Rabu, 27 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Utusan & Blog Pro-UMCO Sensasikan Video Seks Fitnah

Posted: 27 Apr 2011 07:25 PM PDT

Cuba lihat rambut lelaki dalam gambar di atas. Lihat pula rambut DSAI dalam gambar di bawah.

Rakaman bahagian kedua video Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara berdurasi selama satu minit 47 saat diberi judul Papa Nurul Izzah Part II telah dimuatnaikkan oleh individu yang menggunakan nama 'wakparjosudorno' semalam. Rakaman ini merupakan sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Sarbani : SPRM Serah Laporan Penuh Ke Parlimen

Posted: 27 Apr 2011 07:23 PM PDT



SHAH ALAM 28 APRIL : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan mengenai perkembangan kes-kes di bawah siasatannya termasuk Operasi 3B yang dilakukan terhadap Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kepada Parlimen hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan berbuat demikian selepas menyerahkan laporan tahunan siasatan SPRM sepanjang 2010 kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

FITNAH VIDEO SEX : 10SOKLAN UMNO KENA JAWAB

Posted: 27 Apr 2011 07:14 PM PDT

Nampaknya umno memang membabikan seluruh rakyat malaysia dalam permainan babi dia yang jelas tak berfaedah buat rakyat malaysia. Enh nanti dulu. Kenapa aku membabitkan babi pula kat sini? Babi tak pandai fitnah orang. Jadi disini jelas babi itu lebih baik dari orang yang membuat fitnah. Jika begitu statement aku sebentar tadi patut ditukar. Nampaknya umno memang sedaya upaya cuba meng-umno-kan [baca : mensyaitankan] rakyat malaysia dengan permainan fitnah yang mengheret rakyat jelata ke kancah kepornoan.
Read More / Baca Lagi >>

Lupakan tentang pelakon tetapi dakwa ‘Datuk T', Kit Siang beritahu polis

Posted: 27 Apr 2011 07:08 PM PDT


KUALA LUMPUR, April 27 - Lim Kit Siang mengecam Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini kerana mengancam untuk "mendedahkan pelaku" dalam sebuah video seks baru-baru ini dan bukan mendakwa trio 'DatukT' disebalik rakaman yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli parlimen DAP itu juga mengatakan kegagalan untuk mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Cik, pengusaha Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim menimbulkan kecurigaan penglibatan pihak polis.

"Adakah polis [bekerja] 'secara rahsia' dengan UMNO / Barisan Nasional (BN) untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat (PR) dengan cara khusus menumpukan kepada Anwar untuk menghancurkan dia sebagai penentang utama bagi pemerintahan BN berterusan di Putrajaya?" katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Bashah tak ambik peduli kesusahan penduduk Kg Pisang

Posted: 27 Apr 2011 07:06 PM PDT

Oleh MAT KERING BAKAQ BATA

Tengok betoi-betoi gambag ni, gambag apa? Ya, betoi rumah orang. Rumah tu bukan rumah kosong, tapi memang ada orang tinggal di situ.

Gambag ni saya ambik kat Kampung Pisang yang terletak dalam DUN Bakaq Bata. Wakil rakyatnya Mat Bashah tapi haram dia tak ambik peduli kesusahan penduduk kampung tu. Ada mai jenguk pun sekali sekala, terutama dekat-dekat dengan pilihanraya.

Depa tu susah bukan baru. Bukan sejak Mat Bashah jadi pembangkang. Masa Mat Bashah jadi Exco dulu pun depa susah jugak. La ni Mat Bashah sibuk jaga negeri Kedah, mana tau kalau BN menang esok boleh dia jadi MB.

Sebelum jadi MB tu eloklah pi selesai masalah berpuluh buah rumah penduduk Kampung Pisang yang hidup melarat atas tanah rizab tepi sungai tu.

Calon-Calon Syurga Dan Neraka

Posted: 27 Apr 2011 07:04 PM PDT

Sabda Rasul saw : "Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."


Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang melanggar perintah Allah swt, melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan Rasul-Nya .Read More / Baca Lagi >>

Ni cerita BN seleweng duit Yiked Kuari pulak...

Posted: 27 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh SAIBURI SUDIN

Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.

Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. 

Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung.

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato' Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato' Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN


Nota Bedak erti bahagi

1 Melayu 1 Bumi, Kepala Hotak Umno...!

Posted: 27 Apr 2011 06:59 PM PDT

Oleh: Sauhdibongkar.


Tuan-tuan kena sokong ini Umno la... 
Ini Umno ... Melayu juga ada berjuang la... 
Tanah Melayu juga ada pertahan la... 
Kita... satu Malaysia juga la... 
Tapi.... 
Itu Satim Diman juga bikin tarak serupa itu cakap la... 
Siapa itu Satim Diman laa...? 
Alaa...itu Selangor punya DUN, 
Punya Ketua Pembangkang juga la... 
Itu Satim Diman juga la... 
Dia cakap dia mau bela Melayu la... 
Ada betul ka... 
Mana ada... Umno penipu juga... 
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s no match for wily old Taib

Posted: 27 Apr 2011 06:55 PM PDT

The moment he got wind of Umno KL's plans to replace him, he swiftly moved to consolidate his grip over Sarawak.

It's time for the boys on our side to rethink what has happened in Sarawak. A victorious and accordingly emboldened Taib Mahmud is now a cause for more headaches to Prime Minister Najib Tun Razak and Umno.
Let's replay the behind-the-scene incidents on April 16. On that night, after making sure he already had the numbers, Taib called the house asking family members to get ready.
He warned them that much depended on speed and that there was no time to lose. Taib then called the governor informing the latter to get ready by 10.30pm.
He arrived 15 minutes past 10.30pm and was sworn in as chief minister, even before the people in Kuala Lumpur could savour the win.
Read More / Baca Lagi >>

Sahabatku, Mengapa Dibiarkan Api Bernyala Dalam Sekam?

Posted: 27 Apr 2011 06:49 PM PDT

Oleh: BayangDiAir

"Berdasarkan beberapa isu terkini, penulis melihat bahawa  ukhuwah  perlu dibajai agar PAS terus mantap dari atas sampai ke bawah. Ukhuwah bukan sekadar perlu dijaga. Ukhuwah perlu dibaja. Analoginya, pokok dijaga agar tidak dimakan oleh makhluk perosak. Pokok selamat tetapi belum tentu tumbuh subur dan menghasilkan buah. Pokok perlu diberi baja. Baja pembesaran, baja bunga atau baja buah-buahan. Barulah pokok itu selamat dan membesar mengikut kadar pertumbuhan yang sepatutnya. Tiba masanya, buahnya dapat dipetik.

Read More / Baca Lagi >>

Loji nuklear: Kerajaan tidak ambil iktibar tragedi Chernobyl

Posted: 27 Apr 2011 06:49 PM PDT

SHAH ALAM: Exco Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong menyelar keputusan kerajaan membina dua loji nuklear tanpa mengambil iktibar daripada beberapa negara yang mengalami malapetaka akibat teknologi itu.
Beliau berkata demikian, mengulas keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan rancangan itu di bawah Program Transformasi ekonomi yang memperuntukkan RM21.3 bilion sehingga 2020 bagi tujuan itu.
"Mereka tidak memberitahu kita kos sebenar dan sejauh mana ia selamat dengan semua sisa nuklear daripada loji yang dihasilkan. Najib memberitahu sisa itu  boleh disimpan.
"Tenaga nuklear datang dengan kos besar dan gangguan kepada kesihatan kita. Jika insiden berlaku akibat kelalaian manusia, kelemahan pembinaan, atau  bencana alam, kos akan jauh lebih tinggi.
'Tetapi kenapa Malaysia sanggup mengambil risiko walaupun ada tenaga alternatif  lain yang murah dan selamat untuk
jangka masa panjang," kata Elizabeth dalam satu kenyataan media.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor Terus Bela Nasib Orang Asal

Posted: 27 Apr 2011 06:47 PM PDT



SHAH ALAM 28 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan jawatankuasa Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor (JHEOA) untuk mengemukakan pelan rancangan penempatan semula orang asal di seluruh negeri itu.
Tan Sri Khalid berkata, ini kerana beliau tidak mahu masyarakat asal itu dipinggirkan dari sudut sosio ekonomi dan kehidupan sementara kerajaan negeri merancang pembangunan yang lebih pesat dalam jangka masa tertentu.
Justeru Khalid berkata kerajaan Selangor akan terus menerus mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan tanah penempatan orang asal supaya mereka dapat terus menetap di negeri itu. 
Read More / Baca Lagi >>

Govt: RM2.05bil of taxpayers' money paid to toll firms

Posted: 27 Apr 2011 06:42 PM PDT

Govt: RM2.05bil of taxpayers' money paid to toll firms Since the eighties to end of last year, the government has paid some RM2.05 billion in cash as 'compensation' for delaying toll hikes to 27 toll concessionaires, according to the Works ministry.

In a written parliamentary reply to Bagan member of parliament Lim Guan Eng , the ministry explained that the Federal government had to pay compensation for postponing toll hikes as stipulated in the concessionaires agreements.
Read More / Baca Lagi >>

Bob Lokman tekad bersara hiburan

Posted: 27 Apr 2011 06:40 PM PDT


Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS. Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.
"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.
"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya di sini, Rabu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia must stop its porn politics - it's now or never

Posted: 27 Apr 2011 06:39 PM PDT

Malaysia must stop its porn politics - it's now or neverIt is mind blowing. It is absolutely unbelievable. That a nation that proclaims to have a multi-cultural society with centuries old religious values enshrined in its many aspirations canopying the social and political fabric of the nation, is suddenly so obsessed with porn politics.
Malaysian politicians and the various responsible machineries of government must not only put an immediate stop to all these degrading, humiliating and despicable porn episodes after episodes, but must also be seen to be making urgent redress to the severly soiled and tattered reputation of Malaysians.
The Honorable Prime Minister as the Head of government must call the shouts loud and clear. Since the Sodomy I saga, years ago, we are continuing to witness so many sex and porn related sagas in the public domain. And of recent it has just gone too far for any decent human soul to accept.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada salahguna tender di Selangor

Posted: 27 Apr 2011 06:38 PM PDT

Siasatan Kerajaan Negeri Selangor mendapati tidak wujud dakwaan kononnya terdapat penyalahgunaan kontrak menggunakan nama syarikat bumiputera sebelum diserahkan kepada DAP. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara tersebut turut disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati tiada bukti kukuh yang dikemukakan mengenainya.
"Kita sudah memantau perkara ini namun ia terpulang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menentukan supaya kontrak tersebut dilaksanakan oleh syarikat yang mendapat kontrak tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini Selasa.
Read More / Baca Lagi >>

Sikap Umno: Tak dapat tanduk telinga dipulas

Posted: 27 Apr 2011 06:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April: Sebagai warga Malaysia yang merdeka, rakyat mempunyai hak-hak kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik.
"Hak-hak ini dijamin oleh Perlembagaan," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya tindakan penganiayaan tidak direstui oleh rakyat dan lambat laun rakyat yang sedar akan menghukum Umno dengan menolak mereka di dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada pertukaran Cikgu Maarof Abdul Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenang Stesen, Segamat yang telah mendapat surat arahan tukar ke SMK Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada pilihan raya kecil Parlimen mulai esok, DUN masih ada masa

Posted: 27 Apr 2011 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April — Negara yang menyaksikan 16 pilihan raya kecil — jumlah yang sama dengan sepanjang tempoh 1986 hingga 1995 — tidak akan mengadakan pilihan raya kecil bagi peringkat Parlimen selepas hari ini melainkan jika ada keperluan khas untuk berbuat demikian.
Ini termasuklah kerusi Parlimen Batu, yang disandang PKR, yang statusnya menanti keputusan mahkamah rayuan.
Mengikut perundangan negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil melainkan jika ada keperluan khas.
"Selepas hari ini jika ada kekosongan, bagi kerusi Parlimen, tidak akan diadakan lagi pilihan raya kecil," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Tarikh Dewan Rakyat bersidang 28 April, jadi mengambil kira tarikh itu, bermakna jika ada kekosongan selepas hari ini, pilihan raya kecil tidak akan diadakan," kata beliau.
"Jadi, jika berlaku kekosongan luar jangka, mengambil kira genap tiga tahun persidangan Dewan Rakyat, maka tidak akan ada pilihan raya kecil," kata beliau sambil menyifatkan sebanyak 16 pilihan raya kecil dalam tempoh tiga tahun sebagai satu jumlah yang banyak dan menjadi "ruang latihan praktikal" kepada kakitangan SPR.
Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu-satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat mandat Parlimen. Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir April 2013.
Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri adalah berbeza kerana kali pertama persidangan adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Kantoi : MB, Exco ‘terkejut’ MoU firma HK lombong nadir bumi di Bukit Merah

Posted: 27 Apr 2011 06:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.
Menteri Besar (gambar) menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.
Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.
"PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar

Posted: 27 Apr 2011 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April: Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar.
Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.
Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini.
Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN. 
Read More / Baca Lagi >>

Reveal details of rare earth venture, Zambry urged

Posted: 27 Apr 2011 06:24 PM PDT

An MP wants the Perak government to explain the deal it signed with a Hong Kong-based company for the proposed mining of rare earth in Bukit Merah.
KUALA LUMPUR: The Perak government should reveal the details of the memorandum of understanding (MoU) it signed with a Hong Kong-based company over the proposed rare earth venture, Batu Gajah MP, Fong Po Kuan, said today.
"We don't need this kind of so-called investment or any sort of investment which will put the people's lives, health or the environment at risk," she told FMT.
She was commenting on a FMT report that the state and the Hong Kong company, Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd, had inked a deal in relation to "the establishment of a joint venture in Malaysia for the purposes of the exploration and mining of rare earth and other potential minerals and activities" in Bukit Merah.
Read More / Baca Lagi >>

KASE: Pulangkan wang kutipan saman ekor

Posted: 27 Apr 2011 06:24 PM PDT

Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) mendesak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen yang disenarai hitam tanpa bukti sebelum ini. Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata,  kerajaan juga perlu memulangkan segala bayaran kompaun yang telah dibuat pemilik kenderaan akibat kaedah senarai hitam itu.
Selain itu, katanya, kerajaan digesa mengeluarkan rekod kesalahan yang tidak dibuktikan di Mahkamah daripada sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta menghapuskan semua saman ekor yang tidak dibuktikan.
"Sekiranya tindakan ini tidak dilakukan, KASE berpendapat bahawa Kerajaan sememangnya tidak bertanggungjawab dan telah bertindak zalim kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zulhazmi berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri yang disiarkan dalam akhbar theSun ,  berhubung keputusan kerajaan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanya setelah kesalahan yang dilakukan dibawa dan dibuktikan di Mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Pulak Dah : Zambry tidak tahu projek nadir bumi

Posted: 27 Apr 2011 06:15 PM PDT

Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah. Menteri Besar menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.
Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.
"PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilih baru naik ketara, lebih 300,000 daftar suku pertama 2011

Posted: 27 Apr 2011 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencatatkan peningkatan jumlah mereka mendaftar sebagai pemilih baru – lebih 300,000 orang mengemukakan permohonan pada suku pertama tahun ini.
Angka itu mengatasi lima suku terakhir sebelum ini dan mengalami peningkatan peningkatan ketara.
Ia juga dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama tahun lalu.
Dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku pertama tahun 2011 iaitu dari Januari hingga Mac, SPR menerima 301,171 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 59,075 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Semua Kata Itu Bukan Anwar. Cuma Fitnah Dari Datuk T Dan UMNO

Posted: 27 Apr 2011 08:31 AM PDT

Nurul Izzah: Itu bukan Anwar

Nurul Izzah Anwar - naib presiden PKR dan anak sulung Datuk Seri Anwar Anwar - sekali lagi mengulangi bahawa orang dalam video seks - sebahagian lagi daripadanya disebarkan di internet hari ini - bukan bapanya.

Nurul menegaskan bahawa beliau serta keluarganya berdiri teguh bersama Anwar, dan mengulangi bahawa pelakonnya bukan ketua umum PKR itu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu usaha jijik untuk memusnahkan semangat berjuang mereka serta reformasi yang sangat diperlukan di negara ini.

"Kami tidak akan tunduk ataupun takut dengan taktik sedemikian," kata Nurul Izzah dalam pesanan teksnya kepada Malaysiakini. -mk
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: