SharpShooter |
- AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM
- AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani
- Berita terkini di Sarawak
AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM Posted: 07 Apr 2011 11:06 PM PDT AMKPP Desak Perubahan Drastik Terhadap SPRM 8 APRIL 2011 Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, iaitu Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM Selangor, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat. Justeru, demi menyelamatkan imej SPRM yang tercalar teruk, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menggesa Kerajaan Malaysia agar tuntutan di bawah ini dilaksanakan SEGERA; 1) Mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, bertanggungjawab penuh atas kejadian ini dan MELETAK JAWATAN dengan segera. 2) Menuntut agar keselamatan orang di bawah siasatan SPRM DTINGKATKAN. 3) Menggesa penubuhan segera SURUHANJAYA DIRAJA untuk mengadili kes ini. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) tegas membawa suara rakyat tidak mahu lagi insiden ini berulang lagi. Ini adalah jelas merupakan KEGAGALAN MANIFESTASI 1 MALAYSIA yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri. Adakah ini yang dinamakan keselamatan & keadilan rakyat diutamakan? Sekian, terima kasih. AMIR HJ. GHAZALI Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani Posted: 07 Apr 2011 11:04 PM PDT AMKPP Ucap Takziah kepada Keluarga Ahmad Sarbani 8 APRIL 2011 Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yakni Penolong Pengarah Kastam Selangor yang telah ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kami dari AMK Pulau Pinang mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman dan dikurniakan ketabahan buat keluarga Allahyarham. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan insiden terbaru ini memandangkan imej SPRM dan agensi kerajaan lain menjadi semakin parah. Dengan isu kematian Teoh Beng Hock, yang juga jatuh mati dari Bangunan SPRM, SPRM perlu mengambil tanggungjawab penuh atas insiden terbaru ini. SPRM wajib mengambil langkah serius dan drastik demi memulihkan imej mereka sebagai agensi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat. Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga menyokong penuh supaya satu Suruhanjaya Diraja terus ditubuhkan memandangkan dengan imej SPRM dan PDRM yang berada di tahap paling kritikal dalam sejarah tanah air, oleh itu dengan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja diharapkan sedikit sebanyak dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem eksekutif negara. Sekian, terima kasih. AMIR HJ. GHAZALI Ketua, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Posted: 07 Apr 2011 08:37 PM PDT Dapatkan berita terkini dari RADIO FREE SARAWAK yang amat digeruni oleh b-end Sarawak. Radio ini beroperasi dari London. Layari berita terkini dari Radio Sarawak di sini http://radiofreesarawak.org/ * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan