SharpShooter |
- Banyak bukti Saiful melebihi keraguan..
- Nasihat kepada Anak Ali
- Trio anak Ali sehebat Tongkat Ali
- Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’
Banyak bukti Saiful melebihi keraguan.. Posted: 24 Apr 2011 10:38 PM PDT Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah. "Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini. Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan. "Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada. "Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie. "Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya. Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan. "Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan. Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. "Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri," katanya. Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor. Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali. Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful. Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian. Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup. Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat. Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibu pejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar. Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian. Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya. "Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal. Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti. Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut. "Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal. Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa. Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi. Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya. |
Posted: 24 Apr 2011 08:21 PM PDT Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April. REMBAU: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diminta jangan cepat melatah dan menghentikan pertelagahan sesama kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April yang memetik Azmin melabelkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali sebagai "jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian". Azmin mengeluarkan kenyataan tersebut apabila akhbar yang sama melaporkan kenyataan Mustafa pada 23 April bahawa ada kemungkinan masa depan PAS turut bergantung pada keputusan siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang. Mengulas perkembangan tersebut Norazizi berkata Azmin selaku pemimpin peringkat tertinggi dalam PKR beliau harus matang, faham dan melihat kenyataan Mustafa dari aspek positif dan bukan respon secara emosional yang akhirnya akan merugikan PR itu sendiri. " Azmin harus meneliti kembali kenyataan Mustafa, di mana kenyataan beliau (Mustafa) jelas menunjukkan bahawa isu tersebut perlu dilihat dengan serius dan hasil siasatan akan dinilai secara mendalam dan Mustafa turut mempersoalkan bagaimana sekiranya Anwar berjaya dibuktikan tidak terlibat kepada media. "Mengapa Azmin terlalu cepat melatah dan memberi respon secara beremosi, adakah beliau tidak meyakini yang dalam video itu bukan Anwar? Tindakan Azmin boleh mengundang reaksi negatif oleh rakyat", kata Norazizi. Norazizi turut mengulas bahawa tindakan Azmin yang mempersoalkan tindakan Mustafa itu, kerana membuat kenyataan secara terbuka seolah-olah mahu menyinggung perasaan PKR dan Anwar adalah tidak relevan. "Azmin seolah-olah lupa yang baru-baru ini beliau telah menggunakan media dan secara terbuka menyatakan bahawa PAS sedang turut meninjau kawasan kerusi yang berbilang kaum. Adakah ini tidak menyinggung perasaan PAS? ", tanya Norazizi. Tindakan Azmin sedemikian hanya memberikan imej buruk kepada PR dan Norazizi meminta Azmin menghentikan kenyataan sedemikian agar tidak menghakis keyakinan rakyat. |
Trio anak Ali sehebat Tongkat Ali Posted: 24 Apr 2011 08:21 AM PDT Trio anak Ali mendominasikan sensasi politik tanah air hari ini dengan cerita tentang video seks Anwar terbitan Trio Dato T. Ia bermula dengan kenyataan kontroversi Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung PAS Pusat. Beliau berkata "Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Kemudian baru kita boleh buat keputusan tetapi, buat masa ini, belum ada sebarang kesimpulan mengenainya. "Selepas siasatan (polis) selesai, kita akan memutuskan kedudukan (parti Pas) dan kita tengoklah macam mana nanti," Beliau mengulas mengenai desakan pelbagai pihak supaya Pas menilai semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, berikutan pendedahan skandal video seks yang didakwa mirip Anwar, sehingga ia menjadi liabiliti kepada Pas. Video kenyataan Mustafa Ali. Kenyataan anak Ali Setiausaha Agung PAS Pusat ini telah mengundang rasa marah anak Ali dari Keadilan iaitu Timbalan Presiden Azmin Ali. Azmin Ali yang ternyata berang dengan kenyataan anak Ali Setiausaha Agung PAS Pusat telah bertanya "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan. "Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian," kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini. Azmin Ali seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa Ali sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.Sementara itu hari ini juga TV3 suku menayangkan respon dari anak Ali PAS di Selangor iaitu Dr Hasan Ali tentang video seks yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. Beliau berkata adalah menjadi lumrah seorang pemimpin itu boleh datang dan pergi. Jika tanpa Anwar pun yang penting perjuangan wajib diteruskan. Begitulah hebatnya Trio anak Ali bila berbicara tentang video seks Anwar Ibrahim. Di antara Anak Ali lain yang hebat adalah Ibrahim Ali dan Syed Husin Ali manakala Ali Rustam tak kurang juga hebatnya. Semuanya hebat-hebat belaka dan mempunyai kehebatan tersendiri dalam hal politik. Ibrahim Ali terkenal dengan gelaran katak manakala Ali Rustam terkenal dengan sekolah hamilnya di Melaka. Manakala Syed Husin Ali dilihat seorang pejuang sosialis veteran kental PRM yang kemudiannya bertanggungjawab menggabungkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional menjadi Parti Keadilan Rakyat. Memang hebat anak Ali sehebat tongkat Ali barangkali. Tongkat Ali bukan sebarang tongkat, bila makan semuanya terangkat. Isu video seks Anwar terdapat banyak percanggahan. Dato T kata di hotel, polis kata di Kondominium. Dato T kata pelacur Cina, polis kata pelajar. Jam Omega yang digembar gembur kononnya milik Anwar pemberian hadiah khas oleh Raja Arab Saudi akhirnya terjawab bila polis mengesahkan jam Omega tersebut made in Taiwan. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’ Posted: 24 Apr 2011 08:14 AM PDT Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut. "Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media. "Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu. "Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com. Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara. "Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN. Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu. Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut. Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional. "Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional. "Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya. Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan