Rabu, 27 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Video Anwar PART II Sudah Keluar

Posted: 27 Apr 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bahagian kedua klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan seorang pelacur China disebarkan menerusi laman video YouTube hari ini.

Klip video selama 1 minit 47 saat saat bertajuk "Papa Nurul Izzah Part II" itu dipindah naik oleh pemegang akaun YouTube dengan nama "wakparjosudorno".


Pautan klip video itu dipaparkan beberapa laman blog sejak petang tadi.

Ia adalah susulan bahagian pertama bertajuk "VTS 01 1" yang dipindah naik ke laman video berkenaan awal bulan ini oleh "thepowercam".

Bahagian kedua klip video itu memaparkan lelaki terbabit mengenakan semula pakaian selepas melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

Lihat ulasan penafian ini bukan Anwar Ibrahim oleh blogger edyes di sini.

VIDEO : Tragedi PELAGAK NGERI Mati Dihadapan Kanak-kanak

Posted: 27 Apr 2011 03:41 AM PDT

Peristiwa TRAGIK pelagak aksi ngeri Matt Cranch, 24, meninggal dunia selepas hanya baru dua minggu bekerja sebagai peluru meriam manusia, didedahkan sahabatnya malam tadi.

Dalam video di tunjukkan bagaimana Matt ditembak ke udara udara - dan tidak berdaya apabila jaring keselamatannya runtuh sebaik meriam manusia ditembak.

Beberapa saat kemudian, pemuda berusia 24 tahun itu jatuh ke tanah di hadapan ratusan kanak-kanak yang terkejut.

Berita selengkap kejadian di sini.

Wanita PLAYBOY Muslim Pertama Diugut BUNUH

Posted: 26 Apr 2011 07:14 PM PDT

Pelakon wanita MUSLIM ini telah menimbulkan 'kekacauan' apabila berbogel untuk Playboy. Sila Sahin telah dicap sebagai "pelacur" dan "perempuan sundal barat" selepas muncul dengan gambar sebelah payudaranya terdedah untuk terbitan majalah lelakiedisi Jerman itu.

Pelakon drama cantik, Sila Sahin

Beberapa fanatik Islam telah menghantar mesej-mesej ancaman kepadanya di internet.

Sila, yang dibesarkan di Jerman oleh ibu bapa Turki konservatif, berkata dia takut jika "diludah" dan "dimalukan".

Ibu bapanya telah mengambil tindakan yang "dahsyat" berikutan 12 halaman yang mengandungi gambar bogelnya itu, ibunya juga telah memutuskan semua hubungan dengannya.

Sila, 25 tahun - bintang drama Jerman Good Times, Bad Times - didakwa telah melepaskan perasaan kerana 'terkongkong' di zaman kanak-kanaknya.

Dia menambah: "Apa saya mahu cakap berkenaan gambar-gambar ini ialah, 'Kanak-kanak perempuan, kami tidak perlu hidup mengikut peraturan-peraturan yang menyusahkan kami.


"Selama bertahun-tahun saya mematuhi dengan pelbagai kekangan di dalam masyarakat. Sesi foto bersama Playboy ialah satu lambang kebebasan."


Ancaman-ancaman

Kini laman-laman web internet Islam mula diawasi oleh BND - agensi risikan Jerman - selepas beberapa ancaman telah diposkan terhadapnya seperti "memalukan wanita Islam" dan "melacurkan diri untuk wang".

Di laman web Jihad Watch tertulis: "Dia perlu berhati-hati" dan satu tulisan yang lain "Dia perlu membayarnya."

Pemilik kedai kebab, ketika ditanya oleh sebuah stesen TV Jerman apa yang dia akan lakukan jika Sila ialah anak perempuannya, dimenjawab: "Saya akan membunuhnya. Saya memang maksudkannya. Ia (tindakannya) tidak sesuai dengan budaya saya."

Komuniti Islam di Jerman telah menuntut supaya Sila dipulaukan.

Kira-kira tiga juta pendatang Islam tinggal di Jerman, dilihatnya telah banyak melakukan 'honour killings' (pembunuhan demi maruah) sejak beberapa tahun kebelakangan ini oleh suami-suami, bapa-bapa dan adik-beradik lelaki.

Satu risikan pegawai polis berkata berkaitan Sila: "Saya rasa apa yang dilakukannya ialah sesuatu yang sangat berani, atau sangat bodoh. Sekarang dia terpaksa mengunci pintu rumahnya 'berganda' di waktu malam untuk suatu jangka masa yang panjang."

Pelik, Pencuri Ini Hanya Curi RAMBUT MANUSIA

Posted: 26 Apr 2011 05:55 PM PDT

CHICAGO – Polisi Chicago baru saja mendapat sebuah kes kecurian yang membuat mereka kehairanan, ini kerana mereka harus mencari siapakah pencuri rambut manusia di sebuah perusahaan pusat kecantikan.

Polis berkata barang kecurian yang "sangat berharga" itu merupakan beberapa rambut yang dicuri pada awal pagi Ahad lalu oleh pencuri di sebuah kedai kecantikan.

Aksi pencuri memecah masuk pintu besi sebuah kedai kecantikan untuk mencuri rambut manusia dirakam melalui kamera CCTV.

"Pencuri itu membuka secara paksa pintu besi besar yang telah dikunci dengan dua kunci mangga. Lalu mereka mencuri rambut-rambut manusia di dalamnya," kata seorang anggota polis.

Tidak dapat dipastikan berapakah kerugian yang disebabkan dari kecurian ini. Belum diketahui apakah motif yang menyebabkan pencuri ini begitu mahukan rambut ini..

Seorang anggota polis berpangkat sarjan turut berkata, bahawa sepanjang dia menangani kes kecurian, inilah kali pertama dia menyiasat kes kecurian melibatkan rambut.


Kredit : AP

Tiada ulasan: