Selasa, 26 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PISANG Berwajah ELVIS PRESLEY

Posted: 26 Apr 2011 12:50 AM PDT

Ukiran-ukiran yang penuh teliti ini pasti mebuatkan anda mendapatkan pisang.

Kerja-kerja seni ukiran pada buah yang menampilkan wajah-wajah Elvis dan Davey Jones dari Pirates of The Caribbean - hanya diukir dengan menggunakan sebatang pencungkil gigi dan satu camca.

Tetapi jangan sampai ada sebarang kesilapan kecil; setiap biji pisang disiapkan dalam masa setengah jam, sebelum pisang mula 'reput'.


Apabila ukiran-ukiran ini siap, artis Jepun, Keisuke Yamada akan mengambil gambar dan memakannya.

Sejak membuat posting gambar-gambar hasil kerja 'nakalnya' ini di internet, pemuda berusia 23 tahun telah mempunyai ramai peminat di internet dan mendapat idea-idea baru dari cadangan-cadangan peminat-peminatnya.

Dia telah membuat 11 ukiran setakat ini, termasuk seekor naga dan tengkorak-tengkorak yang mengerikan.

Yamada berkata: "Saya mula membuatnya (ukiran pisang) kira-kira dua minggu lalu dan sejak meletakkan gambar di dalam internet ia betul meletup.


Ia bermula apabila saya mengupas sebiji pisang dan berfikir mungkin menarik apabila mengukirkan wajah seorang pada buah itu.


Yang pertama ialah ukiran muka seseorang dengan sebuah senyuman. Saya terkejut apabila ramai orang yang menyukainya, membuatkan saya mengukir lebih banyak lagi.


Orang ramai mula memberi cadangan idea-idea, dan itulah yang memberikan saya inspirasi."

Nakal: Bila ukiran-ukiran ini siap, artis Keisuke Yamada mengambil gambarnya dan kemudian memakan 'mereka'.

"Sebelum saya mula mengukir, saya akan berfikir panjang bagaimana saya mahukannya kelihatan.


Kemudian saya mula mengukir. Saya mahu orang berfikir ia menarik dan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.


Saya hanya menggunakan satu pencungkil gigi biasa dan satu camca dari rumah. Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan , dan satu reka bentuk ringkas mengambil masa sehingga setengah jam.


Ia tidak boleh mengambil masa yang lebih lama kerana buah pisang akan berubah warna menjadi perang, dan saya gemar memakan 'mereka' setelah ukiran itu siap dan diambil gambar."

Yamada, seorang juruelektrik, berkata: "Saya berharap untuk membuat lebih banyak lagi pada masa akan datang."

CARA JUTAWAN BERDEMO : Upah MODEL SEKSI Protes HAKIM

Posted: 25 Apr 2011 09:47 PM PDT

TAIWAN - Seorang jutawan di Taiwan telah mengupah lapan orang model untuk memprotes tindakan hakim yang enggan melanjutkan perbicaraan berkaitan kes kaki seorang pembantu rumahnya yang digigit oleh seekor anjing Peking.

Hakim menolak meneruskan kes ini kerana merasa 'bosan'. Ini kerana kes tersebut telah menjadi bahan ketawa orang ramai. Seperti yang dilaporkan Orange, Isnin (25/4/2011).


Model-model yang diupah untuk melakukan protes


Wang Xuan, pemilik anjing tersebut, mengupah model-model tersebut untuk melakukan aksi protes dengan memakai pakaian yang 'terdedah' sambil mengusung papan tanda "keadilan bisu" di luar pejabat mahkamah. Kerana masalah denda yang dikenakan yang tidak sebanding dengan insiden penggigitan tersebut.

Sekarang hakim sudah "membiarkan" kes tersebut dari jadual perbicaraan, dan meminta Xuan dengan jirannnya Bai Lianping yang juga seorang jutawan mencapai kata sepakatan untuk mencapai penyelesaian kes ini.

"Ia (kes ini) telah menjadi bahan ketawa dan mahkamah bukanlah tempat permainan bagi orang kaya," kata jurucakap mahkamah.

TRAGIK : Pelagak Ngeri MATI Dihadapan KANAK-KANAK Selepas Terhempas Dari Meriam Manusia

Posted: 25 Apr 2011 06:55 PM PDT

Permulaan gembira . Isyarat ibu jari ditunjukkan menunjukkan dia telah bersedia untuk 'ditembak' ke udara

Seorang peluru meriam MANUSIA telah terbunuh di hadapan kanak-kanak yang terkejut semalam apabila jaring keselamatannya RUNTUH sebaik saja dia ditembak ke udara.

Stuntman atau pelagak ngeri berumur 23 tahun ini ditembak setinggi 15 meter ke udara dan terhempas di bahagian kepala ke tanah.

Saksi-saksi yang menyaksikan peristiwa itu memberitahu melihat bagaimana salah satu hujung jaring keselamatan yang diikat pada trak terputus apabila sentakan yang kuat daripada tembakan meriam dan menyebabkan jaring keselamatan yang lain itu terjatuh.

Pelagak ngeri itu tidak bergerak-gerak sebaik terhempas dengan darah berterusan keluar dari mulutnya. Paramedik terus membawanya ke hospital, di mana dia akhirnya mati.

Penghibur tragik itu sempat memberikan isyarat bagus (isyarat ibu jari) dan lambaian kepada 2,000 kumpulan orang ramai ketika dia memanjat sebuah tangga untuk masuk ke dalam meriam manusia.

Dengan memakai satu sut merah hitam dan topi keledar berwarna perak, dia berhenti sebentar di atas sebelum menggelongsor masuk ke dalam laras meriam.

Penonton yang terdiri daripada beratus-ratus kanak-kanak sama-sama mengira "5-4-3-2-1" dan "Fire!" sebelum satu kepulan asap putih selepas letupan di belakang meriam dan dia pun ditembak ke udara.

Selepas pelagak ngeri itu terhempas dari ketinggian 15 meter, juruhebah yang terkejut berkata: "Whoa - bertahan, bertahan. Kami perlukan St John Ambulance."


Kelihatan selamat : Dia terbang ke udara dengan yakin akan mencecah ke jaring apabila jatuh.


Mangsa, yang belum lagi diketahui nama sebenarnya, hanya digelar Matt the Manx Crank oleh juruhebah sebelum aksi lagak ngeri dibuat.

Tragedi yang berlaku di Pertunjukkan Aksi Lagak Ngeri Scott May di County Showground, Detling, Kent, semalam sedang di dalam siasatan.

Rob Hutchinson, 42, dari Tenterden, Kent, bersama dengan isterinya dan dua anak kecilnya berkata : "Jaring telah pun dipasang. Dia panjat ke atas, masuk ke dalam tiub, mereka mengira detik sebelum dia ditembak dari tiub.

"Ketika dia berpusing anda dapat melihat jaring sudah berada rata di atas lantai tanah, tidak lagi di atas , dan dia sedang turun dengan kepala dahulu ke tanah. Saya nampak beliau terhempas ke tanah dan melantun. Ia seperti sebuah patung dilempar."


Tragedi : Ketika dia mula untuk mendarat ke tanah jaring keselamatan mula runtuh.


Peluru meriam manusia ditembak ke udara sama ada dengan menggunakan spring hidraulik atau sebuah jet udara mampat. Satu kepulan asap dibuat supaya ia kelihatan seperti meriam yang telah ditembak.

Scott May menggunakan sebuah trak HGV 7.5 tan untuk memegang meriam dan jaring keselamatan. Jaring keselamatan juga dipasang pada tiang-tiang penyokong yang membolehkan pelagak ngeri mendarat dengan selamat.

Laman web firma tersebut menggelarkan diri mereka "Pertunjukkan Terhebat Di Atas Roda" disebabkan mempunyai armada trak-trak raksasa. Semalam mereka mengumumkan semua pertunjukkan telah dibatalkan sehingga notis selanjutnya.

Gambar-gambar ini adalah dari video tragedi yang dirakam oleh penonton-penonton.


Kredit : TheSun UK

Kambing Ini Minum KOPI 5 Gelas SEHARI

Posted: 25 Apr 2011 05:29 PM PDT

DENPASAR- Manusia suka minum kopi adalah perkara biasa, namun bagaimana jika kambing ketagihan minum kopi.

Tidak dapat ditahan lagi, kerana sudah ketagihan, kambing betina yang diberi nama Lucy itu selalu menghabiskan tiga hingga lima gelas kopi hitam sehari.

Pemiliknya enggan menjual kambing kesayanganya itu meskipun ditawarkan dengan harga tinggi. Dia berjanji untuk memeliharanya hingga mati. Lucy hanya mengambil beberapa saat saja untuk meminum segelas kopi.

Karim sedang memberi minum kopi kepada Lucy

Jangan salah sangka, Lucy adalah seekor kambing betina berusia 6 tahun yang dipelihara oleh Karim di sebuah kandang di Kampung Jawa, Denpasar.

Menurut Karim, Ahad (24/4/2011), Lucy sudah biasa meminum kopi sejak kecil. Lucy mula menggemari meminum kopi sejak sering mendekati orang yang sedang asyik minum kopi.

Kerana sering didekati, orang pun memberinya kopi yang masih tersisa di dalam gelas. Kebiasannya itu masih dilakukannya sehingga saat ini.

Tidak hairanla jika tidak diberikan kopi, Lucy akan mengembek seperti kambing yang kelaparan.

Kegemaran Lucy yang cukup unik ini membuatkan Karim bersama keluarganya terhibur. Mereka enggan menjual kambing kesayanganya meskipun pernah ditawar dengan harga tinggi.

Selain kopi, Lucy juga gemarmemakan makanan yang biasa disantap manusia, seperti keropok, nasi, dan ais. Karim dengan ikhlas memberinya makan makanan tersebut, seperti anaknya sendiri.

Tiada ulasan: