Pulakdah! |
- Alahai Tuai Rumah, Janji Undi BN Dapat RM10,000..Rupa-rupanya Cek Tendang
- Perompak PULANGKAN SEMULA Telefon Bimbit Kerana TIDAK MENARIK
- Kutipan Filem Porno 3D Kalahkan AVATAR
- Guna No. Plat 'VAGINA' Diberi AMARAN
Alahai Tuai Rumah, Janji Undi BN Dapat RM10,000..Rupa-rupanya Cek Tendang Posted: 22 Apr 2011 07:05 AM PDT Janji-janji BN – Tiada lain, hanya cek-cek tendang! Calon BN, Joseph Mauh telah 'ditangkap basah' kerana didapati melakukan penipuan berganda. Dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 kepada seorang Tuai Rumah bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang! Dengan cara ini Mauh telah menipu para pengundinya sebanyak dua kali. Pertama dia telah menipu mereka dengan menafikan hak mereka dengan menyogok Tuai Rumah mereka, yang dipandang sebagai jenayah yang serius. Kedua, dia tidak menunaikan janji untuk memberi wang kepada masyarakat miskin di kawasannya. Kuching Anak Moyan (kiri), Tuai Rumah yang mengaku menerima rasuah RM10,000 supaya mengundi calon BN Ahli Parlimen Joseph Mauh Pihak polis seharusnya menangkap penjenayah pilihanraya Sarawak Report menganggap sudah tiba masanya segala bukti yang tidak dapat dibantah dikemukakan kepada mereka, pihak polis harus bertindak untuk menyoalsiasat Joseph Mauh. Sementara itu, pihak SPR pula harus menggantung keputusan pilihanraya calon berkenaan. Jika buktinya didapati benar (dan seharusnya dilakukan dengan segera) maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat. Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-Ketua Masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dan dihormati, yang telah mengundi BN! Joseph Mauh, jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman kerana melakukan suatu jenayah pilihanraya yang berat. Berikut adalah pengakuan yang dibuat oleh seorang Tuai Rumah terhadapnya: "Nama saya Kuching ak Moyan dan saya merupakan salah seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin. Pada pilihanraya yang baru selesai, saya telah diberikan tiga keping cek, sekeping bernilai RM2,000, sekeping lagi bernilai RM3,000 dan cek yang ketiganya bernilai RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh. Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama yang jumlah kedua-duanya adalah RM5,000 tetapi cek yang ketiga, bernilai RM5,000, telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang. Ketiga-tiga cek itu telah diserahkan kepada saya pada 13hb April 2011 supaya kami dapat memberikan sokongan kami kepada Barisan Nasional. Pada pilihanraya Negeri 2006 dahulu, setiap seorang pengundi di sini telah diberi hanya RM20 tetapi pada pilihanraya ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi. Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu. Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta." Tiba masanya untuk menghentikan penipuan dalam pilihanraya di Sarawak Ini adalah permulaan segala bukti mengenai pilihanraya ini. Maka kita merasa hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya. Dalam pada itu juga, Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak "tangkap pencuri itu!" Tetapi seandainya dia mengharapkan ini adalah titik penamat bagi perkara itu maka Ketua Menteri itu adalah lebih berusia dan lebih nyanyuk dari yang kita ketahui. Para pengundi di seluruh Sarawak tidak akan menerima hakikat ini dan berdiam diri. Ini kerana kemenangan pada pilihanraya yang baru selesai adalah, walaupun para pengundi telah diancam, ditipu dan disogok, tetapi pihak pembangkang masih dapat meraih 45% dari kesemua undi! Bayangkan berapa peratus yang mampu diraih oleh pembangkang jika penipuan dan rasuah dilakukan? Hayunan-hayunan di seluruh Sarawak adalah BESAR dan mereka menjauhkan diri mereka dari BN baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Bayangkan juga apakah peratusannya jika kesemua setengah juta pengundi dari kalangan orang asli yang telah dinafikan oleh Taib dengan tidak mendaftarkan mereka sebagai pengundi? Inilah perkara yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin. Kini Sarawak Report sedang berada di Geneva, di mana pertubuhan NGO ini bergabungan dengan NGO-NGO yang lain yang telah dipelawa untuk mengemukakan segala sesuatu di UN mengenai masalah yang berkisar pada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak. Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihanraya ini. Kredit : S'wak Report |
Perompak PULANGKAN SEMULA Telefon Bimbit Kerana TIDAK MENARIK Posted: 22 Apr 2011 04:46 AM PDT WESTON: Dua orang lelaki yang merompak telefon bimbit - kemudian memulangkannya semula kerana ia tidak menarik. Perompak itu mengugut seorang lelaki di sebuah pasaraya di Weston pada awal pagi 12 April lalu telah memintanya untuk menyerahkan wang tunai dan telefon bimbitnya. Bagaimanapun pencuri itu memulangkan telefon bimbit itu semula sebelum melarikan diri dengan sedikit wang tunai yang dirompak. Menurut seorang jurucakap Polis Avon and Somerset kepada Evening Post: "Nampaknya telefon bimbit itu tidak cukup menarik, lalu mereka memulangkan semula kepada pemiliknya dan terus melarikan diri." |
Kutipan Filem Porno 3D Kalahkan AVATAR Posted: 22 Apr 2011 12:25 AM PDT Film porno tiga dimensi (3D), Sex and Zen: Extreme Ecstasy, berhasil meraih kejayaan terbesar di Hong Kong. Pada hari pertama penayangan, film remake dari judul serupa yang berjaya pada tahun 1991 itu, memperolehi kutipan HKD 2,79 juta atau USD 360 ribu. Jumlah ini melebihi daripada filem box office dunia karya pengarah James Cameron, Avatar, yang pada penayangan hari pertama di Hong Kong hanya mendapat HKD 2,5 juta. Kejayaan 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy, menurut laman web hiburan Hollywood Reporter, membuatnya masuk ke dalam kategori filem 'porno lembut' dengan pendapatan tertinggi di dunia. Seorang lelaki melalui sebuah poster filem Sex and Zen: Extreme Ecstasy di Hong Kong Kejayaan filem yang diarahkan Christopher Sun ini, turut dijangka akan terus meningkat apabila ia turut ditayangkan di China. Ia turut menjadi tarikan kepada pengimport filem di Singapura, India, Korea Selatan, Australia, Itali, Prancis, Peru dan Rusia, untuk membeli hak siar dan menayangkan filem 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy di pawagam negara mereka. Yang pastinya, durasi filem yang berkisarkan kehidupan seks seorang lelaki bangsawan di zaman Dinasti Ming sepanjang 118 menit itu, tidak akan sama di setiap negara. Badan penapisan Singapura misalnya, menurut Hollywood Reporter, akan memotong (filem itu) sepanjang 18 minit kerana dinilai terlalu 'mengganggu'. Lihat Trailer filem tersebut : Kita harap filem ini akan dibawa ke Malaysia oleh pengimport filem porno 'terkenal' di Malaysia. Team Datuk T. Filem porno 'made in Thailand' boleh tayang kat Carcosa...apa la sangat filem 'made in Hong Kong' ni..kan..kan..kan :Author Faethal |
Guna No. Plat 'VAGINA' Diberi AMARAN Posted: 21 Apr 2011 08:06 PM PDT SYDNEY - Seorang wanita di Australia mendapat amaran dari Roads and Traffic Authority (RTA) kerana menggunakan nombor plat kereta dengan perkataan 'vagina'. Kristen Perry, memiliki nama singkatan atau nama panggilan Kiki di kalangan keluarganya, dia menggunakan nama singkatan tersebut untuk nombor plat keretanya. Pihak RTA mendapat teguran dari komuniti warga Filipina yang tinggal di Australia, kerana nama Kiki, dalam bahasa Tagalog bererti vagina. "Pada awalnya saya sangka ia hanyalah gurauan, namun akhirnya saya sedar bahawa teguran ini adalah perkara serius yang tidak boleh saya hiraukan. Jika tidak plat kerata saya akan dirampas," ujar Perry. Perry turut menjelaskan bahawa nama Kiki merupakan nama panggilan pemberian keluarganya. Nombor plat kenderaanya yang bertulis nama panggilannya itu merupakan hadiah dari suaminya lima tahun lalu. "Ayah saya juga terkejut ketika saya menceritakan perkara ini" "Ketika saya mendapat amaran, saya terus menghubungi ayah saya dan berkata, 'Adakah ayah tahu selama ini ayah memanggilku dengan panggilan vagina?'", demikian kata Kiki seperti dilaporkan Telegraph, Khamis (21/4/2011). Pihak RTA berkata bahawa penggunaan nombor plat kenderaan tidak boleh menyinggung bahasa, agama, dan seksual. KIKI adalah VAGINA dalam bahasa tagalog |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan