Pulakdah! |
- Filem Porno 3D PERTAMA DI DUNIA Dapat Sambutan LUAR BIASA
- Cara Baru Ziarah Kematian - Konsep PANDU LALU
- Wak Markom Giran...Pencenlah Dengan AMAN
Filem Porno 3D PERTAMA DI DUNIA Dapat Sambutan LUAR BIASA Posted: 18 Apr 2011 02:27 AM PDT Bayangan orgi, kemewahan dan grafik adegan-adegan seks berjaya menarik ramai penggemar filem Hong Kong untuk menghadiri pelancaran sebuah filem apa yang digambarkan sebagai sebuah filem porno 3D yang pertama dunia. Menurut AFP, filem berharga US$3.2 juta "3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy" telah dibuka untuk tayangan dan pawagam-pawagan filem telah penuh sesak diseluruh Hong Kong pada hari Khamis lalu. Berdasarkan satu karya erotik Cina klasik, "The Carnal Prayer Mat," filem itu mengisahkan seorang pemuda yang bersahabat dengan seorang bangsawan Inggeris dan memasuki sebuah dunia seksual peccadilloes pada dinasti Ming, Reuters melaporkan. Profesional-profesional, pesara dan pelajar-pelajar telah beratur panjang di luar panggung wayang di Causeway Bay , salah satu daripada kawasan membeli-belah paling sibuk di Hong Kong, demi untuk mendapat sekeping tiket. Terdapat juga diantara mereka itu ramai penonton wanita, yang tidak malu-malu menyatakan minta mereka terhadap filem itu. "Saya biasanya bukanlah seorang penggemar filem, tetapi untuk (filem) ini terlalu sayang jika terlepas," Justin Lai berusia 32 tahun memberitahu AFP ketika dia menanti di sebuah panggung wayang di Causeway Bay. "Saya ingin sekali melihat bagaimana porno 3D pada layar besar." tambah pelajar kolej berumur 21 tahun, Yan Shek: "Ini kali pertama filem X di tayangkan di dalam wayang gambar. Ia pasti sangat menarik." Kebimbangan sama ada filem ini akan mencatat box office dengan cepat terhapus pada hari Rabu lepas, apabila laman-laman web tempahan awal di Hong Kong memberitahu bahawa semua tiket hampir habis dijual untuk tayangan hujung minggu, menurut laporan berita Wall Street Journal. Sebagai tayangan tambahan, pengendali filem ini akan mengadakan satu rombongan khas bagi penggemar filem dari Taiwan dan pelancong-pelancong dari benua China untuk datang ke Hong Kong, di mana terdapat undang-undang penapisan filem yang ketat di sana. Penerbit eksekutif Stephen Shiu Jr. memberitahu Hollywood Reporter satu filem sambungan untuk filem ini, yang pernah ditolak oleh IMAX, dijangka mula menjalani pengambaran pada hujung tahun ini. Barisan pelakon dan produser filem "3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy" :
Kredit : Tungstar | ||||||||||||
Cara Baru Ziarah Kematian - Konsep PANDU LALU Posted: 17 Apr 2011 11:41 PM PDT Di Rumah Mayat Robert L. Adams di Compton, California, ahli keluarga si mati mempunyai pilihan untuk meletakkan saudara mereka yang sudah meninggal dunia untuk dipamerkan di dalam peti keranda yang terbuka di sebalik tingkap kaca pandu lalu kenderaan. Pemilik rumah mayat ini berkata penduduk tempatan yang mengenali si mati akan mudah melawat, bagi orang tua yang uzur tidak perlu meninggalkan kereta, dan bagi mereka yang takut dengan rumah mayat tidak perlu masuk ke dalam. Di pamerkan:Di rumah mayat milik Robert L. Adams di California, ahli keluarga dapat menempatkan saudara mereka yang meninggal dunia di dalam peti keranda terbuka di sebalik cermin kaca pandu-lalu. Untuk semua datang melihat: Ahli sukarelawan, Bernice Woods ini meninggal dunia bulan lepas dan anak-anaknya memilih untuk meletakkannya sebagai pameran di laluan pandu lalu. Ahli sukarelawan dan bekas ahli mahlis tempatan Bernice Woods dikenali dengan gaya topinya yang menarik dan barangan perhiasannya serta suka dilihat orang ramai. Apabila dia meninggal bulan lalu, anak-anaknya membuat keputusan untuk meletakkannya dalam sebuah keranda terbuka di laluan pandu-lalu di bilik mayat di Compton ini, menurut laporan akhbar Los Angeles Times. "Ibu adalah komuniti masyarakat di sini," kata Gregory W. Woods, 55, anak bongsu dari sepuluh adik beradik. "Dia sangat bererti bagi ramai orang. "Ini hanya sesuai dan tepat jika ia akan dilihat dengan cara (pameran) ini." Dibuka: Ruangan sepanjang 12 kaki untuk laluan pandu-lalu mempunyai pintu utama berganda dan spanjang layar kaca ini dibina dari kaca kalis peluru. Idea: Hanya beberapa rumah mayat pandu-lalu yang diketahui beroperasi di Amerika, satu di Chicago dan satu lagi di Louisiana. Idea wujudnya tempat seperti ini menjadi popular berikutan majlis pengebumian sebuah kumpulan kongsi gelap pada tahun 1980-an, dan berlaku kejadian tembak-menembak di kubur menjadikan ramai ahli keluarga enggan untuk berkumpul pada majlis pengebumian. Kredit : DailyMail | ||||||||||||
Wak Markom Giran...Pencenlah Dengan AMAN Posted: 17 Apr 2011 05:02 PM PDT Markom Giran Nama Markom Giran memang tidak ramai yang kenal jika tidak kerana pilihanraya kecil di Tenang, Labis. Bermula dengan peristiwa Wak Markom mula berkempen dengan kaunselor-kaunselor di Sekolah Menengah Tenang Stesen. Barulah ramai yang mengenali nama Pengarah Pelajaran Johor ini. Cikgu Mala dan suami, Cikgu Maarof Selepas itu, ditambah pula dengan berita cikgu Maarof Abd. Mutalib suami kepada calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari lalu, kononnya suami Normala ini akan dipindahkan ke sebuah sekolah lain beberapa hari sebelum nama Normala diumumkan sebagai calon PAS di DUN Tenang, atas alasan 'tidak mampu mengawal isterinya'. Bagaimanapun terbaru ini cikgu Maarof diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu kerana menyalahgunakan sijil sakit kerana menemani isterinya berkempen. Wak Markom sekali lantang mengikut telunjuk bosnya dengan berkata jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja. Begitulah hebatnya Pengarah Pelajaran Johor ini. Namun sesiapa yang lama mengenali Wak Markom ini pasti terdetik di fikiran mereka, sejak bila agaknya Wak Markom ini berubah menjadi penyokong tegar BN?. Sesiapa yang baru kenal Wak Markom pasti menyangka beliau ini seorang ahli UMNO totok sejak sekian lama padahal hakikat sebenarnya tidak. Wak Markom ini dulunya seorang guru yang sangat islamik!. Wah! pasti ramai yang tidak percaya. Benar. Wak Markom seorang guru yang paling alim. Dialah satu-satunya guru yang berserban di sekolah. Walaupun keluar larangan dilarang memakai serban di sekolah, Wak Markom tetap degil dan terus berserban di sekolah. Jika tidak silap waktu itu Wak Markom merupakan seorang ahli Al-Arqam yang taat!. Ada juga yang kata beliau ahli tabligh. Tetapi menurut ramai guru-guru di Johor, waktu itu beliau pengikut Abuya Ashaari yang kuat. Begitulah islamiknya Wak Markom mengalahkan cikgu Maarof yang hanya sekadar berkopiah. Zaman itu juga, beliau diantara guru yang 'degil' den sering menentang arahan-arahan dari kerajaan. Guru-guru sezaman dengannya semua tahu perangai Wak Markom ketika itu. Namun tidak pula Wak Markom dikenakan tindakan yang teruk, dipindahkan jauh-jauh, ditahan pencen atau diberhentikan. Wak Markom terus juga bekerja sampai la memegang jawatan sekarang. Tapi itu dulu... Hari ini, serbannya entah ke mana, Wak Markom dah pun menjadi Pengarah Pelajaran Johor kerana kenaikan pangkat Pengarah sebelum ini ke tempat lain. Wak Markom sendiri tidak menyangka agaknya dia akan menjawat jawatan itu sebelum berpencen. Mungkin bak kerana rezeki yang datang bergolek itu, menjadikan Wak Markom 'seronok' dan amat mesra dengan kerajaan BN yang amat dibencinya suatu ketika dahulu. Maka bermulalah episod, bodek-membodek di hadapan Puad Zarkashi di Tenang dulu. Dan sekarang Wak Markom menjadi begitu tegas melaksanakan arahan perpindahan cikgu Maarof gara-gara tidak 'sealiran' dengan BN. Perpindahan cikgu Maarof yang berkuatkuasa pada 1 April ini kena disegerakan bagi menunjukkan 'jasa besar' beliau dengan kerajaan BN. Mudah-mudahan permohonan beliau untuk disambung kontrak selepas sepatutnya pencen pada 20 April ini diluluskan. Kalau cikgu Maarof gagal dipindahkan, bagaimana Wak Markom nak tunjuk taat setianya itu. Boleh tidak boleh, pada 1 April cikgu Maarof kena dipindahkan. Jika engkar, ambil tindakan tegas. Titik. Pencenlah dengan aman Wak Markom Kepada Wak Markom, cukup-cukuplah membodek. Ramai yang menyampah dengan gelagat Wak Markom sejak menjawat jawatan Pengarah Pelajaran Johor itu. Sedarlah Wak Markom, ramai kakitangan di JPN, di PPD, malahan di sekolah-sekolah yang tidak sabar menantikan tarikh 20 April ini. Tidak sabar meraikan tarikh pencen Wak Markom. Dan ramai juga yang mendoakan agar permohonan Wak Markom sambung kontrak selepas 20 April itu ditolak. Pencenlah dengan aman. Bagaimanapun, sama ada Wak Markom akan terun pencen, atau bertugas kembali selepas disambung kontraknya....sama-sama kita tunggu 20 April 2011 ini. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan