Isnin, 18 April 2011

shalehudin

shalehudin


Arsenal menipis, menebal lagilah peluang Man U... kahkahkah...

Posted: 18 Apr 2011 11:00 AM PDT

Dirk Kuyt menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 masa kecederaan untuk Liverpool mengikat Arsenal 1-1 dan menipiskan peluang the Gunners untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris. - Foto AFP

Fuyoo... garangnya Rais Yatim nih... haha...

Posted: 18 Apr 2011 09:00 AM PDT

Rais Yatim Saman Bloger Atas Dakwaan Fitnah Memperkosa Pembantu Rumah

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menyaman seorang bloger kerana memfitnahnya dengan mendakwa yang beliau telah memperkosa pembantu rumahnya.

Dr Rais telah menamakan Abdul Mutalib Mohamed Daud sebagai defenden tunggal dalam samannya itu.

Beliau menyebut Abdul Mutalib telah bertanggungjawab menerbitkan atau menyebabkan sesuatu tulisan itu diterbitkan berkaitan empat tulisan yang berunsur fitnah di dalam Sabahkini weblog, pada 1 Januari, 3 Januari, 5 Januari dan 7 Januari dengan mengambarkannya sebagai seorang yang tidak bermoral.

Dalam samannya itu juga, Dr Rais berkata, kata-kata yang berunsur fitnah itu juga mengambarkan seolah-olah mempotretkannya sebagai seorang yang berkemampuan memperdayakan bekas perdana menteri untuk turut bersubahat melindungi kononnya dakwaan memperkosa itu.

Katanya lagi, kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia serta profesionnya sama ada di dalam atau luar negara.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk menguruskan kes tersebut selepas berbincang dengan peguam Dr Rais iaitu Norhani Nordin di kamarnya.- mStar

Bukan mudah tapi bukan mustahil

Posted: 18 Apr 2011 07:27 AM PDT

Perjuangan bukan mudah, tapi juga bukan mustahil
Oleh Anwar Ibrahim

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.

Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr.Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yang akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

* Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen merangkap Ketua Umum PKR.

Chegu Bard hantar surat kat Piem...

Posted: 18 Apr 2011 04:32 AM PDT

Chegu Bard bangkitkan semula peranan adik Najib dalam kes Altantuya

KUALA LUMPUR: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin membangkitkan semula peranan adik perdana Menteri, Datuk Nazim Razak dalam misteri kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Beliau berkata demikian dalam satu surat terbuka kepada perdana menteri, bagi meminta penjelasan mengenai kontrak pengubahsuaian Masjid Jamek Kampung Baru bernilai RM20 juta- yang diberi kepada syarikat NRY Architect Sdn Bhd, iaitu syarikat kepunyaan Nazim.

Menurut Badrul, sekiranya tidak ada jawapan diberikan mengenai kontrak berkenaan, ia akan kekal menjadi misteri seperti persepsi mengaitkan peranan Nazim dengan penarikan balik akuan bersumpah yang dibuat penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Jika tidak ia akan kekal misteri sehingga menimbulkan perbagai persepsi yang mungkin salah seperti mana Nazim yang pernah disebut namanya oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam, dalam akaun bersumpahnya, pada 3 Julai 2008, yang cuba mengaitkan nama YAB Datuk Seri yang pada ketika itu selaku, Timbalan Perdana Menteri dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dibunuh secara kejam.

"Sejurus itu, banyak pihak tampil menggesa SPRM mahupun PDRM menyiasat dakwaan P.Balasubramaniam berhubung pembabitan adik Perdana Menteri itu dalam isu pertukaran akuan sumpahnya.

"Namun oleh kerana seolah di diamkan persoalan itu maka rakyat membuat persepsi sendiri seolah memang Perdana Menteri sendiri panik dan arahkan adiknya bertemu P.Bala supaya menukar akuan sumpah," kata Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard.

Justeru itu, Badrul berkata, Najib perlu menjelaskan pemberian kontrak pengubahsuaian masjid Kampung Baru yang disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

"Jika benar, memandangkan adik YAB Datuk Seri juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar diperjelaskan sama ada terdapat percanggahan kepentingan di mana sebagai sebagai pemilik firma arkitek NRY Architect Sdn Bhd ?

"YAB Datuk Seri sendiri harus memperjelaskan bahawa perlantikannya sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri. Yang jelas dua – dua ada pertembungan kepentingan," ujar badrul dalam surat berkenaan.

Menurut badrul, umum mengetahui selain Nazim, tiga lagi saudara Najib terbabit aktif dalam perniagaan berprofail tinggi iaitu Datuk Nazir, Johari Razak dan Mohamed Nizam.

"Tujuan kami menulis surat ini untuk memohon pihak YAB Datuk Seri tampil dan menjelaskan pertanyaan yang timbul dikalangan rakyat," tegas Badrul.

Dua tahun lalu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu – yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib – dalam laman web Malaysia Today pada 20 November 2009.

Malaysia Today dikendalikan Raja Petra Kamaruddin, yang baru-baru ini menimbulkan kegemparan apabila mendakwa beliau dipengaruhi beberapa pihak untuk mengaitkan Najib dalam misteri pembunuhan tersebut.- KD

Jaminan pilihanraya takkan diharamkan... kahkahkah...

Posted: 18 Apr 2011 02:00 AM PDT

Apahal Tian Chua nih, tak paham lagi ka yang SPR ni adalah parti komponen BN... kahkahkah... 

Betoi apa yang bro TT ngomelkan sekian lama, kalau pilihanraya di Malaysia boleh mengubah kerajaan, dah lama pilihanraya ni akan diharamkan... kahkahkah... ini membawa maksud, pilihanraya di Malaysia sampai bila bila gerenti takkan diharamkan... kahkahkah...

PKR bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional.

Tian Chua tak puas hati berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi...

Ini memberi jaminan bahawa pilihanraya Malaysia akan bertahan lebih lama selagi ada cara untuk dimanipulasi demi nafsu serakah UBN... kahkahkah...

Sayang Sarawak sungainya sempit...

Posted: 18 Apr 2011 01:00 AM PDT

Penganalisis: PAS belum diterima di Sarawak
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 17, 2011

 
KUALA LUMPUR, 17 April — Kegagalan PAS untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak menunjukkan parti Islam itu masih belum diterima pengundi — walaupun mendapat sokongan kuat di Semenanjung, kata penganalisis politik.

Menurut Datuk Dr Zainal Kling, berbanding PKR dan DAP, hanya PAS yang tidak memenangi sebarang kerusi walaupun Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi.

Kali ini PAS bertanding di lima kerusi berbanding satu pada 2006.

Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini.

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi.

"Dari segi individu parti sudah tapi PAS masih belum bertapak di kawasan-kawasan Melayu, belum dapat.

"Saya fikir fahaman PAS itu belum meluas diterima di Sarawak, fahaman PAS yang mahu mengadakan negara Islam, membina masyarakat Islam seperti acuan mungkin penyebab mengapa PAS ditolak," kata Zainal kepada The Malaysian Insider.

PAS tewas di kesemua kerusi yang ditandingi parti Islam itu iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Tambah Zainal, Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan mengeksploitasikan kekalahan itu dengan tujuan memburukan BN.

"Umumnya pengundi masih belum menerima pendekatan PAS itu, saya fikir PAS akan mengeksploitasikan keadaan ini, selain itu DAP juga akan mengekspoitasikan kemenangan.

"PAS belum menang kerusi walaupun sokongan bertambah," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berkata faktor utama kegagalan PAS adalah kerana parti Islam itu gagal mendapat sokongan pengundi Melayu.

Selain itu, jelas Sivamurugan, kemungkinan pengundi di Sarawak tidak menerima PAS kerana tidak faham dasar perjuangan yang dibawa parti itu.

"PAS gagal untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Sarawak, mungkin dasar perjuangan PAS itu menyebabkan parti itu ditolak.

"Mungkin juga apa yang dibawa PAS tidak difahami pengundi-pengundi dengan sepenuhnya... PAS gagal kerana pengundi tidak faham apa perjuangan PAS," katanya.

Tambah beliau, walaupun PAS kuat di Semenanjung, namun di Sarawak parti itu gagal untuk mendapat sokongan majoriti besar pengundi.

"PAS parti Semenanjung, memang PAS kuat tapi di Sarawak PAS gagal.

"Dengan dasar perjuangan PAS yang tidak difahami pengundi menyebabkan mereka tidak menerima PAS," katanya.

Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, majoriti besar pengundi terutamanya orang Melayu tidak menerima PAS.

"Itu betul, majoriti orang Melayu di Sarawak tidak menerima PAS, itu yang kita boleh lihat.

"Sebab ini adalah dua konsep iaitu konsep pembangunan dan konsep idealisme, di bandar adalah konsep idealisme tapi politik pembangunan diterima di masyarakat pinggir bandar dan pedalaman dan masih diperlukan," katanya.

Bagaimanapun Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sebaliknya dengan mengatakan pengundi Sarawak sudah menerima PAS cuma jumlah itu tidak ramai yang boleh membantu memberi kemenangan kepada parti itu.

"Mereka terima PAS tapi untuk menang belum sebab walaupun kalah ramai penyokong mereka, ada yang tidak hilang wang pertaruhan... PAS memang ada peminat tapi kekuatan BN itu sukar untuk PAS.

"Dari sokongan tidak gagal, kita tak boleh kata dari menang kerusi tapi dari segi pengaruh sebab kalau kita lihat PKR dan DAP dapat (menang)," katanya.

Tambah Ahmad Atory, sekiranya PAS mahu menang di Sarawak parti itu tidak boleh hanya bergantung kepada undi dari pengundi Melayu sahaja.

Sebaliknya kata beliau, PAS juga perlu memberikan tumpuan kepada pengundi Cina yang merupakan komuniti pengundi yang besar.

"Pengundi Cina yang tak beri kepada PAS, kalau beri kepada PAS memang hebat pertandingan itu.

"PAS gagal sebab pengundi bukan Islam tidak percaya PAS, jadi PAS kena kempen lebih kuat, PAS kena dapat kepercayaan pengundi bukan Islam Pas sepatutnya tumpu klepada pengundi-pengundi bukan Islam. PAS belum cukup (kuat) lagi, walaupun (pengundi) sudah kenal tapi tak cinta lagi," katanya.

Malam tadi, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata, pihaknya menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka melahirkan anak sulungnya.

Kata beliau, PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperoleh yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.

Umno telah bersuara... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2011 11:00 PM PDT

Awang Selamat: BN jangan 'terlalu pemurah' layan masyarakat Cina
April 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 April — Akhbar milik Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), hari ini menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu "pemurah" dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak semalam.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan "mengubah kerajaan negeri" sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undin popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

"Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.

"Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP," kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Katanya, Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi dan mesej yang jelas perlu disampaikan. Awang Selamata juga mahu Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.

Kata Awang Selamat, banyak pengajaran perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama.

"Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan," katanya lagi.

Akhbar itu juga mahu BN tidak mengharapkan sesuatu yang samar, malah mungkin boleh memakan diri.

Sebaliknya kata Awang Selamat, BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

"Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP.

"Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya," katanya lagi.

Tulisan Awang Selamat pergi ke depan satu langkah dengan berkata, keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum.

Oleh itu katanya, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina walaupun senario itu mahu dielakkan.

"Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

"Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar," katanya lagi.

Awang Selamat berkata lagi jika ada pertambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus dan semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru.

"Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang," katanya lagi.

Pemilik jam tak penting, penayang bahan lucah disiasat... mampuih hangpa... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2011 10:00 PM PDT

Video seks: Siasatan 'Datuk T' edar bahan lucah selesai, kata polis
April 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 April — Laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan "Datuk T" tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap, kata polis hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah . . . kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

Jam tangan itu merupakan antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim bagi tujuan siasatan berhubung video itu.

Susulan itu, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

"Identiti pemilik jam itu bukan merupakan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lepas apabila Rahim, Shazryl Eskay dan Shuib mengaku terlibat dalam penayangan video berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Amboi lajunya...

Posted: 17 Apr 2011 09:00 PM PDT

Hangpa ingat dak lagi kat Cikgu Mala atau Normala Sudirman... calon PAS yang kalah pada calon BN dalam pertarungan di DUN Tenang, kat Johor hari tu? Ni ha... suaminya si Maarof Abd Mutalib telah pun diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Apa kata depa? Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.

"Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.

"Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.

Masaalahnya Puad oiii... suami pada Cikgu Mala tu telah menyatakan dengan jelas sijil cuti sakit murung itu adalah tulen dan para doktor juga mengesahkan sakitnya bukan sakit yang memerlukan beliau terlantar di atas katil. Sakit murung juga bukan sakit yang dibuat-buat. Patutnya hangpa kena tahan doktor yang bagi cuti sakit tu kat dia, bukan setakat si pesakit tu saja yang kena... kahkahkah...

Hangpa tak pikiaq ka memisahkan beliau dengan isteri dan keluarga sebagai satu tindakan kejam. Entah dah berapa ramai lagi tah la kes kes terpencil yang berleluasa sejak dulu lagi tanpa di ketahui umum. Tapi agak aneh bilamana ramai pegawai pegawai dan guru guru yang menjadi hamba UMNO/BN yang melakukan kesalahan yang lebih terang dan nyata... berkempen semasa pilihanraya tetapi tak dikenakan tindakan apa-apa malah ada diantaranya dinaikkan pangkat dan diberi habuan.

Korang memang laju betul la bertindak terutama sekali kalau ada sangkut paut dengan pembangkang yerk...

Letak jawatan? Korang tunggu laa... kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2011 08:00 PM PDT

Taib Mahmud yang kelam kabut mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi pasai takut kalau kalau Najib buat gila pi tukar Ketua Menteri lain hari ni mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Gelak oii... gelak... kahkahkah... gelak la kan, dah berpuloh tahun orang ni berjanji nak jaga kebajikan rakyat Sarawak, tapi hampeh... dah beratus kali orang yang sama berjanji nak hapuskan kemiskinan Sarawak tapi depa la yang duduk keempat termiskin di Malaysia... kahkahkah...

So? nak letak jawatan? Kahkahkah... hangpa tunggu laa... kahkahkah...

"Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak."

Mantap? Mantap kan apa... kahkahkah...

Mantapkan kedudukan politik anak dia dulu, baru dia lepas jawatan... agar penggantinya tak buat taik tarik dia naik court, dakwa yang bukan bukan... kahkahkah...

Biar depa berpeluk laki bini, tapi Pakatan tak boleh berpeluk tubuh...

Posted: 17 Apr 2011 07:00 PM PDT

Gerenti muka Taib lebih berseri pagi nih... tentu dahi Najib tak berkerut lagi... Sarawak selamat kembali ditangan mereka. Endorsement dari rakyat Sarawak begitu jelas dan kuat mahukan BN memerintah mereka, mahukan BN uruskan kekayaan negeri mereka dan mahukan BN jugak menguruskan kesejahteraan hidup mereka.

Segalanya bagai telah selesai di Sarawak. BN sah memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Taib Mahmud yang telah pun berjanji nak lepaskan jawatannya cepat cepat mengangkat sumpah semalam jugak sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Berbagai ulasan yang kita baca, ada yang menyebut bahawa tsunami yang diramalkan melanda bumi Sarawak akhirnya sekadar pukulan ombak kecil mainan pantai saja. Memang benar Pakatan Rakyat gagal menafikan dua pertiga majoriti BN apalagi membentuk kerajaan baru seperti yang diimpikan oleh Anwar tuh kerana sekadar berjaya memenangi 15 kerusi saja iaitu 12 DAP dan 3 PKR.

Dalam BN berpelukan laki bini merayakan kemenangan bergaya mereka, aku masih berpendapat bahawa pencapaian Pakatan Rakyat sesungguhnya sangat membanggakan kerana dari 7 kerusi yakni, DAP 6 dan PKR 1 sebelum ini... kini Pakatan bangkit dengan memenangi 15 kerusi. Ya, mungkin ada yang mengatakan ini sebagai statement penyedap hati. Apatah lagi dengan tewasnya PAS disemua kerusi yang ditandingi mereka walaupun ada penambahan undi.

Tapi perlu diingat, Pakatan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan dugaan di Sarawak yang lebih dikenali sebagai kubu kuat BN sekian lamanya. Penindasan BN dikuatkan lagi dengan isu fitnah video lucah, kes liwat yang dijaja, Raja Petra buat wayang, ugutan pada para petugas dan pengundi, politik wang yang tiada kesudahan dan kekurangan ketara dalam bidang logistik dan kewangan namun... Pakatan boleh meningkatkan pencapainnya.

So... tentu banyak mata kini yang melihat apakah Najib akan memanggil PRU ke 13 lebih awal? Kahkahkah... ada berani ka?

Tapi Najib pun bukan kecil anak, tentu penasihat politik impotnya sedar dengan pengundi Cina yang bertindak menikam tangan yang menyuap mereka selama ini. Kalau dulu pengundi Cina dikatakan bangkit menyokong Pakatan khasnya DAP, tapi kali ini mereka bukan sekadar mengulanginya malah mengulanginya dengan lebih berani dan besar lagi... kahkahkah...

Kalau dalam dulu dengan hanya kemenangan 7 kerusi di Sarawak pun telah membangkitkan tsunami merobohkan keangkuhan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU Umum 2008, tak mustahil kemenangan 15 kerusi kali ni bakal menggegagrkan bumi Semenanjung dengan skala yang lebih besar lagi.

Amacam Najib, ada berani ka... atau masih teragak agak menunggu ilham dari penasihat impot... kahkahkah...

Orang Sarawak dah kata tak pa camni... haha...

Posted: 17 Apr 2011 06:00 PM PDT



Bye.. bye Datuk T.. kahkahkah...

Posted: 17 Apr 2011 05:00 PM PDT

Apa hal ni bro... kahkahkah... kan gua sudah cakap lu, susah betul sekarang ni mau cari makan, nampak gayanya lu kena pusing lain macam sikit lah... itu senator sudah pochiikkk lah... itu menteri pun eelekk lah... kahkahkah...

Woiittt... hangpa ingat Datuk T mana? Kahkahkah...

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah pada Khamis lalu mengesahkan telah menerima surat memaklumkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang tamat pada 17 April ini dan tidak akan disambung semula. Jawatan Timbalan Menteri pun hilang gak berkuatkuasa hari nih... haha...

So, gua mau tanya nih... itu lu lagi ada guna ka dalam itu MIC? kahkahkah...

PRN Sarawak: Harapan baru Pakatan

Posted: 17 Apr 2011 04:00 PM PDT

Kuasai 15 kerusi beri Pakatan harapan baru, kata penganalisis
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 April — Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.

Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.

"Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.

"Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.

"Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.

"Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia," katanya.

Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.

Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.

"Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan," katanya.

Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.

"Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.

"Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.

"Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa," katanya.

Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang "tewas" besar kepada DAP.

"Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.

"Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.

"Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN," katanya.

Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.

"Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.

"Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR," katanya.

Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.

"Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.

"Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.

"Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.

"Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka," katanya.

Harap ke sorak ja lebih... hadoiihh...

Posted: 17 Apr 2011 03:00 PM PDT

Menang sorak Pakatan
Oleh Wan Hamidi Hamid

ANALISIS, 16 April – DAP menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tetapi prestasi parti-parti sahabat Pakatan Rakyat amat mengecewakan. Lebih menyedihkan ialah PKR yang hanya dilihat menang sorak.

Dari awal lagi, DAP berpegang kepada strategi menarik undi simpati dengan slogan mahu menafikan dua pertiga majoriti BN Sarawak kerana ia terbukti membawa kejayaan pilihan raya umum 2008 serta pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.

Namun strategi sedemikian tidak menarik perhatian pucuk pimpinan PKR yang lebih selesa dengan cakap-cakap naik semangat mahu mengambil alih pentadbiran negeri.

Hakikatnya tiada siapa yang yakin dengan perubahan sebesar itu.

Kebanyakan pengundi dan pemerhati politik yang rata-rata bersikap konservatif lebih yakin dengan kemungkinan menafikan dua pertiga majoriti.

Namun, strategi PKR yang menuntut, gambil dan bertanding lebih dua pertiga dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak mungkin memaksa para pemimpinnya untuk berkempen menawan negeri daripada sekadar menafikan dua pertiga majoriti.

Apa pun strategi itu gagal dan kesannya PKR hanya menang tiga kerusi.

Hebat juga kerana sebelum ini PKR hanya mempunyai satu kerusi DUN.

Memang PKR dan Pakatan boeh menyalahkan BN yang memperguna serta menyalahgunakan jentera kerajaan. Memang media massa yang dikuasai BN berat sebelah dan terang-terang berkempen untuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan BN.

Namun, dengan tekanan yang hebat dan zalim itu, DAP masih mampu meraih 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya. Itu pun 15 kerusi yang diperolehi selepas rundingan dengan PKR walau pun pada mulanya DAP mahu bertanding di 20 kawasan DUN.

Kesan yang lebih besar kepada Pakatan ialah usaha menghadapi PRU akan datang. Kemampuan PKR di Sarawak akan menjadi bahan propaganda Umno dan BN. Ini ditambah pula dengan PAS yang diberi lima kerusi di Sarawak telah pulang dengan tangan kosong.

Yang perlu sekarang ialah bagi PKR menilai semula strategi – bukan sahaja strategi dan taktik pilihan raya – tetapi kedudukannya bersama DAP dan PAS serta parti-parti sahabat di Sarawak dan Sabah.

Ketiga-tiga parti ini perlu duduk bersama melihat diri sendiri – siapa mempunyai jentera paling ampuh, siapa mempunyai pemimpin dan calon berwibawa, siapa mempunyai perencanaan dan rancangan yang lebih jelas serta jitu, dan siapa patut membuat apa.

Cakap besar dan berlagak "big brother" patut disisihkan. Pembahagian kerusi dan kawasan yang selama ini mengikut kaum dan agama juga perlu satu penilaian semula walau pun ia amat sukar untuk dilaksanakan.

Dengan kerjasama para NGO dan kumpulan-kumpulan yang mesra Pakatan, usaha mendemokrasikan struktur dan amalan perlu diteruskan – membebaskan media, meneluskan amalan kerajaan dan mewujudkan persefahaman antara kaum dan agama.

Kemenangan BN memang sesuatu yang amat membanggakan gabungan pemerintah itu yang masih diselaputi persepsi salah guna kuasa, penyelewengan, tidak adil dan tidak demokratik.

Memang BN sepatutnya menang besar kerana semua media arus perdana berkempen untuknya; semua jentera kerajaan daripada hasil sumber alam dan wang cukai rakyat hanya boleh digunakan oleh para pemimpin BN; kuasa imigresen negeri digunakan untuk menyekat kemasukan beberapa pemimpin NGO dari Semenanjung.

Kemenangan seperti itu memang tidak adil. Dan selama itu BN, sama ada di Sarawak, Sabah dan Semenanjung, terus mengamalkan demokrasi terpimpin yang memastikan rakyat tidak perlu kepada sebarang bentuk ketelusan.

Persoalannya, khususnya untuk renungan Pakatan, jika BN masih diterima rakyat melalui strategi dan taktik yang tidak demokratik itu, apakah langkah seterusnya untuk Pakatan?

Yang lebih penting untuk Pakatan ialah bersiap sedia untuk menghadapi PRU akan datang. Datuk Seri Najib Razak telah pun membayangkan bahawa tarikh PRU akan mengambil kira keputusan PRN Sarawak.

Ini membuka kemungkinan PRU boleh diadakan pada Jun atau Julai ini. Najib dan BN tentunya mahu mengekalkan momentum Sarawak.

Bagi BN, kalau pun DAP juga dilihat mampu mengekalkan momentum Sarawaknya, ia tidak akan dianggap pencabar utama dalam PRU akan datang. Yang penting bagi BN, khususnya Umno, para pemimpinnya melihat PKR dan PAS tidak mampu memberi cabaran yang serius dalam PRU akan datang.

Keadaan ini memerlukan Pakatan Rakyat untuk sama-sama merendah diri mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada jika benar-benar serius untuk membangkitkan semula semangat tsunami 2008.

Tiada ulasan: