RAKYAT MARHAEN |
- DAP eyeing six MP seats in S’wak
- Kit Siang proposes DAP-SNAP merger
- Nuklear, Rare Earth, Nyamuk GM...
- Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas
- Kamus Dewan Kamus Kebangsaan, milik semua
- Memahami kejahilan politik BN
- Viudeo : PR Menang Bermaruah, BN Menang dengan Rasuah
- Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang
- BN Beri Projek E-Mail RM50 Juta Kepada Syarikat Bermasalah
- Penduduk bantah, Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif
- Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar?
- Analisa : Kerusi Parlimen Sarawak Menurut Pilihanraya Negeri
- Undi Cina Bukan Membuta Tuli, Tapi Demi Perubahan
- Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS
- Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti
- E-Mail 1 Malaysia Lanjutan Sarkas Najib, Kata Kit Siang
- Media Alternatif Bukan Faktor Dominan BN Sukar Menang Bergaya
- Politik feudal masih cengkam Melayu Sarawak
- Perkauman: Tuduhan Mahathir tidak berasas
- PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi
- MB: Jangan cerca kami, Pahang tiada kuasa beri Lynas lesen
DAP eyeing six MP seats in S’wak Posted: 19 Apr 2011 06:31 PM PDT A suggestion by Barisan Nasional Senator Idris Buang to amend the constitution to accomodate non-elected Chinese representatives to be appointed Ministers in the Sarawak cabinet has also come under fire. KUCHING: Buoyed by its recent electoral success, Sarawak DAP has begun work on its parliamentary seats.DAP is eyeing at least six seats. The seats are Bandar Kuching, Stampin, Sibu, Lanang, Sarikei and Miri where Chinese form the majority of the voters. "Our huge success in the recent state election is a clear message that the Chinese community wants us to represent them in the state assembly as well as in Parliament. "They do not want Sarawak United People's Party (SUPP) which has now become irrelevant," said party secretary Chong Chieng Jen. At present DAP has two parliamentary seats in Sarawak – Chong's Bandar Kuching and Wong Ho Leng's Sibu. Prime Minister Najib Tun Razak is expected to call for snap polls by next year eventhough legally the next general election is not due until 2013. Read More / Baca Lagi >> |
Kit Siang proposes DAP-SNAP merger Posted: 19 Apr 2011 06:29 PM PDT The merger will accelerate the Iban-Dayak political awakening and help Pakatan topple BN in Sarawak PETALING JAYA: DAP parliamentary leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang today proposed that DAP and the Sarawak National Party (SNAP) merge in time for the next general election in order to better serve the Iban-Dayak community. He said that such a merger would accelerate the Iban-Dayak political awakening following the recently concluded Sarawak general election. "Sarawak DAP cannot rest on its laurels having won 12 seats in the Sarawak state election, but must prepare immediately for the next general election which is not far off. "From now till the next general election, DAP leaders, members and supporters must work with Pakatan Rakyat partners to reach out to all Sarawakians including Ibans-Dayaks and Malay-Melanaus," he said in a statement today. Read More / Baca Lagi >> |
Nuklear, Rare Earth, Nyamuk GM... Posted: 19 Apr 2011 06:28 PM PDT Saya gembira kerana dapat menyertai perbahasan titah ucapan bagindaYang diPertuan Agong. Sebelum saya memulakannya, izinkan saya membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal. Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak. Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi PAKATAN. Seorang teman dari UMNO bertanya saya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke? Saya tiada masalah mengucap Syabas. Akan tetapi, saya ingin mengingatkan bahawa kami berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda. Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8% undi yang diperolahi BN dari 63% ke 55%. Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, Akan tetapi ia gagal memperolehi dua-pertiga undi. Read More / Baca Lagi >> |
Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas Posted: 19 Apr 2011 06:26 PM PDT Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat. Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami. Read More / Baca Lagi >> |
Kamus Dewan Kamus Kebangsaan, milik semua Posted: 19 Apr 2011 06:24 PM PDT Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 19 Apr 2011 06:22 PM PDT Kita tidak boleh menuduh rakyat Sarawak telah silap membuat pilihan. Atas kefahaman dan penilaian tertentu, mereka telahpun menggunakan ruang demokrasi yang disediakan sebaik mungkin. Yang pasti, Pakatan Rakyat nyata kecundang apabila gagal menggantikan BN malah menafikan majoriti 2/3 pun masih jauh. Sama sekali PRN Sarawak kali ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada PR yang begitu yakin untuk menafikan majoriti 2/3 BN sekaligus membuktikan bahawa congakan awal oleh Zentrum meleset. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya menunjukkan peningkatan undi kepada PR adapun BN masih selesa dengan kemenangan 55 kerusi dari 71 kerusi bertanding. Read More / Baca Lagi >> |
Viudeo : PR Menang Bermaruah, BN Menang dengan Rasuah Posted: 19 Apr 2011 06:22 PM PDT |
Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang Posted: 19 Apr 2011 06:20 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 April: PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN. Katanya, Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengendalikan pilihan raya. "Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi," soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Read More / Baca Lagi >> |
BN Beri Projek E-Mail RM50 Juta Kepada Syarikat Bermasalah Posted: 19 Apr 2011 06:19 PM PDT KUALA LUMPUR 19 APRIL : Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia. Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Penduduk bantah, Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif Posted: 19 Apr 2011 06:18 PM PDT KUALA LUMPUR: Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu. Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut. Salah seorangnya Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3 kilometer dari tapak projek berkenaan. "Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Video Lucah : Siapakah "Whistle Blower" Sebenar? Posted: 19 Apr 2011 06:13 PM PDT SHAH ALAM 19 APRIL : Sejak 21 Mac, gandingan Datuk T diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk Perkasa dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi. Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim menayangkan video kepada media dan ahli politik terpilih untuk "membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai "whistle blower" semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah. Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil "whistle blower" kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar. Read More / Baca Lagi >> |
Analisa : Kerusi Parlimen Sarawak Menurut Pilihanraya Negeri Posted: 19 Apr 2011 06:11 PM PDT Berakhirnya musim 'panas' di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim 'panas' seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini. Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.Read More / Baca Lagi >> |
Undi Cina Bukan Membuta Tuli, Tapi Demi Perubahan Posted: 19 Apr 2011 03:31 AM PDT SHAH ALAM 19 APRIL : Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng tidak melihat pengundi Cina sebagai 'tidak berterima kasih' atau memberontak terhadap Barisan Nasional (BN) sebaliknya sebagai pemangkin perubahan rakyat. Wong berkata pengundi Cina teguh berdiri dibarisan hadapan bagi menuntut perubahan lantaran muak dengan pemerintahan BN yang gagal memberikan keadilan bukan saja kepada kaum Cina, malah semua kaum di Sarawak. "Mereka berada di barisan hadapan untuk perubahan. Ia bukan satu revolusi. Tidak adil untuk kata mereka sengaja melawan arus. Kaum Cina dimarginalisasi oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan walaupun menyumbang banyak kepada perkembangan ekonomi negeri, Read More / Baca Lagi >> |
Hadi bukan liabiliti tapi masih relevan, tegas pemimpin PAS Posted: 19 Apr 2011 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari. Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi (gambar) yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor. Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini. Read More / Baca Lagi >> |
Syed Husin dedah SB ‘lantik’ pensyarah universiti Posted: 19 Apr 2011 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Senator Dewan Negara, Profesor Dr Syed Husin Ali berkata, Polis Cawangan Khas (SB) bukan sahaja mempengaruhi keputusan yang dibuat kerajaan, malah turut campurtangan dalam pelantikan pensyarah universiti, yang disifatkan lebih bahaya dan teruk dari campurtangan politik. Beliau mendedahkan perkara ini semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Negara, semalam. "Sekarang ini diketahui bahawa seseorang pemohon untuk menjadi pensyarah akan ditapis. Sebelum ia boleh diterima, namanya dirujuk kepada pihak keselamatan (biasanya SB) untuk dikaji dan dihalusi latar belakangnya. "Hanya selepas dibersih atau diluluskan oleh pihak SB barulah tawaran jawatan dihantar kepadanya. Biasanya hubungan dan pendirian politik calon itupun boleh menjadi alasan menyekat perlantikan," ujarnya yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN. Read More / Baca Lagi >> |
E-Mail 1 Malaysia Lanjutan Sarkas Najib, Kata Kit Siang Posted: 19 Apr 2011 03:26 AM PDT SHAH ALAM 19 APRIL : Kerajaan Barisan Nasional membelanjankan RM50 juta untuk memberikan e-mel percuma 1 Malaysia kepada setiap rakyat negara walaupun hampir seluruh masyarakat yang celit teknoloji maklumat di negara ini mempunyai e-mel sebegitu, kata Penasihat DAP Lim Kit siang. Adalah dipercayai projek e-mail 1 Malaysia yang dibiayai dengan wang rakyat akan digunakan oleh Barisan Nasional untuk menyebarkan propaganda pemerintah, khususnya semasa pilihanraya umum. "Saya fikir emel 1 Malaysia ialah penipuan terbaru dalam 'sarkas 1 Malaysia ini. Rakyat Malaysia tidaklah terlalu 'ketinggalan dalam IT sehingga memerlukan RM 50 juta untuk 'diberikan emel baru. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak 12 tahun pun sudah pandai membuat akaun e-mel sendiri dan kebanyakan rakyat sudah pun mempunyai kemudahan itu, kata beliau kepada TV Selangor hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi. Read More / Baca Lagi >> |
Media Alternatif Bukan Faktor Dominan BN Sukar Menang Bergaya Posted: 19 Apr 2011 03:25 AM PDT SHAH ALAM 19 APRIL : Tahap kematangan berpolitik pengundi Sarawak yang semakin tinggi membolehkan Pakatan Rakyat mengejutkan BN apabila menawan 15 kerusi DUN pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu. Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata meskipun media alternatif memainkan peranan penting dalam mendedahkan segala kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, hakikatnya tidak semua rakyat negeri itu yang jauh dipedalaman, mampu mencapai akses media itu. Kenyataan itu sekaligus menepis alasan Perdana Menteri Najib Razak bahawa faktor media alternatif semata- mata menyukarkan kemenangan bergaya untuk BN. "Bagi Sarawak, tidak banyak orang boleh baca atau capai internet, hanya golongan profesional sahaja yang terdedah dengan media alternatif itu," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Politik feudal masih cengkam Melayu Sarawak Posted: 19 Apr 2011 03:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 menandakan sinar baru kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak pernah berlaku sepanjang sejarah, Barisan Nasional (BN) diberi tentangan sengit, kata Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, Rodziah Ismail. Rodziah dalam kenyataanya turut mengingatkan BN supaya tidak mendabik dada dengan kemenangannya kerana PR berjaya menambah lapan kerusi berbanding PRN Sarawak 2006, di samping meningkatkan undi keseluruhan sehingga 45 peratus. "Jika tidak kerana peranan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang terbukti terus menjadi 'talian hayat' BN untuk kekal berkuasa di Bumi Kenyalang, pastinya ada beberapa kerusi lagi yang akan jatuh ke tangan Pakatan," kata Rodziah yang Timbalan Ketua Wanita KEADILAN. Bagaimanapun beliau turut meluahkan kekesalannya kerana kaum Melayu Sarawak masih terus diperangkap dengan politik feudal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan BN. Read More / Baca Lagi >> |
Perkauman: Tuduhan Mahathir tidak berasas Posted: 19 Apr 2011 03:19 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April: DAP berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir yang mendakwa bahawa parti itu telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata, tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali. Sebaliknya, kata beliau sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Menurutnya, sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah belahkan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi Posted: 19 Apr 2011 03:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 April — PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu. Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima. "Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini. "Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak). Read More / Baca Lagi >> |
MB: Jangan cerca kami, Pahang tiada kuasa beri Lynas lesen Posted: 19 Apr 2011 03:12 AM PDT KUANTAN, 19 April — Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut. "Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri," kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini. "Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan