Sabtu, 2 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bangang, Bangsat dan Bodoh

Posted: 02 Apr 2011 02:49 AM PDT


Kenaikan harga minyak RON 97 dari RM2.50/liter kepada RM2.70/liter pada lewat malam tadi telah membuktikan bahawa ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 yang bakal berlangsung pada 16 April 2011 dan penamaan calon jatuh pada 6 April 2011.

Kenaikan tersebut ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini sama ada bulan 6 atau bulan 7 bergantung kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai medan petunjuk untuk membubar Parlimen Malaysia.

Selain itu, alasan yang diberikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.

Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah. Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.

P/s: Bangang punya Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang mengatakan kenaikan harga minyak sebab krisis di Asia Barat. Kalau krisis itu berlaku di sana, mengapa harga minyak perlu dinaikkan? Sedangkan kita negara pengeluar minyak dan bukannya pegimport minyak.

Bangsat apabila menggunakan kenaikan minyak untuk kepentingan bajet pilihan raya bagi melaksanakan projek mee segera di Sarawak dan kantung pilihan raya umum akan datang.

Bodoh apabila tidak tahu buat pengiraan dalam kenaikan harga minyak. Kenaikkan harga RON 95 (minyak mesin rumput) dan diesel terpaksa dibekukan sementara waktu memandangkan rakyat Sarawak paling ramai guna RON 95 dan Diesel. Sekiranya dinaikkan maka BN akan tumbang.

Tiada ulasan: