WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib
- Khir Toyo: BLR, Inflasi dan Risiko Politik
- Buku Jingga: Anak agih borang tanah 28 Mei ini Hazayani Zakaria
- Soi Lek Pembohong Dan Hipokrit, Kata Tee Keat
- ISA : Kadir Hashim Dibebaskan 20/04/2011
- Pakatan mula tunai Buku Jingga, Anak tawar skim baru pikat peneroka Felda
- Jangan anggap PRU ke-13 lama lagi
- Utusan Cabar Najib Tubuhkan Gerakan 1 Melayu, 1 Bumi
- Tak Ada Istilah Demokrasi Dalam Umno-Chua Jui Meng
- Pakatan Kota Janji Buku Jingga
| 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib Posted: 20 Apr 2011 05:40 AM PDT
Syarikat Tricubes Berhad yang diberikan kontrak 1Malaysia email bernilai RM50 juta kini berdepan dengan masalah kewangan, dan disenaraikan Bursa Malaysia sebagai status GN3. Seandainya syarikat ini gagal mengetengahkan program menstruktur semula kewangannya pada hujung Oktober 2011, maka ia mungkin berdepan dengan nasib untuk ditarik dari penyenaraian (delist).
Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan satu projek baru bernilai RM50 juta kepada Tricubes Bhd untuk mendirikan satu laman internet, dan setiap warga negara berumur 18 tahun ke atas akan dibuka satu akaun email - "1Malaysia email" untuk kegunaan rasmi; sementara mendirikan pusat perkhidmatan e-kerajaan, termasuk laman sosial, pembayaran hutang melalui internet dan sebagainya. Namun demikian, menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib "delist". Dalam satu kenyataan Tricubes pada 29 Oktober 2010, lantaran daripada kebimbangan oleh juruaudit terhadap laporan kewangan Tricubes sehingga 31 Mac 2010, ditambah pula shareholders' equity yang lebih rendah daripada 50% modal sehingga Jun 2010, maka ia telah melanggar peraturan penyenaraian, lantas dimasukkan ke adalam status GN3.
Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa. Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).
Sebagaimana yang diketahui, Tricubes cuba membida 32.2% saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad, tetapi gagal. Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.
Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain. Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank. Baca: E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta? *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal. | ||
| Khir Toyo: BLR, Inflasi dan Risiko Politik Posted: 20 Apr 2011 05:38 AM PDT 1. Pada bulan hadapan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu lagi mesyuarat membabitkan isu Overnight Policy Rate (OPR). Sebelum ini pada bulan Mac lalu BNM tidak membuat sebarang kenaikan OPR. Pada tahun 2010 sebanyak tiga kali kenaikan OPR diumumkan pada Mac, Mei dan Julai yang menyebabkan kenaikan dari 2.0 kepada 2.75.
3. Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang. 4. Apa yang saya faham secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi. 5. Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli? 6. Tanda-tanda BNM hendak menaikkan kadar OPR tampak jelas apabila beberapa penganlisis ekonomi yang "mesra" kerajaan meramalkan kenaikan ini bagi mengawal inflasi. 7. Pada tahun lalu BNM menaikkan OPR sebanyak tiga kali apabila negara mengalami inflasi. Malangnya kenaikan sebanyak tiga kali tersebut gagal mengawal inflasi apabila inflasi terus meningkat pada bulan Disember lalu sehingga kini.
9. Misalnya pada tahun 2010 sebelum kenaikan OPR, kadar inflasi negara naik akibat kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi seperti makanan dan minuman bukan alkohol (1.6%); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0%); dan pengangkutan (0.7%). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9%; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7%; pendidikan 1.8%; restoran dan hotel 1.6%; kesihatan 1.5%; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7%. 10. Selepas kenaikan BLR pun, inflasi masih meningkat. Kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan lalu dilaporkan oleh FOMCA. Menurut Fomca, "Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2%, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi. Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9%, Thailand 3%, Korea 3.5% dan India 8.4%." 11. Jelas sekali sebahagian besar punca kenaikan harga barang adalah kerana kerajaan memotong subsidi. Jadi kadar inflasi yang tinggi ini ialah akibat pemotongan subsidi. Justeru kenaikan OPR dan BLR tidak memberi kesan apa-apa kepada inflasi kerana majoriti rakyat membayar barangan ini bukan untuk kemewahan tetapi untuk keperluan. 12. Lihat kenaikan-kenaikan harga barangan yang mengakibatkan inflasi melonjak tinggi adalah akibat daripada pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan tenaga bukannya kerana lebihan permintaan berbanding penawaran. 13. Dengan menaikkan OPR dan BLR, rakyat bukan sahaja terpaksa membayar barangan harian yang tinggi tetapi perlu menjelaskan hutang pinjaman perumahan dan peribadi yang lebih tinggi. Ini bermakna rakyat akan terus dibeban dengan kos sara hidup yang tinggi. 14. Kenaikan BLR hanya menguntungkan sekumpulan kecil rakyat Malaysia yang mempunyai wang berjuta ringgit dalam simpanan tetap tetapi menindas majoriti rakyat. Saya berharap kerajaan tidak membenarkan polisi ekonomi negara yang membabitkan BLR ini ditentukan oleh birokrat ekonomi BNM sahaja. Risiko Politik 15. Setiap kali kenaikan OPR dan BLR yang ketara dari tahun sebelumnya, Barisan Nasional akan berhadapan dengan keputusan pilihan raya yang tidak memberangsangkan. Walaupun terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keputusan pilihan raya, namun kenaikan BLR turut memberi kesan negatif kepada BN. 16. Keputusan pilihan raya 2008 dan 1999 berbanding 2004 dan 1995 kepada BN boleh dihubungkan dengan naik turun BLR. Pada 2008, BLR ialah sebanyak 6.75 berbanding pada 2004, 6%. BLR 6% kekal sehingga 2006 sebelum dinaikkan pada 2007 dan 2008. Akibatnya kita tahu apa yang berlaku pada tahun tersebut kepada BN.
17. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan taktik OPR dan BLR ini untuk mengawal inflasi. Inflasi tak terkawal, rakyat makin susah. Bukankah tujuan mengawal inflasi untuk membantu rakyat. Tapi jika ia lebih menyusahkan rakyat apa perlu dikawal dengan kaedah ini? 18. Dalam usaha mengatasi kadar inflasi yang tinggi jangan pula kita menjadi seperti tikus membaiki labu. *Khir Toyo (gambar kiri) ialah bekas Menteri Besar Selangor, dipetik dari blog-nya. | ||
| Buku Jingga: Anak agih borang tanah 28 Mei ini Hazayani Zakaria Posted: 20 Apr 2011 05:32 AM PDT Buku Jingga: Anak agih borang tanah 28 Mei ini
| ||
| Soi Lek Pembohong Dan Hipokrit, Kata Tee Keat Posted: 20 Apr 2011 05:26 AM PDT ![]() SHAH ALAM 20 APRIL : Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat menyifatkan Dr Chua Soi Lek sebagai "pembohong dan hipokrit yang menjijikan" bersabit keputusan MCA menerima jawatan dalam Kabinet meskipun parti itu kalah teruk pada PRU 2008. | ||
| ISA : Kadir Hashim Dibebaskan 20/04/2011 Posted: 20 Apr 2011 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR 20 APRIL : Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kadir Hashim dibebaskan hari ini setelah merengkok selama hampir tiga minggu dalam tahanan.
| ||
| Pakatan mula tunai Buku Jingga, Anak tawar skim baru pikat peneroka Felda Posted: 20 Apr 2011 12:28 AM PDT April 20, 2011 KUALA LUMPUR, 20 April — Pakatan Rakyat (PR), bagi membuktikan ia serius dengan janji Buku Jingga, mula mengotakan janjinya - mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantations, seluas 150,000 hektar kepada golongan yang memerlukannya mulai hujung bulan depan. Borang permohonan akan diedar sebagai langkah awal untuk membuat persiapan mengagihkan proses pengurniaan tanah, yang dijangka akan memanfaatkan 80,000 hingga 160,000 orang, dalam tempoh 100 hari jika PR mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat. Pengedaran borang akan dilakukan sempena satu perhimpunan peneroka Felda di Pahang 28 Mei ini. Mengumumkan langkah PR itu di sini hari ini, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman berkata, pihaknya juga bercadang untuk memasukkan insentif memansuhkan hutang peneroka - yang berkaitan dengan elaun saraan dan kos tanaman semula - yang dianggarkan RM500 juta sekarang. "Inisiatif penghapusan hutang ini, Anak akan syorkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar dimasukkan ke dalam manifesto pilihan raya umum ke-13," kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Peneroka PAS pusat pada sidang media di sini hari ini. "Kami hendak tunjukkan bahawa kami, saya bagi pihak Anak, sangat serius dalam menyelesaikan masalah dan membantu peneroka dan generasi kedua Felda," kata beliau. PR yang melancarkan Buku Jingga Disember lalu menggariskan janji mengagihkan tanah Felda Plantations kepada mereka yang memerlukan khususnya anak-anak peneroka Felda dalam masa 100 hari jika berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan. Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya akan mengeluarkan borang-borang bagi tujuan tersebut akhir bulan depan bagi membolehkan pihaknya menapis setiap permohonan agar pengurniaan dapat dilakukan dalam tempoh 100 hari pertama jika PR memerintah. "Sebelum ini ramai pihak mempertikaikan sama ada perkara ini boleh dilakukan. Saya yakin boleh, sebab itu kami mengambil langkah awal dengan mengedarkan borang-borang untuk maksud itu. "Permohonan ini akan diteliti dan ditapis supaya tanah dapat diagihkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihan raya umum ke-13... perkara ini sudah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya lagi. Ketika ditanya apakah Felda akan muflis jika tanah itu diserahkan kepada pihak yang memohon, Mazlan menafikan andaian sedemikian. Katanya, Felda mempunyai aset dan boleh menjana pulangan yang disasarkan dan oleh itu, andaian bahawa ia akan muflis tidak boleh diterima. Januari lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan bankrap jika tanah Felda Plantations diserahkan kepada anak-anak peneroka. Beliau berkata, ini kerana Felda Plantations memberi sumbangan besar kepada keuntungan dan menyalurkan dana untuk pembangunan di kawasan Felda di seluruh negara. Ahmad berkata tanah Felda Plantations di seluruh negara seluas 330,000 hektar termasuk 87,000 hektar adalah di Sabah. "Kalau kita bahagikan 330,000 hektar kepada kira-kira 1.6 juta peneroka, setiap orang hanya dapat satu ekar (0.4 hektar). "Kalau kita nak bahagikan juga seluruh tanah Felda Plantations termasuk di Sabah kepada orang Semenanjung, tentu orang Sabah marah," katanya. Felda ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan dengan memberi empat hektar (10 ekar) tanah kebun dan sebidang tanah (suku ekar) untuk rumah. Mengenai kumpulan sasaran yang akan dikurniakan tanah Felda Plantations, pihaknya menyasarkan generasi kedua dan ketiga anak peneroka yang berpendapatan rendah, kakitangan syarikat itu yang berada dalam kategori menerima gaji rendah dan bekas anggota angkatan tentera. Kata Mazlan, jika seseorang pemohon diberikan empat hektar bermakna ia akan memanfaatkan 79,000 pemohon. "Mungkin kita tidak boleh memberikan empat hektar, tetapi katakan kita berikan dua hektar (lima ekar), jumlah pemohon yang akan menikmati manfaat boleh mencapai dua kali ganda," katanya lagi. Mengenai skim penghapusan hutang pula, Mazlan berkata, pihaknya mahu membantu peneroka-peneroka yang mempunyai hutang dengan Felda. "Hutang disebabkan kos tanaman semula dan elaun saraan sahaja dipercayai antara RM30,000 hingga lebih RM100,000 seorang, ada yang mempunyai hutang sampai RM120,000... sebahagian ini sudah berusia, jadi kami hendak membebaskan mereka daripada beban hutang, mahu merdekakan mereka daripada hutang," kata beliau. "Kes terbaru di Negeri Sembilan, ada seorang peneroka yang berusia 80 tahun, hutangnya hampir RM95,000... maklumat ini saya terima dua bulan lalu," katanya lagi. Peneroka-peneroka dibayar elaun saraan antara RM1,200 hingga RM1,500 sementara menunggu tempoh menuai selepas proses penanaman semula. "Mereka dikenakan faedah 6.25 peratus. Anak pernah mengesyorkan kadar faedah ini dihapuskan tetapi tidak diterima kerajaan, jadi kami bercadang meminta Pakatan Rakyat menghapuskannya jika memerintah... Anak akan mengesyorkan kepada Pakatan Rakyat agar menghapuskan hutang mereka ini," katanya lagi. Kata beliau, penghapusan yang akan melibatkan RM500 juta bukan satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan ketirisan dalam perbelajaan kerajaan. "Ini satu hadiah kerajaan kepada peneroka, bukan satu jumlah besar... hadiah menghargai peranan peneroka," katanya.
| ||
| Jangan anggap PRU ke-13 lama lagi Posted: 20 Apr 2011 12:18 AM PDT Jangan anggap PRU ke-13 lama lagi
| ||
| Utusan Cabar Najib Tubuhkan Gerakan 1 Melayu, 1 Bumi Posted: 20 Apr 2011 12:14 AM PDT ![]() SHAH ALAM 20 APRIL : Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan Umno melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu. | ||
| Tak Ada Istilah Demokrasi Dalam Umno-Chua Jui Meng Posted: 20 Apr 2011 12:12 AM PDT ![]() SHAH ALAM 20 APRIL : Umno-Barisan Nasional sejak dahulu lagi tidak mempercayai akan prinsip demokrasi, dan oleh itu, menjadi satu kesukaran kepada mereka untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat pada satu-satu pilihanraya. "Kita hendak bezakan antara kerajaaan dan parti, kalau mereka tolak parti itulah sahaja. Kerja kuat, ubah polisi lebih prihatin terhadap masyarakat Tiong Hua yang anggap mereka dipinggirkan di dalam aspek-aspek polisi kerajaan Barisan Nasional.
| ||
| Pakatan Kota Janji Buku Jingga Posted: 20 Apr 2011 12:11 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 20 APRIL : Pakatan Rakyat hari ini mengotakan janjinya yang digariskan dalam Buku Jingga apabila bakal mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantations seluas 150,000 hektar kepada golongan yang memerlukan hujung bulan ini.
|
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Apa yang menarik, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).
Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.
Menurut kenyataan terbaru Tricubes pada 1 April 2011, tiada perkembangan yang besar dalam rancangan penstrukturan semula kewangan syarikat tersebut. Menurut had tempoh, Tricubes harus menghantar laporan penstrukturan kewangannya sebelum 29 Oktober 2011, dan mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia - untuk mengelakkan dirinya daripada ditarik penyenaraiannya (delist).
Apa yang dipertikaikan, PEMANDU yang mendakwa diri mengutamakan meritokrasi dan ketelusan itu, melantik sebuah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan ini.
2. Kenaikan OPR ini akan berkait langsung dengan kenaikan Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas. BLR turut meningkat sebanyak tiga kali dari 5.55% pada 2009 kepada 6.30 pada Julai 2010.
8. Mengapa ia gagal? Ini kerana kenaikan kadar inflasi di Malaysia pada masa kini berkait rapat dengan kenaikan harga barangan asas dan keperluan utama yang sebahagiannya dikawal oleh kerajaan.
Pengagihan borang ini akan dilakukan dalam satu himpunan besar-besaran melibatkan warga Felda seluruh negara yang akan diadakan pada 28 Mei ini di Pahang.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan