carbon in leach" dalam proses perlombongannya - iaitu memproses semula bijih yang telah dilombong dengan cara tradisional sebelum itu dengan sejenis bahan toksik bernama cyanide. Cyanide mempunyai fungsi untuk menambah hasil perlombongan emas. Sejak tahun 1960-an, pelombong emas telah menggunakan cyanide untuk memproses bijih terpakai yang masih mempunyai kandungan emas yang tinggi. Namun demikian, cyanide adalah bahan toksik yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. Sekurang-kurangnya sembilan tragedi pembocoran cyanide pernah berlaku di dunia sehingga hari ini. Justeru itu, cara "carbon in leach" ini dikritik hebat oleh pencinta alam. Penduduk Bukit Koman bangkit menentang apabila mengetahui bahawa Raub-Australia Gold Mine yang dimiliki Peninsular Gold Limited mendapat kelulusan untuk melombong secara carbon in leach pada Ogos 2006. Menurut EIA Selinsing Gold Mine, pemaju projek perlombongan emas ini adalah Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd, dimiliki Monument Mining Bhd yang mana syarikat induknya berada di British Columbia. Projek ini bertapak di mukim Ulu Jelai, berada di luar 35km, barat laut dari Kuala Lipis; 55km dari pusat bandar Raub. Tanah ini masih tanah pertanian untuk penanaman kelapa sawit dan getah, hutan sekunder dan kawasan hutan simpan Hulu Jelai. Kawasan perumahan yang terdekat adalah Kampung Perpindahan Banjir Kuala Medang, 1,200 meter dari tapak projek. Selain itu, jalan utama ke kawasan perlombongan adalah Raub - Cheroh - Kuala Medang. Wujudkan peluang pekerjaan Menurut EIA yang disediakan syarikat perunding, SBA Consultants, projek ini bertapak di tanah yang keluasannya 898 hektar (2,200 ekar), dan fasa pembangunan pertamanya melibatkan keluasan 28.3 hektar (70 ekar). Menurut laporan, tujuan projek ini adalah untuk menerokai kawasan perlombongan itu sepenuhnya menggunakan teknologi moden. Ini kerana bijih yang dilombong dengan cara tradisional masih mengandungi emas. Dengan teknologi ini, Pahang akan menemui emas yang lebih banyak pada masa depan, seterusnya mewujudkan lebih peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar pekan tersebut. Menurut laporan tersebut, projek ini sejajar dengan Industrial Master Plan negara kita, kerana bakal merangsang pembangunan ekonomi kawasan tersebut. EIA di negara kita biasanya dikemukakan oleh syarikat penasihat yang dilantik pemaju, dan bukannya dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitar. Keadaan ini selalu mencungkil keraguan bahawa laporan tersebut memihak kepada pemaju. Dalam EIA yang hanya mempunyai 12 muka surat ini, istilah "carbon in leach" dan "cyanide" hanya muncul sekali. "Cyanide" hanya diselit dalam bahagian pemprosesan, iaitu cyanide detoxification. Laporan tidak mengulas secara terperinci bahayanya bahan toksik ini, malah tidak mengulas secara terperinci proses "carbon in leach" dan pengendalian sisa bijih dan air. Ketulan emas pertama Laporan menganggarkan, "It is anticipated that the rate of mining achievable by the proposed mining scheme is about 35,000 tonne per month. Therefore, the operational life of the mine total throughput of 1,805,922 tonne can be estimated as 5 years inclusive of inclement weather, amendment in mining scheme etc." Menurut pengenalan laman Monument, syarikatnya mengumumkan projek perlombongan emas ini pada Oktober 2008, dan mula melabur untuk pembinaan kilang di kawasan itu. Anggaran kos projek ini adalah USD 14juta. Pada Julai 2009, syarikatnya mula melombong, dan menghasilkan ketulan emas pertamanya dengan gravity circuit pada Oktober 2009. Kemudiannya, kemudahan untuk cara "carbon in leach" mula beroperasi pada Februari 2010. Menurut EIA, projek tersebut bertapak di kawasan air Jelai, mempunyai tiga sungai, termasuk Sungai Kermoi, Sungai Merbau dan Sungai Selinsing. Kini, sungai tersebut tergolong sebagai kelas kedua dan ketiga, menurut Interim National Water Quality Standards dari Jabatan Alam Sekitar, iaitu sederhana dari paras pencemarannya. Laporan ini tidak menyentuh bagaimana cyanide dan bahan kimia lain membawa kesan terhadap alam sekitar, sebaliknya membangkitkan masalah tanah runtuh, mendakan sungai, debu dan pencemaran udara; juga cadangan untuk mengurangkan pencemaran sedemikian. Dalam kesimpulannya, syarikat penasihat SBA menganggap projek ini boleh dijalankan dari segi ekonomi dan persekitaran alam, berikutan hasil perlombongan yang lumayan, pasaran yang sedia ada dan perancangan yang sesuai dengan kawasan sekitarnya. Untuk ini, syarikat tersebut mencadangkan agar Jabatan Alam Sekitar meluluskan permohonan ini. Menurut maklumat dari laman Jabatan Alam Sekitar, EIA ini telah diluluskan pada tahun 2008. Sumber gambar: http://www.monumentmining.com/main/?en&SelinsingGoldMineProject *Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal. | ||||||
Lynas : Suara Rakyat Perlu Dalam Panel Bebas Posted: 26 Apr 2011 07:54 PM PDT
KUALA LUMPUR 27 APRIL : Kumpulan yang dinamakan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi menegaskan suara penduduk Kuantan diperlukan sebagai wakil mereka dalam panel bebas yang dibentuk kerajaan untuk mengkaji projek kontroversial bernilai RM700 juta itu. Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu ekoran kebimbangan ia akan mencetuskan ancaman radioaktif. Bagaimanapun kumpulan tersebut memaklumkan bahawa orang ramai tidak yakin dengan apa yang bakal dibincangkan panel itu kerana ia dibuat melalui perbincangan tertutup tanpa membabitkan suara penduduk. Pengerusinya Vincent Jiam juga menggesa Lynas Corporation agar menghentikan kerja-kerja di loji tersebut memandangkan operasinya tetap akan diteruskan kerana apa yang hendak dilakukan oleh kerajaan tidak lebih daripada kerja perhubungan awam. "Mereka seolah-olah sudah tahu keputusannya. Apa yang masyarakat katakan selama ini tidak diambil kira dan akhirnya masih berpegang kepada keputusan yang sama. "Umum hanya akan mempercayai proses kajian ini sekiranya mereka menjadi sebahagian daripada panel," katanya. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh juga berkata beliau telah meminta agar diadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai pembenukan panel bebas itu. "Saya telah hantar surat kepada menteri pada hari Isnin (kelmarin). Saya masih menunggu pengesahan lantikan dan saya bersedia bila-bila masa minggu ini," kata Naib Presiden PKR itu. Minggu lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, panel itu akan dilantik "dalam beberapa hari" untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi yang dilakukan oleh syarikat Australia itu di Gebeng dekat Kuantan. Beliau menegaskan tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas dan tiada bahan mentah akan diimport ke Malaysia dari Australia sehingga Putrajaya dan kerajaan negeri Pahang memutuskan hasil kajian itu. Bagaimanapun Lynas, memutuskan untuk meneruskan pembinaan loji pemprosesan itu sambil menyambut baik penubuhan panel bebas itu. Lynas menjangkakan akan menerima lesen praoperasi daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) September ini, yang mana ia akan diperbaharui dalam tempoh tiga tahun. "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" juga mahu wakil mereka dilantik dalam panel bebas itu sebagai pemerhati kajian tersebut. "Kami mahu pakar kami bagi memastikan keseluruhan kajian itu dilakukan dengan telus," kata Jiam. AELB berkata panel itu terdiri daripada lima hingga tujuh orang pakar. "Mereka diiktiraf Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," kata Ketua Pengarah Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, merujuk badan antarabangsa itu dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam hal-hal radioaktif. Pencinta alam sekitar dan penduduk Kuantan mempersoalkan kesan sisa radioaktif yang dihasilkan dan pembinaan loji itu, bimbang akan mengulangi kejadian sama di Bukit Merah, Ipoh yang telah mencatatkan lapan kes leukaemia dengan tujuh kematian. Selepas mendapat tentangan yang hebat ekoran kadar radiasi pada 1992, loji pemprosesan dibersihkan dengan kos melebihi RM300 juta. Tekanan itu juga menyebabkan pemimpin MCA Pahang mahu satu kajian dilakukan sebelum loji itu mula beroperasi pada September. Lynas menjangkakan ia akan mendapat keuntungan sehingga RM8 bilion bermula 2013 dari hasli nadir bumi yang boleh digunakan untuk mengeluarkan produk berteknologi tinggi seperti telefon pintar, kereta hibrid dan bahan letupan. | ||||||
Pendakwa, peguam negara jadi alat politik Umno- Anwar Posted: 26 Apr 2011 04:29 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam kes Fitnah II, merelakan diri mereka menjadi alat politik dan diperhambakan Umno. Beliau antara lain mempersoalkan kaedah ujian ke atas sampel DNA yang meragukan apabila saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira menyimpan sampel itu selama 96 jam sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia. "Pendakwa jadi alat politik Umno, mainkan isu sperma atau air mani, walaupun dalam keterangan mahkamah, 96 jam tidak ada (disimpan) dalam freezer, namun ia dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," tegas Anwar. Fakta itu, kata Anwar dinafikan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan restu Peguam Negara Datuk Gani Patail. "Datuk Yusof sama sekali tak sentuh hal itu samada sah mani itu walaupun dijelaskan rentetan peristiwa dari apa yang dikatakan kejadian, (sampel) disimpan dalam bilik Jude, tidak dalam freezer, dua hari berikutnya barulah diberikan kepada Jabatan Kimia. "Jadi Peguam Negara hanya menjalankan kerja mereka untuk memuaskan hati tuan politik mereka," kata Anwar sewaktu bercakap kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Semua tahu kes ini tidak ada asas, tapi seperti kita tahu Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus mencela kita seolah-olah mereka ini orang-orang yang baik moral mereka. "Jadi itu sahaja kekuatan mereka, kalau tunjuk moral Anwar ini kurang baik mereka akan menang," kata Anwar. Kes perbicaraan Fitnah II ditangguhkan hari ini selepas kedua-dua peguam bela dan pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh untuk beliau mengumumkan samada Anwar akan dipanggil membela diri atau membuang kes berkenaan. | ||||||
Umno Hanya Tahu Melaga-lagakan Pakatan Rakyat Ditulis oleh Ayie Posted: 26 Apr 2011 06:42 AM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL: Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada media proksi Umno-Barisan Nasional (BN) supaya tidak menganggu-gugat kesepakatan yang terjalin antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
| ||||||
Khalid Samad: Bersatulah Melayu Posted: 26 Apr 2011 04:32 AM PDT
| ||||||
Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa Posted: 26 Apr 2011 04:31 AM PDT
| ||||||
Kuasa Peguam Negara Lagi Besar Dari Perdana Menteri? Posted: 26 Apr 2011 04:19 AM PDT Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri. Ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu. | ||||||
Anwar : Pendakwa Mahu Hakim Terima Bukti Rekayasa Dan Tidak Logik Posted: 26 Apr 2011 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan Umno bersekongkol dengan Peguam Negara merekayasa bukti yang menempelak fakta saintifik semata-mata untuk mensabitkan pertuduhan liwat terhadap beliau.
| ||||||
SKMM Mula Siasat Kebocoran Video Seks Posted: 26 Apr 2011 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini menyiasat beberapa aduan penulis blog ekoran kebocoran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang. | ||||||
PKR Bawa Beban 24 Kerusi Ke Mesyuarat Pakatan Posted: 26 Apr 2011 04:17 AM PDT PETALING JAYA 26 APRIL: Bebanan yang digalas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di 49 kerusi termasuk di kerusi yang sukar untuk dimenangi akan dibawa ke mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat. | ||||||
Posted: 25 Apr 2011 10:38 PM PDT
"Aku Siapa", demikian tajuk dokumentari Hayati Kaprawi. Dokumentari pendek ini mengangkat pandangan sebahagian masyarakat tentang tudung. Barangkali pandangan yang diangkat itu dominan atau tidak, tidak juga diketahui secara tuntas. Tudung bukan suatu hukum wajib yang dituntut keras oleh agama, begitulah rumusan awal yang boleh dibuat setelah menonton dokumentari ini. Bahkan, cara Hayati membentangkan pandangan masyarakat melalui layar juga boleh dikatakan amat baik. Antara babak yang terkesan ialah apabila Anwar Ibrahim bersalaman dengan Nik Aziz Nik Mat. Permulaannya babak ini dilihat sebagai cuba-cuba memancing berahi untuk terus menikmati dokumentari ini. Pandangan masyarakat umum; daripada makcik-makcik, remaja, perempuan seni dan golongan profesional terhadap pemakaian tudung juga amat menarik. Majoriti memberi tanggapan yang tidak pro terhadap pemakaian tudung, atau setidaknya mereka bersetuju bahawa tudung bukanlah syarat ketat bagi perempuan untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Respon ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan agamawan dan contoh isteri-isteri ulama yang tidak bertudung suatu ketika dahulu. Dengan penyampaian yang baik, dokumentari ini mudah untuk difahami dan mudah ditarik isinya, bahawa perempuan punya hak terhadap pakaiannya. Di samping itu, ini sekaligus memaparkan bahawa hak ini merupakan jalan menuju pembebasan daripada kediktatoran patriaki. Maka, boleh dinyatakan, bahawa pembebasan perempuan merupakan tema besar yang terkandung dalam dokumentari ini, yang secara khususnya adalah hak perempuan terhadap pakaiannya. Memang, atas nama kebebasan, maka tudung ini boleh dilihat sebagai satu kekangan ke atas perempuan. Kebebasan, sebuah kata yang punya kuasa untuk membawa manusia ke arah yang lebih sejahtera. Kebebasan juga merupakan nilai penting untuk manusia menikmati kejadiannya, yang tidak terbatas kepada jantina. Oleh itu, struktur budaya masyarakat yang meletakkan hukum moral terhadap perempuan yang melepaskan hijabnya ini harus dijernihkan kembali - tidak sepertimana yang cuba diusulkan menerusi dokumentari ini. Tudung, seperti yang cuba digambarkan dari dokumentari tersebut, telah dilihat sebagai satu keberhasilan kuasa atas nama agama untuk menundukkan masyarakat. Secara tidak langsung, melepaskan tudung turut bererti melepaskan pengaruh kuasa yang berdasarkan agama tersebut. Bagaimanapun, jika wacana berkenaan tudung berakhir hanyalah pada tingkat ini, saya merasakan ini bukanlah sebuah kebebasan. Sebaliknya, ini adalah sebuah kepatuhan yang beralih kepada sebuah kepatuhan yang lain. Simbol bertukar, tetapi subtansinya masih sama. Maknanya tidak berubah. Hujah saya begini; jika penegasan bahawa pemakaian tudung sebagai simbol kebelengguan melalui konsep kebebasan, maka kritik terhadap perkara ini juga boleh dilakukan dengan bersandar hujah kebebasan juga. Sebab, persoalan yang boleh muncul selepas menonton dokumentari ini ialah: adakah perempuan akan menemukan keberadaannya jika membuka tudung? Jika kita mengatakan budaya memakai tudung itu adalah hasil daripada konstruk penguasa (negara, atau agamawan), maka adakah dengan tindakan membuka tudung itu sebenarnya hadir dari kesedaran akan kebebasan perempuan itu sendiri? Ini persoalan yang lebih sendi yang telah terabai dari dokumentari tersebut. Jadi, di sini saya tidak pergi kepada baik atau tidaknya memakai tudung. Namun persoalan intinya adalah: adakah tindakan melepaskan tudung ini suatu tindakan yang fundamental untuk seorang perempuan melepaskan dirinya dari kebelengguan patriaki? Hemat saya, jika perempuan melepaskan tudung ini sebagai satu tindakan fundamental untuk melepaskan diri daripada faham agama yang patriaki, maka saya memikirkan ini adalah kebelengguan kali kedua, atau kata kasarnya, dua kali kebodohan. Mengapa? Sebab, jika perempuan merasakan memakai tudung itu sebagai simbol, maka membuka tudung juga berupa sebuah simbol juga. Satu simbol kepada agama, manakala satu lagi simbol kepada ideologi liberal. Dalam dokumentari tersebut juga ada mempersoalkan, apakah kita tidak boleh menjadi penganut Islam yang baik jika tidak memakai tudung? Bertitik tolak dari pertanyaan ini, kita juga boleh bertanya kembali, apakah kita tidak boleh menjadi penganut ideologi liberal yang baik jika memakai tudung? Di sini kita dapat lihat memakai tudung atau tidak ibarat soalan "kamu memakai baju warna apa hari ini?" Jawapannya seharusnya tidak diakhiri dengan persoalan moral. Malangnya, fahaman tentang isu tudung ini diakhiri dengan moral, baik pihak agama mahupun pihak liberal. Liberal seakan mengatakan dalam diam, "jika mahu bebas, bebaskanlah kepala kamu." Nah, di sini mana erti bebas untuk perempuan, jika mahu bebas pun harus dilakukan dengan bersyarat. Bertambah malang, syaratnya sama, kedua-duanya terperangkap pada simbol. Barangkali, beralih-alih kepada simbol dan usaha ingin memiliki kebebasan membuatkan perempuan terus dilihat sebagai perempuan, sebagai jantina yang kedua. Dalam kata lainnya, perempuan masih lagi jantina kedua yang ingin hak terhadap kebebasan. Perempuan tidak cuba merangkul kejadiannya melampaui simbol "perempuan". Perempuan tidak cuba menemukan hidupnya seorang manusia, tanpa sandaran jantina. Hasil daripada ketidakberanian perempuan mendapatkan subjektivitinya, maka dapat saya ulang, perempuan mengalami kebelengguan dua kali. Kebelengguan pertamanya, mahu akan kebebasan mengikut perspektif lelaki. Dan kebelengguan keduanya, ialah perempuan sudah merasakan dirinya bebas dari patriaki, dalam masa yang sama mengukuhkan lagi nilai patriaki untuk lelaki. Dalam kebelengguan pertama, kita cuba juga melihat akan sikap perempuan yang "mengada-ngada", yang kononnya mahu bebas, atau kononnya sudah bebas. Melalui kebelengguannya yang pertama, perempuan cuba meraih kebebasan, namun ungkapan kebebasan yang mereka fahami adalah konstruk daripada manusia yang punya penis. Adalah amat tidak adil bagi seorang perempuan yang tidak mahu memakai tudung dengan alasan bahawa "bahawa masyarakat tidak ambil peduli apabila lelaki tidak menutup auratnya, sebaliknya masyarakat akan peduli apabila perempuan tidak menutup auratnya". Mudahnya, saya tidak mengatakan bahawa perempuan wajib memakai tudung, tetapi jika ini hujahnya, maka di mana kebebasan? Apatah lagi, jika perlakuan dan moralnya masih dibelenggu oleh lelaki. Nah, mana aslinya perempuan di sini? Sementara, dalam kebelengguan kedua pula, perempuan sudah merasakan dirinya bebas dari patriaki, yang sebenarnya dalam masa yang sama mengukuhkan lagi nilai patriaki untuk lelaki. Ini dapat dilihat melalui satu analogi: dalam sebuah keluarga, seorang suami membuat keputusan untuk berkahwin lain, maka isteri/ibu yang merasakan sedar akan haknya menuntut hak agar tidak diperlakukan sewenang-wenangnya oleh si suami. Tuntutan itu berupa harta, hak penjagaan anak dan memastikan keperluan-keperluan yang lain terpenuh. Tuntutan paling ekstrim ialah mahu si suami menceraikannya supaya bebas dari kekuasaan si suami yang dilihat tidak adil, tidak memperlakukannya sebagai isteri serta tidak menghargai pengorbanannya sebagai seorang ibu kepada anak-anak si suami. Lihat, tuntutan kepada si suami masih lagi kehendak seorang perempuan kepada suami. Si isteri masih lagi tidak mampu melampui dirinya lebih dari suami. Melalui analogi di atas, dapat kita faham sedikit bagaimana pandangan Jacques Lacan terhadap emansipasi perempuan yang palsu. Lacan, melihat Medea, karya Euripides adalah tindakan radikal seorang isteri/ibu mengangkat subjektivitinya sebagai manusia dan membuang simbol keperempuanan - yang ada adalah dirinya sebagai manusia (subjek) tanpa jantina. Medea, berkawin dengan Jason atas dasar cinta hingga sanggup membunuh ayahnya yang menghalang cinta mereka. Dibuang oleh masyarakat, kehilangan bapa dan pengorbanan menjadi seorang ibu cukup membuktikan kedalaman cinta Medea. Malangnya, beberapa ketika Jason membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Medea tidak setuju. Segala janji Jason untuk memastikan hak dia dan hak anak mereka terjaga tidak setanding dengan harapannya terhadap keluarga kecil ini. Namun Jason berkeras, mahu berkahwin lagi. Di sinilah letaknya cabaran terhadap nilai keperempuanan Medea; nilai sebagai seorang isteri yang setia dan pencinta; nilai sebagai seorang ibu penyayang terhadap anak mereka yang comel; dan nilai sebagai seorang perempuan yang memberi kehidupan terhadap keluarga kecil ini. Medea tidak membunuh Jason. Sebaliknya, Medea membunuh pengantin perempuan. Juga anak-anak comelnya. Tindakan Medea ini gila. Medea bergelut antara nilai penyayang seorang ibu dan rasa kesalnya sebagai perempuan. Nah, adakah tindakan membunuh anaknya membuatkan Medea lepas dari kebelengguan sebagai seorang perempuan, kebelengguan sebagai seorang objek, juga kebelengguan sebagai barang catur lelaki? Ternyata, melalui tindakan ini, Medea bukan sahaja berupaya menanggalkan simbol perempuan sebagai mangsa pengabdian, malah berupaya melekehkan sikap pengecut lelaki yang menyorok di belakang simbol penis. Keberanian menjadi manusia ini yang saya fikirkan tidak ada dalam diri sebilangan perempuan (juga sebenarnya sebilangan lelaki) yang kononnya mahu "mengada". Tepatnya, inilah paparan manusia yang dilupakan oleh Norhayati Karpawi dalam dokumentari "Aku Siapa" tersebut. Yakni, manusia yang bukan perempuan, dan juga, bukan lelaki. Tapi, Manusia, dengan "M" besar. *Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi. Trailer "Aku Siapa" boleh didapati di Youtube. | ||||||
Politik samseng semakin ketara Posted: 25 Apr 2011 10:34 PM PDT Dua tahun di bawah Najib:Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi kapal selam pertama negara kita - terapung dengan stabil di permukaan lautan. Slogan dan logo 1Malaysia di merata-rata - menggantikan "senyuman Pak Lah". Suasana "feel good" kini menyelubungi zaman Najib. Suasana "feel good" kembali semula. Mahathir yang mendominan dari segi kepimpinannya memberi penilaian sedemikian, "Pentadbiran Najib jauh lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi", direstui rakyat yang sudah membiasakan diri dengan pimpinan dominan. Namun, seperti era Mahathir yang sarat dengan projek mega, suasana "feel good" dalam zaman Najib juga diwujudkan dengan taburan wang. Setahun sebelum ini kita masih memberi penilaian sebegini, "UMNO di bawah pimpinan Najib pada hakikatnya tidak berbeza dengan zaman Abdullah Ahmad Badawi". Setahun kemudian, pada hari ini, kita perlu memberi penilaian bahawa UMNO di bawah pimpinan Najib lebih teruk daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam perhimpunan UMNO di mana Najib mengambil alih tampuk pimpinan, dengan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "berubah atau rebah". Namun, dua tahun selepas itu, kita mendapati janji Najib untuk berubah hanyalah hiasan, seperti gagasan 1Malaysia-nya, hanya mewujudkan suasana baik secara kolektif tanpa makna yang konkrit. Pada hakiktnya, dasar perkauman tetap kekal sementara slogan 1Malaysia berkumandang. Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengandungi program transformasi ekonomi dan kerajaan hanyalah lanjutan daripada Dasar Ekonomi Baru. Ketika MEB diketengahkan, media terutamanya akhbar Cina telah menari mengikut rentak kerajaan Najib - memansuhkan DEB, kuota bumiputera, membantu 40% rakyat termiskin - namun akhirnya ia meleset. Bukan sahaja kuota bumiputera tidak dimansuhkan, sebaliknya membincangkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera, bagaimana untuk menambah ekuiti saham bumiputera. Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang menentukan lima tahun akan datang mencadangkan agar menggariskan matlamat 30% saham bumiputera, malah menggerakkan lima agenda bumiputera. Seterusnya, TERAJU yang menggerakkan agenda bumiputera ditubuhkan pada Februari, untuk memantapkan lagi agenda pembangunan ekonomi bumiputera. Ketika Najib memujuk kaum lain dengan topeng "1Malaysia"-nya, dengan "budi yang sedikit seperti peruntukan kepada sekolah" dan sebagainya, beliau giat menggerakkan dasar perlindungan bumiputera - untuk memastikan undi Melayu kekal bersama UMNO. Persoalannya adalah dasar affirmatif kaum ini melanjutkan semangat kronisme sejak zaman Mahathir, terus menyalurkan kepentingan kepada kroni UMNO. Semasa membentangkan RMK10 pada tahun lalu, kerajaan Najib berjanji agar sektor swasta menjadi peneraju dalam bidang ekonomi. Ia berakhir sebaliknya, di mana GLC semakin berkembang, misalnya Kumpulan Wang Persaraan mengambil alih saham dari syarikat seperti WCT, IJM, UMW Holding dan PLUS, menjadi pemegang saham yang besar di syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, keadaan monopoli masih kekal, dan kerajaan Najib tidak menyediakan gelanggang yang sama rata untuk persaingan syarikat swasta. Lebih teruk dari zaman Abdullah Dua tahun yang lalu, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa ahli politik dari pelbagai peringkat ke mahkamah, namun politik wang masih berleluasa, dan korupsi terus bermaharajarela. Ketika bekas PM Abdullah ditanya mengapa beliau meluluskan peruntukan ketika pilihan raya, beliau masih cuba membela tindakan kerajaan menyogok pengundi dengan pelbagai alasan. Namun, Najib lebih berterus-terang, tanpa berselindung untuk mengungkapkan "You help me, I help you". Melainkan PRK "3 dalam 1" ketika Najib baru mengambil alih teraju sebagai PM, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai - pentadbiran Najib selama dua tahun ini telah melalui 11 PRK, iaitu Penanti, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Dalam 11 PRK ini, BN tidak berhenti daripada perbuatannya untuk menyogok pengundi. Menjelang PRK, pelbagai peruntukan dari pelbagai peringkat kerajaan disalurkan ke dalam kawasan pengundian. Masalah yang dilonggok bertahun-tahun diselesaikan dalam sekelip mata. Jalan diturap, warga emas diberi kebajikan. Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, pegawai dari pelbagai jabatan dihantar untuk berkhidmat di kawasan pengundian - membuka kaunter rawatan, perkhidmatan pemeriksaan tubuh, ceramah keselamatan di jalan raya dan sebagainya - cubaan untuk menggulakan pengundi. Selain daripada jamuan yang disediakan, orang parti politik terus menyogok pengundi dengan hadiah, wang tunai dan sebagainya. Ketika PRK Merlimau, pemimpin akar umbi MCA ditemui (kantoi) wartawan semasa memberi duit kepada pengundi, namun polis dan SPRM yang menerima aduan hanya berpeluk tubuh. Menyedari imej MCA dan Gerakan yang gagal diselamatkan, Najib mula menggunakan "1Malaysia" sebagai jenamanya. Sejak PRK Galas, pertubuhan 1Malaysia mula memasuki kawasan pengundian untuk memikat hati pengundi Cina. Mereka menyediakan jamuan atas nama "1Malaysia" - tarian selain cabutan tuah - menukarkan pilihan raya yang serius kepada karnival yang meriah. Gambar Najib yang besar pada pentas seolah-olah mengingatkan pengundi, "You help me, I help you". Keganasan dalam PRK Selain mendodoikan pengundi dengan wang, PRK yang diadakan dalam pemerintahan Najib juga memperlihatkan peningkatan tahap keganasan. Dalam PRK Bagan Pinang, bulan ketujuh selepas Najib memegang tampuk kerajaan, berlakunya satu kes berdarah dalam kawasan pengundian. Beberapa orang pekerja PAS diserang, dibelasah sehingga cedera, malah salah seorang daripadanya dicederakan senjata tajam. Walaupun kejadian ini berlaku di depan Balai Polis Teluk Kemang, namun anggota polis tidak mengambil tindakan untuk menghalang tragedi ini. Sesungguhnya, "budaya samseng" dalam pilihan raya telah wujud sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRK Ijok mahupun Permatang Pauh, kita telah menyaksikan kejadian keganasan terhadap pekerja yang berkempen. Namun, mencederakan orang dengan senjata, adalah sesuatu yang baru. Keganasan yang membeliakkan berulang dalam PRK seterusnya. Ketika PRK Merlimau dan Kerdau, kereta Anwar dihalang oleh kira-kira 30 orang anggota kempen BN, dibaling batu dan diketuk bendera. Meskipun aduan polis telah dibuat oleh anggota PKR, namun tetap tidak dipedulikan. Selain itu, meskipun samseng BN menyerang pekerja pembangkang, namun sekurang-kurangnya orang awam berada dalam "zon selamat" - ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi. Dalam zaman Najib, orang awam pula dijadikan sasaran. Dalam PRK Merlimau dan Kerdau, orang awam yang hadir ceramah pembangkang diserang cermin kereta, dipancitkan motorsikalnya, diconteng keretanya. Malah, tersebar sms ugutan untuk memberi amaran agar orang awam tidak menghadiri ceramah pembangkang seandainya tidak mahu kenderaan mereka dirosakkan. Pilihan raya seharusnya gelanggang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding. Namun demikian, sikap Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis berpeluk tubuh untuk membenarkan kejadian keganasan berlaku telah menjejaskan keadilan pilihan raya. Daripada apa yang berlaku di atas, pilihan raya dalam zaman pentadbiran Najib jauh lebih kotor daripada zaman Abdullah Ahmad Badawi. Fenomena ini mungkin akan dibuktikan dalam PRN Sarawak yang bakal diadakan. *Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan pada 3 April 2011 (iaitu sebelum PRN Sarawak 2011), sempena ulang-tahun kedua Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. | ||||||
Kalau Cina tolak MCA, Melayu patut tolak Umno Posted: 25 Apr 2011 09:53 PM PDT
| ||||||
Posted: 25 Apr 2011 09:52 PM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL: Hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh keputusan tuduhan berasas (prima facie) bagi kes fitnah kedua ke atas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia sama ada Anwar perlu membela dirinya ataupun beliau akan membuang kes berkenaan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan