Pulakdah! |
- (VIDEO) Jaringan Safee Sali Ketika Menentang Persela
- (GAMBAR) Jaringan Safee Sali Gagal Dipertahan PELITA JAYA Seri 1-1 PERSELA
- Siasat Poster Calon BN Disimbah Cat Sampai SEPASUKAN POLIS?!
- Pesanan Dari Malaysiakini
- PEMECAH BERITA : Hosni Mubarak Sakit Jantung Ketika Disoal Wartawan
- Adakah Taib Akan Jatuh? Jawabnya YA dan TIDAK
- ULAT BULU Makanan Kegemaran Nurdin
(VIDEO) Jaringan Safee Sali Ketika Menentang Persela Posted: 13 Apr 2011 05:50 AM PDT Sefee Sali ketika bermain di dalam perlawanan menentang Persela petang tadi, yang berkesudahan 1-1. Seperti yang dijanjikan, ini adalah rakaman video jaringan Safee Sali ketika menentang Persela. Gambar-gambar menarik lain Safee Sali sepanjang perlawanan itu boleh di lihat di sini. |
(GAMBAR) Jaringan Safee Sali Gagal Dipertahan PELITA JAYA Seri 1-1 PERSELA Posted: 13 Apr 2011 03:45 AM PDT Baru sahaja selesai perlawanan melibatkan Safee Sali dari Pelita jaya, yang bertemu dengan pasukan di tangga ke 9 liga Indonesia Persela. Jaringan Safee Sali gagal dipertahankan sehingga pasukan Persela berjaya mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat permainan. Saksikan beberapa aksi Safee Sali dalam perlawanan yang baru selesai sebentar tadi. Video jaringan Safee Sali akan menyusul kemudian. Jaringan awal Safee Sali Safee Sali sentiasa menjadi tumpuan pemain pertahanan Satu lagi asakan keras dari pemain pertahan Persela Percubaan gol Safee Sali dari jauh Safee Sali ketika digantikan beberapa minit sebelum permainan tamat Safee Sali merenung rakan sepasukan yang berusaha mempertahankan pintu gol dari dibolosi |
Siasat Poster Calon BN Disimbah Cat Sampai SEPASUKAN POLIS?! Posted: 13 Apr 2011 01:32 AM PDT SIBU, 13 April -- Dua Anggota polis dari Balai Polis Sentral bersama pengadu membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang di simbah cat merah di Jalan Pedada di sini, hari ini. Seorang anggota polis dari Balai Polis Sentral membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang di simbah cat merah di Jalan Pedada di sini, hari ini. Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sentral membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang di simbah cat merah di Jalan Pedada di sini, hari ini. Kredit : Bernama Ingatkan siasat kes rompak ke, kes bunuh ke, kes culik ke sampai SEPASUKAN POLIS. Rupa-rupanya kes budak nakal simbah cat?? Keh..keh..keh.. :Author Faethal |
Posted: 13 Apr 2011 12:21 AM PDT Kepada Pembaca, Malaysiakini telah terkena serangan DDOS sejak 11.00 tgh, Selasa 12 April 2011. Pasukan teknikal kami sedang bekerja sepanjang masa untuk mencari penyelesaiannya. Buat sementara waktu ,kandungan Malaysiakini boleh dilayari di http://27.131.49.132 http://27.131.49.132/bm/ http://27.131.49.132/cn/ Berita Malaysiakini yang terkini juga diposting di malaysiakinicom.wordpress.com dan www.facebook.com/Malaysiakini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai serangan DDOS: http://en.wikipedia.org/wiki/Denial-of-service_attack Untuk membaca tentang serangan itu: Malaysiakini lumpuh, terkena serangan cyber (http://27.131.49.132/news/161350) Soalan-soalan yang sering ditanya: 1. Bila Malaysiakini kembali beroperasi normal? Tidak ada penyelesaian mudah untuk mengatasi serangan DDOS. Apa yang boleh kami katakan ialah kami sedang bekerja keras untuk mengatasi masalah tersebut. 2. Siapa yang melakukannya? Serangan ini berasal dari lokasi antarabangsa. Ini adalah kaedah standard untuk melakukan serangan, walaupun sebenarnya penyerang itu dari dalam negeri. Kita tidak boleh menjejaki serangan itu dari mana-,mna lokasi atau individu. Namun, kami menjangka serangan ini berkaitan dengan pilihanraya di Sarawak. 3. Mengapa Malaysiakini tidak bersedia untuk (serangan) ini? Untuk meletakkan server kami di platform yang dapat menapis serangan itu, biasanya kos ia adalah diantara RM 100,000 hingga RM 500,000, yang akan menjadi bayaran signifikan untuk Malaysiakini. Kami emilih untuk menggunakan sumber-sumber tersebut kepada kewartawanan yang baik. Namun demikian, kami mungkin akan mempertimbangkan kembali situasi ini. Anda boleh mengarahkan pertanyaan lebih lanjut untuk subsribe@malaysiakini.com atau prem@malaysiakini.com. Premesh Chandran CEO Malaysiakini |
PEMECAH BERITA : Hosni Mubarak Sakit Jantung Ketika Disoal Wartawan Posted: 12 Apr 2011 11:27 PM PDT MANTAN Presiden Mesir Hosni Mubarak kini berada di hospital setelah dilaporkan mengalami serangan jantung. Bekas Presiden yang berusia 82 tahun ini telah dibawa ke unit rawatan intensif selepas menderita masalah jantung, menurut laporan televisyen kerajaan. Mubarak dibawa ke hospital di Sharm el-Sheikh, di mana ia telah tinggal sejak turun dari jawatannya, setelah ia tiba-tiba sakit ketika ditanya soalan berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dan menggelapkan wang kerajaan, menurut televisyen kerajaan. Mubarak telah dijatuhkan pada 11 Februari selepas pemberontakan yang popular selama 18 hari terhadap pemerintahannya. Televisyen kerajaan berkata Mubarak mengalami "masalah jantung", ketika disoal tetapi tidak memberikan butiran. "Mubarak dirawat di Sharm el-Sheikh International Hospital hari ini, dengan diberikan kawalan keselamatan yang sangat ketat di bandar ini," kata seorang sumber keselamatan. Sebuah sumber dari hospital bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berkaitan berita ini dan berkata "menteri kesihatan akan membuat pengumuman" tidak lama lagi. Mubarak telah dimasukkan ke hospital oleh pengawal peribadinya ke bahagian VIP, menurut televisyen kerajaan, bahagian ini tidak akan menerima sebarang pesakit kecuali untuk kes-kes kecemasan. Kereta polis dan ambulan berada di sekeliling hospital, serta terdapat ramai kehadiran polis dan tentera. |
Adakah Taib Akan Jatuh? Jawabnya YA dan TIDAK Posted: 12 Apr 2011 11:08 PM PDT PETALING JAYA: Di mata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pilihan raya negeri Sarawak ini sangat penting. Penting kerana ia boleh menjadi ukuran sokongan rakyat kepada pentadbirannya selepas mengambilalih dari Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009. Di mata pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemenangan di Sarawak membuka laluan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Selelah seminggu berkempen, kini jentera kempen Barisan Nasional dan pembangkang semakin panas. Kini tinggal tiga hari lagi rakyat Sarawak mengundi pada Ahad ini. Ceramah pembangkang khususnya oleh Anwar dilaporkan mendapat sambutan ramai. Di mana-mana ceramah bekas timbalan perdana menteri itu dibanjiri ribuan orang. Apatah lagi Anwar begitu rakus mendedahkan keburukan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Dari harta kekayaan hinggalah kepada kelewatan ketua menteri berundur didedahkan. Kini bukan sahaja di Sarawak telah mengetahui harta Abdul Taib yang banyak itu. Malah jumlah tanah yang dikaitkan dengan ketua menteri itu juga didehkan. Jika tiada pilihan raya barangkali orang tidak tahu harta keluarga Taib. Berikutan muncul ramalan bahawa BN pimpinan Abdul Taib akan tumbang kali ini. Jika penyalahgunaan kuasa dan kekayaan Abdul Taib diberi pertimbangan, pengundi sepatutnya tidak memberi peluang kepadanya lagi. Tetapi pemenang dalam mana-mana pilihan raya bukan diukur dari segi ramainya orang mendengar ceramah. Apakah Abdul Taib akan jatuh kali ini? Jawabannya ya dan tidak. Pada 1987, ketua menteri itu berdepan krisis politik yang lebih besar – terbesar sepanjang 30 tahun memegang jawatan nombor satu di bumi Kenyalang itu. Pada 13 Mac DUN Sarawak terpaksa dibubarkan berikutan tuntutan 27 dari 48 ADUN mendesak Abdul Taib meletakkan jawatan atau menghadapi undi tidak percaya. Bekas ketua menteri, Tun Abdul Rahman Yaakub, yang juga bapa saudara Taib mengetuai Kumpulan Maju (terdiri dari Permas dan PBDS). Dalam pilihan raya itu, Kumpulan Maju menang 20 kerusi, 15 kerusi di kawasan majoriti kaum Iban. Bagaimanapun, Abdul Rahman sendiri kalah. Belum pun berakhir tahun 1987, sembilan ADUN Kumpulan Maju telah melompat parti dan dengan itu saingan Abdul Taib dalam politik Sarawak tamat. Dengan sokongan penuh dari pusat. tidak mungkin Abdul Taib akan kalah. Tidak mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak akan membiarkan Sarawak jatuh kepada pembangkang. Tidak mungkin Najib merelakan Sarawak menjadi titik mula kepada kumpulan yang mahu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum kelak. Kredit : FMT |
ULAT BULU Makanan Kegemaran Nurdin Posted: 12 Apr 2011 07:09 PM PDT GARUT - Ketika penduduk kampung di beberapa daerah seperti Probolinggo Jawa Timur serta Sumedang dan Garut dilanda ketakutan akibat serangan ulat bulu, ia berbeza pula dengan Nurdin (30). Nurdin sebaliknya mempunyai hobi memburu pelbagai jenis ulat, termasuk ulat bulu. Ironinya, selain tidak mengenal rasa takut terhadap ulat, Nurdin turut menjadikan ulat sebagai ubat. Ia tidak ragu-ragu memakannya mentah-mentah. Anehnya, Nurdin tidak pula terkena sakit dari kegemarannya bermain-main dengan ulat atau memakan ulat. Tidak hairanla, kalau ia digelar "Pawang Ulat" oleh orang yang mengenalnya. "Saya terbiasa bermain-main dengan ulat bahkan memakannyaa mentah-mentah. Sedikitpun tak ada rasa takut saya jika melihat ulat. Justru saya setiap hari mencari dan mengumpulkan ulat. Jika sudah banyak, ulat-ulat yang terdiri dari berbagai jenis, baik ulat bulu ataupun tidak berbulu, saya tempelkan di seluruh tubuh. Saya juga bahkan sering memakan ulat mentah-mentah sebagai ubat," kata Nurdin, Selasa (12/4/2011). Di hadapan wartawan, tanpa ragu-ragu Nurdin mengambil puluhan ekor ulat bulu dan menempelkannya ke seluruh bahagian tubuhnya. Nurdin jugs nampak begitu menikmatinya ketika memasukkan ulat itu ke dalam mulutnya dan mengunyahnya lalu ditelannya. "Bagi saya ulat bukan hanya menjadi sahabat tapi juga menjadi ubat untuk kesegaran tubuh. Selain itu, setiap kali sakit perut, saya selalu mengubatinya dengan memakan ulat, pasti sembuh," tambahnya. Nurdin mengaku melakukan kebiasaannya itu sejak di bangku sekolah. Kebiasaannya ini mendapat tentangan keras dari orang tua serta saudara-saudaranya. Namun lama-kelamaan, keluarganya menerima kebiasaan Nurdin yang sangat luar biasa ini. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
3 ulasan:
Above all, find out what your unique purpose is here on this earth - then fulfill it! As you do, you will experience joy!Live purposefully All rights reserved There is not enough ventilation for the air to flow properly and the bottom of the stainless cages get hot quickly Each time there was any type of breakout we would have instantaneous response
" And I looked, and behold, a white horse That's it! Do this for 10/15 minutes and you'll find yourself pleasantly surprised how you feel afterward Almost all Western academia is still infected by the Ussher born gradualistic ascendance through a 'god-guided' Christian entity that somehow created 'sins and demons' and only had one true representative on earth This theory was criticized by physicists, who maintained that two particles of make any difference may differ so nike oxygen max turnaround lely as regards placement in room and nfl jerseys wholesale at which has long been rendered much more complicated by relativity, which minimizes room and time to nike oxygen max turbulence relations
[url=http://www.broncosnflprostore.com/]Von Miller Elite Jersey[/url]
[url=http://www.texansfootballshop.com/]JJ Watt Youth Jersey[/url]
Like the song Working 9-5, It's No Way to Make a Living Each tape drive range has a specified duty cycle, which is the maximum percentage of time that the drive should be operational BUT THE EVIL OF THE PEOPLE IN THIS DAY WILL CAUSE HIM TO RELEASE HIS WRATH AND ANGER IN A WAY THAT THE WORLD HAS NEVER SEEN BEFORE Can we do anything about such possibilities? Yes, we can balance out the planet by moving ice around, changing reservoirs (China is doing this now, not that they have figured it out yet), etc on the surface and in the perfect balance will come a better orbit
[url=http://www.officialbearsfansstore.com/]Nike Charles Tillman Jersey[/url]
[url=http://shrt.htmltw.co.uk/3i][b]ugg boots outlet[/b][/url] ADBIZW
[url=http://qld.so/u0][b]ugg boots on sale[/b][/url] GVFRAD
[url=http://go.geekon.in/1y][b]uggs cheap[/b][/url] HJZWIZ
[url=http://bice.me/3e3f][b]cheap uggs[/b][/url] ZSMZSS
[url=http://henryavila.com/url/3u][b]outlet ugg boots[/b][/url] RVISXA
http://isitdateworthy.com/content/slated-expose-endure-transporter-tablet-payday-loans-online
Catat Ulasan