Khamis, 28 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Paderi Kutuk Tayangan VIDEO LUCAH TV3

Posted: 28 Apr 2011 06:06 AM PDT

Paderi Paul Tan mengutuk paparan video seks mengaitkan Anwar Ibrahim untuk tontonan umum termasuk kepada wanita dan kanak-kanak.

PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.

Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu "penghinaan tidak dapat dimaafkan."

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

"Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini," kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

"Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

"Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

"Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak" dia menambah.

Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum "melahirkan lebih banyak kejahatan."

"Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.


"Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius," dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.


Kredit : FMT

Dulu Di Carcosa, Kini Team Dato' T Di Impiana Hotel Jam 3.00 ptg ini!!

Posted: 28 Apr 2011 12:29 AM PDT

Kuala Lumpur, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato Syazhril Eskay dan Dato Shuib (Trio T) akan mengadakan Satu sidang media hari ini jam 3.00 petang bertempat di Hotel Impiana jalan Pinang Kuala Lumpur

Sidang media yang akan di adakan ini di jangkakan panas dengan beberapa kenyataan dan juga ulasan mengenai Video Seks yang tersebar semalam yang di kaitkan dengan Pemimpin Pakatan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim.



Dalam pada itu Trio 'Datuk T' dijangka melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing, esok.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim dijangka berbuat demikian di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta dekat sini.

Shazryl berharap dapat bersama-sama yang lain melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentuk selepas solat Jumaat esok. "Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.


Sumpah laknat terbabit akan diadakan selepas solat Jumaat yang bakal dihadiri lebih 2,000 orang termasuk jemaah.

Anwar Beri Keterangan VIDEO FITNAH

Posted: 27 Apr 2011 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan kepada polis berkenaan siasatan video fitnah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 2.30 petang ini.


Ia susulan laporan polis yang dibuat beliau pada 22 Mac lalu, berhubung video lucah tersebut yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Semalam, KEADILAN memaklumkan sepasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah memohon untuk merakamkan kenyataan tambahan daripada Anwar berhubung video tersebut yang ditayangkan Trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Individu-individu ini juga telah mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik.

Anwar turut ditemani peguam R Sivarasa, presiden PKR Wan Azizah Ismail, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua. Anwar tiba pada kira-kira jam 2.50 petang dan dijangka akan memberi keterangan berhubung alibi beliau berhubung kejadian seks dalam rakaman kontroversi itu.


Difahamkan kenyataan tersebut akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy dan Anwar dijangka mengadakan satu sidang media sebaik kenyataan beliau selesai dirakamkan.

Semalam, blogger Pro Umno-BN menayang sedutan kedua rakaman video fitnah berkenaan di internet. Sebelum ini, terdapat percanggahan kenyataan yang dikeluarkan pihak polis dan Eskay, salah seorang trio yang menayangkan video lucah berkenaan.

Eskay menyatakan wanita di dalam video itu adalah seorang pelacur warga negara China, dan kejadian seks itu dirakam di sebuah hotel di ibu negara.

Manakala pihak Polis pula menyatakan video tersebut dirakam di sebuah kondominium melibatkan seorang pelajar wanita dari sebuah kolej swasta di ibu negara.

Kredit : SK

Johor JUARA Penghuni SEKOLAH HARAPAN

Posted: 27 Apr 2011 09:10 PM PDT

Sekolah Harapan yang dibuka kerajaan negeri khusus bagi memberi perlindungan kepada remaja bawah umur hamil luar nikah kini menerima sekurang-kurangnya satu panggilan telefon setiap hari yang memohon masuk.

Bagaimanapun, pihak pengurusan terpaksa menolak permohonan itu berikutan jumlah penghuni sedia ada mencapai tahap maksimum 35 pelajar.


Pengerusinya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, setakat ini senarai calon menunggu 15 orang dan mereka masih lagi belum berpeluang mendaftarkan diri sehingga pelajar sedia ada keluar.

Kata beliau, pihaknya hanya mampu menyediakan tempat terhad berikutan faktor tempat kecil dan tidak boleh menampung kemasukan lebih ramai.

"Sejak dibuka lapan bulan lalu 49 pelajar masuk ke Sekolah Harapan ini membabitkan mereka yang berusia antara 14 hingga 18 tahun. Hanya seorang sebelum ini berusia 20 tahun dibenarkan masuk.


"Setakat ini 28 pelajar terbabit melahirkan anak dan bayi mereka diserahkan kepada keluarga atau waris terdekat.


"Kita tidak menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarga angkat atau sesiapa saja kecuali keluarga terdekat jika ibu bapa mereka tidak mampu menjaga bayi berkenaan," katanya di sini, semalam.

Pelajar yang ada di sekolah ini dari seluruh negara iaitu seorang dari Selangor, Sabah, Sarawak dan Perak, selebihnya Kuala Lumpur (dua), Terengganu (tiga), Kelantan (lima) dan Negeri Sembilan (sembilan), Johor (14) dan Pahang serta negeri ini masing-masing lapan pelajar.

Menurutnya, tahun lalu lima pelajar Sekolah Harapan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan seorang daripada mereka mendapat 3A dan dua lagi mendapat 1A.

Bagaimana Hindari Lembaga 'Rihul Ahmar' (Angin Ahmar)

Posted: 27 Apr 2011 06:06 PM PDT

Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.

Lembaga itu menjawab, ia bernama "Rihul Ahmar". Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.

Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.

Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah menghidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.

Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.

Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.

Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

Katakanlah; 'Aku beriman kepada apa yang datang dari Allah dan RasulNya.'

Doanya seperti dibawah;

Tiada ulasan: