SETIAWANGSA@KL |
NAIB CANSELOR UUM HINA MB KEDAH Posted: 23 Apr 2011 10:34 PM PDT Siapakah dia Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jika hendak memperlekeh pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kenyataannya yang disiar dalam sebuah akhbar tempatan sebagai berkata 'MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok' tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar Profesor apa lagi memegang jawatan NC sebuah institusi pengajian tinggi awan (IPTA). Berikutan itu Setiausaha Politik kepada MB Kedah, Encik Muhamad Sanusi Md Nor menggesa beliau memohon maaf kepada MB Kedah kerana kenyataannya yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi. Muhamad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak pemohonan rebat cukai, tidak terkecuali mana-mana tuan tanah sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Lagipun tiada pihak lain yang merungut kecuali UUM mungkin kerana mereka faham tanggungjawab sebagai pemilik tanah. Mengulas kenyataan Prof Dr Dato' Mohamed Mustafa yang mempertikai keupayaan mentadbir UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM300 juta setahun untuk menguruskan15,000 pelajarnya, Mohamad Sanusi berkata Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduknya hanya dengan pendapatan RM500 juta "Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan dan IPTA sebelum ini tidak pernah mempersoalkan pembayaran cukai terbabit," katanya. Menurutrnya Mohamad Sanusi, Dato' Seri Ustaz Azizan mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang pengajian tinggi. Beliau pernah menjadi ketua jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Selain MB Kedah juga yang mempelbagaikan program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh kepada 42 program. Malah kini membina kampus induk Insaniah di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat. Apabila siap nanti Insaniah mampu menampung lebih 10,000 pelajar. Katanya, pihak-pihak tertentu juga tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik dari apa yang disangka. |
Posted: 23 Apr 2011 08:59 PM PDT DARI SELANGOR KINI Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasarMerakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, program Merakyatkan Ekonomi Selangor tidak menjadi penghalang Kerajaan Negeri mengekalkan status pilihan pelaburan nombor satu dengan bilangan projek perindustrian tertinggi. Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta. Satu Pusat Dialisis Rakyat juga telah dibuka di Sementa, Taman Medan, Hulu Klang, Ampang dan Jalan Kebun, manakala sebanyak 500 buah rumah ibadah bukan Islam juga menerima sebanyak RM7.35 juta sejak tahun 2008. Sebanyak 60 peratus dari 236 ribu warga emas mendaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas dan seramai 16,000 orang sudah mendapat bantuan tersebut. Kerajaan Negeri juga mewujudkan program pemeriksaan Mammogram percuma untuk kesihatan kaum wanita dan seramai 3,000 orang sudah menggunakannya bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Kerajaan Negeri juga sudah berjaya menyelesaikan 23 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 9,000 unit rumah dan tujuh projek melibatkan hampir 4,000 unit rumah sedang diselesaikan. "Dalam isu perumahan Bukit Botak yang gagal diselesaikan kerajaan terdahulu juga sudah berjaya diselesaikan dan memberi faedah kepada 1,400 orang peneroka bandar," katanya. Sebanyak 350 buah rumah sudah dibina untuk golongan fakir miskin dan 400 buah rumah lagi masih dibaiki di bawah Program Kerajaan Prihatin. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 3 juta kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk pelbagai kegiatan. Sekolah Agama Rakyat (SAR), sekolah Cina dan sekolah Tamil sudah menerima agihan RM16 juta setiap tahun, manakala gaji guru KAFA turut dinaikkan kepada RM1,300 setiap bulan. |
Posted: 23 Apr 2011 07:58 PM PDT Seperti biasa setiap pagi minggu saya akan ke warong berhampiran untuk menikmati roti canai atau nasi lemak. Seperti biasa juga saya akan membeli dan membaca The Star sambil minum pagi. Pada pagi ini saya hanya berseorangan kerana isteri menghadiri jamuan minum pagi persatuan penduduk. Oleh kerana berseorangan, seorang lelaki (juga berseorangan) yang hampir seusia duduk di sebelah saya sambil membaca Mingguan Malaysia (akhbar yang jarang sekali saya baca). Sambil kami minum dan membaca akhbar masing-masing, saya terlihat satu rencana bertajuk "Mahu jadi wanita tercantik di dunia" yang ditulis oleh Johardy Ibrahim. Apa yang menarik perhatian saya bukanlah pada tajuknya tetapi pada gambar yang disiarkan untuk rencana tersebut. Terdapat satu gambar Jennifer Lopez dan satu lagi ialah gambar "Puteri Reformasi" yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Nurul Izzah. Saya mengambil kesempatan meminjam akhbar dari 'rakan' yang duduk disebelah saya ini untuk membacanya. Setelah membaca secara rambang (kerana cara penulisannya juga tidak menarik dan membosankan) saya dapati penulisan terhadap YB Nurul Izzah ini terlalu pendek tetapi mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Bergantung kepada tafsiran masing-masing. Antara yang dinayatakan oleh penulis itu (yang berkaitan dengan YB Nurul Izzah) adalah seperti berikut: "Tetapi apakah seksi itu tertutup pada definisi menampakkan bentuk badan semata-mata? Ketahuilah bahawa seksi itu boleh meliputi wanita yang bertudung yang kemas pemakaiannya yang dilengkapi pakej perwatakan tertentu. Lihat Ahli Parlimen Nurul Izzah. Antara aura yang menarik minat orang terhadap dirinya adalah kejelitaannya dan cara dia berpakaian.Tetapi Nurul Izzah adalah manifestasi bagaimana seorang wanita Melayu bertudung yang memenuhi definisi seksi yang sopan, moden, memiliki kerjaya dan sudah bersuami." Walaupun penulis ada menyatakan "Ini bukan propaganda politik. Tidak dalam ruangan saya ini." namun saya berasa was-was kerana pertama rencana ini disiarkan oleh 'utusan' dan kedua penulis tidak perlu menggunakan YB Nurul Izzah sebagai contoh penulisan ini kerana banyak lagi contoh yang boleh digunakan. Hanya tuhan saja yang tahu niat sebenar penulis ini. Persoalan yang bermain di kepala saya kini ialah apakah rencana ini akan menjadi permulaan atau 'hint' bagi penulis-penulis pencacai B-End untuk membunuh karektor YB Nurul Izzah pula setelah usaha membunuh karektor Dato' Seri Anwar Ibrahim seolah-olah gagal. Berhati-hatilah YB Nurul Izzah. Mungkin anak menjadi mangsa selepas bapa. Wallahualam |
You are subscribed to email updates from SETIAWANGSA@KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan