Telok Bakong Online |
Posted: 24 Apr 2011 09:56 PM PDT |
Anwar: Najib!..Kamu Tahu Tuan Bat..Mati Dimana..?? Posted: 24 Apr 2011 08:44 PM PDT Seruan tersebut dilaungkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu ucapan perdananya di Markas Pas Titi Gantung.Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah bahawa rakyat di Perak Tengah sudah tidak rela lagi menanggung kezaliman dan penindasan yang di terima dari pemerintahan BN.rakyat telah lama sedar dan akan bersiap sedia untuk membunuh Umno seperti mereka lakukan dalam PRU 1999. Oleh itu Puak puak Umno jangan lah mempermainkan daya intelek rakyat melalui penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa dewasa ini.Rakyat di daerah Perak Tengah adalah kelompok rakyat yang amat bencikan penindasan dan sifat tamak pemerintah dalam mengumpul kekayaan.Ini jelas dengan peristiwa pembunuhan Residen Negeri Perak J.W.W Birch.Apabila hak rakyat cuba diceroboh oleh pemerintah,maka rakyat Perak Tengah akan respon kepada keadaan tersebut . Begitu juga pada peristiwa rusuhan kaum 1948,rakyat telah mengambil langkah menentang apabila hak hak mereka dicabuli.Perkara yang sama telah ditunjukkan oleh rakyat Parit pada tahun 1999,dimana mereka merasakan pemerintahan regim BN dibawah Dr Mahathir telah banyak melakukan penyelewengan dan pengumpulan kekayaan untuk kroni.BN telah ditumpangkan 3-0.Menurut beliau masyarakat tempatan adalah kelompok yang berani dan mampu membawa perubahan.Melihatkan kepada perubahan yang berlaku pada rakyat Perak Tengah dewasa ini,beliau beranggapan bahawa tidak mustahil kebangkitan rakyat akan berlaku pada PRU 13 sehingga dapat menawan Putrajaya. Beliau juga telah mencirikan beberapa sifat Negara jahiliyah iaitu wujudnya pemimpin-pemimpin yang rasuah dan menyeleweng.Kedua adanya pembesar pembesar yang berlumba lumba mengejar kemewahan .Ketiga wujudnya cendikiawan cendikawan yang tidak menyatakan kebenaran malah sebaliknya menyembunyikan kebenaran kerana takut terhadap ugutan atau kehilangan keistimewaan.Sekiranya dilihat didalam kontek Malaysia,ketiga tiga ciri yang dinyatakan diatas sememang nya ada didalam struktur masyarakat.Maka kehidupan di Negara Malaysia ini bolehlah dianggap masih dizaman jahiliah.Maka untuk merobah keadaan demikian suatu perubahan yang besar haruslah dibuat dengan mereformasi institusi institusi kehakiman,penguatkuasaan dan sebagainya. Tuan Haji Usailli Alias yang berucap sebelum nya telah mendedahkan kepincangan Umno Parit diperingkat tempatan.Menurutnya Umno Parit telah bertindak menceroboh dan membelakangkan sifat sifat memelihara khazanah alam sekitar apabila telah meneroka Tanah Hutan Rezab Melayu sebanyak 400 ekar daripada 2000 ekar keseluruhan.Hutan Rezab Melayu tersebut dipercayai sebagai kawasan hutan antara yang tertua di dunia. 300 ekar telah diberikan untuk penternakan kambing Boer. Penternakan kambing yang sepatutnya diberi pada penduduk tempatan akhirnya terlepas ke tangan orang lain dan cuma 2 orang penduduk tempatan diambil bekerja.Manakala 100 ekar selebihnya diberikan kepada Yayasan Parit.Ianya dijual kepada taukeh taukeh dengan nilai RM900,000.Persoalannya kemanakah perginya duit ini.Duit dari penjualan tanah tersebut sepatutnya dapat dinikmat oleh semua penduduk tempatan tanpa mengira parti untuk tujuan pendidikan,kemasyarakatan,ekonomi dan sebagainya.Tanah Hutan Simpan Rezab Melayu telah tergadai.Tanah Rezab ini sepaputnya digantikan dengan tanah seluas mana yang diambil.Adakah tanah ini diganti?.Sepatutnya Umno Parit disiasat kerana menyelewengkan duit dari penjualan tanah tersebut. Siti Aishah Ketua Serikandi PKR Malaysia, yang turut menjadi penceramah undangan, beliau menceritakan pengalaman semasa berkempen di Negeri Sarawak.Sebanyak 4.5 juta telah ditabur oleh BN Sarawak untuk membeli undi.Namun, walaupun duit,ugutan dan sebagainya dilakukan, namun bagi sebilangan rakyat Sarawak terutamanya dari kalangan orang Cina dan Iban,mereka kenal siapa jembalang, siapa pari pari penyelamat.Mereka sanggup menolak pembangunan dari memberikan sokongan kepada pemimpin yang merampas hak rakyat.Biar miskin tapi hidup bermaruah.Kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sarawak adalah titik permulaan kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kejam Taib Mahmud. Diandaikan bahawa BN Sarawak akan tumbang pada pilihanraya Negeri akan datang berdasarkan penurunan undi popular yang di perolehi BN pada tahun 2001 sebanyak (71.16%),2006(62.91%),dan 54.5% pada tahun 2011.Sekiranya pola ini berterusan maka BN Sarawak akan tumbang.Apa yang perlu ialah usaha berterusan menyedarkan rakyat Sarawak dan melahirkan pemimpin di kalangan orang Sarawak sendiri.Pemimpin ini haruslah dibentuk dari peringkat atasan hingga keperingkat akar umbi agar segala penerangan dan informasi sampai keperingkat bawahan.Orang Sarawak akan lebih percaya kepada pemimpin tempatan yang mereka kenal daripada pemimpin dari Kuala Lumpur.Namun prestasi PR di negeri Sarawak pada PRN yang lalu,memberikan Harapan Baru untuk Malaysia. Msinc-Ternampak bekas pemimpin AMK yang dah melompat ,..didalam kegelapan malam jauh dibelakang sambil ditemani bekas amk yang dah melompat juga..apa tujuan mereka ni..nak jadi spy bagi pihak umno atau cemburu dengan perpaduan antara penyokong PR.Terlanjur perahu boleh ditolak..terlanjur perbuatan..kenalah bertaubat beb… |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan