Selasa, 19 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Lampu Isyarat HIJAU Untuk SEKS

Posted: 19 Apr 2011 12:11 AM PDT

Lampu isyarat di Nimwegen, Belanda - telah membuatkan ramai pejalan kaki berhenti ketika sepatutnya mereka melintas jalan kerana ramai orang yang berhenti dan ternganga melihat lampu hijau itu.

Seorang pegawai lalulintas berkata: "Ramai pejalan kaki terus menekan butang untuk melihat 'pasangan itu mengadakan hubungan seks' dan sudah tentu setiap masa mereka lakukan, trafik terpaksa berhenti dengan tiba-tiba. Banyak kes perlanggaran kecil ke belakangan ini kerana ramai pemandu yang terganggu."




Pegawai-pegawai lalulintas sedang menyiasat bagaimana penggodam komputer berjaya memasuki sistem lampu isyarat bandar dan memanipulasi imej.

Jurucakap Majlis Perbandaran berkata: "Kami mencari siapakah yang mempunyai capaian dan peluang melakukannya."

BUANG AIR BESAR Di Halaman Rumah Penduduk, POSMEN Digantung Kerja

Posted: 18 Apr 2011 06:27 PM PDT

Seorang penduduk tempatan Don Derfler berkata ia telah melihat satu aksi yang menjijikkan ketika ia sedang menjaga anaknya Rabu lalu.

"Dia mulai menarik seluar ke bawah dan mula buang air besar, dan pada saat itu saya mengambil kamera dan mengambil gambar," kata Derfler.

Dia menambah: "Ini adalah tentang bagaimana mereka menghormati hak milik kita? Ia bukan saja salah tetapi juga membahayakan."

Aksi posmen ketika membuka seluarnya untuk membuang air besar di halaman rumah seorang penduduk berjaya dikesan.

Menurut seorang pegawai di dalam Perkhidmatan POS Amerika Syarikat memberitahu stsesen berita tempatan KGW bahawa mereka telah menggantung kerja posmen tersebut sambil menunggu siasatan dijalankan.

"Kami mengambil (perkara) ini sangat serius, dan kami benar-benar ingin meminta maaf kepada pelanggan-pelanggan kami dan kepada masyarakat," kata jurucakap POS Amerika Syarikat, Ron Anderson.

"Aku bekerja di dalam Perkhidmatan Pos ini selama bertahun-tahun dan tidak pernah mendengar insiden seperti ini, dan saya berharap ia tidak akan berulang lagi."


Kredit : MetroUK

Tiada ulasan: