Khamis, 21 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Samun ke Dadah? Mana Satu Betul Ni!

Posted: 21 Apr 2011 12:41 AM PDT

2 suspek bolos kawalan polis

Gambar di atas sama untuk kedua-dua akhbar tetapi isi kandungan jadi lain. Mana satu tulin dan mana satu palsu? Dua akhbar tersebut ialah KOSMO di bawah UTUSAN dan Harian Metro di bawah Berita Harian. Walaupun kedua-dua akhbar tersebut milik BN, ia tetap tidak sama malahan menipu pembacanya terutama mereka yang menjadikan akhbar tersebut sebagai rujukan mereka.

Mereka terus tipu dan menipu pembacanya.Tetapi pembacanya yang kena tipu tetap akan ditipu kerana itulah sumber BN kencing rakyat. Medianya sendiri bertelagah isu dan berita. Ditipunya sana-sini. Mesti ada yang keliru dengan berita di atas.

KOSMO (sumber asal)

Seorang pemilik bengkel kereta dan pekerjanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 1,885 gram kanabis dua tahun lalu.

Harian Metro (sumber asal)

Biarpun tangan mereka digari, dua suspek kes samun yang dibawa ke Mahkamah Temerloh bagi mendapatkan perintah reman, masih sempat memboloskan diri daripada kawalan polis sebelum merampas sebuah kereta milik orang awam untuk melarikan diri

Sumbat Mayat Dalam But

Posted: 20 Apr 2011 09:52 PM PDT

 

ALOR GAJAH: Kejam apabila mayat seorang ahli perniagaan warga emas yang dipercayai dibunuh, disumbat ke dalam but kereta di Jalan Air Semubok, Durian Tunggal, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mayat Tan Lock, 77, yang mempunyai kesan tetakan di kepala ditemui terlungkup dengan kedua-dua kakinya berlipat manakala kepala diserkup dengan beg plastik dalam but Proton Saga BLM miliknya.
Difahamkan kenderaan itu berada di situ sejak jam 6 petang, beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

Beberapa penduduk kampung yang curiga dengan kehadiran kenderaan berkenaan melakukan pemeriksaan sebelum menemui mayat mangsa.

Penduduk yang dikenali sebagai A Sami, 42, berkata, dia dan beberapa rakan pelik kerana kenderaan itu dibiarkan di tepi jalan sejak petang kelmarin lalu memeriksanya.

Program Separa Realti - Ikon Muslimat

Posted: 20 Apr 2011 09:20 PM PDT

Program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online merupakan satu program yang cuba menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang ada pada gadis-gadis muslimah sebagai seorang pendakwah.

Program ini telah mendapat persetujuan dan kata sepakat dari ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah selaku pengerusi IDHAMCARE. Menurut beliau, di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fasih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk.

 
 
Dana juga disumbangkan dari orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Ini merupakan satu program baru untuk muslimat yang dikenali sebagai ikon muslimat. Tujuan program ini adalah untuk mencari bakat anak-anak gadis yang berkebolehan sebagai pendakwah.

"10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program,"kata Khalil Idham Lim kepada Cina Islam.
.
Turut sama dalam pertemuan itu adalah Pengasas ABO, Ahmad Shaharuddin yang juga terlibat dalam program separa realiti ini berkata bahawa program ini untuk menarik minat gologan muda mendekati Islam melaui konsep dakwah.

"CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia.

"Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini," kata Sharifuddin Abdul Ghani.

Sharifuddin berkata, setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca dan pelayar maya. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

"Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini.

"Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia," ujarnya lagi

Rakaman untuk dokumentari ini akan disiarkan pada 26 April 2011

(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :

MAYBANK 558417102650 atas nama IDHAMCARE
[email atau smskan sumbangan itu dengan option rujukan IKON untuk pengauditan tajaan. Terima kasih. Email : ikon_muslimat@yahoo.com atau SMS ke 012-5118485]

Tikam Mati Jiran Sebar Aksi Seks

Posted: 20 Apr 2011 07:20 PM PDT

Tikam mati jiran sebar aksi seks 

SANDAKAN: Tindakan seorang lelaki merakam aksi hubungan seks jirannya dengan telefon bimbit dan menunjukkannya kepada anak pasangan terbabit serta jiran membawa padah apabila dia ditikam lapan kali hingga menemui ajal oleh tetangganya itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam kelmarin di Kampung Bukit, Jalan Batu 2 1/2, di sini, dan mangsa yang dikenali sebagai La Kampo, 47, mati dalam keadaan ngeri akibat enam tikaman di perut serta dua di lengan.

Difahamkan, pada kira-kira jam 12 tengah hari sebelum kejadian, La lalu di tepi rumah suspek dan ternampak dia melakukan hubungan seks dengan isterinya.

La mencuri rakam aksi itu menggunakan telefon bimbit.

Pada kira-kira jam 7 malam, La yang tinggal tidak jauh dari situ, pergi ke rumah suspek dan menunjukkan rakaman video seks berkenaan kepada anak lelaki suspek yang berusia 17 tahun.

Suspek berusia 44 tahun yang ketika itu berada dalam bilik menyedari perbuatan La, lalu segera keluar untuk menemuinya, namun La beredar.

Belasah Mentua

Posted: 20 Apr 2011 05:20 PM PDT

Belasah mentua 
KUALA LUMPUR: Menantu durjana. Itulah ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun apabila sanggup menampar, menendang dan memijak kepala ibu mentuanya di rumah mereka di Desa Rejang, Setapak gara-gara mangsa bersetuju menerima sofa yang mahu diberikan adik iparnya, semalam.

Lebih kejam, lelaki terbabit meludah muka ibu mentuanya berusia 59 tahun ketika memijak kepala mangsa.

Ketika kejadian, wanita terbabit baru selesai mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, suspek mendakwa tindakan ibu mentuanya bersetuju menerima sofa berkenaan sebagai menyindirnya sebelum bertindak membelasah wanita itu hampir 20 minit.

Malah, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul suspek sejak enam bulan lalu terutama ketika ketiadaan dua anak kandungnya termasuk isteri suspek di kediaman berkenaan.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Tiada ulasan: