RAKYAT MARHAEN |
- Is Utusan right? Are Malaysian Chinese disloyal
- Rosmah atones for 'shameful' Japan comments, presents RM1.8mil cheque
- Tukar pemimpin bila kalah kurang tepat
- Saya sedia ditentang jika ada calon layak
- E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta?
- Lessons from the 2011 Sarawak election
- Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari
- PRN Sarawak didakwa tsunami untuk PKR
- Salah Satu Punca : Silap tentukan calon KM Sarawak, maka kita tewas?
- Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel
- Akibat kebodohan Presiden KIMMA, restoran mamak mungkin diboikot
- Video seks: Polis diminta siasat kaitan kes ‘Datuk T’, Nov 99
- RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir
- Kenapa PAS aje yang kena serang, PKR tak kalah teruk ke?
- Bom Masjid: Siapa yang Kafir?
- Aziz Bari Ganti Hadi OK Tak?.
- KASIAN NAJIB !! gagal memberi kemenangan besar, gagal menarik Tok Uban dari kerusi KM.
- 6 SOALAN NAJIB KENA JAWAB
- Perlu Tukar Kerajaan Untuk Perubahan
- Kempen tubuh kelab penyokong Mat Sabu
- NGO sivil dakwa ancaman Pembela canggah Perlembagaan
- SNAP berhasrat ke persada nasional
- Myemail.my: Tricubes sasar notis KWSP, LHDN kekal operasi
- 1Melayu, 1Bumi: Pemimpin Pakatan mahu Najib tindak ke atas Utusan
- SPR harus di'BERSIH'kan
| Is Utusan right? Are Malaysian Chinese disloyal Posted: 20 Apr 2011 06:17 PM PDT Utusan Malaysia called on Umno today to spearhead a 1Melayu, 1Bumi movement involving all Malay parties — claiming DAP was intent on toppling the country's Malay leadership. Utusan also added that the Chinese already controlled everything and was now aiming for political power.Although, I would like to take Utusan's side on this, I am afraid that Utusan is wrong to make such a sweeping statement. Most people believe that Chinese voted for DAP simply because DAP is a multi-racial party. The Chinese rejected MCA simply because it is the only party that represents Chinese. Many Malays refuse to vote UMNO because of the same sentiment. "Only absolute political power has not been controlled by the Chinese, everything else has been taken," pointed out Utusan. But it is inaccurate. To say that everything else is taken by the Chinese is laughable. What did the Chinese take? The Economy? Most Chinese thinks the Malays are controlling the economy through the NEP, and not the Chinese. |
| Rosmah atones for 'shameful' Japan comments, presents RM1.8mil cheque Posted: 20 Apr 2011 06:13 PM PDT The prime minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor handed over contributions totalling RM1.8 million for the victims of Japan's recent earthquake and tsunami, to the Japanese ambassador to Malaysia Masahiko Horie.The donations comprised RM1.6 million collected by the Girl Guides-Maybank Disaster Fund in collaboration with The Star newspaper, and RM200,000 contributed by Mah Sing Foundation. Rosmah, who is Malaysian Girl Guides Association president, launched the fund on March 18. She said the money would be channelled to the Japanese Red Cross to buy much-needed supplies like food and medicine. "The humanitarian effort reflects the close ties between Malaysia and Japan which is going through a difficult time," she told reporters here. |
| Tukar pemimpin bila kalah kurang tepat Posted: 20 Apr 2011 06:10 PM PDT Pada hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa bersilih ganti dalam perjuangan PAS - Nik Aziz. PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menukar pemimpin dalam parti itu ekoran kekalahan dalam pilihan raya merupakan langkah kurang tepat."Pada hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa bersilih ganti dalam perjuangan PAS," katanya dalam satu kenyataan media petang ini. Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan penganalisis politik Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditukar berikutan kekalahan parti itu di Terengganu pada 2004, beberapa siri pilihan raya kecil dan yang terbaru dalam pilihan raya negeri Sarawak. Menurut Nik Aziz, pertukaran dalam PAS hanya akan berlaku sekiranya pemimpin terbabit melanggar syariat Allah. Read More / Baca Lagi >> |
| Saya sedia ditentang jika ada calon layak Posted: 20 Apr 2011 06:09 PM PDT ![]() Hadi berkata beliau "bukan mahu menjadi pemimpin selamanya". — gambar fail "Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya. "Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media. Kata Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti. Read More / Baca Lagi >> |
| E-Mel 1Malaysia: Projek kerajaan atau projek swasta? Posted: 20 Apr 2011 06:04 PM PDT "Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa Email 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak melibatkan dana awam terlibat, dan keseluruhannya adalah sukarela," demikianlah mesej tweeter Perdana Menteri Najib Razak semalam.Malah sebelum Najib, PEMANDU juga menyatakan bahawa Email 1Malaysia tidak diwajibkan kepada semua warga Malaysia. Ia adalah satu projek yang diterajui Tricubes Berhad dari sektor swasta, dan Tricubes Bhd yang bertanggungjawab terhadap pelaburannya, bukan kerajaan. Penjelasan ini diumumkan setelah projek bernilai RM50 juta ini mencungkil pertikaian dari pelbagai pihak. Malah, seperti bantahan terhadap pembinaan Menara 100 tingkat sebelum ini, satu laman telah direka di facebook bernama "1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email" , menarik penyertaan puluhan ribu dalam masa 24 jam. Read More / Baca Lagi >> |
| Lessons from the 2011 Sarawak election Posted: 20 Apr 2011 06:03 PM PDT The much-anticipated Sarawak state election has come and gone. People may understandably be disappointed that Pakatan Rakyat could not deny B First, it is clear that Sarawak and Sabah are no longer "fixed deposits" for BN. Pakatan Rakyat, once labelled as "outsiders", have now well and truly established themselves in East Malaysia. BN used to win big in Sarawak and overall Pakatan has made inroads in most constituencies. Read More / Baca Lagi >> |
| Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari Posted: 20 Apr 2011 05:55 PM PDT Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan s eorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Read More / Baca Lagi >> |
| PRN Sarawak didakwa tsunami untuk PKR Posted: 20 Apr 2011 05:53 PM PDT Kegagalan Pakatan Pembangkang untuk melakukan tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 membuktikan bahawa pembangkang di negara ini hanya pandai bercakap sahaja dan hanya mampu menconggak di atas kertas tanpa menilai kemampuan sebenar.Pada pilihan raya itu, yang bercita-cita tinggi sebenarnya adalah PKR, sedangkan DAP yang sudah lama bertapak di negeri itu tidak berani mendabik dada terhadap kemampuan mereka malah berhati-hati menempatkan calon di kawasan yang ingin dipertandingakan. Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim , Annuar Shaari menyifatkat tsunami politik yang ingin dilakukan oleh pakatan pembangkang di Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) tidak menjadi sebaliknya menimpa PKR. "Seperti kita ketahui, PKR adalah sebuah parti yang bercita-cita tingi, sama seperti Ketua Umum (Anwar Ibrahim) mereka yang sering berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sehingga kini masih tidak menjadi kenyataan. |
| Salah Satu Punca : Silap tentukan calon KM Sarawak, maka kita tewas? Posted: 20 Apr 2011 05:52 PM PDT Secara lojik dan faktanya, dakwaan tersebut amat tidak masuk akal samasekali melainkan untuk mencari alasan mengapa PAS tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan di Sarawak. Jika benar dakwaan tersebut, saya mahu bertanya apakah yang baik dilakukan oleh PR di dalam menentukan bakal KM Sarawak yang boleh memuaskan hati DAP, PKR dan PAS sekaligus? Adakah jika diletakkan calon PAS sebagai bakal KM Sarawak, maka kita mempunyai harapan cerah untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak? Read More / Baca Lagi >> |
| Nyata Datuk T Pendusta: Rakaman Video Seks Di Kondominium Bukan Di Hotel Posted: 20 Apr 2011 05:48 PM PDT Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China. "Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu," katanya. Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.Read More / Baca Lagi >> |
| Akibat kebodohan Presiden KIMMA, restoran mamak mungkin diboikot Posted: 20 Apr 2011 05:47 PM PDT PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan, |
| Video seks: Polis diminta siasat kaitan kes ‘Datuk T’, Nov 99 Posted: 20 Apr 2011 05:44 PM PDT ![]() Seorang wanita mula menanggalkan pakainannya didalam sedutan klip ini yang terdahulu dimuatnaik ke YouTube. Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
| RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir Posted: 20 Apr 2011 05:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan. Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. "Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia? Read More / Baca Lagi >> |
| Kenapa PAS aje yang kena serang, PKR tak kalah teruk ke? Posted: 20 Apr 2011 10:08 AM PDT Oleh: WDOnline "WarkahDaily – Penulis rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan ringan berkaitan analisa keputusan pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. ![]() Penulis bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, tapi atas pertimbangan yang adil bagi semua pihak dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, bahkan mahu Pakatan Rakyat (PR) bergerak atas satu kumpulan yang bernama PR dan bukannya atas nama parti komponen sebagai persediaan ke Putrajaya. Read More / Baca Lagi >> |
| Posted: 20 Apr 2011 10:07 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Seorang pengebom berani mati bersolat pada saf ketiga di dalam sebuah masjid di Cirebon, Jawa barat. Dia kemudian meletupkan dirinya dan mati di tempat kejadian. Dilaporkan seramai 25 orang meninggal dunia akibat letupan tersebut. Kejadian berlaku pada waktu umat Islam bersolat jumaat di masjid tersebut. masjid itu terletak di dalam kawasan balai polis di Cirebon, jawa Barat.Mengulas kejadian tersebut Abu Bakar al-Bashir yang dituduh bersubahat dengan pengganas dalam siri pengeboman di Indonesia yang masih lagi dalam pembicaraan berpendapat bahawa pelaku bom bunuh diri di Masjid At Taqwa, Mapolresta Cirebon, Jumat lalu adalah orang kafir dan mengebom umat muslim yang menjalankan sembahyang Jumat sebagai tindakan haram. Read More / Baca Lagi >> |
| Posted: 20 Apr 2011 10:04 AM PDT Oleh: mohdnoorawang " Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS. (Parti Islam Se Malaysia) berkata sesiapa pun boleh bertanding jawatan tersebut. Malah bahagian atau kawasan boleh mencalun mana mana individu.Hanya pakar undang undang Aziz Bari sahaja yang cerdik dan pintar menngatakan Hadi Awang menjadi "punca" kepada pakatan rakyat dan PAS. Dilontarkan soalan kepada Aziz Bari apa punca sebenarnya atau akibatnya jika Hadi Awang kekal menjadi Presiden PAS?. Tak usah dengan alsan kalah pilihanraya sebagai alasan. Kami ingin Aziz Bari lontarkan alasan dan punca saharusnya Hadi Awang berundur dari presiden PAS secara lojik akal dan berasakan jamaah Islam. Read More / Baca Lagi >> |
| KASIAN NAJIB !! gagal memberi kemenangan besar, gagal menarik Tok Uban dari kerusi KM. Posted: 20 Apr 2011 10:02 AM PDT |
| Posted: 20 Apr 2011 10:01 AM PDT Sebelum Najib berterima kasih kepada Raja Petra Kamarudin, yang kununnya telah membersihkan namanya dari terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya sepatutnya Najib kena jawab dulu enam soalan ini! 1. Siapa arah dua anggota UTK bunuh Altantuya? 2. Siapa arah bahan letupan c4 dikeluar dari stor simpanan senjata di Kementerian Pertahanan? (Orang yang paling berkuasa dalam kementerian pertahanan ketika itu ialah Najib sendiri) 3. Siapa arah Sirul dan Azilah menutup muka setiap kali menghadiri perbicaraan? Apakah rahsia disebalik penutupan muka tertuduh? Tentu ada muslihat !! 4. Siapa arah rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam oleh pihak Imigresen? 5. Siapa arah Penyiasat P.Balasubramaniam lari dari Malaysia dan bersembunyi diluar negara? 6. Siapa arah Razak Baginda lari meninggalkan Malaysia selepas bebas dari tuduhan? Jawapannya ada dalam kepala Najib, tetapi beranikah beliau menjawabnya sekarang? Mustahil, kecuali selepas Putrajaya bertukar tangan!! Itu pun belum tentu ! Besar kemungkinan Najib akan lari keluar Negara mengikut jejak Razak Baginda. Oleh : rahimothman |
| Perlu Tukar Kerajaan Untuk Perubahan Posted: 20 Apr 2011 10:00 AM PDT ![]() Rakyat hanya boleh menyaksikan perubahan yang mampan sekiranya sesebuah kerajaan itu ditukar sepenuhnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bercakap kepada Tv Selangor hari ni, beliau menyifatkan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini menampakkan trend perubahan pengundi kepada kerajaan, selain Barisan Nasional (BN). Read More / Baca Lagi >>Justeru katanya, momentum tersebut harus dikekalkan bagi membantu masyarakat keluar daripada cengkaman Umno-BN yang sudah bertapak lebih daripada 50 tahun. |
| Kempen tubuh kelab penyokong Mat Sabu Posted: 20 Apr 2011 09:49 AM PDT Pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini semakin menarik apabila wujudnya kempen untuk menubuhkan kelab penyokong Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS.Kempen itu kini giat berjalan menerusi laman sosial Facebook yang turut mengumumkan - Kelab Mohamad Sabu Dot Com - bakal dilancarkan pada 6 Mei depan. Paparan laman sosial itu turut mengumumkan pelancaran kelab itu akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSAH) pada jam 8 malam. Kempen Facebook itu juga kini giat mempromosi untuk mengumpul individu yang berminat untuk menjadi ahli kelab tersebut. Mereka boleh mendaftar melalui laman sosial tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
| NGO sivil dakwa ancaman Pembela canggah Perlembagaan Posted: 20 Apr 2011 09:48 AM PDT ![]() Kumpulan sivil bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya petang ini. – Foto oleh Jack Ooi Pertubuhan sivil itu hari ini menggesa pihak polis menyiasat ugutan itu demi melindungi hak dan kebebasan setiap rakyat tanpa mengira agama dan kepercayaan. Read More / Baca Lagi >> |
| SNAP berhasrat ke persada nasional Posted: 20 Apr 2011 09:47 AM PDT Parti NasionalSarawak (SNAP), yang kalah teruk dalam pilihan raya negeri itu Sabtu lalu, menimbangkan untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkannya melangkah ke persada politik peringkat nasional. "Kami sedang menimbang pelbagai pilihan yang ada untuk kami membina gabungan, yang akan memastikan kestabilan halatuju dan tujuan," kata presidennya, Edwin Dundang. "Ini mungkin termasuk kemungkinan mengadakan pakatan dengan parti-parti atau organisasi di luar Sarawak," katanya selepas mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu (CEC) semalam. "Dengan melakukan reformasi dalam parti, kami yakin SNAP akan muncul lebih kukuh dan lebih responsif sebagai sebuah organisasi politik," tambahnya. Ia tidak jelas sama ada Dundang merujuk kepada kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang semalam, yang mencadangkan penggabungan DAP-SNAP. Sementara itu, Dundang berkata kepimpinan SNAP menerima keputusan pengundi dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu. |
| Myemail.my: Tricubes sasar notis KWSP, LHDN kekal operasi Posted: 20 Apr 2011 09:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 April – Tricubes Berhad akan membuat peruntukan awal RM5.3 juta untuk menggerakkan projek e-mel 1 Malaysia, tetapi akan bergantung pada penghantaran notis simpanan persaraan dan cukai pendapatan untuk meneruskan perkhidmatannya, yang ramai menganggap sebagai sesuatu yang tidak perlu.Syarikat IT itu, yang kini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia ekoran masalah pematuhan peraturan kewangan berkata perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah yang banyak akan membolehkannya menampung perbelanjaan keseluruhan RM50 juta tanpa melibatkan kewangan kerajaan ataupun awam. Perkhidmatan akaun e-mel myemail.my akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Syarikat-syarikat kad kredit dan portal online seperti myeg.com.my sudah pun menyediakan kemudahan pembayaran untuk perkhidmatan-perkhidmatan sedemikian. Read More / Baca Lagi >> |
| 1Melayu, 1Bumi: Pemimpin Pakatan mahu Najib tindak ke atas Utusan Posted: 20 Apr 2011 07:55 AM PDT KUALA LUMPUR, April 20 – Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dengan mencabar gagasan 1 Malaysia yang bersifat inklusif.Hari ini, Utusan Maaysia meminta pemilik akhbar itu supaya mengadakan gerakan yang boleh dikenali sebagai "1Melayu, 1Bumi" melibatkan kesemua parti Melayu sambil mendakwa DAP mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu. Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tulisan terbaru Utusan Malaysia yang bersifat "antinasional" membuktikan yang gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan bina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan "Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian 1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M." Read More / Baca Lagi >> |
| Posted: 20 Apr 2011 07:52 AM PDT Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang baru berlangsung minggu lepas memperlihatkan kepada kita betapa sistem demokrasi di Malaysia, masih ditahap yang mencurigakan. Pertikaian terus kedengaran terhadap ketelusan dan kesahihan pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. SPR memperlihatkan ianya tidak bebas dan masih lagi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Antara yang masih menjadi pertikaian ialah mengenai kebersihan senarai daftar pemilih, sistem undi Pos, had kempen parti-parti politik, penggunaan jentera kerajaan untuk kepentingan BN, rasuah kepada pengundi dan banyak lagi. Pertikaian ini tidak akan berbangkit sama sekali jika pilihan raya dijalankan secara adil. Read More / Baca Lagi >> |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





eorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:


Seorang pengebom berani mati bersolat pada saf ketiga di dalam sebuah masjid di Cirebon, Jawa barat. Dia kemudian meletupkan dirinya dan mati di tempat kejadian. Dilaporkan seramai 25 orang meninggal dunia akibat letupan tersebut. Kejadian berlaku pada waktu umat Islam bersolat jumaat di masjid tersebut. masjid itu terletak di dalam kawasan balai polis di Cirebon, jawa Barat.
Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hadi Awang presiden PAS. (Parti Islam Se Malaysia) berkata sesiapa pun boleh bertanding jawatan tersebut. Malah bahagian atau kawasan boleh mencalun mana mana individu.





"Ini mungkin termasuk kemungkinan mengadakan pakatan dengan
KUALA LUMPUR, 20 April – Tricubes Berhad akan membuat peruntukan awal RM5.3 juta untuk menggerakkan projek e-mel 1 Malaysia, tetapi akan bergantung pada penghantaran notis simpanan persaraan dan cukai pendapatan untuk meneruskan perkhidmatannya, yang ramai menganggap sebagai sesuatu yang tidak perlu.
KUALA LUMPUR, April 20 – Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dengan mencabar gagasan 1 Malaysia yang bersifat inklusif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan