Senyum Tangis Sendu |
- Pemuda UMNO Sokong Anwar Ibrahim
- Blog Kena Sihir
- Sebab-sebab UMNO Tiada di Sarawak
- Gambar Lanun Mendarat di Sarawak
Pemuda UMNO Sokong Anwar Ibrahim Posted: 13 Apr 2011 09:26 AM PDT Klik gambar untuk pembesaran Walaupun UMNO tua sedang kecoh mengenai video seks untuk tayangan rakyat Sarawak, pemuda UMNO masih menyokong Anwar Ibrahim dengan zaman kegemilangannya semasa di dalam UMNO. Sebab itu ramai yang menyokong Anwar sehinggakan yang menonton video seks pun dikalangan orang veteran dalam UMNO seperti Thamby Chik. Orang-orang muda UMNO tidak melayan kerenah UMNO tua mereka. Mereka menganggap UMNO tua sebagai liabiliti kepada mereka dan tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada negara. Sebab itu ketua pemudanya sekarang lebih agresif dalam menarik minat belia dan remaja dengan mengadakan pelbagai program termasuk program berkaitan kerjaya. UMNO bimbang terhadap sokongan belia dan remaja kepada Anwar Ibrahim. Mereka terpaksa berbelanja besar untuk menarik golongan muda supaya menjauhi Anwar Ibrahim. Mereka melakukan pelbagai cara untuk mengalih perhatian anak muda yang berjinak-jinak dengan kepeimpinan Anwar Ibrahim. |
Posted: 13 Apr 2011 07:17 AM PDT Gambar hiasan TM dan Jaring telah menjadi medan kekangan media kepada umum. Akibat ketidakpercayaan rakyat kepada media kerajaan yang diterajui oleh BN, media Pakatan Rakyat menjadi sasaran untuk disekat. Ia umpama hantu yang sedang mengikuti bayang-bayang BN. Malaysiakini dan Sarawak Post dan sebelum itu, TV Selangor dan Keadilandaily menjadi medan serang penggodam yang mahukan Pakatan Rakyat dalam bahaya dan berpecah. Inilah sikap kolot dan bodoh pemimpin BN.Kebodohan yang melampau. Siapakah dalang disebalik kerja-kerja menggodam web Pakatan Rakyat. Adakah pelacur tahun 1998 di Tivoli Villa, Stella, Altantuya dan siapa yang berkaitan dengan hantu bomoh dan pelacur ini. Adakah sebab video seks telah ditayang kepada umum maka virus DNA merebak ke dunia luar. Mungkin kerana wartawan yang bertanyakan jam omega itu bengang lalu digodam web Pakatan Rakyat. Mungkin juga jin-jin Taik Mamut berkeliaran diruang udara seperti jet yang tidak dapat terbang akibat kehilangan enjin atau seperti kapal selam yang lemas ketika menyelam. |
Sebab-sebab UMNO Tiada di Sarawak Posted: 13 Apr 2011 12:10 AM PDT Kenapakah Tidak Mahu Bertapak di Sarawak? Pihak UMNO tidak pernah merestui dan menyokong mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka cawangan parti itu di negeri ini seperti yang dikhabarkan. Bagaimanakah Mahu Terlibat dengan UMNO? UMNO membenarkan sekiranya ada di kalangan rakyat Sarawak ingin menyertai parti di Semenanjung Malaysia tetapi tidak jika berhasrat untuk membuka cawangan di negeri ini. Siapakah Berkata Demikian? Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, UMNO tidak akan membuka cawangan di negeri ini. Bilakah Mahu Ada UMNO Sarawak? Pimpinan tertinggi UMNO telah menegaskan pendirian bahawa parti ini tidak akan bertapak di Sarawak dan ia sama sekali mustahil untuk berlaku. Dimana Komponen BN Yang Kukuh? Sarawak telah mempunyai parti komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional (BN). Tidak ada rancangan mahupun persefahaman antara UMNO dan parti-parti komponen BN di negeri ini untuk UMNO membuka cawangan di sini. Apakah Yang Penting Selain UMNO di Sarawak? Apa yang lebih penting di sini ialah sokonglah BN dan bukan sebaliknya. P/s: Sebenarnya orang Sarawak yang tidak mahu UMNO bukannya pemimpin UMNO tidak mahu buka cawangannya. Mereka kata UMNO adalah parti rasis dan suka memecah belahkan rakyat. Sebab itu UMNO tidak diterima di Sarawak. Bagi mereka, biarlah UMNO wujud disemenanjung dan bukannya di Sarawak. Semua persoalan di atas itu adalah dari Ahmad Maslan yang mahu sedapkan hati UMNO sahaja. |
Gambar Lanun Mendarat di Sarawak Posted: 12 Apr 2011 06:16 PM PDT Lanun-lanun seperti dalam filem "Pirates of the Sarawakian" sedang menyusup masuk ke negeri Sarawak melalui jalan air. Terdapat kelihatan dua kenderaan canggih sedang membawa sepanduk penimbang untuk mencari harta karun yang banyak di Sarawak. Lanun-lanun ini membawa bendera parti komponen yang cacatnya tiada Taik Mamut menolak Ketua lanun tersebut sedang berdiskusi dengan kroni untuk merompakhasil kekayaan yang ada di bumi Sarawak. Bila tengok ketua lanun tersebut mengingatkan kita akan papan tanda "AWAS! Kawasan Kemalangan". Taik Tipu Nageeb, Nageeb Tipu Rakyat, Rakyat Sarawak tidak kenal siapa |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan