Tukar Tiub |
- ZAMBRY MULA BUAT SANDIWARA
- MAT BOROI KANTOI LAGI
- TOYO BANGUN MELAWAN
- PANJANG DAN LEWATKAN KES - HINGGA ORANG LUPA
- LAIN PENYONDOL - LAIN PULAK DNA
- YANG TINGGAL HANYA INGATAN
- HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU
- AKHBAR TAK LAKU DI BERI PERKUMA
Posted: 27 Apr 2011 07:43 PM PDT M.B MAHAMBRY nota: ini dia MB perak mangkok besar perak mulut besar perak perut besar perak tapi otak kecik kah kah kah HK COMPANY TO MINE RARE EARTHS IN PERAK - minsider A Hong Kong company and the Perak government have agreed to explore and mine for rare earths in the state, even as controversy is raging over the Lynas refinery in Pahang. In a filing to the Hong Kong Stock Exchange dated April 18, CVM Minerals Limited — linked to Ho Wah Genting Berhad — announced it had entered into a memorandum of understanding (MoU) with the Perak State Development Corporation (PSDC) to carry out the project in Bukit Merah, Ipoh. The Hong Kong company, through its local subsidiary CVM Metal Recycle Sdn Bhd, has applied to the state's land and mineral office for a licence to explore the area, covering 250 hectares, for rare earths. MB, EXCO TERKEJUT MOU FIRMA HL LOMBONG NADIR BUMI DI BUKIT MERAH - minsider Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah. Zambry menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong. Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai. "PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam. "Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok," kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam. Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… BUAT BUAT TAK TAHU….. kah kah kah… kah kah kah..BUAT BUAT DONNO…. kah kah kah… woit..PKNP INI PENGERUSI NYA MENTERI BESAR... kah kah kah.. kah kah kah...JANGAN LAH NAK MENIPU... kah kah kah.. kah kah kah…KALAU MACAM INI KENA LETAK JAWATAN…. kah kah kah… kah kah kah…KALAU MENTERI BESAR TAK TAHU… SIAPA TAHU?... kah kah kah.. kah kah kah… INI RACUN TOKSIK UNTUK RAKYAT PERAK…. kah kah kah kah kah kah…INI BARU BETUL JADI MB ….JADI MANGKOK BESAR….. kah kah kah kah kah kah…. APA GUNANYA RAMPAS KERAJAAN… TAPI TAK TAHU HAL…. kah kah kah.. kah kah kah..ATAU DAH KAUTIM DENGAN TOWKAY HONG KONG …. kah kah kah… kah kah kah… DAH KENA URUT HAPPY ENDING OLEH CHINA DOLL…. kah kah kah… nota: kalau kes besar macam ini mb tak tahu kes rampas tanah orang kampong di kampong masjid pangkok malaon ini tahu tak? mesti tahu kerana tanah itu dimiliki oleh penyokong parti pas sesudah tanah ini dirampas maka tanah ini akan di hadiahkan kepada penyokong gerombolan inilah kerja mangkok besar di pangkor kah kah kah |
Posted: 27 Apr 2011 07:15 PM PDT MAT BOROI KANTOI LAGI kah kah kah kah kah kah kalau ikutkan perut yang boroi ini maka tidak dapat tidak yang berlakon itu ialah tan seri muhyiddin yassin kah kah kah kah kah kah kerana itu dalam kes mat boroi ini tan seri ini langsung tak cakap sepatah pun kah kah kah apakah ini dirancang oleh tim malikul sembab kah kah kah MAT BOROI INI MAT BOROI CLOSE UP nota: pasal apa siam lao ambildna pulak kah kah kah nota: nak tahu apa dia siam lao sila tanya kawan kawan dari siam kah kah kah |
Posted: 27 Apr 2011 09:32 AM PDT INI BUAT TOYO BENGANG nota: dalam senyap senyap toyo sedang menyusun geng untuk menibai mat mongol yang semakin tersepit dengan 1Badak kah kah kah KHIR TOYO: SATU MELAYU, SATU BUMI PERJUANGAN SAH DAN MULIA - minsider Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata gerakan "satu Melayu, satu Bumi" - idea dilontarkan Utusan Malaysia dan disahut Perkasa, patut dianggap sebagai satu "perjuangan yang sah dan mulia" jika bertujuan menyatupadukan kaum Bumiputera dan Islam. Sebaliknya kata beliau, gerakan itu bertujuan memindas dan menghancurkan kaum Cina, maka ia sepatutnya dianggap perkauman dan ditentang habis-habisan. "Jika gerakan ini bertujuan menyatupadukan orang kaum Bumiputera demi menjaga kepentingan Bumiputera dan Islam, maka ia tidak harus dianggap agenda perkauman. Ia harus dianggap sebagai satu perjuangan yang sah dan mulia," katanya lagi. "Namun jika ia bertujuan menyatukan kaum Bumiputera bagi tujuan menindas dan menghancurkan kaum Cina, maka konsep ini harus dianggap perkauman dan ditentang sehabisnya. Saya sendiri tidak akan bersetuju dengan sebarang konsep menindas dan menghancurkan kedudukan kaum lain," kata beliau dalam entri terbaru blognya. Justeru kata beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Besar ini menambah, perkauman atau tidak slogan 'satu Melayu satu Bumi" yang dicadangkan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Zaini Hassan bergantung kepada pelaksanaan, tuntutan dan kehendak gerakan tersebut. Gerakan itu akan dilancarkan oleh Perkasa di Alor Setar Sabtu ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit…. PERBALAHAN GEROMBOLAN SEMAKIN RANCAK…. kah kah kah… kah kah kah…. SEMAKIN RAMAI SOKONG GARIS POLITIK SATU MELAYU… kah kah kah.. kah kah kah… BILA ADA SATU MELAYU MAKA SATU MALAYSIA AKAN MATI…. kah kah kah… woit…. TOYO MEMANG BERBULU DENGAN MAT MONGOL…. kah kah kah… kah kah kah… TOYO TELAH DI JADIKAN CONTOH OLEH MAT MONGOL…. kah kah kah.. kah kah kah… TOYO JADI MANGSA KEMPEN ANTI RASUAH MAT MONGOL… kah kah kah.. kah kah kah… SATU MELAYU ADALAH CARA TOYO MELAWAN MAT MONGOL…. kah kah kah… kah kah kah…. MAT MONGOL MAKIN TERSEPIT DENGAN SATU MALAYSIA…. kah kah kah… kah kah kah… MAKIN RAMAIPEMIMPIN GEROMBOLAN SOKONG SATU MELAYU…. kah kah kah.. woit… TAL CAYA?.... CUBA BACA BAWAH INI…. kah kah kah…. ZAHID : UTUSAN SUARA ORANG MELAYU - mkini Naib presiden Umno, Zahid Hamidi berkata akhbar Utusan Malaysia perlu terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu kerana sebuah pergerakan politik yang diharapkan, tidak berani lagi untuk berbuat demikian. "Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal," kata Zahid yang juga menteri pertahanan tanpa menyebut nama pergerakan politik yang dimaksudkannya. "Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian," kata Zahid yang pernah menjadi ketua pergerakan Pemuda Umno dalam tahun 1990-an. Pemuda Umno ketika itu menjadi kumpulan pendesak dalam melindungi hak keistimewaan Orang Melayu. Bagaimanapun, pergerakan itu kini dilihat lebih berpendirian sederhana dan liberal. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH nota: satu bumi dan satu melayu akan menentang satu malaysia ajenda satu bumi dan satu melayu berlawaan dengan ajenda satu malaysia selagi dua garis ini masih bergaduh maka pilihanraya ke 13 akan ditangguh kalau pilihanraya ke 13 berjalan sekarang pasti gerombolan kalah terok kerana ramai ahli gerombolan tidak menyokong mat mongo dan satu malaysia nota: kenapa tidak dicadangakan 1Mongolia kah kah kah |
PANJANG DAN LEWATKAN KES - HINGGA ORANG LUPA Posted: 27 Apr 2011 09:21 AM PDT SAMPAI SEKARANG NO STORY! nota: lambat lambat lambat agar orang ramai tak panas hati agar orang ramai tak marah berapa banyak kes tak tentu hujung pangkal semua mati tengah jalan kah kah kah KES SARBAINI : AG ARAH POLIS SOAL SIASAT SATU LAGI SAKSI - minsider Pejabat Peguam Negara telah memulangkan kertas siasatan kes kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed dan mahu polis menemu bual seorang lagi saksi sebelum menentukan tindakan susulan. Laporan media menyebut, kertas siasatan itu dipulangkan kepada Polis Diraja Malaysia semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur Zulkifli Abdullah berkata pihaknya telah diminta mendapatkan keterangan daripada seorang lagi saksi sebelum Peguam Negara boleh menentukan tindakan selanjutnya. Kelmarin, Zulkifli berkata, polis sudah menyerahkan laporan siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbaini di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kepada Pejabat Peguam Negara, Jumaat lalu. "Kami sudah berpuas hati dengan hasil siasatan yang dibuat dan sudah melengkapkannya, kami sudah hantar kepada Pejabat Peguam Negara," katanya. Khamis lalu, Zulkifli berkata meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu. Justeru kata beliau terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan. Dalam kenyataan minggu lalu, Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia. Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM setelah dilapor ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH kah kah kah…. PUTAR…JANGAN TAK PUTAR…. kah kah kah… kah kah ka…KEMUDIAN LEPAS PUTAR... PINTAL…. kah kah kah… kah kah kah… KEMUDIAN PUSING JANGAN TAK PUSING….. kah kah kah… kah kah kah…. LAGI LAMA LAGI BAGUS…. PANJANG KAN MASA SIASATAN... kah kah kah.. kah kah kah....HINGGA MASUK BULAN PUASA… kah kah kah… kah kah kah…BILA PULAN PUASA SAMPAI… SEMUA BOLEH SETTLE…. kah kah kah… kah kah kah…ANWAR BOLEH MASUK JIL PADA BULAN PUASA…. kah kah kah… kah kah kah… KES BENG HOCK BOLEH TUTUP… PADA BULAN PUASA…. kah kah kah… kah kah kah… KES SARBAINI BOLEH JUGA SELESAI…. kah kah kah.. kah kah kah…BULAN PUASA SEMUA LETIH… NAK DEMO PUN LETIH…. kah kah kah.. nota: mati mengejut? terkejut kerana apa? nampak hantu flom ke? kah kah kah |
LAIN PENYONDOL - LAIN PULAK DNA Posted: 27 Apr 2011 01:59 AM PDT LAIN ROGOL LAIN KENA JIL VIDEO SEKS : DATUK ESKAY SERAH DNA SECARA SUKARELA – meloya Ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah hari ini secara sukarela menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dirinya bagi membantu siasatan rakaman video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. Beliau yang diiringi dua pengawal peribadi hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini kira-kira pukul 10 pagi. Shazry Eskay memberitahu, penyerahan tersebut dibuat secara sukarela selepas diminta oleh pihak polis untuk berbuat demikian pagi ini. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit…PELIK PERANGAI SIAM LAO INI…. kah kah kah.. kah kah kah… APA PASAL BERI DNA PULAK…. kah kah kah.. kah kah kah… DNA YANG DI PERLUKAN BUKAN DNA SIAM LAO…. kah kah kah.. woit… DNA TAMBI CIK YANG DI PERLUKAN….kah kah kah.. kah kah kah… NAK TENGOK SAMA TAK DENGAN BUDAK YANG KINI BERMUR 16 TAHUN …. kah kah kah.. woit… BACA BAWAH INI….kah kah kah… kah kah kah..PERLU DNA ATAU TAK PERLU DNA??…. kah kah kah sila baca: Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999: Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994. Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya. Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:- "Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu." Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas. Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya. PENDEK BINTI AHMAD SABRI BIN MOHAMAD Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka |
Posted: 26 Apr 2011 10:02 PM PDT INDAH, SUCI DAN LUMAYAN JANJI DAN JANJI-JANJI Aku telah melintasi Kampong Bakam, melintasi Kampong Jengalas, melintasi Kampong Hunai, Kampog Sepuru, Kampong Keluru Tengah – ini hanyalah nama nama kampong yang aku lintasi dalam perjalanan entah ke mana menuju ke rumah panjang. Haram langsung kaki aku tidak menjejak ke kampong-kampong ini. Yang aku lihat hanyalah papan-papan tanda tercacak di pinggir jalan. Apakah kau telah pernah merasakan seperti apa yang aku rasakan ini? Apakah kau pernah bertanya dalam hati kecilmu siapa agaknya yang tinggal di kampong-kapong ini? Ketika senja sampai nyamuk apakah yang datang menyerang orang-orang di kampong ini? Apa makanan malam mereka? Sesudah makan apa yang mereka lakukan? Bila malam meninggi apakah mimpi-mimpi mereka? Pertanyaan demi pertanyaan tanpa aku menemui jawapan. Soalan-soalan yang tidak mungkin kau menjawabnya. Setiap kali aku melintasi wilayah-wilayah yang belum aku kenali – setiap kali hati aku dilanda berahi. Berahi untuk tahu tentang itu dan ini. Berahi dengan angan-angan jika aku hidup seribu tahun aku akan bermalam disetiap kampong-kampong yang aku lintasi ini. Demi Zeus aku berkhayal setiap orang yang aku temui akan bercerita tentang itu dan ini. Bercerita tentang laut , sungai dan hutan. Aku ingin mendengar surah ular sawa dan babi hutan. Surah tentang pokok rotan dan nipah. Kesah tentang umbut dan pucuk paku. Kesah labi-labi dan kura-kura. Juga kesah perjuangan menuntut Merdeka. Petang itu hampir jam 7 aku meninggalkan Miri. Yang aku tuju ialah Rumah Panjang Kunjan. Dua jam kemudian aku pun sampai tempat yang nak aku tuju. Rumah panjang ini bersebelahan dengan ladang sawit. Disini ada terdiri beberapa buah rumah panjang. Yang ingin kau lawati hanya sebuah rumah panjang batu sebanyak 19 pintu. Bila aku menapak ke pintu rumah aku mula dengar suara politikus berceramah dari alat pembesar suara yang agak garau. Aku tidak tahu siapa yang sedang berucap. Apa yang pasti diwilayah ini Pakatan Rakyat sedang mendapat sambutan yang hangat. Setiap rumah panjang yang telah aku lawati semuanya menyatakan kesediaan untuk memberikan undi kepada calon Pakatan. Bila aku memasuki rumah panjang ini aku melihat hampir 70 orang warga Iban – jantan dan betina - sedang mendengar ceramah. Ada yang bersila dan ramai juga yang berlunjur santai menyandarkan badan ke dinding. Beberapa orang kanak-kanak berlari tak tentu hala. Untuk kanak-kanak, malam ini pastilah satu pesta yang menarik. Aku perhatikan bahawa rumah panjang ini masih belum siap. Malah aku sendiri bersantai bersandar pada 4 kampit guni simin yang telah masuk angin dan menjadi keras.Mungkin tuan rumah keputusan duit – lalu gagal untuk menggunakan simin ini. Untuk kamu yang tidak pernah ke rumah panjang biar aku ceritakan disini tentang rumah panjang ini. Aku melihat rupa bentuk rumah panjang ini semuanya sama – tingkap , pintu dan cat – semuanya seirama. Pada awalnya aku agak ini pasti didirikan oleh kerajaan- satu projek pembangunan desa. Bila aku bertanya-bertanya maka aku dapati anggapan aku salah. Hampir ke semua rumah panjang di Sarawak ini didirikan tanpa bantuan kerajaan. Warga Dayak ini tolong menolong bergotong royong mendirikan tempat kediaman mereka. Sebelum rumah didirikan telah ada persetujuan ramai tentang rupa bentuk rumah ini. Bahagian luaran rumah panjang semuanya diwajibkan sama. Bahagian dalaman terpulang kepada tuan empunya rumah. Malam itu di Rumah Panjang Kujan agak berlainan – selesai ceramah ada jamuan. Aku telah diberitahu bawa saekor babi telah dikorbankan untuk kenduri malam ini. Untuk aku ini satu yang amat menarik. Aku ingin menikmati masakan orang Dayak. Ada dua kumpulan – satu yang makan babi dan yang satu lagi yang tak suka makan babi. Selain dari babi masak kicap ada juga gulai ayam dan sayur umbut kelapa sawit. Untuk aku inilah pertama kalinya aku makan umbut kepala sawit. Enak. Aku menjadi hairan kenapa umbut sawit ini tidak dipopularkan di Semenanjung, walhal bila sawit dipotong pasti ada umbutnya. Malah cara Dayak memasak umbut ini amat senang - umbut direbus di campur dengan daging ayam atau babi – terbalik dunia ketika aku menikmati masakan ini. Selesai makan aku mengintai-ingtai kalau dapat masuk untuk melihat rupa bentuk bilik rumah panjang ini. Peluang ini sampai apabila seorang perempuan Dayak membuka pintu rumahnya. Si Perempuan ini tersenyum memandang aku. Lalu aku merapati si Perempuan dan bertanya sama ada aku boleh melihat bahagian dalam rumahnya Jelia Anak Mayang berumur lebih dari 40 tahun dengan ramah mempersilakan aku masuk. Lalu kami bersuai kenal. Perempuan beranak empat ini telah ada 4 orang cucu. Suaminya , Gon Anak Ukit kini memburuh di pelantar minyak di Kemaman. Bahagian dalam rumah Jelia ini masih belum siap. Telah hampir lima tahun pembuatannya rumahnya terbengkalai kerana tidak ada modal. Jelia menunjukkan bahawa dia bercita untuk menambah setingkat lagi. Hanya tangganya yang siap. Aku nampak kayu dan beluti masih bersilang seli. Mungkin kerana ini Sang Suami pergi merantau memburuh di Semenanjung Sedang kami bersembang ayah dan ibu Jelia muncul dari dapur. Ayah Jelia – Mayang Anak Tupai telah melebihi 70 tahun. Ibu Jelia - Ika anak Engkang juga mungkin dalam angaran umur yang sama. Seperti budaya Melayu, orang Dayak juga tidak ambil pot sangat tentang tarikh lahir. Umur-umur mereka hanyalah anggaran sahaja. Konsep tarikh lahir, bulan dan tahun ini amat asing dalam budaya asli Dayak. Kami duduk diruang tengah yang suku bahagianya telah dipenuhi oleh guni-guni padi. Aku terus membuat kesimpulan bahawa Jelia ini dari keluarga Dayak yang bertani. ' Aku berjalan tiga jam dari sinik baruk aku sampai ke sawah aku.' Jelia menerangkan betapa jauhnya tempat dia bersawah. Keluarga Jelia memiliki tiga ekar sawah. Pada satu ketika dahulu Ika dan Mayang turut sama membantu di sawah. Kini mereka telah tua. Kerja-kerja ini telah diambil alih oleh anak dan cucu. Tanah sawah di Mutab Bulau ini adalah kawasan asal rumah panjang mereka. Kawasan ini berhampiran dengan Sungai Sebuti. Hari ini masyrakat rumah panjang itu telah berpecah menjadi empat kerana tanah-tanah adat mereka telah diambil oleh kerajaan untuk dijualkan kepada 'kompeni'. Yang tinggal hanya tanah sawah mereka. Sedang kami bersembang tentang sawah datang pula Salba Anak Gon yang baru berumur 22 tahun dengan anaknya yang berumur 4 tahun. Salba telah dua tahun menjanda kerana Sang Suami telah lari ke Bintulu dan berkahwin baru. Salba tinggal di rumah sebelah rumah ibunya. Dari pemerhatian , aku anggap keluarga Dayak ini amat rapat. Menurut Jelia, ketika dia ke sawah yang menjaga orang tua dirumah ialah Salba. Kadang-kadang si Salba juga datang membantu di sawah terutama ketika musim menuai padi. Padi yang ditanam setahun sekali ini tidak dibantu dengan mesin – semuanya menggunakan tenaga manusia. Selain dari tiga ekar sawah ini keluarga Mayang ini ada memiliki 3 ekar sawit. Bila aku tanya berapa harga sawit Salba dengan cepat menjawab.' Dulu kerajaan janji seribu ringgit setan… sekarang ni hanya 640 ringgit..' Lalu aku bertanya jenis jenis padi yang mereka tanam. Ada padi Bario yang harganya termahal, ada padi Keladi , ada padi Kenawit, padi Langsam dan padi pulut untuk membuat tuak. Bila disebut 'tuak' maka kami sesama ketawa kerana awal tadi aku telah bertanya dimana aku boleh membeli Langkow – sejenis tauk yang terbaik yang hanya ditemui di rumah panjang. Jelia terus bercerita tentang zaman-zaman ini dimana mereka semuanya duduk berhampiran dengan tebing Sungai Sebuti. Ini sebelum rumah panjang mereka di pecah empat. Ini sebelum tanah adat mereka diambil 'kompeni'. Kehidupan mereka aman damai dan lumayan. Ke hutan mencari babi dan rusa. Ada umbut dan ada buah kayu. Di sawah ada ada puyu, haruan dan bantek. Di sungai ada baung dan lampam. Zaman ini telah berakhir apabila sawit sampai. Mayang sang Ayah telah tertarik mendengar kami berbual – terutama apabila aku ketawa terbahak-bahak. Dia membuka kaca matanya yang tebal dan berkata sesuatu kepada aku. Sayangnya aku tidak mengetahui bahasa Iban. Lalu si anak meceritakan apa yang disurahkan oleh ayahandanya. Sama seperti surah Jelia, si Ayah juga bernostalgia dengan zaman mereka hidup berhampiran denagn Sungai Sebuti. Ini dizaman Raja Brooke. Zaman sebelum Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia. ' Sekarang sungai banyak yang kotor…' Aku tidak faham apakah sungai Sebuti yang kotor atau semua sungai di Sarawak yang dimaksudkan oleh Mayang. Mayang bersurah lagi tentang zaman remajanya dimana dia sering ke hutan menjerat babi dan rusa. Hutan penuh dengan rotan dan manau. Ini sebelum Taib Mahmud memporak peranda rumah panjang mereka. Si Ayah bernostalgia dizaman mereka semuanya hidup dalam satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Tetiba aku ingin tahu apakah padi berguni-guni ini cukup untuk makanan setahun sebelum musim menuai sampai lagi. Dengan lemah Jelia menerangkan tahun ini tuaian agak kurang. Tidak ada padi yang dapat dijual. Hanya cukup makan. Ini kerana tanpa diduga banjir telah melanggar dan kemudian kemarau pula sampai. Oh! Rupa-rupanya iklim dunia yang panas ini juga telah melanda Dayak di Sarawak Aku hanya mendengar. Aku hanya memasang telinga dan mencatit nota kerana aku berjanji pada diri aku sendiri untuk menjadi perawi saheh yang membawa ayat-ayat suci kepada khalayk yang lebih ramai. 'Tapi beras pulut ada untuk buat tuak. Datanglah Gawai nanti' Jelia menjemput aku ke pesta Gawai. Aku pecah ketawa apabila mendengar jemputan gawai dan tuak. Tetapi aku tidak sanggup membuat janji atau berjanji. Lalu kami bersalaman untuk kali terakhir kerana aku tahu tidak mungkin aku akan datang sekali lagi ke sini. Yang aku bawa pulang hanyalah ingatan. (TT) nota: tulisan ini telah disiarkan dalam keluaran SUARA KEADILAN yang terbaru - untuk melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-22-72-40-45 PETANG JUMAAT INI DI KL SENTRAL Jemputan untuk mendengar politik Sarawak Tukar Tiunb akan memperkenalkan Baru Bian Semua di jemput datang Killiney Sooka Sentral, KL Sentral Friday, 29th April 2011 5pm onwards |
HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU Posted: 26 Apr 2011 09:00 PM PDT KETUANAN MELAYU MAKIN NAZAK UMNO YAKIN MASYARAKT CINA AKAN KEMBALI SOKONG BN - meloya BUKIT MERTAJAM 25 April – UMNO yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan. "Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar. "Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya. GERAKAN TAK YAKIN BN BOLEH DAPAT UNDI CINA SEMULA- mkini Meskipun Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat. Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat. Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'. "Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.," katanya, "Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… INI SUDAH BAIK…. kah kah kah.. kah kah kah..GEROMBOLAN KATA CHINA SUDAH SOKONG…. kah kah kah.. kah kah kah..TAPI BENGALI INI KATA… CHINA TAK AKAN SOKONG…. kah kah kah.. kah kah kah… SERONOK MELIHAT KETUANAN MELAYU GELABAH…. kah kah kah… kah kah kah…SEMUA SUDAH BERANI LAWAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah.. kah kah kah…SEMUA TAK ADA HORMAT LAGI PADA KETUNAN MELAYU… kah kah kah.. TUAN YANG TAK ADA KULI nota: bila kayu sudah condong semua nak kencingkan kayu ini kah kah kah nota: zaman dan era ketuanan melayu telah berakhir ketuaan melayu hanya ada dalam angan angan utusuan melaau dalam mimpi perkasa dalam khayalan malikul sembab sesudah 8 march semua telah berubah tidak mungkin akan ada sesiapa yang akan tunduk kembali kepada ketuanan melayu inilah dia tuan yang tak ada lagi kuli tuan yang tak ada modal tuan yang tak ada kontrek kah kah kah |
AKHBAR TAK LAKU DI BERI PERKUMA Posted: 26 Apr 2011 07:49 PM PDT MI NO SPIK INGLIS nota: akhbar ini makin lama makin susut dulu ada iklan dari selangor ada iklan dari keah ada iklan dari pulau pinang bila ada hari jadi raja gopal banyak iklan terima kaseh bila ada projek baru ada iklan pecah tanah sekarang semua kering kah kah kah HARAM BACA UTUSAN, TEGAS HARON DIN - suara keadilan KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Haron Din. Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. "Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. "Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. "Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau. KAH KAH KAH KAH KAH KAH JAH KAH KAH woit…. KESIANLAAAAA SEDIKIT…. WAHAI TOK SHEIKH…. kah kah kah… kah kah kah… MELOYA INI SUDAH NAZAK… kah kah kah.. kah kah kah…. SUDAH DI BERI PERKUMA DI TEPI JALAN… kah kah kah… kah kah kah… MURID SEKOLAH DI MINTA BERLANGGAN…. kah kah kah… kah kah kah…KALAU GAMIN TAK ADA WAJIB KAN LESEN…. DAH LAMA MELOYA MAUT… kah kah kah… nota: laporamn selalu salah jumlah gol perlawanan bola european cup pun lapoaran tipu kah kah kah nota: sekrang ini yang beli dan baca meloya hanya ahli perkasa dan kimma ahli gerombolan sendiri pun tak baca meloya kah kah kah |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan