Selasa, 26 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fuziah ulangi desakan hentikan Lynas

Posted: 26 Apr 2011 09:02 PM PDT

KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi desakan supaya projek loji nadir bumi yang dibina di Gebeng, Kuantan, dihentikan segera.
Beliau menegaskan bahawa 22,000 tan metrik nadir bumi akan dihasilkan setiap tahun oleh loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) sekiranya operasi tersebut diteruskan.
Menurutnya, daripada pemprosesan nadir bumi itu akan menjadikan jumlah penghasilan torium oleh Lynas mencecah 120 juta tan metrik sepanjang tempoh lima tahun.
"Projek Lynas mesti dihentikan kerana mengambil kira jumlah torium yang dihasilkan oleh syarikat itu setiap tahun.
"Lynas mendakwa hanya 0.16 peratus menghasilkan torium, tetapi apa yang kami tahu Lamp akan memproses nadir bumi daripada Malawi (Afrika Selatan) di kilangnya yang terletak di Gebeng dekat Kuantan," kata Fuziah dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, setiap kali pemprosesan nadir bumi sebanyak 10,000 tan metrik dijalankan, Lamp akan menghasilkan 16 tan metrik torium.
"Lamp bercadang untuk proses sekurang-kurangnya 22,000 tan metrik nadir bumi setiap tahun. Sekarang jumlah 35 tan metrik terkumpul mahu diberikan kepada siapa?," soalnya.
Sementara itu beliau mempersoalkan tindakan syarikat tersebut yang mahu membina loji memproses nadir bumi di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah Saham Kedah merudum tapi Lembaga Pengarah sentiasa KENYANG

Posted: 26 Apr 2011 08:59 PM PDT

Oleh Tok Senapi

Di masa pemerintahan BN, elaun setiap orang Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) ialah sebanyak RM20-RM25 ribu setahun. Mereka yang kebanyakan terdiri dari pemimpin Umno juga menerima bonus raya RM3,000 seorang.
Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB ialah Dato' Mahdzir Khalid, Dato' Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato' Ghazali Ibrahim, Dato' Ahmad Sudin, Dato' Bakri Hj Ali Mahamad, Dato' Mohd Akhir Shafie dan Dato' Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin Umno.

Keputusan memberi elaun RM20,000 seorang tercatat dalam minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 3/2006 bertarikh 10 Disember 2006.

Read More / Baca Lagi >>

Kes Liwat - Persoalan Yang Menguja Kita Berfikir

Posted: 26 Apr 2011 08:58 PM PDT

Oleh: wfauzdin_ns

"SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut


1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa Hanya Gimik Dan Modal Politik Umno Untuk Mengganggu Pentadbiran Di Negeri Pakatan Rakyat.

Posted: 26 Apr 2011 08:56 PM PDT

Oleh Mohd Hafez
IPOH,  Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tambun, Ustaz Mohd Hafez Sabri, dalam kenyataan medianya mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. 

Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.  Malahan PERKASA  hanya dilihat vokal dan lantang  di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Guru agama perlu reformasi dalam pengajaran

Posted: 26 Apr 2011 08:54 PM PDT

SHAH ALAM, 27 April: Guru agama di semua peringkat perlu melakukan reformasi dalam pengajaran mereka bagi menjamin kemampuan rakyat terutamanya dalam pengamalan agama termasuk membaca Al-Quran.
Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, semua guru di Selangor khususnya, perlu mengambil tindakan segera kerana golongan gurulah paling dekat dengan anggota masyarakat terutama pelajar.
Menurutnya, hasil tinjauan yang dibuat sendiri mendapati kebanyakan remaja dan belia tidak mampu untuk membaca Al-Quran dengan baik.
"Ini zaman reformasi, kita perlu berubah menjadi lebih baik, perlu bangun untuk lakukan islah dan tajdid yakni pembaharuan," tegasnya.
Dr Hasan berkata demikian ketika berucap menutup Multaqa Ketua Guru Kafa Seluruh Selangor yang diadakan di Dewan Utama Masjid Negeri Shah Alam, dekat sini, petang semalam.
Menurutnya, guru-guru Kafa seramai 6,236 bertanggungjawab untuk memastikan mereka dapat membangkitkan semangat beragama dalam kalangan masyarakat setempat.
Read More / Baca Lagi >>

PERKASA tubuh Briged Setia Negara dalam RELA

Posted: 26 Apr 2011 08:53 PM PDT

NONEPertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah memperluaskan lagi peranan dalam perjuangan politiknya dengan menubuhkan unit khas - Briged Setia Negara - dalam Ikatan Relawan Rakyat (RELA), yang ekslusif untuk anggotanya.

Penyelaras PERKASA, Zainuddin Salleh memberitahu Komunitikini
bahawa briged tersebut ditubuhkan oleh ketua PERKASA Selangor, Abdullah Mansor Disember tahun lalu.

"Satu kelulusan diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Disember tahun lepas untuk penubuhan briged tersebut," dakwa Zainuddin.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan may falter with early Taib exit, analysts say

Posted: 26 Apr 2011 08:53 PM PDT

Taib was the crux of PR's campaign during the Sarawak state poll. — file pic
PETALING JAYA, April 27 — Political analysts have warned that Pakatan Rakyat (PR) could lose its momentum in Sarawak should Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud resign before the next general election. In their analysis of the just-concluded state polls, the scholars pointed out last night without the "anti-Taib" rallying cry to unite opposition supporters, Barisan Nasional (BN) may regain its lost votes — particularly from the rural communities.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas: Penduduk mahu suara dalam panel bebas

Posted: 26 Apr 2011 08:52 PM PDT

Pembinaan loji Lynas di Gebeng
KUALA LUMPUR, 27 April — Penduduk sekitar Kuantan yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi mahu wakil mereka dalam panel bebas yang dibentuk kerajaan bagi mengkaji projek kontroversial bernilai RM700 juta itu. Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu ekoran kebimbangan ia akan mencetuskan ancaman radioaktif.
Bagaimanapun kumpulan yang dinamakan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" memberitahu The Malaysian Insider bahawa orang ramai tidak dapat diyakinkan jika panel bertindak sebagai seolah-olah urusan tertutup tanpa membabitkan suara penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

Terus ceritakan yang benar

Posted: 26 Apr 2011 08:50 PM PDT

NONEPropaganda, satu perkataan sentiasa dianggap negatif.

Namun, bagi penulis mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang kita hadapi sekarang.

Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya akan menang dalam peperangan minda itu.

Lihat sajalah bagaiamana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN. Bukan kerana dasar BN yang tidak baik tetapi propaganda yang mengambarkan sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Yuran naik: Siswa tuntut UIAM beri penjelasan

Posted: 26 Apr 2011 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 April: Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini dikejutkan dengan kenaikan yuran pengajian yang akan bermula semester 1 sesi 2011/2012.
Kenaikan itu disedari sendiri oleh beberapa mahasiswa termasuk pimpinan mahasiswa, SRC yang mendedahkan penyata yuran yang baru untuk mahasiswa Malaysia.
Mahasiswa UIAM dalam satu kenyataan menyatakan hal itu sangat dikesali mereka apabila diputuskan semasa cuti semester.
Dalam penyata yuran yang baru tersebut, kenaikan yuran pengajian bertambah sebanyak RM37.50 untuk setiap kuliyyah.
Jumlah kenaikan yang dibuat tidaklah terlalu melampau, namun satu penjelasan yang sewajarnya mesti diberikan oleh pihak pentadbiran UIAM kepada mahasiswa.
Mahasiswa tidak rela untuk membayarnya andai kenaikan tersebut sedikit pun tidak memberi manfaat kepada mahasiswa.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya Dengan Perjuangan Islam Sahaja Bangsa Melayu Akan Dihormati

Posted: 26 Apr 2011 08:39 PM PDT

Oleh Mohd Hafez
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, PAS adalah  parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

Menurut beliau, PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Let's ignore racism and Muhyiddin

Posted: 26 Apr 2011 08:38 PM PDT

Muhyiddin's recent comments regarding 1Malay,1Bumi wasn't surprising based on his past record of Malay first and Malaysia second. It would be surprising if this leader goes back against his stand which has to be seen as consistent. This is normal in politics, as most politicians will not try to play their trump card so as to keep their electorate guessing.
It is just like the Opposition opposes for the sake of opposing. That is also why the two-thirds majority is crucial for a ruling government, to ensure Laws and Policies are pushed through without too much opposition.
Muhyiddin is in the shadow of Najib, and he is not under pressure like Najib, and he enjoys being in his position just now, able to take pot shots here and there without being in the limelight. He also needs to be seen consistent with the Malay Electorate who sees him as a future President of UMNO. For him to change his stand doesn't enhance his chances with the diehard fans of UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO mengingau... DAP pun tak mau!

Posted: 26 Apr 2011 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Nato campaign not seen decisive in Libya

Posted: 26 Apr 2011 08:32 PM PDT

By David Brunnstrom
BRUSSELS: The Western bombing campaign in Libya is now in its sixth week but despite a series of eyecatching Nato initiatives there is little sign of a decisive military shift that will bring a quick end to the war.
And there are few signs either of significant divisions within Muammar Gaddafi's government that would hasten a political solution to the conflict.
Nato, which took over the air campaign from a coalition led by France, Britain and the United States a month ago, can point to some successes in protecting civilian populations in eastern
Libya from attack including in Benghazi and Ajdabiyah.
Read More / Baca Lagi >>

Sarawak Chinese rejected SUPP, not the Malays

Posted: 26 Apr 2011 08:30 PM PDT

Sarawak Chinese rejected SUPP, not the MalaysThe latest campaign by Perkasa mouthpiece Utusan Malaysia in calling for the "1Melayu, 1Bumi" has earned condemnation from PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man .

Tuan Ibrahim said the paper, called in the wake of the BN's heavy defeat in Chinese-majority areas in Sarawak, failed to understand the voting pattern of the Chinese.

"Chinese voters rejected SUPP, but it does not mean they reject Malays. The winners were DAP's Chinese candidates, the ones who lost were also Chinese from SUPP.

"The issue of Chinese uniting to reject Malay candidates does not arise at all," he said.
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya continues to haunt Najib and Rosmah

Posted: 26 Apr 2011 08:26 PM PDT

The recent airing of the interview of Raja Petra Kamaruddin on TV3 prime time news seems to have reignited interest in the mysterious murder of Altantuya Shaariibuu.
This together with open court hearings in Paris that are due to begin next month into naval ship builder DCNS, which is alleged to have paid huge commissions to proxies of Prime Minister Najib Razak.
DCNS is a key player in the notoriously dirty world of international arms wheeling and dealing. It is alleged to have paid under-table money to secure the Malaysian government's purchase of 2 Scorpene and 1 Agosta  submarines in 2002.
Altantuya had purportedly worked as a translator for Najib's friend Razak Baginda, who was also involved in the deal and the alleged kickbacks.
Since the murder was discovered, there has been speculation that Rosmah Mansor, Najib's wife, had also been involved in the complex trail of events that eventually led to two of her former body guards being sentenced to hang the Altantuya murder.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Gerakan: ‘LDP not welcome in BN anymore’

Posted: 26 Apr 2011 08:25 PM PDT

Chinese-dominated Liberal Democratic Party, Sabah Barisan Nasional's oldest ally stands at a crossroad facing calls from its rivals within the coalition to quit following its public criticism of Chief Minister Musa Aman.
KOTA KINABALU: An all out war has been declared within the Sabah Barisan Nasional (BN) coalition under Chief Minister Musa Aman against the Liberal Democratic Party (LDP).
Gerakan Sabah is the latest BN coalition partner to have joined in the LDP-bashing spree following the senior coalition party's outspoken criticism of the chief minister who is also the state BN chairman.
Gerakan Sabah chairman Gordon Leong urged Musa to seriously consider issuing a showcause letter and to take necessary disciplinary action against LDP for disrespect.
Leong in a statement issued here today said its fellow BN coalition member was undermining the integrity and stability of the State leadership.
Read More / Baca Lagi >>

ADUN BN mencarut titah perbahasan diraja

Posted: 26 Apr 2011 08:23 PM PDT

SEREMBAN: Sesi perbahasan titah  Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.
Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika  Adun bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah diraja, semalam.
Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.
"Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam)," ujarnya.
Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut.
Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa tamil kepada salah seorang Adun berbangsa India.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas : Suara Rakyat Perlu Dalam Panel Bebas

Posted: 26 Apr 2011 08:19 PM PDT



KUALA LUMPUR 27 APRIL :  Kumpulan yang dinamakan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi menegaskan suara penduduk Kuantan diperlukan sebagai wakil mereka dalam panel bebas yang dibentuk kerajaan untuk mengkaji projek kontroversial bernilai RM700 juta itu.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu ekoran kebimbangan ia akan mencetuskan ancaman radioaktif.
Bagaimanapun kumpulan tersebut memaklumkan bahawa orang ramai tidak yakin dengan apa yang bakal dibincangkan panel itu kerana ia dibuat melalui perbincangan tertutup tanpa membabitkan suara penduduk.
Read More / Baca Lagi >>

Lawatan Imam Besar Masjidil Haram tiada kaitan isu Wahabi, kata menteri

Posted: 26 Apr 2011 08:18 PM PDT

Jamil Khir: Kita hormati pandangan Imam Besar Sheikh Abdul Rahman tentang Islam.
KUALA LUMPUR,  27 April — Kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia minggu lalu tidak membabitkan motif mahu mengembangkan fahaman Wahabi di negara ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bercakap kepada The Malaysian Insider, beliau berkata kedatangan Sheikh Abdul Rahman sempena lawatan kerja lima hari adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua Negara — Malaysia dan Arab Saudi.
Malah kata beliau, Sheikh Abdul Rahman datang ke Malaysia atas jemputan negara ini dalam usaha untuk memupuk kerjasama yang lebih erat.
"Kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini atas jemputan negara dalam usaha mengeratkan lagi hubungan antara dua negara... jadi tidak timbul soal nak wujudkan atau bawa fahaman Wahabi. Sebagai sebuah negara Islam kita terima pemimpin agama termasuk Imam Besar Masjidil Haram ini.
"Kita hormati kehadiran dan pandangan beliau (Sheikh Abdul Rahman) tentang Islam, malah saya tidak nampak kehadiran beliau melalui program-program yang kita anjurkan ada usaha-usaha untuk menyuntik fahaman Wahabi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terperangkap dengan jebak Umno

Posted: 26 Apr 2011 08:17 PM PDT

NIBONG TEBAL, 27 April: Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak terperangkap dengan jebak yang dipasang oleh Umno dan BN semata-mata bagi memecahbelahkan serta memporak-perandakan kekuatan yang ada pada PR.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Yunus Jamhari berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah isu penerangan anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal di Sungai Acheh, malam tadi.
Menurut beliau lagi kebelakangan ini isu seperti pertandingan bagi merebut jawatan dalam kepimpinan PAS, telah dimainkan oleh mereka supaya adanya perasaan curiga antara sesama kepimpinan.
Beliau berkata, sekiranya tidak berhati-hati maka jebak itu akan memerangkap kumpulan sasaran yang telah mereka rencanakan.
"Yang terbaru ialah ura-ura penyertaan DAP bersama BN juga merupakan satu lagi dakyah jahat yang sengaja dimainkan bagi menimbulkan rasa prejudis dan prasangka di kalangan penyokong dan kepimpinan PR.
"Ini juga sebahagian dari usaha mereka bagi merenggangkan hubungan yang utuh antara PKR, PAS dan DAP. Setelah melihat kekuatan yang ada pada PR tidak berjaya dirungkai oleh mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Warkah di ambang maut: Saya dan hidup saya

Posted: 26 Apr 2011 08:16 PM PDT

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian,
Yun Leong membawa surat awak apabila dia melawat saya pada hari Isnin. Katanya, surat pertama telah disiarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Tak patut syaki Imam Besar Masjidil Haram suntik Wahabi, kata bekas MB

Posted: 26 Apr 2011 08:14 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 27 April — Tiada sesiapa pun wajar menuduh seseorang itu berfahaman ataupun cuba mengembangkan fahaman Wahabi, kata bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sambil menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya ekoran isu terbaru ini.
Mengulas laporan yang memetik Zamihan Mat Zain, pegawai Jakim yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini, Shahidan berkata:
"Tiada sesiapa yang boleh tuduh seseorang itu berfahaman Wahabi atau tidak...tiadak siapa yang berhak membuat hukuman sebegitu, saya tak tahu kenapa ada individu yang berani mengkritik Imam Besar Masjidil Haram ini."
Tahun lalu, Zamihan menjadi perhatian ekoran laporan bahawa beliau mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Shahidan sendiri dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.
Read More / Baca Lagi >>

RODZIAH : Kerajaan Negeri Komited Utamakan Kebajikan Rakyat

Posted: 26 Apr 2011 04:08 PM PDT

Video : PKR Bawa Beban 24 Kerusi Ke Mesyuarat Pakatan

Posted: 26 Apr 2011 04:06 PM PDT

Tiada ulasan: