shalehudin |
- Perang Thailand, Kemboja kian melampau
- PDRM terkancing gigi ngan RPK... kahkahkah...
- Drama siam... aku pun tak paham... kahkahkah...
- Mak aiihh... malunya kita... kahkahkah...
- Apa beza AC Mizal masuk UMNO dan Bob Lokman masuk PAS
- PDRM main wayang apa kat Thailand... kahkahkah...
- Pi mampuih la ngan Umno
- Seekor katak jatuh tersembam... kahkahkah...
- Woi Azmin, kalau tidoq tak lena... dah lama dah dia kurus... kahkahkah...
- Raja Petra lagi...
- Presiden Yemen dah undur, Rosmah bila lagi... kahkahkah...
- Terima kasih, terima kasih daun keladi...
- Untuk bukan ahli PAS
- Sori la bro, gua tak berpolitik laa...
- Ini lebih celaka
- Saman ja, jangan bagi muka
- Komponen BN pun meluat kat hang...
- Polis minta kat sapa ni?
Perang Thailand, Kemboja kian melampau Posted: 24 Apr 2011 11:00 AM PDT 'Perang' Thailand, Kemboja kian sengit ASKAR Kemboja bersiap sedia melancar roket BM21 di sempadan Kemboja-Thailand semalam.8 askar terbunuh setakat ini SAMRONG, Kemboja: Pertempuran tercetus lagi semalam di sempadan Thailand-Kemboja menyebabkan seorang lagi askar maut, sehari selepas pertumpahan darah terburuk sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kedua-dua pihak mengadakan senjata dua bulan lalu. Kedua-dua negara jiran itu sudah terbabit dalam beberapa siri pertempuran maut sejak beberapa tahun lalu di hutan berhampiran kuil purba yang dipertikaikan berikutan garis sempadan di kawasan berkenaan tidak pernah diukur dengan sempurna kerana periuk api bertaburan. Selain seorang askar Thailand maut semalam, empat lagi cedera ringan, kata satu sumber tentera Thailand yang enggan mendedahkan nama. Pihak tentera enggan mengesahkan kejadian itu. Beribu-ribu penduduk kampung dipindahkan dari kawasan berhampiran di kedua-dua belah sempadan berikutan pertumpahan darah terbaru itu, menyebabkan empat askar Thailand dan dan tiga askar kemboja maut kelmarin, manakala berpuluh yang lain cedera. "Kebanyakan penduduk di kampung saya meninggalkan rumah masing-masing kerana kebanyakan bedilan meriam Thailand mengenai kawasan berhampiran," kata seorang petani berusia 29 tahun, Has Pov kepada AFP di sebuah kompleks pagoda di mana beliau berlindung bersama isteri dan dua anaknya di bandar Samrong, Kemboja, kira-kira 40 kilometer dari kawasan pertempuran. "Saya amat takut dengan pengeboman itu," katanya. Kementerian pertahanan Kemboja mendakwa askar Thailand menceroboh wilayahnya "menggunakan tentera dan pelbagai jenis meriam" dan berkata penduduk awam diletakkan dalam dalam keadaan bahaya. Seperti biasa, kedua-dua negara saling mendakwa memulakan pertempuran terbaru itu yang berlarutan selama beberapa jam semalam. "Secara tiba-tiba mereka menembak ke arah kami," kata Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon kepada AFP. "Mungkin mereka mahu menjadikan isu itu satu isu antarabangsa bagi menarik negara ketiga campur tangan. Kami tidak mahu melawan, tetapi hanya bertahan apabila mereka menembak ke arah kami," katanya. – AFP |
PDRM terkancing gigi ngan RPK... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 10:00 AM PDT RPK: Saya tak beri kenyataan pada polis Apr 24, 11 5:06pm Penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia. Bernama melaporkan Raja Petra sebagai berkata polis Malaysia mahu menemubualnya di kedutaan Malaysia, tetapi atas nasihat peguamnya, ia telah dipersetujui supaya rakaman kenyataan RPK dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya. "Saya bersedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka mahu tahu sama ada saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanyanya di majlis dialog MCLM di Bangkok semalamn. Pihak polis mahu menemubual Raja Petra ekoran akuan bersumpahnya yang didakwa mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas. Bagaimanapun, bercanggah dengan laporan Bernama yang mendakwa kenyataannya telah dirakamkan, Raja Petra berkata, dia akhirnya menunggu pegawai berkenaan kembali selepas permintaan mereka untuk membawanya ke kedutaan, ditolak oleh peguamnya - Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu. Sementara itu, dalam ceramahnya sebelum itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah disalah dakwa kerana beliau tidak membuat dakwaan itu terhadap Rosmah dan dua orang lagi, tetapi terhadap sumbernya, seorang kolonel tentera yang memberi maklumat itu kepadanya.- Malaysiakini |
Drama siam... aku pun tak paham... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 09:22 AM PDT Petra: Drama Bangkok, sejarah 2008 berulang April 24, 2011 Raja Petra Kamarudin KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai "drama Bangkok" menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu. Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu. "Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia. "Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia," kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini. Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya. Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203. "(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja. "Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu," kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM). Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand. Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara. Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April. "Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat," tulis Raja Petra lagi. "Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203. "Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini," katanya lagi. Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan. "Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia. "Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan," katanya lagi. "Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya. "Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi)," katanya lagi. Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia. "Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?" kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.- TMI |
Mak aiihh... malunya kita... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 08:43 AM PDT Tu dia aaiihh... apahal la sampai macam tu sekali... hihi... buat malu negara betoi la... Kita ni seelok eloknya perangai yang buruk tu jangan dok tunjuk sangat. Bawa bawa sama sorokkan sikit terutama sekali depan orang ramai ataupun jauh diluar negara. Buat buruk dalam kampung sendiri tak pa la jugak, habih sangat nak malu pun kat orang kampung saja. Ni dak, sampai ke Thailand pun depa dok buat perangai hodoh depa.... kahkahkah... Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan satu perangkap dengan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Macamanapun urusan itu tak menjadi sehingga awal hari ni. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan. Kahkahkah... kesian kat depa depa tu, tak dan nak menjadi perangkap depa dah kantoi... kahkahkah... |
Apa beza AC Mizal masuk UMNO dan Bob Lokman masuk PAS Posted: 24 Apr 2011 05:00 AM PDT DATUK AC Mizal menyerahkan borang keahlian UMNO kepada EXCO Perak, Datuk Hamidah Osman ketika Program Jom Masuk UMNO di Ipoh, Hari ini. - Foto NSTP Berlainan sungguh sambutan dan laporan yang diberikan bilamana sdr Bob Lokman, dari seorang penulis lirik dan pengacara terkenal melompat masuk PAS dengan pelakon dan pengacara juga terkenal, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal memasuki UMNO bersama isterinya, Emylia Rosnaida. Kita pun sebenarnya tak heran malah sdr Bob sendiri sudah sedia maklum tentang double standard dan cabaran yang bakal dihadapinya bila mula meletakkan dirinya sebagai ahli parti PAS. Tapi inilah realiti media di zaman 52 tahun negara kita merdeka. Kian lama kian hodoh, lagi lama lagi jauh menyimpang dari etika kewartawanan mereka. Terketar ketar Umno cari juga artis yang sanggup bergelumang dalam lubang najis bersama sama mereka bagi menyentap kembali sensasi yang ditimbulkan hasil dari penghijrahan sdr Bob Lokman kedalam PAS itu. Dan akhirnya mereka terjumpa juga dengan Datuk AC Mizal nih yang memang berselirat juga dirinya dengan pelbagai masaalah peribadi. Apa pun kita perlu menghormati hak individu memilih wadah politik mereka. Tanpa mengira siapa mereka, kita hormati pilihan mereka itu dan marilah kita bersama sama berpolitik cara yang lebih matang tanpa menyelak kain lawan semata mata demi kuasa. Hairan ya!!! Umno begitu yakin sekali dengan tuduhan tuduha liwat dan salah laku seks Anwar Ibrahim walaupun dengan pelbagai kecacatan dalam pendakwaan. Dan tentunya ahli ahli Umno sedar akan hal ini. Apakah ini bermakna semua ahli Umno bersetuju dan bersatu hati menuduh Anwar Ibrahim sebegitu teruk moralnya? Apakah para bijak pandai baik yang sudah lama berkubang atau yang masih baru mahu berkubang macam si AC nih tahu, akur dan yakin bahawa Anwar Ibrahim memang sah sebagai pelaku dalam dakwaan dakwaan ciptaan para konspirator itu? Berat dosa fitnah nih... kita akan berkongsi sama sekiranya kita sebagai ahli mereka... wallahuaklam... |
PDRM main wayang apa kat Thailand... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 03:30 AM PDT Raja Petra belum beri kenyataan, peguam tikai motif polis KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin belum memberikan sebarang kenyataan kepada polis Malaysia di Bangkok ekoran pertikaian mengenai tujuan siasatan polis ke atas blogger kontroversial itu, kata peguamnya hari ini. Malam tadi, polis mahu mendapatkan keterangannya di Kedutaan Malaysia di Bangkok. "Tiada kenyataan diberikan kepada polis setakat malam tadi," kata peguam Haris Ibrahim kepadaThe Malaysian Insider menerusi kenyataan SMS sebentar tadi. Dalam pada itu, maklumat diperoleh dari portal Malaysia Today pagi ini menyebut polis mahu menyiasat Raja Petra (gambar) berhubung aduan bahawa dia telah berbohong dalam temu bual disiarkan TV3 dua minggu lalu. Oleh itu, entri ringkas Malaysia Today hari ini berkata wujud 'kebuntuan' dan peguam-peguamnya meminta polis yang mahu bertemu dengan Raja Petra menunjukkan salinan aduan dibuat ke atasnya. "Nampaknya polis mahu mengambil keterangan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat kenyataan palsu berhubung temu bual dengan TV3 di Perth, Australia. "Satu laporan polis dibuat terhadap Raja Petra mendakwa dia berbohong dalam temu bual TV3," kata tulisan itu. Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand. "Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok sekarang, telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di sana bahawa beliau perlu ke pejabat misi di ibu negara Thai untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai (9 malam waktu Malaysia)," kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam. Kenyataan itu menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula. "Mereka minta beliau (Raja Petra) pergi ke Kedutaan Malaysia dengan segera sebaik sahaja ceramahnya selesai," kata kenyataan itu lagi. Kenyataan itu menambah, Raja Petra yang sebelum ini dilaporkan berada dalam buangan kendiri di London dan baru-baru ini di Australia dan Bali, Indonesia tidak ditahan. Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu. Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri. Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu. Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama. "Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil," katanya. Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah. Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh. Sebelum ini Raja Petra berkata beliau pernah memberikan keterangan kepada polis mengenai SD itu ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tiga hari selepas siaran temu bual itu, Kementerian Pertahanan menafikan pernah wujudnya "maklumat" berkaitan Altantuya - dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam SD tiga tahun lalu. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, "pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu." Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut. "Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya lagi.- TMI |
Posted: 24 Apr 2011 03:15 AM PDT USAH MIMPI KAMI MAHU MELUTUT DENGAN UMNO RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke 13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat. Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini. Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu. Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar. Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno./wfauzdin.blogspot.com |
Seekor katak jatuh tersembam... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 01:00 AM PDT Kes Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama. Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh. Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar. Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula. Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh. Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas. Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus. Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah. Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak. |
Woi Azmin, kalau tidoq tak lena... dah lama dah dia kurus... kahkahkah... Posted: 24 Apr 2011 12:30 AM PDT Azmin dakwa tidur malam Rosmah tak lena Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak. Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013. Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak. "Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah," katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam. Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN. "Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN," katanya. "Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam," katanya. Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan. Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung. Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkanUtusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi. Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu. Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu. "Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia. "Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahuUtusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman," kata Azmin. |
Posted: 23 Apr 2011 11:00 PM PDT Raja Petra Diambil Keterangan Di Bangkok Atas Permintaan Bukit Aman KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar pada Sabtu mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand. Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu. Beliau berkata keterangan itu diambil selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai pengakuan RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. "Kita yang meminta beliau untuk memberi keterangan dan beliau bersetuju untuk membantu pihak polis," katanya ketika dihubungi di sini. Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan. "Tiada sebab untuk kita menahan beliau kerana beliau telah berikan kerjasama dalam memberi keterangan," katanya. Difahamkan RPK yang juga Pengerusi Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) berada di Bangkok sempena majlis pelancaran pergerakan berkenaan di negara itu, telah diambil keterangan malam tadi kira-kira pukul 8 malam waktu Thailand (9 malam waktu Malaysia). - BERNAMA |
Presiden Yemen dah undur, Rosmah bila lagi... kahkahkah... Posted: 23 Apr 2011 10:30 PM PDT Presiden Yemen undur, 30 hari kuat kuasa pelan peralihan SANAA, 24 April — Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh(gambar) telah bersetuju untuk meletakkan jawatan di bawah pelan peralihan kuasa 30 hari, sekali gus menamatkan rusuhan terhadap 32 tahun pemerintahannya. Pegawai-pegawai di Sanaa, ibu negara Yemen mengesahkan kerajaan telah menerima rancangan yang dirangka oleh negara-negara Teluk. Ali Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada naibnya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian ditandatangani dengan pembangkang bagi mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan. Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh sepanjang protes. Jika Ali Abdullah meletakkan jawatan sebagaimana diharapkan, beliau menjadi pemimpin Arab ketiga berbuat demikian, selepas Zine al-Abidine dari Tunisia dan Hosni Mubarak sejak awal tahun ini.- TMI |
Terima kasih, terima kasih daun keladi... Posted: 23 Apr 2011 10:00 PM PDT Terima kasih daun keladi, lain pilihanraya pilih la lagi... |
Posted: 23 Apr 2011 09:00 PM PDT Aku bukan ahli PAS, cuma penyokong keadilan Islam untuk semua... kesejahteraan Islam tanpa batas batas ras bangsa. Sokongan aku pada PAS dan Pakatan Rakyat khasnya bukan membuta tuli pada susuk susuk tertentu dalam Pakatan Rakyat tapi penyokong pada kesatuan ummah Islam dalam memperkasakan Islam sebagai penyelesai konflik politik ummah. Sebagai sebuah parti yang berjuang menegakkan Islam melalui demokrasi ala Umno ni, parti Islam PAS perlulah segar dan dilihat segar oleh rakyat terbanyak yang mengharap. Tanpa mengira siapa susuk yang berada dikerusi Presiden, elemen-elemen baru yang lebih segar dan boleh memperkukuhkan parti itu perlu disuntik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Ini perlu bagi memperkasakan kedudukannya dan dilihat segar dipersada politik negara. Fokus utama kita ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya memporak perandakan organisasi sendiri dengan menyepak turun sesiapa yang kita tak suka memimpin komponen Pakatan Rakyat. Isu presiden dicabar atau tidak, bukan pokoknya kerana yang hendak menjatuhkan Hadi dari PAS, Anwar dari PKR adalah BN dan jangan sesekali datangnya dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula. Menyegarkan PAS bukan bermaksud ganti orang yang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti. Presiden sendirian takkan dapat melakukan sesuatu yang tidak direstui orang sekelilingnya serta disokong oleh majoriti ahli. Penjagaan yang rapi dari pakar yang segar dapat menghasilkan buah yang enak untuk ramai orang menikmatinya. Orang sekeliling Presiden, penasihat yang lebih segar umpamanya dapat menyegarkan buah fikiran yang turun dari atas bagi dinikmati oleh ramai ahli. Sesuatu yang perlu PAS lakukan ialah satu transformasi politik yang telus diperkenalkan. Umpamanya bantuan dari pakar pakar dan para profesional yang kian menimbun dalam PAS kini boleh memperkuatkan dan memperkasakan lagi PAS dalam mengharungi kerenah politik negara. Aku, begitu juga dengan ramai lagi warga marhaen... sudah terlalu letih dan meloya dengan politik kotor yang dipertontonkan para politikus. Kita sudah tidak mampu malah tidak mahu adanya lagi permainan dalam melengah lengahkan usaha membawa harapan rakyat ini menjadi kenyataan. |
Sori la bro, gua tak berpolitik laa... Posted: 23 Apr 2011 08:04 PM PDT Baru baru ni kita dikejutkan dengan Cico, pelakon bertubuh sasa yang juga anak penyanyi serta pelakon popular 1970-an.di fotokan bersama sama sdr Bob Lokman. Riuh rendah la blog yang pro Pakatan Rakyat mengwar warkan kononnya sdr Cico ni dah join PAS. Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Cico, 32, bukan saja menafikan malah beliau menegaskan tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti politik selepas saja gambarnya tersiar bersama Bob Lokman di beberapa blog kebelakangan ini. Malah, anak tunggal Uji Rashid itu memberitahu Metro Ahad, dia tidak berminat berpolitik kerana kurang arif dalam bidang itu yang disifatkannya sebagai rumit. So, sori la ya bro... gua tak minat la ngan politik nih... bikin kepala gua semak laa... |
Posted: 23 Apr 2011 07:19 PM PDT Jerangkap Samar 3 Oleh smartlife "Isu jerangkap samar ini, bukan semata-mata bertujuan untuk menghancurkan atau menghapuskan mana-mana individu. Ia lebih daripada itu. Kalau kita biasa tonton drama bersiri "Mission Imposible", sebiji macam itu. UMNO-BN, memang tidak mampu berdepan dengan PR. Apatah lagi untuk berdebat dengan barisan para pemimpin PR. Memang telah diketahui umum, mereka sama ada memberi alasan bangangnya atau membisu malah mengelak daripada memperbincangkannya. Kita sedia maklum bahawa mereka menggunakan agensi- agensi awam bagi menjalankan misinya. Di samping itu juga, mereka menggunakan individu-individu tertentu bagi meraih sokongan tempatan. Ini lebih celaka. Individu ini mengambil kesempatan daripada kepercayaan yang diberikan kepadanya. Kalau nak dibandingkan dengan ketua munafikin di Madinah pada zaman Rasulullah S.A.W., individu ini lebih bahaya lagi. Kalau nak dikatakan ular sampah, boleh juga kita berhati-hati. Dia memang menunjukkan sikap mendokong gerakan Islam dan menyokong barisan kepimpinannya. Dia tidak akan mempertikaikan siapa pemimpin PR apatah lagi untuk membincangkannya. Tetapi ingat, individu seperti inilah yang akan digunakan oleh UMNO-BN untuk berkempen kepada orang-orang tempatan yang tertentu. Ayat-ayat yang biasa digunakannya ialah; "Untuk Ahli Parlimen kita pilih PR tetapi untuk ADUN kita berilah kepada yang ni". Pada orang seperti ini, saya ingatkan, "Berapa lama lagi kau nak hidup di dunia ini? Buatlah, dan kami memang letih dengan perangai kau. Namun bagi melaksanakan perintah Allah, kami tetap teruskan perjuangan."" |
Posted: 23 Apr 2011 06:00 PM PDT |
Komponen BN pun meluat kat hang... Posted: 23 Apr 2011 05:00 PM PDT MCA gesa rakyat pulaukan Utusan Malaysia MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaranUtusan Malaysia yang terus menjunam. "Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa. "Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya. Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu. Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu. "Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim dalam satu kenyataan. Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". |
Posted: 23 Apr 2011 04:00 PM PDT Polis minta lebih masa siasat video seks Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar. "Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama. "Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini. Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu. Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama. "Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan. "Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara. Ismail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen. Akhbar milik Umno -Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur. Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara. Pada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara. Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan