Suhaizan Kayat |
Tangkapan Awam Terhadap Dato T Posted: 06 Apr 2011 01:53 AM PDT Data T yang terdiri daraipada Tan Sri Rahim Tamby Chik, Ali Perniagaan Datuk Shazrly Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 hb Mac 2011. Kesalahan ini boleh didakwa di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara ini. Pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut. Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalamyoutube. Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku. Rakyat merasa kuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul jika sekiranya ketiga-tiga individu ini tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah. Di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam keatas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihanraya tahun 2004. Tangkapan ini telah berjaya membawa kes ini ke SPR pada waktu itu. Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis. Suhaizan Bin Kayat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat. 0197285174 |
You are subscribed to email updates from Suhaizan Kayat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan