Tukar Tiub |
- DINDRAF SUDAH BANGUN
- KEAH MAT BOROI BERSAMBUNG LAGI
- CERITA CERITA DARI MIRI
- SIASAT SAMPAI MATI
- BERITA YANG PALING DITAKUTI
- BERITA DAN CERITA DARI SARAWAK
| Posted: 13 Apr 2011 10:46 AM PDT DAYAK BANGUN BERONTAK ![]() NAJIB: BN HANYA SASAR KEKAL KUASA SARAWAK,MAJORITI DUA PERTIGA BONUS - minsider Najib Razak menegaskan sasaran Barisan Nasional (BN) adalah mengekalkan kerajaan negeri yang dipimpin perikatan itu sejak lebih empat dekad lalu, tidak kisah jika hanya dengan majoriti mudah. Ketika tinggal tiga hari sebelum pengundian, Pengerusi BN ini secara terbuka berkata, pihaknya hanya mahu membentuk sebuah kerajaan walaupun gagal memperoleh majoriti dua pertiga. Najib (gambar) yang secara peribadi mengetuai kempen di sini sejak Ahad lalu berkata, jika BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri, ia adalah satu "bonus" bagi partinya. "Sasaran kami ialah untuk membentuk sebuah kerajaan. Itu minimum." KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...APA PASAL CEPAT MENGAKU KALAH ... kah kah kah... kah kah kah...BELUM TEMPUR DAH MENGAKU.... kah kah kazh... kah kah kah...BILA NASIONALISMA DAYAK BANGUN... SEMUA RUNTUH... kah kah kah... woit...DULU CAKAP SARAWAK INI FIXED DEPOSIT.... kah kah kah... kah kah kah... APA SUDAH JADI... PEHIN SUDAH TIPU KE?... kah kah kajh kah kah kah...INI DINDRAF POWER... ALL POWER TO DAYAK... kah kah kah nota: dinasehatkan mat mongol untuk membeli sebotol langkau pada malam 16 hb ini sebeotol langkau akan menghilangkan runsing di kepala kah kah kah |
| KEAH MAT BOROI BERSAMBUNG LAGI Posted: 12 Apr 2011 11:28 PM PDT DATUK DATIN YANG BOROI ![]() PERTEMUAN MAT BOROI-BOROI Aku tercari cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Kalau di Soho London setiap lorong aku ketahui. Malah di wilayah Soho ini aku pernah bekerja sebagai penjual pita video bertanda XXX. Tapi bukan kesah pita XXX ini yang ingin aku kesahkan. Disini aku ingin membawa kesah lain. Ini kesah aku di Kuala Lumpur. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan. Cilaka. Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu. Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya : Di mana Galeri le Atalier ? ' Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?' Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. Tak sangka purtan-purtan ini telah bersusu - tajam dan montok. Bentuk susunya betul-betul mengacam kejantanan aku. Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini mentelunjukkan bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini dengan sekelip mata menyelok sarong susunya dan terus menghulurkan kad niganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kaseh. Dada aku gedak gedubuk. Aku berahi nak mencium kad ini. Tetapi aku merasa segan kerana saekor anjing sedang memerhatikan tepat pada muka aku. Anjing ini betul betul potong stim. Projek aku gagal. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan ke bangunan. Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Agak 'chic' juga susunan perabut di ruang tamu pejabat ini. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk kesaorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. Dengan cepat aku mencium kad niaga Si Purtan tadi. Aku menyedut udara dan merasa puas. C'est la vie. Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi. ' Kau tahu… aku dapat panggilan talipon... bukan sekali.. tiga kali ... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar. ' Apa hal dengan Gombak pulak?' Jawab suara lelaki yang agak halus. ' Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun disana. Kau keletong buat di Los Angles. Hei….Hei Mama Juwie dan Pancaindera kau boleh goreng.. dengan aku kau jangan nak kelentong.' ' Kita rekordring di LA laaa.. Kami Syarikat Bumi pertama buat rekodring disana..' ' Bukan rekordring... laaa... cakap orang putih pun tak tahu. R-E-C-O-R-D-I-N-G - tahu eja ke?. Kalu tak tahu cakap guna bahasa Melayu : rakaman.' Suara Jantan ini marah dan menyindir. ' Kami Syarikat Bumi yang pertama buat rakaman di LA..' ' Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Semenjak bila Anwar boroi. Tak cukup dengan itu... susu Anwar tergantung bergoyang goyang.. lebih besar dari susu Rosmah. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang vcd aku nak tunjuk.' Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin dvd sedang berputar. Cilaka. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem. ' Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem? Ini budak crew ke atau budak Kru? Kau ingat kalau kau nak pergi menutuh kau akan ajak kawan kau masuk bilik sama? Kau ingat ini geng bang? ' Suara jantan ini makin marah. ' Tak dapat potong yang ini... itu pasal si Pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.' 'Tengok.. tengok.. perut Anwar boroi... ini yang jadi isu besar oleh blogger. Kenapa kau tak cari yang slim. Pasal apa? Kau tak tengok filem Forest Gum? Kau tak tengok filem Zeliq. Woody Allen kau tahu tak? Kau ni lulusan mana buat filem? Dari Finas ke? Patutlah bangang macam ini. Tetek Anwar bergoyang goyang. Semasa pengembaran kau tak sedar? Kenapa tak morph badan pelakun ini sikit. Morphing tau...kau tahu apa teknik morphing… cakap belajar di Los Angles...morphing pun tak tahu. Tak tahu tanya Google. Lain kali gunalah teknik morphing... kasi Pak Sheikh tu slim sikit. Bukan gedebab macam Bik Mama.' Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa disini sarangnya. Aku marasa bagitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem xxx mereka cukup hebat. Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat Jangan Tinggalkan Jandaku. Mereka dikatakan cuba malamar Toh Puan Julia Roberts untuk memainkan peranan Mak Janda. Tetapi Toh Puan Julia Roberts telah menolak peranan ini kerana Toh Puan Julia tidak mahu dilihat membadak dalam filem ini. Toh Puan Julia mencadangkan Datin Seri Paduka Rossene. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur. ' Kau kenal Datuk SK…. ini pun satu Datuk Bangang. Entah dimana dibelinya title Datuk. Kenapa dia buat heboh diakhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Datuk ini bangga buka cerita yang dia pun sama menutuh di sebelah bilik Anwar. Gila…mana oraang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Bangang. Gila. Kalau nak menipu… tipu betul betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkuci… ada Al-Kitab didalamnya. Bodoh macam telor.' Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab. 'Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu.' ' Siapa jaga kostume? Apa pasal Anwar berkemban. Yang berkemban betina. Jantan tak berkemban. Kau ingat Anwar ini macam Puteri Gunung Ledang.. berkemban? Susu Anwar macam susu lembu bunting. Kau ingat buat filem ini senang. Kau belum jumpa Mansor Puteh lagi. Kalau Mansor Puteh tibai filem ini. Berak kau jadi batu'. ' Baguslah kalau jadi batu boleh jual ke Singapura'. Jantan suara halus cuba melawak. ' Kau ingat ni main main. Nanti Bik Mama kepit kapala kamu baru kamu sedar. Kau tak sedar… projek ini kerjasama Bik Mama dengan Le Petit Tambi. Kau tahu apa hubungan mereka berdua? Ini projek bukan kecik anak.' Kemudian semua senyap. Aku cuba cuba memdengar tak ada suara lagi. Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk. Lelaki yang duduk disebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut. Dia terus bersuara. " Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?' Aku mengeleng kepala. 'You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Ummi. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.' Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu. 'Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?' Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak. ' Hoi! … kau orang bertiga ini kalau nak berlakun kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi sangat. Watak boroi ada….. filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir . Siapa diantara kamu bertiga ini boleh jadi Amah Indon? Nak pegang watak Wan Azizah? (TT) nota: tulisan ini telah disiarkan dalam Suara Keadian yang terbaru. Sesiapa inggin melanggan SK sila puluk talipon 03-22-72-40-45 |
| Posted: 12 Apr 2011 11:08 PM PDT TEMPAT AKU BUAT BERITA ![]() nota: ini adalah gedung membeli belah pertama di miri - dulunya cukup hebat - kini malap dan sakit kerna dipukul oleh modal antarabangsa - parkson sampai nanti bila giant/tesco sampai semua tamu kecil kecil ini akn wafat tak percaya tunggu dan lihat buktinya di kota bahru pasar khadijah hampir wafat ada bebera sibercafe di tingkat satu 3 ringgit untuk satu jam - disini aku mengetik - note book aku dibilik yang bertalian denagn celcom hampeh macam pakai gambir serawak slow dan kebas kah kah kah nota: yang atap merah itu ialah bangunan tamu UMAI UMAI DARI MIRI pagi ini tidak hujan seperti dua minggu dua hari dulu. cuaca indah - nyaman. aku bangun agak awal - terus melihat akhbar borneo post yang aku ambil dari ruang tamu. hampeh ! sesudah mandi aku keluar dan menuju ke tamu nah! tamu ialah pasar - mulanya aku hairan dengan perkataan ini - rupa-rupanya tamu itu pasar - petang ini aku nak mencari buku kamus iban/inggeris/iban/ melayu ini bhasa yang menarik - sayang sekali seharusnya kiat semua disekolah diajar serba sadikit ilmu pengetahun tentang sabah/sarawak yang aku tahu tentang sarawak hanya siput sarawak dan nenas sarawak gamir sarawak pernah dengar ini ubat gigi yang terbaik! INI PASAR IKAN ![]() DI TAMU wow - aku mencari dan melihat barang dan sayuran yang tidak pernah aku lihat - akhirnya aku membeli ikan terubuk masin, ikan tenggiri jeruk dan tepung sagu mak cik si penjual tepung ini mencadangkan agar aku membeli satu kilo untuk isteri - lalu aku katakan isteri aku telah lari dengan mat taib - kami terbarai ketawa kah kah kah aku perhatikan buah buahan tempatan amat kurang buah impot amat mahal - buah tempatan hanya limau nampak gagalnya dasar pertanian sarawak tanah yang bagini subur seharusnya penuh dengan buah buahn tropikal NGELENCONG dari tamu sayur aku ngelencong ke tamu ikan abang dan pak cik jual ikan pelik tiap hari aku datang melihat dan melihat untuk aku tidak adalah nikmat yang paling nikmat adalah melihat ikan iakan segar memang aku lihat ikan ikan dipasar ini segar dan menarik sekali - aku sudah merancang ikan mana yang aku aku bawa pulang - aku lihat snapper/ikan merah cukup segar - hanya 20 ringgit sekilo tidak mungkin harga ini kita temui di kuala lumpur udang laut juga murah ikan oarang juga murah dan paling menarik ialah makeral GERAGAU BUBUK nah! untuk pembaca tukar tiub yang budiman adakah kamu tahu bahawa disini orang dirumah membuat belacan sedndiri mereka membeli geragau atau bubuk hanya 6 ringgit satu kilo kali akhir aku diajar tentang belacan ialah di langkawai ketika ini aku menulis tentang makanan untuk off the edge ( arwah ) - menarik - nota: aku sedang merancang untuk memask tetapi masih belum ada jalannya kalau di tokyo aku boleh memasak mustahil di miri aku tak boleh ! MINUMAN PAGI dari tamu ikan aku ngelencong ke warung aku terlihat warung cendol aku tekah merasa cendok miri jawabnya : gagaaaaaaal aku memblei kueh /kopi kosong ini sarapan aku aku ternampak anak lelaki - lalu aku panggil ke meja - dia ini tuan punya kedai cendul - dan disebelahnya aparatus cendolnya kakak iparnya sedang berniaga minuman anak muda ini bernama taifik bin khamis ibunya kedayan dan ayahnya melanau bila ku tanya dia apa? 'aku melayu' dia berumur 28 tahun - dia membantu isterinya menjual cendol waroung ini di sewa 30 rinngit sehari lalu aku bertanya apakah warong ini dimiliki oleh taib mahmud? dia tersenyum! kami bersembang - dia berkata yang dia sebenarnya ingin mencari kerja ynag tetap - ank telah dua yang tua empat tahun yang kecil 4 bulan dulu bersekolah di s.m.k st.colomba datang dari kampong katong lopeng 30 naik motor dari miri bila aku tanya hal pilihanraya: ' belum pernah mengundi... ini kali pertama...tak kira sapa asalkan dapat apa yang diminta.. jalan ke kampong aku perlu dibaiki...' namoaknya isu jalan ini dimana mana sayang sekali pemimpin barisan berheli ke hulu ke hilir mereka tak tahu keadaan sebenarnya. pelanggan datang dia minta diri dan aku pun beredar. SURAT SURAT DARI SARAWAK Saya orang Malaya yang baru pindah dari Sarawak (Miri) ke KL. Semasa menjejaki Sarawak buat kali kedua sekitar 3 tahun lepas, saya macam tidak percaya bahawa Sarawak sudah merdeka bersama Malaysia semenjak 1963 ...tetapi taraf kehidupan di sana tidak seperti disemenanjung. Kemudahan awam amat mengecewakan. Saban hari saya mendengar keluhan rakan sekerja mengenai kehidupan di Bumi Kenyalang. Kenapa Sarawak ketinggalan berbanding negeri - negeri lain di Semenanjung. Itulah soalan yang selalu diajukan bila berbicara. Tahniah kepada Brunei kerana tidak turut serta di dalam penubuhan Malaysia. Saya selalu ker Brunei ....berbeza sungguh antara Brunei dan Sarawak. Semasa menetap di Miri, sempat saya membuat perjalanan dari Miri - Brunei ke Sabah ...memang terdapat perbezaan yang ketara di antara Brunei dengan Sarawak dan Sabah.Sekarang inilah masanya untuk penduduk Bumi Kenyalang membuat perubahan untuk Sarawak. Agi Idup Agi Ngelaban. Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI SARAWAK pada 11/04/13 BRO TT..KALAU BOLEH WAR2 KAN BERITA INI..DAPATKAN KERATAN AKHBAR DARI BLOG INI SEKARANG... Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995 Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini. Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar. Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Lihat lagi... Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI SARAWAK pada 11/04/13 |
| Posted: 12 Apr 2011 10:06 PM PDT AL-FATIHAH ![]() PEGAWAI SPRM BELASAH SAYA DENGAN BATANG BESI - mkini Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah. T Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya. Pukul di kemaluan, letak ais "Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya. "Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit..INI BARU 80% BETUL.... kah kah kah.. kah kah kah... TEOH BENG HOCK WAKIL CHINA... kah kah kah... kah kah kah... SABRANI MELAYU WAKIL ... kah kah kah... kah kah kah...SIVANESAN INI INDIA.... TAPI MASIH HIDUP.... kah kah kah... kah kah kah...INI BARULAH SATU MALAYSIA........ kah kah kah... kah kah kah... NASIB BAIK ADA INDIA INI... KALAU TIDAK BUKAN SATU MALAYSIA.... kah kah kah.. woit.. 80% PUN DAH OK.... kah kah kah... nota: datuk norza apa story? kah kah kah |
| Posted: 12 Apr 2011 09:29 PM PDT KESAH LAMA MUNCUL KEMBALI ![]() nota: anak anak muda yang tak tahu kesah sila tanya abang dan kakak sila tanya ayah dan ibu sila tanya datuk dan nenek kah kah kah 13 REMAJA BELASAH PEROGOL KENA TAHAN - berita hairan KANGAR: Sekumpulan 13 remaja ditahan disyaki membelasah seorang lelaki sehingga cedera, selepas mangsa disyaki merogol gadis berusia 13 tahun dalam kejadian di Beseri, Padang Besar. Kejadian dikatakan berlaku malam Ahad lalu, selepas sekumpulan remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun itu terserempak dengan lelaki berkenaan yang berusia 20 tahun, di belakang rumah kedai di Jalan Bukit Lagi, di sini, jam 10 malam. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit.. SIAPA TAKUT BACA BERITA INI ?.... kah kah kah.. kah kah kah... SIAPA AKAN KECUT TELOOO BACA BERITA INI?.... kah kah kah... kah kah kah... TOLONG HANTAR KAN BEROTA INI KEPADA?... SIAPA? ..kah kah kah... kah kah kah...SAMPAIKAN BEREITA INI KEPADA KEPADA DUA R... kah kah kah.. kah kah kah.... RAHIM TAMBI DAN RAIS YATIM.. kah kah kah... |
| BERITA DAN CERITA DARI SARAWAK Posted: 12 Apr 2011 09:11 PM PDT ABANG PAHIN KITA ![]() nota: nasib baik untuk rakyat sarawak' janji ini tahun 1995 ini tidak jadi kalau jadi susah kita semua dibuatnya kah kah kah orang china panggil abang pahin pokmen orang melayu pangil abang pahin mat uban tt panggil abang pahin DUN SARAWAK : TAIB DEGIL, BN PULA GOYAH HADAPI HARI PENENTUAN - minsider Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin. Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan. Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak. "Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri). "Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. nota: keadaan semakin baik media pro gerombolan semakin gila buat sandiwara saban hari kerjannya hanya menangkis dan menuduh pakatan rakyat yang bukan bukan nota: gerombolan terlupa nak guna perkataan melayu UBAH mat bodek john jafaar lupa bahawa ada perkataan melayu sekarang iban, melanau, bidayuh - semua melopong bila dengar perkataan tranformasi kah kah kah nota: gerombolan telah mencuba tutup beberapa laman/blog ini tambah marah lagi anak anak muda ini kerja bodoh kerana bila laman dan blog ditutup anak anak muda berduyun duyun datang dengar ceramah ini macam tak nak dengar cd download tapi datang tengok konsert keran ini malam tadi ceramah kelompok yang biasanya tak ramai orang sudah menjadi ceramah perdana di miri kah kah kah nota: abang pahin kita adalah sahabat terbaik abang pahin wira perubahan abang pahin penjana perubahan abang pahin pemangkin reformasi nota: di semenajung kita ada madey yang dibenci di semenajung kita ada rosmah yang dibenci di sarawak kita ada abang pahin yang paling dicintai kah kah kah UNTUK MEMBACA SAYANG SARAWAK Site Alternatif dari MT: www1.sarawakreport.org http://sarawakreport.wordpress.com http://www.facebook.com/sarawakreport http://twitter.com/sarawak_report TT, tolong sebarkan link alternatif malaysiakini:- http://http://office.malaysiakini.com/ 13 April 2011 8:18 AM |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan