Jumaat, 1 April 2011

shalehudin

shalehudin


Banyak yang tak betoi ni...

Posted: 01 Apr 2011 06:37 AM PDT

Kalau kita ikut undang undang negara yang dijunjung sangat sangat oleh Umno tu, Datuk T bertiga tu dah boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang video lucah kepada umum. Datuk Trio patut dikenakan tindakan kerana ia melibatkan penayangan dan mereka juga memiliki bahan lucah yang jelas terlarang.

Ini yang peliknya dengan Malaysia yang jelas mengamalkan undang undang double standard. Satu khusus untuk rakyat marhaen lain dan satu lagi khas untuk ahli Umno dan Barisan Nasional.

Sepatutnya siasatan terhadap video fitnah tersebut harus tertumpu kepada motif tayangan itu dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan. Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar turut menafikan beliau terlibat. Pihak Polis perlu menangkap Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah serta Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek utama dan bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien si akai pendek.

Mereka sepatutnya ditangkap segera dan lakukan soal siasat terhadap mereka, bukannya mengambil kenyataan sahaja. Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail supaya meletak jawatan dalam parti.

Banyak sangat benda yang tak betul nih dan polis perlu tegas mengambil tindakan dan hukum mereka mereka yang didapati bersalah. Bukannya menurut kata nista pemfitnah dengan menekan lagi Anwar yang jelas menafikannya.

JANGAN DISIASAT KETULENAN VIDEO SEKS TU SAJA, TAPI SIASAT SIAPA YANG MENYERUPAI ANWAR YANG SEDAP SEDAP MEMBAHAM CHINA DOLL TUH!!!!

Yang ni sah sah rakyat kena dulu... kahkahkah...

Posted: 01 Apr 2011 05:28 AM PDT

RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.

Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.- mStar

Woii BN, lu bagi bola tanggung nih... kahkahkah...

Posted: 01 Apr 2011 03:00 AM PDT

Keselamatan: MB 'smash' bola tanggung Adun BN
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 31 Mac:Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak melepaskan peluang keemasan 'menghentak bola tanggung' yang dibuat seorang wakil pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Selangor kali ini.

Sebaik Abdul Khalid menjawab mengenai isu polis tambahan yang akan melibatkan semua pihak termasuk pihak Umno kerana bab keselamatan ini melibatkan semua rakyat, wakil pembangkang itu bangun bertanyakan soalan tambahan.

Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), bertanya kenapa kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan kepada Dun Permatang yang di bawah BN, beliau sendiri sebagai Adun tidak pernah dipanggil berbincang sebaliknya Pusat Khidmat PKR menguruskan kewangan dan peruntukan Dun Permatang.

"Kenapa tidak menghormati saya sebagai wakil rakyat yang dipilih di sana?" soal Sulaiman.

Ketika inilah, Menteri Besar menjawab pertanyaan bola tanggung wakil pembangkang itu dengan melakukan smash tajam.

"Itu sebab, kita telah minta Kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan setiap parlimen kita kongsi bersama, kenapa tidak dilakukan," katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan tidak menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada setiap parlimen terus kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat di seluruh negara termasuk Selangor.

Mengikut amalan demokrasi, sewajarnya wang itu disalur melalui ahli parlimen dengan dipantau pejabat daerah, bukan melalui Ketua Umno bahagian.

Malah Kerajaan Persekutuan juga menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) sedangkan Kerajaan Negeri Selangor sudah mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamataan Kampung (JKKK)

"Keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada proses pentadbiran, kalau satu organisasi dijaga oleh dua kepala.

"Saya bangkitkan isu keselamatan untuk semua dan kita jemput semua orang serta tidak persoalkan dari segi peruntukan atau dipantau oleh Persekutuan," tambah Khalid lagi.

Isu ini berbangkit apabila Menteri Besar menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Ahmad mengenai Polis Tambahan.

Kerajaan Negeri telah membuat permohonan untuk untuk mewujudkan polis tambahan sendiri dengan dimulakan dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kekuatan kewangan sendiri.

Namun permohonan ini ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mengulas lebih lanjut, Abdul Khalid berkata, banyak kawasan perumahan mempunyai pasukan polis tambahan sendiri dan inilah hasrat kerajaan negeri membantu pihak polis meningkatkan tahap keamanan dalam masyarakat.

Abdul Khalid seterusnya menyebut tentang keperluan anggota polis seramai 50,000 lagi, kerana itu, kenapa ditolak permohonan Selangor yang ingin biayai sendiri pasukan itu.

Ketika menjawab soalan tambahan Nik Nazmi mengenai keengganan KDN meluluskan permohonan itu, Abdul Khalid berkata, beliau berharap pihak polis tidak terlibat di dalam mempolitikkan isu keselamatan.

Hari ini adalah hari ketiga berlangsungnya sidang Dewan Negeri Selangor dan akan berakhir pada 5 April hadapan.

Pagi tadi, selepas sembilan puluh minit dikhaskan untuk menjawab soalan yang kini sudah sampai soalan ke-39, tiba masa untuk Exco-exco kerajaan menjawab semua persoalan yang dikemukakan oleh Adun-adun yang timbulkan dalam ucapan membahaskan titah perasmian Sultan pada 28 Mac lalu.

Libya dah jadi Iraq woii...

Posted: 01 Apr 2011 02:00 AM PDT

Oleh Suhaimi Mokhtar

Bumi umat Islam, Libya cepat dan segera menjadi satu lagi Iraq. Kalau Iraq diserang pada 2003 atas alasan atau pretex kerana Presiden Saddam Hussien ketika itu memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang akhirnya ternyata tidak benar, Libya pula diserang dari udara dan laut untuk menyelamatkan rakyat awam Libya dari serangan apparatus persenjataan dan kekuatan ketenteraan tentera yang pro dan setia kepada Muammar Ghadafi.

Senario kebangkitan rakyat Libya menentang regim Ghadafi yang memerintah secara diktator selama 42 tahun bertukar menjadi perang saudara dan kini berubah melibatkan kekuatan upaya dan kecanggihan serangan udara dan laut tentera berikat dipimpin Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara sekutu barat.

Revolusi kebangkitan rakyat Libya terhadap pemimpinnya tidak mencapai matlamat untuk menumbangkan Ghadafi dan menukar regim kukubesi kepada yang lebih demokratik berasaskan kepada kebebasan bersuara, regim pilihan rakyat, lebih telus, tidak rasuah dan menjuarai hak-hak asasi rakyat. Kegagalan setakat ini kerana terdapat kumpulan-kumpulan yang berkepentingan masih mempertahankan pimpinan Ghadafi.

Revolusi rakyat Libya tidak seperti kebangkitan di Tunisia dan Mesir yang menyaksikan tumbangnya dua pemimpin diktator yang pro AS dan barat. Tidak setakat pro,bahkan menjadi rakan dan sahabat setia kerana menyumbang menjadi benteng kepada keselamatan regim zionis Yahudi yang dikelilingi negara-negara Arab.

Sebaliknya Libya dan pemimpinnya merupakan negara yang dimusuhi AS dan barat sehinggalah mutakhir ini apabila Tony Bliar, ketika menjadi Perdana Menteri (PM) Britain mengadakan hubungan dengan Libya dengan mengunjungi Ghadafi di Tripoli dan hubungan itu menghasilkan hubungan dagang , dengan Libya mengadakan pertukaran exsport minyak ke Britain dan Libya pula membeli senjata dari Britain.

Tetapi hubungan ini sangat singkat, apabila kebangkitan rakyat Libya telah menukar segala-galanya dan Britain melalui PM barunya, David Cameron bersama dengan pemimpin Peranchis ,Sarkozy memulakan serangan udara terhadap Libya setelah Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi 1973 yang menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya untuk menyelamatkan rakyat awam Libya.

Kebangkitan rakyat Libya terhenti apabila Ghadafi mengambil pendekatan kekerasan ketenteraan bagi membendung kebangkitan. Kebangkitan pro demokrasi telah menawan beberapa wilayah termasuk yang terbesar Benghazi, bandaraya kedua terbesar selepas Tripoli, ibu negara Libya. Ghadafi melalui kekuatan peralatan perang dan tentera yang masih setia kepadanya telah menawan semula wilayah-wilayah dari tangan kumpulan kebangkitan tetapi gagal mara ke Benghazi apabila tentera berikat melakukan pengeboman terhadap sasaran ketenteraan dan kekuatan udara Ghadafi.

Kini zon larangan penerbangan terlaksana sepenuhnya apabila kelengkapan udara Ghadafi termasuk jet-jet pejuangnya telah dimusnahkan. Serangan-serangan dari udara dan laut begitu hebat sekali menyebabkan musnahnya seluruh kekuatan udara Ghadafi.

Pemimpin Libya itu di sebalik retorik melaksanakan gencatan senjata telah melakukan serangan darat terhadap kumpulan pro demokrasi yang memanggil diri mereka sebagai Majlis Kebangsaan yang berpusat di Benghazi.

Bandar di Timur Libya itu dapat diselamatkan dari serangan tentera Ghadafi, tepat pada waktunya apabila serangan udara untuk larangan terbang dimulakan oleh Peranchis dengan mengebom sasaran keupayaan udara Ghadafi.

AS yang mengepalai serangan zon larangan penerbangan bersama sekutunya mahukan pusat pemerintah tertinggi serangan itu diambil alih oleh negara lain kerana tidak mahu kelihatan AS memulakan pencerobohan terhadap sebuah lagi negara umat Islam. Kini pusat pemerintahan tertinggi itu telah diletakkan dibawah Nato. Sebenarnya ia sama sahaja, kerana Perikatan perjanjian multinasional Nato didominasi oleh AS dan barat.

Resolusi Majlis Keselamatan 1973 menguatkuasakan zon larangan penerbangan untuk menyelamatkan rakyat awam Libya dari serangan tentera Ghadafi dan ia tidak meliputi kehadiran tentera darat. Ini menyebabkan tentera Ghadafi mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan kekuatan pejuang kebangkitan yang tidak terurus dan berdisiplin, walaupun terdapat pihak tentera termasuk general yang menyebelahi kebangkitan rakyat.

Dalam situasi ini ,nampaknya pertarungan dan konflik di Libya tidak akan mudah diselesaikan. Kini terdapat dua pihak yang berperang. Pihak kebangkitan rakyat yang disokong oleh tentera berikat yang terus menerus mengebom sasaran bagi mempastikan terlaksananya zon larangan penerbangan dan satu pihak lagi ,tentera yang berpihak kepada Ghadafi melakukan serangan untuk menawan semula wilayah yang ditawan.

Selepas seluruh kekuatan udara Ghadafi dihancurkan, apalagi misi yang akan dilakukan oleh Nato yang mengambil alih pusat pemerintahan tertinggi? Adakah tentera Nato akan ditempatkan di Benghazi bagi menyelamatkan wilayah itu dari serangan tentera Ghadafi atau cukop dengan berada dilaut medeteranian mengawasi dari armada-armada perang yang ditempatkan disekitarnya.

Kebangkitan rakyat Libya menemui kegagalan setakat ini kerana ia tidak menyeluruh dan keiltizaman rakyatnya tidak menyamai yang dimiliki rakyat Mesir dan Tunisia yang semakin berdepan dengan pihak berkuasa, mereka lebih beriltizam dan keluar di Dataran Tahrir dalam jumlah berjuta bagi menggerakkan momentum kebangkitan. Ini tidak berlaku di Libya, apabila Ghadafi bertindak keras dan panik mempertahankan regimnya.

Pergolakan di Libya akan berterusan sehinggalah penyelesaian politik dicapai. Ghadafi kelihatan keras tidak akan meletakkan jawatan,apalagi kini tentera yang pro pemimpin itu sanggup mempertahankannya.Libya kelihatan akan terbahagi dengan Benghazi dikuasai oleh kebangkitan rakyat yang pro demokrasi dan Tripoli akan terus berada ditangan Ghadafi dan sekutunya.

Konflik di Libya akan berpanjangan untuk satu tempuh yang tidak menentu sehinggalah satu formula penyelesaian dapat diusahakan. Sebaik-baiknya pertubuhan seperti Liga Arab atau Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) atau Kesatuan Afrika (AU) dapat mengusahakan penyelesaian dan tidak membiarkan AS dan barat mencari formula penyelesaiannya.

Kelangsungan konflik yang berlaku di Libya kini menyamai pula keadaan di Yeman, apabila Presiden Ali Abdullah Salleh yang enggan meletakkan jawatannya mengumpulkan kekuatan penyokongnya pula berdemonstrasi menyokongnya. Pertembungan dua tunjuk perasaan ini , yang pro dan anti Presiden Ali Abdullah Salleh akan menimbulkan ketegangan yang boleh mencetuskan huruhara di Yeman.

Presiden Ali Abdullah Salleh telah turut menggunakan kekerasan terhadap kebangkitan rakyat sehingga ramai juga yang terkorban, tetapi AS dan sekutu baratnya tidak bertindak seperti tindakan terhadap Libya. Rakyat Yeman kelihatan berazam dan beriltizam untuk menyelesaikan kebangkitan mereka sendirian tanpa menjemput pihak luar campurtangan seperti yang berlaku di Libya menyebabkan ia merumitkan lagi keadaan.

Tetapi di Libya, gerakan kebangkitan rakyat Libya mahukan pihak masyarakat antarabangsa menyelamatkan mereka yang sekaligus meletakkan Libya bukan lagi dalam konflik perang sudara tetapi terbahagi dua.

Dalam suasana kebangkitan yang berterusan di Jazerah Arab,kini giliran Syria pula dilanda kebangkitan yang bermula di Derra dan ia telah merebak di beberapa wilayah lain di Syria. Kebangkitan ini menjadi satu ujian getir kepada Bashir Al-Assad bagaimana untuk menangganinya. Sama ada pemerintah Syria itu sanggup melakukan konsesi politik, ekonomi dan sosial atau memilih jalan kekerasan untuk menyelamatkan regimnya.

Seperti pemerintah negara-negara Arab yang lain, Syria juga diperintah secara kukubesi melalui parti Baath yang memerintah sejak era ayahnya Hafiz Al-Assad. Seluruh kebangkitan yang melanda satu demi satu negara-negara Arab ini tidak dapat dijangkakan pengakhirannya. Ia telah merubah lanskap politik seluruh Jazerah Arab.

Dua pengikut fahaman syiah didakwa

Posted: 01 Apr 2011 12:00 AM PDT

RAWANG: Seorang pengikut fahaman Syiah, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang terhadap pertuduhan membantu mengembangkan fahaman yang telah diharamkan itu.

Tertuduh, Mohd Kamil Zuhairi, 46 didakwa membantu dalam mengembangkan kumpulan syiah yang melanggar fatwa tentang fahaman Syiah yang telah diwartakan pada 24 September 1998.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis, beralamat 9C Jalan SG 3/16 Taman Seri Gombak, Batu Caves, Hulu Selangor, antara 9 malam dan 10.40 malam pada 15 Disember 2010.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan yang dinyatakan dan arahan-arahan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama.

Jika disabitkan kesalahan, dia yang diwakili peguam Muhammad Burok, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Fahaman terbabit didapati menyeleweng oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor kerana bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimanapun, seorang lagi tertuduh iaitu Mohamed Mokhsen Mad Merhad tidak dapat diambil pengakuannya berikutan tertuduh yang juga warga Iran tidak memahami bahasa Melayu.

Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan melantik jurubahasa bagi kes Mohamed Mokhsen dan menetapkan 14 Julai untuk perbicaraan kes Mohd Kamil Zuhairi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat Mohd Kamil Zuhairi di tempat dan pada waktu yang sama mengikut Seksyen 46 mengikut seksyen dan enakmen yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh pendakwa syarie Muhammad Rafizan Ahmad Sufian.

Dalam kejadian itu, mereka adalah antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Seri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah.

Ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran. - BERNAMA

Laporan pun dah macam putar belit... kahkahkah...

Posted: 31 Mar 2011 11:37 PM PDT

Video seks tu memang la tulen, tak nafikan laa... takkan bodo sangat depa nak serahkan video yang palsu... Kita nak tau player dia tu sapa... kena siasat yang tu, bukan biar bau busuk tu hanging around camtu saja... ini semua adalah konspirasi jahat dari UBN terhadap Anwar...

Lawan tetap lawan...

IGP: Pakar tempatan sah video seks tulen

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

 

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.- Malaysiakini

Untukmu,Umat Muhammad S.A.W

Posted: 31 Mar 2011 09:00 PM PDT

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umatku ini adalah umat yang dirahmati (dikasihani). Tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azabnya adalah di dunia, berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, musibah-musibah, dan pembunuhan." (Riwayat Thabrani melali Abu Musa r.a)

Umat Muhammad adalah yang dirahmat iaitu dikasihani Allah s.w.t. Mereka tidak dikenakan azab di akhirat nanti kerana mereka telah dikenakan azab di dunia. Namun umat yang dikasihani ini adalah umat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya, yang menjadikan Al-Quran dan sunnah itu sebagai panduan dan pegangan kehidupan seharian, baik dari segi ekonomi, politik, kemasyarakatan dan segalanya.

Walaubagaimanapun, mereka yang melupakan ajaran dan perintah agama Islam akan di azab. Apa erti di lidah mereka mengucapkan mereka umat Nabi sedangkan dalam kehidupan seharian mereka jauh menyimpang dari ajaran baginda.

Dalam sebuah hadith diceritakan apabila Rasulullah melihat ramai umatnya di neraka, Baginda bertanya mengapa berlaku demikian dan Allah s.w.t. menjawab "Mereka melupakanmu".

Jika diimbas kembali satu persatu azab sebagaimana hadis Nabi di atas, dan apa yang berlaku kini, ianya telah dan sedang berlaku:

Tsunami tanda kekuasaan Allah, mengapa manusia masih lalai mengambil iktibar darinya?

Fitnah - manusia sudah tidak memikirkan lagi kesan perbuatan asalkan matlamat mereka dapat dicapai, sehinggakan mereka yang membawa fitnah ini dilindungi dan diangkat menjadi wira. Sedangkan yang difitnah menerima aib

Gempa bumi - lihat sahaja rentetan kejadian gempa bumi di Jepun dan Myanmar, yang mengakibatkan kemusnahan maha dahsyat. Dan itulah kekuasaan Allah yang perlu menjadi muhasabah kepada kita yang semakin melupai perintah Allah

Musibah - pelbagai kejadian yang berlaku; tsunami yang memusnahkan dan merubah landskap dunia, wabak penyakit yang mengorbankan ribuan nyawa dan para pakar buntu mencari penawar, perubahan cuaca yang menjejaskan kehidupan manusia sehinga berlaku pelbagai kejadian di luar pemikiran manusia

Pembunuhan - seringkali terpapar kejadian pembunuhan di merata tempat seolah nyawa manusia kini tidak lagi berharga, dan sifat belas kasihan sesama manusia semakin hilang. Dan bagaimana zalimnya tindakan Muammar Gadhafi yang membekalkan senjata kepada penyokongnya untuk membunuh golongan penentang

Namun begitu masih belum terlambat untuk kita yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w ini kembali semula kepada syariat sebenar. Allah Maha Pengampun, dan setiap detik Allah sentiasa menanti taubat dari hamba-Nya.- Sumber disini

Gambar Malek Noor

Posted: 31 Mar 2011 07:16 PM PDT

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor yang menjadi penjaga gawang pasukan Pilihan Bekas Pemain Kebangsaan memegang tiang gol akibat diserang sakit jantung selepas lima minit beraksi pada perlawanan amal bola sepak menentang pasukan pilihan Menteri Besar Perak di Stadium Perak, malam kelmarin. Beliau diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh (HPI). (berita lanjut) - Foto Muhaizan Yahya

Terima kasih Dato' T

Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT

Kalaulah kemenangan boleh dikira dari berapa ramai orang yang hadir pada setiap kali perhimpunan atau ceramah... dah lama dah puak Pakatan Rakyat ni akan terajui negara kita. Pakatan Rakyat ni kalau pasai nak himpun orang, tok sah kata berbelas ribu, berpuloh malah rauts ribu pun boleh dapat tapi bila bab pilihanraya, tetap serupa... kalah sedia... haha...

Baru baru ni hampir semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hadir bersama sama puluhan ribu umat yang memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam dalam program solat hajat dan ceramah perdana.

Tak heran la kerana kontroversi ekoran tohmahan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terbabit dalam video lucah yang ditayangkan Dato' T kepada wartawan terpilih di hotel mewah Carcosa Seri Negara 21 Mac ternyata mengundang padah buat Umno-BN. Tambah tambah lagi bila terdedah dan diakui sendiri oleh dalang utamanya Rahim Tamby Chik. Errrr... terima kasih Dato' T... hihi...

Ramai jugak yang katakan suasananya bagai mengulangi fenomena Reformasi 1998 yakni era reformasi dulu. Tak nafikan la, isu ni sekiranya dipergunakan sepenuhnya dan sebaiknya oleh Pakatan Rakyat akan memadai untuk menurunkan malah tidak keterlaluan memadamkan hayat politik BN selamanya dari takhta pemerintahan negara.

Tapi, kita jangan cepat berpuas hati malah jauhkan diri dari sifat angkuh dan bongkak. BN mampu memperkosa segala jentera yang ada untuk dipergunakan semahunya mengekang kebangkitan dan kesedaran rakyat yang semakin muak dengan politik londeh kain nih...

Jangan lupa, sejarah sekali lagi mengajar kita, kehadiran penyokong yang ramai tak semestinya kemenangan berpihak pada kita. Usaha berterusan adalah perlu malah menjadi wajib bagi kita menyedarkan majoriti rakyat yang masih lena dan leka dibuai rasuah pilihanraya Umno Barisan Nasional ini.

Nenek 7 cucu kena gantung

Posted: 31 Mar 2011 06:00 PM PDT

Nenek 7 Cucu Dihukum Gantung Sampai Mati

Kuala Terengganu: Seorang wanita yang mempunyai tujuh cucu hanya mampu menangis apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 92.68 gram di pekarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot, Batu Rakit, dekat sini, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mariah Hamad, 49, dari Rantau Panjang, Kelantan selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang@Mamat berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mariah diwakili peguam bela Tara Singh Delip dilihat memandang ke arah ahli keluarga yang berada di galeri awam ketika hukuman dibacakan.

Mohd Yazid pada penghakimannya berkata, pihaknya mendapati keterangan tertuduh ketika membuat pembelaan diri bahawa dia hanya membawa barangan terbabit yang kemudian dikenal pasti sebagai dadah atas permintaan seorang rakan bernama Ida untuk diberikan kepada seorang individu lain yang menunggu di kawasan masjid itu tanpa mengetahui isi kandungannya adalah tidak benar.

Beliau berkata, tertuduh didapati tidak bercakap benar kerana kelihatan takut dan pucat ketika ditahan polis di lokasi kejadian menunjukkan dia tahu mengenai isi kandungan barangan di dalam plastik dibawanya itu.

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya turut memaklumkan dia bersama suami mahu ke Kuala Berang bagi menziarah saudara suami yang tidak dikenali dan berhenti di masjid itu untuk memberikan barang dikirim Ida.

"Malah, adalah tidak munasabah tertuduh sanggup menggunakan jalan pantai dari Rantau Panjang untuk ke Kuala Berang dan singgah di masjid itu semata-mata mahu menyampaikan barang yang dikirim Ida," katanya.

Mengikut pertuduhan, Mariah yang juga peniaga kedai makan didakwa mengedar heroin kira-kira jam 3.45 petang pada 3 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - HM

Wayang pacak hitam putih

Posted: 31 Mar 2011 04:00 PM PDT

Wayang BN dah dimainkan kembali, wayang lama... kataorang tu wayang pacak zaman hitam putih. Wayang pacak ni sekali lagi diulang tayang pada rakyat dengan harapan masih ada rakyat yang secara membuta tuli menuyokong BN pada PRU yang akan datang.

Aku suka sangat sangat nak ambil kesempatan disini merayu pada semua rakyat supaya menilai semula semua slogan BN termasuk sebagaimana yang dilaung-laungkan di Sarawak sekarang. Rakyat Sarawak khasnya perlu matang dan sedar kenapa sekarang baru BN berjanji untuk berubah. Sudah 50 tahun BN diberi peluang untuk berubah tapi kenapa sekarang masih lagi ber'slogan' mampu untuk berubah.

Sejarah membuktikan Barisan Nasional gagal dan tidak mampu untuk berubah. Ternyata dan terbukti slogan BN mampu berubah hanya kata-kata kosong dan janji manis pemimpin BN saja. Ungkapan BN berubah tidak lebih dari usaha untuk mengaburi mata rakyat supaya kembali menyokong BN. Bukan rahsia umum lagi bahawa BN akan berusaha untuk menarik sokongan rakyat apabila hampir dengan pilihan raya. Pengampu BN sekaligus penyokong penyamun harta benda rakyat ini sekali lagi datang dengan janji manis yang mengharapkan rakyat masih lagi bodoh dan akan termakan dengan janji si penipu ini.

Pemimpin BN telah lama mengkhianati amanah yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin negara tercinta ini. Negara yang kaya raya sepatutnya boleh menyenangkan rakyat tapi pemimpin peminpin BN yang telah mengkhianati amanah yang telah diberikan lebih 50 tahun lalu untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni.

Mari kita bersama sama benamkan BN dalam pilihanraya yang akan datang ini demi kesejahteraan ummah dan anak cucu kita nanti...

Tiada ulasan: