RAKYAT MARHAEN |
- Video lucah selamatkan Najib
- Mat Sabu tawar diri tanding timbalan presiden
- Surat terbuka daripada YB Kuantan kepada MB Pahang
- Badut pilihan raya
- Report card's out: Najib must learn from Spiderman
- Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor
- MCA bantah pengharaman judi di Kelantan
- Poco-poco: Mufti Perak tidak ganjak, Majlis Fatwa bincang 20 April
- PKR Kutuk Penahanan ISA Keatas OKU
- Poco-poco: Rakyat makin keliru
- Video seks: BN dijangka syor suruhanjaya diraja minggu ini
- Has Anwar the licence to thrill or is he public enemy number one?
- Yang kafirkan Umno sudah tinggalkan PAS
- Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang, Kembalikan Hak Royalti Kelantan
- Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013
- PAS yakin tawan 8 lagi kerusi DUN S'gor
- Kajian: Rakyat tahu Umno BN dalang video fitnah
- Video : Deklarasi Klang Bantah Pembinaan Loji Nuklear
- Keluar parti, Najib dibohongi dengan angka palsu
- Heavy police presence mars anti-nuke demo
- Video seks: Pakatan harus manfaatkan suruhanjaya jika dibentuk, kata Nazri
- Video : Dua "Wajah" PDRM
- Siapa nak jaga makan minum makcik? – ibu tahanan ISA
- Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN
- Video : Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN
Posted: 03 Apr 2011 08:18 PM PDT Oleh Mohd Rashidi Hasan SEWAKTU berada di luar negara sepanjang minggu lalu, penulis dihujani dengan banyak SMS, emel serta beberapa panggilan terlepas (missed call) dari rakan taulan dari Malaysia. Oleh kerana berada dalam zon masa yang berbeza, penulis pada awalnya hanya 'ignore' sahaja semuanya.Namun, selepas menyelesaikan beberapa urusan, penulis membuka telefon tangan dan membaca beberapa SMS, antara lainnya tertera: "Salam..anta ke wartawan HARAKAH yang tengok video seks pemimpin Pakatan Rakyat?" Read More / Baca Lagi >>"Awat hang pi (pergi) tengok seorang?" "Betul ke Anwar dalam video tu?" Semua SMS tersebut tidak dibalas penulis, kerana ia tiada kaitan sama sekali dengan penulis. Kalau hendak dijawab pun' penulis tidak arif butiran mengenainya. |
Mat Sabu tawar diri tanding timbalan presiden Posted: 03 Apr 2011 08:10 PM PDT Seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini. Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. "Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.Read More / Baca Lagi >> |
Surat terbuka daripada YB Kuantan kepada MB Pahang Posted: 03 Apr 2011 08:08 PM PDT Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan MB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh MB (gambar kiri) darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan "rare earth" ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan. Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negara China telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan "rare earth" di bina di negara mereka sejak tiga dekad (30 tahun) kebelakangan ini. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 03 Apr 2011 08:05 PM PDT 4 APRIL — Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) diadakan pada 8 Mac 2008. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU seterusnya perlu diadakan selewat-lewatnya pada Mac 2013. Kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal. Kalau kiraan saya betul, baru hampir tiga tahun sejak Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat memulakan tugas untuk "Berkhidmat Kepada Rakyat". Sebenarnya, tidak cukup tiga tahun; jika ditolak segala perlakuan badut dan kurang pintar yang sering ditonjolkan oleh individu yang ada masanya "terpaksa" diundi oleh rakyat kerana tiada pilihan. Sejak tiga tahun lalu, saya sebagai rakyat biasa amat menyampah membaca berita di mana ahli politik ini dan ahli politik itu meminta jentera pilihan raya parti yang diwakilinya "bersiap sedia" menghadapi PRU-13. Apakah tokoh seperti ini berfikir bahawa kehidupan Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen hanya untuk berkempen, memancing undi, menabur janji kosong, menang dalam pilihan raya, bercakaran seperti anjing dengan kucing dan kemudian mula berkempen bagi pilihan raya seterusnya; walaupun belum cukup tiga tahun memegang jawatan yang "disedekahkan" oleh rakyat? "Selepas pemilihan parti selesai, parti kami kini bersiap untuk menjamin kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang." Demikian kata seorang pemimpin sebuah parti politik. "Saya mahu semua ahli dan pemimpin parti bersiap sedia dan mendekati rakyat bagi memastikan kita menang besar dalam pilihan raya umum akan datang." Demikian seruan seorang lagi pemimpin lebih tinggi. Tidak menghairankan bagi saya jika kelompok manusia seperti ini hanya pandai memperkudakan rakyat. Rakyat yang lupa bahawa merekalah yang sebenarnya berkuasa. Wakil daripada golongan rakyat yang diangkat menjadi Wakil Rakyat juga mudah lupa diri (harap bukan semua) apabila sudah mula pandai menyalak bersama-sama gerombolan anjing jalanan yang disertai. Wakil Rakyat dipilih (diundi) untuk berkhidmat kepada dan untuk rakyat; bukan untuk parti politik tempat dia berselindung. Dewan Rakyat bukan tempat untuk mana-mana badut menunjukkan aksi sarkas, tetapi tempat untuk bersuara mewakili rakyat. Suara rakyat, bukan suara parti. Suara rakyat, bukan lawak lucah. Suara Rakyat, bukan bersuara dan melompat seperti katak puru. Read More / Baca Lagi >> |
Report card's out: Najib must learn from Spiderman Posted: 03 Apr 2011 08:04 PM PDT With great power comes great responsibility - the well-thought tagline of the Spiderman movie. Read More / Baca Lagi >>In one of the movie's most memorable scenes, Peter Parker a.k.a. Spiderman was very angry when he knelt at the side of his uncle, who was stabbed by a snatch thief. He wanted revenge. His uncle advised him to use his powers wisely, thereby, rendering the immortal line which has been oft-quoted by politicians and the media. Prime Minister Najib Razak celebrated his 2nd year in office on 3rd April 2011, but Sunday was a day of ignominy for him with few Malaysians other than those who have favors to ask taking the trouble to remember or to congratulate him. Since his ill-advised power grab in Perak three years ago, seasonsed observers have predicted failure for him but few would have guessed the size and scale of his misdeeds. From one grubby deal to another, he has allowed himself and his coalition to sink to depths unmatched by any other prime minister including the notorious Mahathir Mohamad. Porn and gutter politics have become the trademark of the Malaysian arena under him - a sad and unsatisfying position that he is unlikely to survive. What are his failures and successes in terms of being a caring responsible government as BN touted itself to be? |
Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor Posted: 03 Apr 2011 08:03 PM PDT Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan. "Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider. Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012. Read More / Baca Lagi >> |
MCA bantah pengharaman judi di Kelantan Posted: 03 Apr 2011 07:56 PM PDT MCA tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian. Read More / Baca Lagi >>Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam. "MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini. "Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di Kota Bharu, semalam. Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Gan Ping Siew dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong. Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah. |
Poco-poco: Mufti Perak tidak ganjak, Majlis Fatwa bincang 20 April Posted: 03 Apr 2011 07:54 PM PDT Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat 20 April ini akan memutuskan pendiriannya. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, satu mesyuarat telah diaturkan lebih awal sebelum isu berkaitan fatwa Perak timbul. Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, oleh kerana isu tarian poco-poco bukan perkara mustahak maka tiada hasrat untuk mempercepatkan pertemuan yang dijadualkan 20 April ini. "Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Prof Emiritus Dr Shukur Husin, sebelum timbul isu poco-poco telah pun minta Jakim aturkan muzakarah pada 20 April ini. Read More / Baca Lagi >> |
PKR Kutuk Penahanan ISA Keatas OKU Posted: 03 Apr 2011 07:51 PM PDT Parti keadilan Rakyat (PKR) mengutuk penahanan seorang rakyat Malaysia, Kadir Hashim dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kadir Hashim yang juga seorang OKU (orang kelainan upaya) dikatakan terlibat dengan aktiviti militan di Cambodia. Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan medianya menegaskan, Kadir perlu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya ditahan tanpa bicara apatah lagi mangsa adalah seorang OKU. Azizah berkata, desakan rakyat supaya kerajaan memansuhkan akta zalim itu langsung tidak diendahkan kerajaan persekutuan bahkan parti pemerintah itu semakin angkuh menahan rakyat Malaysia dengan menafikan hak mereka untuk dibicarakan. Read More / Baca Lagi >> |
Poco-poco: Rakyat makin keliru Posted: 03 Apr 2011 04:45 PM PDT Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco pada mulanya tidak mengejutkan saya. Bagi saya tarian poco-poco bukan satu tarian yang begitu popular terutamanya untuk golongan bawahan. Selalunya ia menjadi kebiasaan bagi golongan atasan dan pertengahan. Bagi golongan yang majoritinya berada di dalam kategori rakyat biasa, rasanya tidak ada isu untuk diberi perhatian serius. Semenjak media arus perdana menyiarkan pro dan kontra dari pandangan beberapa individu berlatar belakang agama, ia nampak menjadi sedikit panas. Dr Mashitah yang bukan asing dalam menjawab persoalahan agama nampaknya semacam mempertikaikan faktwa negeri Perak berkenaan. Dalam masa yang sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula meminta agar Fatwa berkenaan tidak dipertikaikan. Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula nampak begitu bimbang dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa. Dalam kata lain mungkin apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak tidak betul. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Read More / Baca Lagi >> |
Video seks: BN dijangka syor suruhanjaya diraja minggu ini Posted: 03 Apr 2011 04:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 April — Barisan Nasional (BN) akan mengesyorkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan rakaman video seks - oleh tiga "Datuk T" dua minggu lalu — mendakwa aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menafikan perkara tersebut. Minggu lalu, polis mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan sesuatu yang direka. Rakaman itu didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara di sini, mengejutkan banyak pihak ketika negara berhadapan dengan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini dan kemungkinan pilihan raya umum tergempar tahun ini. "BN akan mengesyorkan satu usul supaya diadakan suruhanjaya diraja bagi mendedahkan segala-galanya," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen, akan membawa usul berkenaan secepat mungkin sebelum sesi Parlimen semasa berakhir Khamis ini. Read More / Baca Lagi >> |
Has Anwar the licence to thrill or is he public enemy number one? Posted: 03 Apr 2011 04:32 PM PDT Opposition Leader Anwar Ibrahim is a dangerous man. If he is not put in prison, the chances are that past and present members of Prime Minister Najib Razak's Cabinet will be in jail, for crimes against the people and country of Malaysia. Read More / Baca Lagi >>It is a simple equation: If Anwar is free, the corrupt BN elite will be incarcerated. If Anwar is imprisoned, the corrupt BN elite escape prosecution. It is as simple as that. Notice how there has been a concerted attack on Anwar at almost every opportunity since last year. Each, more intense than the previous barrage. When Anwar first highlighted the major role played by APCO in Najib's administration, Anwar became a marked man. In Najib's eyes, Anwar was public enemy number one. That debacle with APCO ended when the Dewan Rakyat prevented Anwar from presenting his evidence to the Parliamentary Select Committee. The upshot was that Anwar and opposition politicians who supported Anwar's protest, ended up being suspended from parliament. Anwar rode that storm only to have more obstacles put in his way. The Sodomy trial is one such barrier. Then, over the past months, various oddballs have made unexpected appearances, all purporting to have facts that show how Anwar is an evil and depraved individual. |
Yang kafirkan Umno sudah tinggalkan PAS Posted: 03 Apr 2011 12:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 April : PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno. Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS. "Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini. Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno. Read More / Baca Lagi >> |
Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang, Kembalikan Hak Royalti Kelantan Posted: 03 Apr 2011 12:08 PM PDT KUALA LUMPUR 3 APRIL : Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan . Read More / Baca Lagi >>"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata Tengku Razaleigh kepada TVSelangor. "Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau. Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat. |
Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013 Posted: 03 Apr 2011 12:01 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti. Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan. Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN. Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan. Read More / Baca Lagi >> |
PAS yakin tawan 8 lagi kerusi DUN S'gor Posted: 03 Apr 2011 12:01 PM PDT PAS yakin akan dapat menawan semula beberapa kerusinya di Selangor pada pilihan raya umum akan datang yang dispekulasikan tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS, Selangor, Roslan Shahir berkata parti itu telah melakukan persiapan sejak awal tahun ini. "Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi," katanya. Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras. Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini Minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubar sehingga Mac 2012, sekalipun pilihan raya umum diadakan.Read More / Baca Lagi >> |
Kajian: Rakyat tahu Umno BN dalang video fitnah Posted: 03 Apr 2011 11:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Kajian firma bebas, Mendeka Center menunjukkan majoriti rakyat percaya video fitnah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk membunuh karier politik Ketua Umum KEADILAN itu. Berdasarkan kajian terhadap 504 responden, sebanyak 39 peratus percaya ia didalangi Umno Barisan Nasional (BN) berbanding 18 peratus menganggap parti pemerintah itu tidak terlibat. Sebanyak 38 peratus pula menyatakan mereka tidak tahu. Dalam kajian sama, 45 peratus pasti Anwar adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 20 peratus mengatakan tidak pasti dan enam peratus enggan memberi ulasan. Sebanyak 39 peratus juga percaya video fitnah itu muncul untuk memusnahkan karier politik Anwar manakala 24 peratus tidak pasti dan 22 peratus percaya ia bertujuan mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak, lapor The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Video : Deklarasi Klang Bantah Pembinaan Loji Nuklear Posted: 03 Apr 2011 11:53 AM PDT |
Keluar parti, Najib dibohongi dengan angka palsu Posted: 03 Apr 2011 11:52 AM PDT PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu. "Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti," kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin. Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran. "Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran," kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam. Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Heavy police presence mars anti-nuke demo Posted: 03 Apr 2011 11:51 AM PDT The police pressure forced the demonstrators to move away from the jetty point to the Klang Municipal Stadium where they held a brief gathering before dispersing. Led by DAP's Klang MP Charles Santiago, about 200 people started gathering at the Pulau Ketam jetty this morning. They were from numerous NGOs, such as the Klang Consumer Association, and several Pakatan Rakyat local councillors. Many had brought their children. "However there were about 500 policemen to stop us in the jetty area," said Santiago. He added that the heavy police presence caused panic among the people who had only come to stage their objections peacefully against any plans by the government to place its nuclear plant in Selangor. "The police were totally blatant, unprofessional and displayed thuggish behaviour," he said. The police had also erected roadblocks on the routes to the jetty. Read More / Baca Lagi >> |
Video seks: Pakatan harus manfaatkan suruhanjaya jika dibentuk, kata Nazri Posted: 03 Apr 2011 11:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus takut untuk berhadapan dengan siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendedahan rakaman video seks kerana ia akan turut memanfaatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu, kata Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) hari ini. Sehubungan itu kata Nazri, tiada sebab mengapa Anwar harus bimbang untuk menghadapi atau membantah pembentukan suruhanjaya sedemikian. "Jika lelaki dalam video itu bukan Anwar, maka ia harus menjadi kelebihan politk yang cukup besar bagi pembangkang dalam pilihan raya umum. "Saya merasakan beliau dan pembangkang boleh menang besar. Jadi mengapa bimbang?" kata beliau kepada pemberita di Kuala Kangsar, Perak hari ini. Dipetik The Star Online hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya diraja adalah penting sebab polis sudah mengesahkan ketulenan video seks itu. Nazri berkata identiti lelaki dan wanita dalam aksi seks rakaman itu harus ditentukan sebab polis sudah pun mengesahkan bahawa video itu bukan satu rekaan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 03 Apr 2011 11:46 AM PDT |
Siapa nak jaga makan minum makcik? – ibu tahanan ISA Posted: 03 Apr 2011 11:07 AM PDT KUALA LUMPUR: "Makcik merayu supaya anak makcik dibebaskan. Makcik yakin dia tak bersalah," rayu Mah Mat Idris berusia 67 tahun sambil menitiskan air mata. Mah adalah ibu kepada Kadir Hashim, 42, ahli KEADILAN – orang kelainan upaya (OKU) yang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 April lalu. Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit. Orang harapan keluarga "Bila Kadir tiada selama tiga hari, makcik terasa sunyi. Tak ada selera makan memikirkan keadaan dia di sana entah bagaimana. "Setiap hari, dia yang menguruskan makan minum makcik kerana anak-anak yang lain jauh," katanya sambil mengalirkan air mata rindu. Beliau yang uzur, ditambah dengan derita penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hospital, begitu berharap anaknya dilepaskan segera. "Makcik teringin sangat nak jumpa dia (Kadir), lagi pun polis tidak pernah hubungi mak cik sejak dia ditangkap. "Sejak arwah suami meninggal dunia hujung tahun lalu, makcik hanya mengharapkan Kadir. Makcik terlalu sedih dengan apa yang menimpanya," katanya dalam keadaan lemah lantaran demam dan sakit kepala memikirkan nasib dan keselamatan anaknya itu. Read More / Baca Lagi >> |
Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN Posted: 03 Apr 2011 11:01 AM PDT SHAH ALAM 3 APRIL : Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini. Read More / Baca Lagi >>Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya. Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini. " Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya. |
Video : Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN Posted: 03 Apr 2011 11:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan