Senyum Tangis Sendu |
- Melaka Timbang Mahukan Anak Luar Nikah
- Duit Lesap Tinggal RM10
- Telur Ayam Sebesar Duit Syiling
- Mati didera Kekasih Ibu
Melaka Timbang Mahukan Anak Luar Nikah Posted: 21 Apr 2011 10:06 PM PDT Tahniah Melaka kerana mahukan penambahan jumlah anak luar nikah. Ini semua kerja gila. Sepatutnya banteras gejala anak luar nikah dan bukannya tambah bilangan mereka. Patutlah Bekas Ketua Menterinya yang dulu suka rogol orang rupanya ada misi tertentu. Bila bekas KM sudah rogol anak orang, jadi tidak mustahil Melaka mahu tambah jumlah pelajarnya di sekolah tersebut. Perasmian sekolah itu telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Negeri Sembilan (lima), Kelantan (lima), Terengganu (tiga), Kuala Lumpur (dua), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim. |
Posted: 21 Apr 2011 08:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah kerugian RM2,190.62 apabila ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menerima panggilan telefon mendakwa dia membuat transaksi di luar negara. Mangsa berusia 41 tahun yang berasal dari Taman Midah, Cheras di sini, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa pegawai Maybank Finance kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 12 April lalu berhubung penggunaan kad kreditnya di Jakarta, Indonesia. Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa kad kreditnya digunakan sebanyak RM9,350 di negara itu dan apabila dia menafikannya, lelaki itu memaklumkan pihaknya mempunyai rekod transaksi serta memintanya menghubungi Bank Negara di talian 03 27826998 sambungan 2017. "Apabila saya menghubungi nombor itu, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Helen menjawab telefon dan dia mengesahkan penggunaan kad kredit saya di luar negara. "Saya yang tertipu dengan helah sindiket itu kemudian mengikut setiap arahan mereka termasuk pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk menukar kata laluan akaun saya," katanya. Beliau berkata, ketika berada di mesin ATM, dia diminta menukar kata laluannya ke nombor kad pengenalannya sendiri sebelum diarah menghentikan sebarang transaksi dan dilarang memaklumkan kejadian berkenan kepada sesiapa pun termasuk polis bagi tempoh tiga hari kerana akan mengganggu siasatan BNM. "Namun, saya yang bimbang dan sangsi dengan pertolongan Helen bertindak memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami dan apabila memeriksa akaun saya seketika kemudian, kami mendapati hanya RM10 berbaki dalam akaun saya manakala jumlah RM2,190.62 sudah lesap. "Kami cuba menghubungi nombor Helen dan lelaki yang mendakwa mewakili syarikat kewangan tempatan itu, tetapi gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani |
Telur Ayam Sebesar Duit Syiling Posted: 21 Apr 2011 06:30 PM PDT Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini. CHLOE HEATH-BYARD menunjukkan telur ayam yang kecil (kiri) dan telur ayam normal (kanan) di Gloucestershire, Britain baru-baru ini. "Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya. Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. Agensi |
Posted: 21 Apr 2011 04:48 PM PDT AMPANG: Seorang bayi lelaki berusia 19 bulan mati dalam keadaan menyedihkan dengan kesan lebam serta melecur di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya di Taman Ampang Indah di sini, semalam. Mangsa, Law Hong Jun dikatakan baru beberapa bulan berada di bawah jagaan ibunya yang berusia 24 tahun. Sebelum ini dia dijaga ibu saudaranya yang juga kakak kepada bapa mangsa. Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia diberitahu mengenai kematian Hong Jun selepas dimaklumkan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang semalam. BANTU SIASATAN...ibu mangsa dipercayai baru beberapa bulan menjaga mangsa daripada ibu saudara mangsa. "Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku tapi saya dimaklumkan pihak hospital anak saudara saya mati akibat didera. Ada kesan lebam dan melecur seperti disimbah air panas pada badannya. "Saya tak tahu kenapa dia diperlakukan begitu kejam sedangkan dia masih kecil," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, semalam. Wanita itu berkata, sejak dilahirkan mangsa berada di bawah jagaannya di Gombak selepas adiknya (bapa mangsa) dipenjarakan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan