Khamis, 21 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lynas waste safe to ‘scatter everywhere’, says AELB

Posted: 21 Apr 2011 08:28 PM PDT

Raja Aziz said thorium is an element that occurs naturally everywhere. — File pix
KUALA LUMPUR, April 22 — Malaysian regulators are confident radioactive waste from Lynas Corp's rare earth plant can be "scattered everywhere" although it insisted the material cannot be kept long in the RM700 million Kuantan facility. The Atomic Energy Licensing Board (AELB) stressed that if the Australian miner delivered on the standards it set for itself, the waste would have no more thorium — the radioactive element found in virtually all rare earth deposits — than the ground around the plant.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai

Posted: 21 Apr 2011 08:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini, tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik barbarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran.
Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihan raya kecil Tenang.
"Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Read More / Baca Lagi >>

Surat dari kandang maut

Posted: 21 Apr 2011 08:26 PM PDT

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.
Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.
Read More / Baca Lagi >>

Surat dari bekas Ketua CID kepada Ketua Polis Negara

Posted: 21 Apr 2011 08:22 PM PDT



Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

`Susu Dibalas Tuba' - Mengapa Kita Sakit Hati Bila Kaum Cina Bersatu?

Posted: 21 Apr 2011 08:18 PM PDT

Oleh: wfauzdin_ns
"PEPATAH `Susu Dibalas Tuba' yang diperkatakan oleh PERKASA terhadap DAP boleh dijadikan bahan ketawa oleh golongan cerdik pandai. Apa kata jika kaum Cina mengatakan bahawa selama ini kebanyakan mereka hanya mendapat `tuba' bukan `susu'?

Apakah PERKASA ingat di negara ini semua kaum Cina hidup mewah? Mungkin ada beberapa kerat yang dapat `susu' yang terdiri dari kroni-kroni puak tertentu termasuk beberapa taukeh judi yang kaya raya. Mengapa kita perlu sakit hati bila kaum Cina lebih cerdik dari kita berpolitik?
Read More / Baca Lagi >>

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus

Posted: 21 Apr 2011 08:15 PM PDT

Taib Mahmud tak mahu berundur?

Posted: 21 Apr 2011 08:12 PM PDT


WarkahDaily – Masa pilihanraya tengah berlangsung, kempen sedang berjalan, masing-masing dalam Barisan Nasional (BN) merasa bimbang dan takut Tan sri Taib Mahmud (gambar) akan jadi liabiliti kepada BN untuk pertahankan kerajaan Sarawak.

Kebanyakan rakyat Sarawak ketika itu mahukan Taib berundur cepat. Sebelum Dun Sarawak dibubarkan pun, mantan PM, Tun Mahathir pun pernah meminta Taib diundurkan agar tidak menjadi Mubarak Sarawak (30 tahun memerintah Sarawak, kumpul harta berjuta-juta).

Ketika kempen pilihanraya baru-baru ini, Najib begitu terkesima dengan sambutan rakyat Sarawak terhadap program Pakatan Rakyat (PR) di Kuching sehinggakan Najib semacam berpatah balik untuk membantu kempen BN di Sarawak kerana tidak percaya Taib peroleh sokongan lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Greedy Adnan is prepared to sacrifice Gebeng residents

Posted: 21 Apr 2011 08:06 PM PDT


Greedy Adnan is prepared to sacrifice Gebeng residents
Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob is back-pedalling furiously now that public opinion is against him. He now claims that the Pahang state government did not give the approval for Lynas Corporation's RM700 million plant to be built in Gebeng.
Adnan does not seem to be aware of what goes on in Pahang. Perhaps his expertise is limited to making obscene gestures and wriggling his buttocks at members of the Opposition.
Lynas managed to convince Adnan that it could make RM8 billion in annual revenue once it was fully operational and supply one-third of the world's demand outside of China.
All Adnan could think of was the accolade, the monies that could be made from commissions and the prestige that Pahang would gain.
Little did Adnan care that up to 2,200 tonnes of radioactive waste a year would be generated by the plant and that his people would suffer. A similar plant in Bukit Merah, in Perak has radioactive problems which remain unresolved to this day.
Read More / Baca Lagi >>

Who says the Chinese are ungrateful

Posted: 21 Apr 2011 08:04 PM PDT


Who says the Chinese are ungrateful
The Chinese of today in the country cannot be equated to the Chinese before independence. The present generation of Chinese were born and brought up in the country. They deserve to be treated like any other Malaysian born in this country. These are the people who have no other home other than this country (Tanah tumpahnya darah mereka).
When you say that the Chinese are ungrateful just because some of them would not vote for UMNO/Barisan Nasional (BN) in an election, then you should say the same to the 50 percent Malays who do not vote for UMNO/BN. Are the Malays then equally ungrateful to UMNO/BN? Looking into the Malaysian voter demographics, approximately 60 percent of the voters are Malays and others termed under Bumis. Almost 30 percent are Chinese and the rest Indians and other minority ethnic groups.
Even if the 30 percent of the Chinese voters do not vote for UMNO/BN it still equals the percentage of Malays who do not vote for UMNO/BN – since almost half of the Malays do not vote for UMNO/BN. By this account, should this mean that half of the Malay voters in the country are not grateful to BN/UMNO or the country?
Read More / Baca Lagi >>

DHPP minta kekalkan gandingan Hadi-Nasha

Posted: 21 Apr 2011 07:53 PM PDT

Kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya - Balasubramaniam.

PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat hari ini meminta ahli-ahli PAS mengekalkan gandingan pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan Muktamar Tahunan parti Jun depan.
Timbalan Pengerusi DHPP Pusat Balasubramaniam berkata, kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya.
"Tiada pemimpin lain yang mampu dan setanding yang dapat menggantikan kepimpinan Hadi sebagai Presiden PAS buat masa ini," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata, "kami yakin beliau (Hadi) dari sudut kepimpinan adalah seorang yang layak. Beliau juga seorang pengaman dan membawa perubahan baru apabila tertubuhnya DHPP pada tahun lalu.
"Kalau dulu PAS hanya terbuka kepada orang Islam kini mereka beri ruang kepada orang bukan Islam untuk turut serta dalam parti ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan Jahil Murakkab Jadikan Kaabah Untuk Bersumpah Laknat

Posted: 21 Apr 2011 07:50 PM PDT


Sindrom memperalatkan Kaabah Oleh Ahmad Tajdid

TRIO Umno penayang video lucah - Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim dilaporkan sanggup ke tanah suci Makkah untuk bersumpah di hadapan Kaabah bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka terhadap pembabitan seorang pemimpin pembangkang dalam video lucah hitam putih berteknologi rendah yang kini sudah menjadi tatapan umum termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Pengumuman itu dibuat mereka melalui akhbar yang mempromosi video pornografi, Utusan Malaysia bertarikh 20 April lalu. Akhbar ini khabarnya diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah terpilih atas biaya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang berketuakan seorang pencinta budaya Melayu, Dr Rais Yatim.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Sultan di Facebook, Persada lapor polis

Posted: 21 Apr 2011 07:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) semalam membuat satu laporan polis terhadap seorang pemuda yang didakwa menghina Sultan Kelantan di Facebook.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Lembah Subang, Petaling Jaya bagi menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu bernama Sulaiman Ali Sulaiman kerana didakwa menulis kata-kata kesat dan lucah terhadap Tuanku Muhammad Faris Petra.

Presidennya, Ali Hanafiah Mohammed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, sebagai raja yang dilindungi oleh Perlembagaan negara, Sultan tidak seharusnya dilibatkan dalam isu-isu tertentu apatah lagi dalam bentuk penghinaan.
Read More / Baca Lagi >>

Dayak reps scrambling for post

Posted: 21 Apr 2011 07:46 PM PDT

KUCHING: The four Dayak assemblymen who were voted in on the Sarawak United Peoples' Party's (SUPP) ticket are quietly lobbying for ministerial posts in Chief Minister Taib Mahmud's cabinet.
Despite the fact that the SUPP's central working commitee (CWC) has declared that it had nominated them for posts, they are each doing their own canvassing.
Engkilili representative Johnical Rayong yesterday brazenly declared that he is hoping to be given a ministerial post.

Rayong said yesterday that he had strong reasons for seeking a ministerial post because compared to the others, he had the highest margin of victory.
Rayong became SUPP member in September last year after being a BN-friendly independent for the past four years.
He was elected on a Sarawak National Party (SNAP) ticket in the 2006 state election, but defected to Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).
However, his membership with SPDP was short-lived as there was strong opposition from PBB and SUPP. Thus he became an independent.
Read More / Baca Lagi >>

Jerangkap Samar 1

Posted: 21 Apr 2011 07:44 PM PDT

Oleh smartlife

"Kalau diperhatikan media pada hari ini, didapati serangan terhadap PR begitu ghairah sekali. Namun, serangan itu merupakan serangan peluru buah pisang masak. Nampaknya sahaja keras tapi lembik. Serangan itu dibuat bagi menutup isu-isu rakyat. Serangan itu dibuat dari pelbagai penjuru dan diadakan penyebabnya.

Namun, rakyat sedia maklum . Serangan yang dibuat oleh pihak UMNO-BN umpama tembakan meriam buluh. Silap-silap gaya boleh memusnahkan diri sendiri. Rakyat macam dah lali dengan perangai pejuang-pejuang kebenaran kononnya. Apa tah lagi dengan kumpulan Songkok Tinggi, "The Babarian's At  The Gate' dan baru-baru ini dengan group (dengan izin) Datok T.
Read More / Baca Lagi >>

Taib: Wakil Cina dilantik sertai Kabinet selepas sidang DUN

Posted: 21 Apr 2011 07:41 PM PDT

Taib berkata pentadbirannya akan memberi tempat kepada perwakilan Cina. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 22 April — Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan wakil kaum Cina tetap akan diberi tempat dalam Kabinet baru kerajaan negeri Sarawak yang akan dibentuk selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Jun ini. Ketua Menteri itu berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak mengamalkan perkongsian kuasa dengan pelbagai kaum dan ia akan terus dilaksanakan walaupun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebelum ini menyatakan hasrat untuk menolak pelantikan wakil kaum Cina dalam Kabinet negeri berikutan penolakan pengundi Cina terhadap parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Baru bakal menyingsing pada PRU 13

Posted: 21 Apr 2011 07:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: Negara ini bakal menyaksikan menyingsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, ini andainya Pakatan Rakyat mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGO, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar 'perubahan besar' mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta himpitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional.
Mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang diadakan minggu lepas, beliau berkata dalam suasana Pakatan Rakyat yang tidak begitu terarah dan tersusun, 'pendatang baru' seperti PAS amat tidak dapat dibantu berbanding DAP yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam kancah politik Sarawak.
"PAS masih mencari-cari sentuhannya. Namun ia permulaan yang baik. PAS kalah tipis di Beting Maro tetapi memenangi 10 dari 19 saluran di Dun tersebut," tulis beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor di dalam blognya.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah?

Posted: 21 Apr 2011 07:39 PM PDT

Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh.
Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu.
Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Kematian Pegawai Kastam : Keluarga Tidak Puas Hati, Nak Tahu 'Kisah Sebenar'

Posted: 21 Apr 2011 07:37 PM PDT



KUALA LUMPUR 22 APRIL : Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh bagi mengetahui punca kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.
Sebaliknya, menurut sumber rapat keluarga Ahmad Sarbani ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain didakwa cuba "menyembunyikan" sesuatu daripada diketahui umum.
"Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan peribadi antara Anwar dan Rahim, kata Mat Zain

Posted: 21 Apr 2011 04:13 PM PDT

Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan di antara Video Seks Pertama 1999 dan Video Seks Kedua 2011.

PETALING JAYA: Kewujudan dan penyebaran video seks baru-baru ini yang pelakunya seiras Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim adalah hasil dari pertembungan peribadi di antara Anwar dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Dalam suratnya bertarikh 18 April lalu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Dato' Mat Zain Ibrahim berkata, "saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini merupakan pertembungan peribadi di antara Rahim dan Anwar."
Mat Zain ialah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Suratnya kepada Ketua Polis Negara dipos dalam blog Lim Kit Siang hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Trio Umno perlu didakwa

Posted: 21 Apr 2011 04:12 PM PDT

Oleh Subky Latif
MENGIKUT  keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.
Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.


Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.
Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.
Read More / Baca Lagi >>

‘Without Sabah Umno, smaller parties are nobody’

Posted: 21 Apr 2011 04:11 PM PDT

Political stability in Sabah BN is coming under heavy strain, especially after Umno moved into the state.

KOTA KINABALU: Sabah deputy Umno chief Salleh Tun Said is rallying the Barisan Nasional (BN) troops to defend Chief Minister Musa Aman.
But his call merely shows up the simmering discontent among the smaller parties within the BN, which is threatening to destroy the coalition.
Salleh yesterday urged state Umno leaders to defend Musa against "unjust accusations" either from the opposition or certain disgruntled leaders within BN itself.
His comment was seen as aimed at fellow BN member, Liberal Democratic Party (LDP), which has openly questioned Musa's competence.
Salleh, who himself was sidelined by Musa after the 2008 general election, was only brought back into the state administration recently.
He has until now been quiet about the spate of attacks against his boss.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO & DAP Kuat kerana Guna Pendekatan Politik Yang Sama

Posted: 21 Apr 2011 04:10 PM PDT

Oleh anak_muara

"UMNO dan DAP kini adalah 2 parti politik yang paling berjaya di persada politik Malaysia.Kerana kedua-dua parti perkauman ini mampu mengekalkan undi kaum yang menyokong mereka.UMNO masih berjaya mengekalkan undi orang Melayu terhadap mereka begitu juga dengan DAP yang dilihat semakin berjaya dalam meraih serta mengekalkan pengundi kaum Cina terhadap mereka.

DAP telah berjaya mengatasi dua parti Cina yang lebih senior dari parti itu iaitu MCA dan Gerakan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor: Tiada arahan calon Hadi sahaja

Posted: 21 Apr 2011 04:09 PM PDT

Jika ada orang kata kita tidak benarkan Hadi dicabar, ia tidak benar sama sekali - Roslan Shahir.
PETALING JAYA: PAS Selangor tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya kawasan-kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat agung masing-masing hanya mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden PAS pada Muktamar Jun ini.
"Jika ada orang kata kita tidak benarkan Abdul Hadi dicabar, ia tidak benar sama sekali. Persoalannya, adakah kawasan di Selangor yang mahu mencalonkan orang lain selain Abdul Hadi?," soal Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir.
Beliau menambah, PAS negeri tidak mencampuri urusan mesyuarat PAS kawasan tetapi pertandingan apa-apa jawatan dalam parti hendaklah berpandukan kepada adab dan disiplin parti.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan PAS Bukit Bintang yang mencalonkan Datuk Husam Musa mencabar Abdul Hadi untuk jawatan presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Prof Dr Abdul Aziz Bari

Posted: 21 Apr 2011 04:07 PM PDT

Oleh nik mohamad abduh
Saya terlewat dua hari. Baru sekejap tadi jengok Malaysian Insider cari berita pasal Prof Dr Abdul Aziz Bari kritik Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang untuk ke sekian kalinya.
Tapi dah ada tiga berita rupanya. Kelmari dulu beliau kritik lalu semalam dikritik pula oleh para pemimpin PAS dan hari ini beliau datang lagi mempertahankan kritikannya itu. Ini saya tulis ini kira himpun yang tiga-tiga tu jadi satu.
Read More / Baca Lagi >>

Filem Omega yang tercicir...

Posted: 21 Apr 2011 04:06 PM PDT

Oleh Hishamuddin Rais
Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan.

Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: