Sabtu, 30 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Hari Pekerja: Malaysia perlu belajar ekonomi Korea, kata Guan Eng

Posted: 30 Apr 2011 09:05 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei - Malaysia harus belajar daripada pengalaman Korea Selatan yang Keluaran Kasar Negara (GDP) hanya satu pertiga berbanding Malaysia sebelum 1970 tetapi kini tiga kali ganda jika dibandingkan dengan negara ini, kata Lim Guan Eng (gambar) sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.
Setiausaha Agung DAP berkata, GDP per capita sekarang pun lebih dua kali ganda Malaysia kerana penduduknya 49 juta jauh melebihi 27 juta rakyat negara ini.
Oleh itu kata beliau, Malaysia tidak boleh bergantung pada alasan mudah kegagalan menandingi Korea Selatan adalah kerana penduduk Malaysia jauh lebih kecil.
Read More / Baca Lagi >>

BN Takut : Polis tahan peserta demo hari buruh

Posted: 30 Apr 2011 09:04 PM PDT

Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

may day march 010511 sit in at suhakamSehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini E mendakwa, setakat ini 19 orang peserta perhimpunan itu sudah ditahan.

Jumlah ini bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu.

Pembohong Pun Berani Bersumpah!!!

Posted: 30 Apr 2011 08:34 PM PDT

Oleh: ruhan

""Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Eskay telah bersumpah laknat. Si Pembohong ini memang tidak boleh dipercayai. Pada peringkat awal dulu, dia mendakwa terjumpa kamera tersembunyi di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal. Harus diingat bahawa dia berkata kamera itu dijumpai dalam laci berkunci yang dipecahkan. Dengan apa dan bagaimana dia umpil laci itu serta masa yang diambil untuk mengumpilnya tidak dijelaskan. Namun, laci hotel mana ada kunci!!! Jelaslah dia berbohong.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar Tidak Perlu Bersumpah Laknat!

Posted: 30 Apr 2011 08:07 PM PDT


NAMPAKNYA mereka yang mengaku golongan na amanun gila-gila meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan apa yang didakwa ke atasnya termasuk meliwat, melayan pelacur, pengkhinat dan sebagainya.

Bagi mereka nampaknya sumpah adalah segala-galanya. Sumpah akan dapat menghuraikan segala masalah dan memberi keputusan yang jelas. Memang begitu, tetapi soalnya apakah mereka benar-benar termasuk dalam golongan na amanum? Kalau mereka termasuk dalam golongan disebut Allah itu, maka sumpah laknat itu boleh dilakukan. Tetapi kalau mereka berada di luar golongan itu, hanya menjadi golongan Umno, atau termasuk dalam fasikun mereka tidak berhak untuk bersumpah apa lagi meminta orng lain bersumpah.

Paga ini anak seorang tokoh Umno telah menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan politik semasa. Dalam percakapan itu beliau ada menyebut dan mempersoalkan kesucian ketiga orang Datuk T yang bersumpah itu. Mudah saja katanya, sebelum mereka bersumpah untuk memburukkan diri Anwar, elok beliau bersumpah dan menyemak diri mereka dulu. Beliau mendakwa dia kenal sekor-sekor Datuk T berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Datuk T Temberang, Dakwa Dia Diugut Pula

Posted: 30 Apr 2011 08:05 PM PDT


Dua Datuk T terima ugutan lapor polis

BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Read More / Baca Lagi >>

Desperate nyer.... Dah nak mampooss kot??

Posted: 30 Apr 2011 08:03 PM PDT


Najib@UMporNO sekali lagi cuba mengorat PAS agar berkahwin dengannya. Kalau tak nak kahwin dengan UMporNO pun, tak per... tapi, berceraijer dengan Pakatan Rakyat.

Amboi... amboi.... amboi..... Banyak cantik!! Apa dia ingat UMporNO tu hensem sangat ke?? Perut pun boroi... dan rupa pun hodoh. Moral pulak tu.... porno ya Rabbi. Perangai macam khinzir.... kuat melantak. Semua nak dilantaknya, tak kira halal atau haram.UMporNO... UMporNO.... ada hati nak ngorat PAS. Muka tak malu betoi!!
Read More / Baca Lagi >>

Hari Pekerja: Selangor umum tubuh InPPP

Posted: 30 Apr 2011 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Kerajaan negeri Selangor mengumumkan penubuhan Institut Produktiviti dan Perhubungan Perusahaan Selangor (InPPP) sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.
Dalam perutusan Hari Pekerjanya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, InPPP merupakan sebuah pertubuhan bersifat sukarela dan bebas dengan keanggotaan terdiri daripada majikan swasta, wakil kesatuan sekerja dan ahli akademik.
Antara misi InPPP ialah bertindak sebagai wadah bagi mengeratkan perhubungan antara pekerja, majikan dan kerajaan untuk membolehkan dasar dan usaha bersama yang lebih selaras, kata Khalid dalam kenyataan dikeluarkan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Pekerja Hong Kong mula nikmati gaji minimum....Malaysia kena tunggu PR perintah la..!!

Posted: 30 Apr 2011 07:58 PM PDT

HONG KONG, 1 Mei — Sempena sambutan Hari Pekerja hari ini, Hong Kong memperkenalkan gaji minimum yang dijangka akan memanfaatkan  270,000 pekerja peringkat bawahan atau 10 peratus tenaga kerja bekas wilayah Britain itu.
Dengan dasar baru itu, para pekerja akan menerima gaji minimum HK$28 (AS$3.60 atau £2.18) sejam, yang bersamaan dengan RM11 sejam.
Paras HK$28 itu bersamaan dengan RM10.60.
Kesatuan sekerja Hong Kong menuntut gaji minimum HK$33 (RM12.58) sejam.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR

Posted: 30 Apr 2011 07:45 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
Read More / Baca Lagi >>

Tengok nii..Congak "Bangang" Seorang PM..

Posted: 30 Apr 2011 07:44 PM PDT

Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini pada Sabtu. Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.
Read More / Baca Lagi >>

Usaha Menegakkan Benang Basah

Posted: 30 Apr 2011 07:40 PM PDT

Oleh: Iqbal

" Sesiapa yang ada maklumat terperinci si Eskay ini harap diturunkan untuk tatapan pengunjung. Adakah si dogol ini seorang mualaf kerana berbin kan Abdullah. Kalau dia mualaf memang bodoh lah perancang umno menggunakan khidmat mualaf ini dalam konspirasi terkini terhadap DSAI.

Dengar kata Dogol ini mengucap 2 kalimah syahadat  pun merangkak-rangkak. Itu nak tahu status dia yang sebenar , adakah dia ni mualaf keturunan Siam.

Read More / Baca Lagi >>

16 Mei: Anwar ke Penjara… PR ke Putrajaya!

Posted: 30 Apr 2011 07:39 PM PDT

Oleh Saiful Bahri
Rakyat menanti tarikh baru 16 Mei. Bukan lagi 13 Mei sebagai tarikh pertembungan perkauman terancang untuk kekuasaan UMNO-BN tetapi mayday baru ini rakyat ingin melihat bahawa sejauhmana permainan catur yang dikelolakan Team Najib bersama pakar strategiknya, Mahathir Mohamed untuk cheakmate Anwar Ibrahim.


Semua orang tahu bahawa nyawa UMNO berada dihujung tanduk. Kegagalan UMNO-BN dalam pru-13 nanti merupakan kiamat buat mereka. By hook or by crook Anwar perlu direhatkan dari medan politik di Malaysia. Bagi mereka Abdullah Badawi telah melakukan kesilapan besar apabila membebaskan Anwar dari penjara. Kesilapan itu PakLah terpaksa bersara dari PM.
Read More / Baca Lagi >>

Birokasi yang Membawa Malaysia semakin mundur

Posted: 30 Apr 2011 07:37 PM PDT

Oleh: mchinese

"Saya oleh kerana marah sangat, ni saya nak luahkan kemarahan saya di lama TKO ini, Harap harap pemimpin BN yang berhati perut memahami kesulitan kami Rakyat Malaysia

Yang kaya makin kaya sebab mereka ni super, nak lesen balak,,,,boleh, AP kereta.... Boleh, Bas Permit....Satu Malaysia dia orang nak pun Boleh!!!
Read More / Baca Lagi >>

Ada Implikasi Baik Majlis Perundingan Media

Posted: 30 Apr 2011 07:36 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
DUA peristiwa membabitkan media massa berlaku dalam masa seminggu ini. Pertama Persidangan Blogger dan kedua majlis tahunan penyampaian Anugerah Kewartawanan Malaysia.

Majlis pertama anjuran Blog House Malaysia pada 24 April dihadiri Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Istiqamah PAS bersama Pakatan Rakyat

Posted: 30 Apr 2011 07:35 PM PDT

Oleh Abu FirdausMenjelang pilihan raya umum ini, PAS menghadapi tekanan kuat daripada Umno supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ada tiga hujah yang sentiasa dipasakkan oleh Umno kepada PAS sejak pilihan raya umum lalu. Pertama,Anwar Ibrahim itu tidak bermoral dan Keadilan itu mempunyai agenda anti-Islam. Kedua, DAP menggunakan PAS. Ketiga, PAS mesti bersatu dengan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang timbul daripada sumpah laknat Eskay?

Posted: 30 Apr 2011 07:28 PM PDT

Oleh Syed Imran
Seorang insan bernama Shahryl Eskay Abdullah yang lengkap berpakaian Melayu dan dilindungi pihak polis, telah melafazkan apa yang disebut sebagai sumpah laknat di hadapan seorang pegawai Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, petang semalam.
Dalam sumpah laknatnya itu  dia membuat pengakuan bahawa dia, iaitu Eskay, berada dalam bilik bersama-sama Anwar Ibrahim. Bilik yang dimaksudkan oleh Eskay adalah bilik dalam mana Anwar dikatakan oleh Eskay telah berzina dengan seorang perempuan atau pelacur?
Read More / Baca Lagi >>

Sumpah laknat: Fahami bila harus digunakan

Posted: 30 Apr 2011 07:27 PM PDT

Dr. Dzulkefly Ahmad   
Penjelasan ini juga kepada Mamat dan 2kali5, yang membuat komen di blog saya.

Anda berdua perlu dengar jawapan dari ulama Umno dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan Umno, sertai PAS

Posted: 30 Apr 2011 07:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).
Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.
Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi jawab Najib: Lebih baik tinggal Umno, sertai PAS

Posted: 30 Apr 2011 07:25 PM PDT

 (Najib Melayan Dam Haji Puak UMNO Di Bukit Tunggal Terengganu)

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan

Posted: 30 Apr 2011 07:20 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian Melayu ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.
Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.
"Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.
Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa kerajaan enggan laksana qazaf

Posted: 30 Apr 2011 07:19 PM PDT

KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.
"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.
"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAS:Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama

Posted: 30 Apr 2011 07:18 PM PDT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Libya: Anak bongsu Gaddafi, tiga cucu maut diserang NATO

Posted: 30 Apr 2011 07:16 PM PDT

Kerosakan rumah anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Arab, yang menurut kerajaan Libya disebabkan oleh serangan NATO semalam. — Foto Reuters
TRIPOLI, 1 Mei — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terselamat dalam serangan peluru berpandu NATO, tetapi serangan dilancarkan semalam itu telah meragut nyawa anak bongsu dan tiga cucunya selain turut mencederakan sejumlah rakan dan saudara-maranya.Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia jangan terus jadi tukang angguk

Posted: 30 Apr 2011 07:15 PM PDT

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya mengingatkan seluruh rakyat Malaysia jangan terus menjadi seperti pokka yang asyik mengangguk sahaja kerjanya sepanjang hayat.

Datuk Hashim (gambar) berkata, rakyat negara ini mesti berani menggunakan kuasa mereka untuk membuat perubahan setelah lebih 50 tahun mengiyakan apa sahaja dilakukan oleh kerajaan.

"Jika rakyat negara lain seperti Tunisia menjadi pokka (sejenis haiwan yang suka menganggukkan kepala) lebih 30 tahun, Mesir juga lebih 30 tahun, rakyat Malaysia pula menjadi pokka lebih dari 50 tahun," kata beliau serius dalam seloroh.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 4/4)

Posted: 30 Apr 2011 07:14 PM PDT

Tiada ulasan: