Jumaat, 8 April 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Urusan Dengan SPRM Hanya Di TINGKAT BAWAH

Posted: 08 Apr 2011 09:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan satu langkah drastik diambil untuk menjalankan semua urusan yang melibatkan orang yang didakwa, suspek, saksi dan pendakwa di aras bawah bangunan SPRM secepat mungkin.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan) Datuk Zakaria Jaafar bagi pejabat SPRM yang tidak terletak di aras bawah, khususnya di negeri-negeri, pegawai SPRM akan memantau orang-orang ini sepanjang masa.

"Semua urusan perlu dibuat di bawah pengawasan pegawai SPRM pada bila-bila masa. Jika ada yang dibenarkan untuk bersendirian di pejabat SPRM, itu bererti tidak ada pengawasan," katanya kepada wartawan di sini.

Dia berkata SPRM juga mengarahkan pengarah di bahagian keselamatan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh di seluruh pejabat SPRM, sama ada yang dimiliki, disewa atau untuk kegunaan umum, untuk memastikan mereka memenuhi semua keperluan keselamatan.

"Untuk keselamatan di pejabat-pejabat SPRM, kami telah mengeluarkan arahan ini daripada ketua pesuruhjaya. Berdasarkan arahan yang dikeluarkan kepada semua pengarah bahagian, Pengarah SPRM negeri dan pegawai SPRM, semua pelawat atau pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam pejabat pegawai. Perjumpaan hanya boleh dilakukan di ruang menunggu atau ruang tamu," katanya.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri keselamatan di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Zakaria berkata arahan-arahan telah dikeluarkan kepada bahagian keselamatan bagi memastikan keselamatan di bangunan itu.

Berikutan persoalan tiadanya kekisi besi pada tingkap bangunan itu, katanya: "Kami perlu melihat di dalam perkara itu, mungkin ia berkaitan soal bajet atau keperluan untuk bangunan."

Zakaria juga berkata SPRM amat menitik beratkan tentang keselamatan dan disiplin pegawai-pegawainya , serta tidak akan ragu-ragu untuk ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawainya yang melanggar peraturan.

Pengumuman SPRM berkaitan langkah-langkah keselamatan berikutan kes kematian seorang pegawai kanan Kastam pada hari Rabu lalu selepas terjatuh dari tingkat tiga di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane.

Penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, telah pergi kepada pejabat untuk membincangankan mengenai satu kes rasuah dengan pegawai penyiasat SPRM.

Pada 16 Julai 2009, seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock, dijumpai mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberikan kenyataan berhubung satu kes rasuah di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan.


Ha...kan aku dah cakap semalam. Baru ada akai puak-puak SPRM ni...:Author Faethal

Poster Calon BN Di Padungan Disimbah Cat

Posted: 08 Apr 2011 05:17 AM PDT

KUCHING, 8 April -- Baru hari kedua tempoh berkempen Pilihanraya Sarawak yang ke-10 poster calon Barisan Nasional (BN) Dun N. 9 Pandungan Sim Kiang Choik telah simbah cat berwarna merah di hadapan flat Perumahan Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS) dekat sini, hari ini.


Kredit : Bernama

Loji Nuklear Onagawa Pula Rosak Selepas Gempa 7.4 Magnitud

Posted: 08 Apr 2011 02:43 AM PDT

Pengendali stesen tenaga nuklear di timur laut Jepun berkata bahawa syarikatnya telah menemui kebocoran air di loji tersebut selepas berlakunya gempa berkekuatan 7.4 magnitud semalam.

Tohoku Electric Power Co, syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Plan Loji Nuklear Onagawa di wilayah Miyagi, berkata air yang bocor itu adalah dari kolam-bahan bakar terpakai di dua reaktor dan juga dari bahagian-bahagian lain dari plan.

Tahap radiasi di luar loji tidak berubah, katanya.

Plan yang telah ditangguhkan semua operasinya sejak gempa bumi pada 9 Mac lalu itu kehilangan dua daripada tiga punca sambungan kuasanya setelah gempa bumi semalam, ini menyebabkan sistem pendingin untuk kolam bahan bakar terpakai telah terhenti.

Gempa bumi pada 11 Mac lalu melumpuhkan sistem pendinginan loji nuklear di Wilayah Fukushima, menyebabkan kebocoran pada reaktor dan membebaskan radiasi.

Gempa bumi pada hari Khamis telah mengorbankan tiga orang dan mencederakan kira-kira 140 yang lain. Bagaimanapun gempa itu tidak menyebabkan kerosakan lebih teruk di loji Fukushima.

Ramalan Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 01:04 AM PDT

Ini adalah senarai lengkap calon dan demografi untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 pada 2011. Ramalan calon yang bakal menang (berwarna merah) ini dikeluarkan oleh Sarawak Headhunter.

SNAP: 15
PKR: 18
DAP: 14
PAS: 4 5
BN: 17 15
BEBAS: 4
TOTAL: 71


P192 Mas Gading
N01: OPAR: SARAWAK: 8,099
1 . Stephen ak Sagir (SNAP)
2 . Joseph Jindy ak Peter Rosen (ndependent)
3 . Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4 . Ranum ak Mina (BN)
Penyandang: Ranum Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183
Melayu/Melanau: 5.58%, Cina 4.89%, Iban 6.15%, Bidayuh 82.92%, Orang Ulu 0.15%, Lain-lain 0.31%
SNAP (1)

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100
1 . Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2 . Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3 . John Tenewi Nuek @ John Tenewi (PKR)
Penyandang: Datuk Peter Nansian Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203
Melayu/Melanau: 14.15%, Cina: 7.30%, Iban 3.70%, Bidayuh: 74.56%, Lain-lain: 0.30%
BN (1)

P193 Santubong
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Independent -PERSB)
3. Nani Sahari (PAS)
Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136
Melayu/Melanau: 53.06%, Cina 19.63%, Iban 17.34%, Bidayuh 9,97%
PAS (1)

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104
1. Suhaimi Selamat (Independent -PERSB)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)
Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164
Melayu/Melanau: 93.97.15%, Cina: 3.46%, Iban 2.37%, Bidayuh: 0.20%, Lain-lain: 0.01%
PKR (1)

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen b Abang (PKR)
Penyandang: Dr Abang Rauf Abang Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605
Melayu/Melanau: 91.19%, Cina: 7.25%, Iban 1.45%, Bidayuh: 0.08%, Lain-lain: 0.03%
BN (2)

P194 Petrajaya
N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)
Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572
Melayu/Melanau: 72.27%, Cina 17.96%, Iban 6.63%, Bidayuh 2.30%, Lain-lain: 0.84%
PKR (2)

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)
Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488
Melayu/Melanau: 90.31%, Cina: 1.95%, Iban 7.65%, Bidayuh: 0.02%, Lain-lain: 0.07%
PKR (3)

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798
Melayu/Melanau: 76.29%, Cina: 18.85%, Iban: 4.07%, Lain-lain: 0.79%
PKR (4)

P195 Bandar Kuching
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576
1. Dominique Ng Kim Ho (Independant)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)
Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417
Melayu/Melanau: 6.07%, Cina: 90.77%, Iban: 1.71%, Bidayuh: 0.65%, Orang Ulu: 0.11%, Lain-lain: 0.69%
DAP (1)

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)
Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372
Melayu/Melanau: 5.63%, Cina: 89.30%, Iban: 2.95%, Bidayuh: 1.59%, Orang Ulu: 0.17%, Lain-lain: 0.37%
DAP (2)

P196 Stampin
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833
1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Independant)
Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407
Melayu/Melanau: 5.28%, Cina: 83.40%, Iban: 7.81%, Bidayuh: 2.40%, Orang Ulu: 0.43%, Lain-lain: 0.67%
PKR (5)

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301
1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)
Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531
Melayu/Melanau: 10.44%, Cina: 69.34%, Iban: 13.33%, Bidayuh: 6.30%, Orang Ulu: 0.17%, Lain-lain: 0.42%
DAP (3)

N13: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664
1. Christina Chew (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180
Melayu/Melanau: 18.58%, Cina: 54.56%, Iban: 8.97%, Bidayuh: 17.51%, Orang Ulu: 0.14%, Lain-lain: 0.24%
DAP (4)

P197 Kota Samarahan
N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799
1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)
Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063
Melayu/Melanau: 83.68%, Cina: 8.44%, Iban: 7.88%
PKR (6)

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)
Penyandang: Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,863
Majoriti: 6,327
Melayu/Melanau: 53.65%, Cina: 15.63%, Iban: 18.85%, Bidayuh:11.45%, Lain-lain: 0.42%
PAS (2)

P198 Mambong
N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955
1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Independent)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Penyandang: Dr Jerip Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988
Melayu/Melanau: 6.61%, Cina: 26.35%, Iban: 0.10%, Bidayuh: 66.24%, Lain-lain: 0.69%
SNAP (2)

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352
1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)
Penyandang: Roland Sagah Wee-Inn (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256
Melayu/Melanau: 4.72%, Cina: 29.10%, Iban: 0.05%, Bidayuh:65.74%, Orang Ulu: 0.02%, Lain-lain: 0.37%
BN (3)

P199 Serian
N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497
1. Kipli b Ale (Independent)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)
Penyandang: Datuk Michael Manyin Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256
Melayu/Melanau: 6.79%, Cina: 1.67%, Bidayuh: 91.10%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.42%
SNAP (3)

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Independent -PERSB)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)
Penyandang: Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981
Melayu/Melanau: 6.19%, Cina: 17.22%, Bidayuh: 75.32%, Orang Ulu: 0.05%, Lain-lain: 1.22%
BN (4)

P200 Batang Sadong
N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Independent -PERSB)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)
Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858
Melayu/Melanau: 82.84%, Cina: 7.64%, Bidayuh: 9.42%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.09%
PAS (3)

N021: SIMUNJIAN: SARAWAK: 10,104
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini b Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)
Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350
Melayu/Melanau: 61.04%, Cina: 4.78%, Iban: 34.07%, Lain-lain: 0.12%
BEBAS (1)

P201 Batang Lupar
N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali b Semsu (Independent)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)
Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448
Melayu/Melanau: 64.26%, Cina: 3.85%, Iban: 31.77%, Bidayuh: 0.11%
PAS (4)

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)
Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870
Melayu/Melanau: 61.58%, Cina: 5.63%, Iban: 32.80%
BN (5)

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868
1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)
Penyandang: Datuk Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895
Melayu/Melanau: 90.42%, Cina: 1.47%, Iban: 8.11%
BN (6) PAS (5)

P202 Sri Aman
N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798
1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Independent)
6. Sujal ak Gansi (Independent)
Penyandang: Snowdan Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516
Melayu/Melanau: 3.3%, Cina: 7.44%, Iban: 89.08%, Bidayuh: 0.01%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.16%
SNAP (4)

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778
1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Independent -PERSB)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)
Penyandang: Mong Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007
Melayu/Melanau: 7.84%, Cina: 4.98%, Iban: 87.16%, Lain-lain: 0.03%
SNAP (5)

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488
1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Francis Harden Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258
Melayu/Melanau: 12.46%, Cina: 33.5%, Iban: 53.96%, Lain-lain: 0.09%
DAP (5)

P203 Lubok Antu
N028: ENGKILILI: SARAWAK: 9,444
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Independent)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)
Penyandang: Dr Johnical Rayong Ngipa (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426
Melayu/Melanau: 1.57%, Cina: 12.62%, Iban: 85.69%, Orang Ulu: 0.02%, Lain-lain: 0.11%
*Dr Ngipa menang dengan tiket SNAP tetapi lompat ke dalam SUPP pada December 2009
SNAP (6)

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Penyandang: Malcolm Mussen Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854
Melayu/Melanau: 2.15%, Cina: 3.83%, Iban: 93.79%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.22%
*Lamoh menang tanpa bertanding pada pilihanraya kecil April 7, 2009 berikutan kematian penyandang Datuk Dublin Unting Ingkot (BN-PRS) pada Feb 24, 2009.
PKR (7)

P204 Betong
N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94
Melayu/Melanau: 82.82%, Cina: 3.13%, Iban: 14.03%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.01%
PKR (8)

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109
1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (BEBAS)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Penyandang: Tan Sri Alfred Jabu Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677
Melayu/Melanau: 14.71%, Cina:11.05%, Iban: 73.44%, Bidayuh: 0.79%, Lain-lain: 0.01%
BEBAS (2)

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Penyandang: Robert Lawson Chuat Vincent Entering (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878
Melayu/Melanau: 26.20%, Cina: 3.79%, Iban: 69.82%, Bidayuh: 0.12%, Orang Ulu: 0.05%. Lain-lain: 0.03%
SNAP (7)

P205 Saratok
N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167
1. Ismail b Hussain (Independant)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)
Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929
Melayu/Melanau: 63.83%, Cina: 10.15%, Iban: 29.95%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.06%
BN (7) (6)

N034: KRIAN: SARAWAK: 11,016
1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Independent)
4. Ali ak Biju (PKR)
Penyandang: Datuk Peter Nyarok Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089
Melayu/Melanau: 0.28%, Cina: 3.46%, Iban: 96.20%, Lain-lain: 0.06%
SNAP (8)

P206 Tanjong Manis
N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi b Suhaili (Independent -PERSB)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)
Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316
Melayu/Melanau: 67.37%, Cina: 4.88%, Iban: 27.75%
BN (8) (7)

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891
1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Independent -PERSB)
Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226
Melayu/Melanau: 74.16%, Cina: 5.66%, Iban: 20.18%
BN (9) (8)


P207 Igan
N037: DARO: SARAWAK: 7,305
1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (BEBAS)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (BEBAS)
Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
*Murni menang tanpa bertanding pada 2006.
Melayu/Melanau: 65.43%, Cina: 2.79%, Iban: 31.77%
BEBAS (3)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635
1. Asbor Abdullah (BEBAS)
2. Abdul Hafiz Noh (BEBAS)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710
Melayu/Melanau: 92.58%, Cina: 3.57%, Iban: 3.86%
BN (10) (9)

P208 Sarikei
N039: REPOK: SARAWAK: 18,481
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)
Penyandang: Datuk Davi Teng Lung Chi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576
Melayu/Melanau: 10.29%, Cina: 55.59%, Iban: 33.90%, Bidayuh: 0.05%, Orang Ulu: 0.13%, Lain-lain: 0.04%
DAP (6)

N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337
1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)
Penyandang: Ting Tze Fui(DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578
Melayu/Melanau: 11.19%, Cina: 38.59%, Iban: 50.19%, Bidayuh: 0.01%, Orang Ulu: 0.03%, Lain-lain: 0.01%
DAP (7)

P209 Julau
N041: PAKAN: SARAWAK: 9,274
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal B Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)
Penyandang: Datuk Seri William Mawan Ikom (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763
Melayu/Melanau: 1.30%, Cina: 8.24%, Iban: 90.46%
SNAP (9)

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)
Penyandang: Wong Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007
Melayu/Melanau: 0.98%, Cina: 6.40%, Iban: 92.61%, Lain-lain: 0.02%
PKR (9)

P210 Kanowit
N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058
1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (BEBAS)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)
Penyandang: Gabriel Adit Demong (BEBAS)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549
Melayu/Melanau: 0.36%, Cina: 6.71%, Iban: 92.93%
SNAP (10)

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944
1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)
Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289
Melayu/Melanau: 4.62%, Cina: 16.81%, Iban: 78.56%, Lain-lain: 0.01%
SNAP (11)

P211 Sibu
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926
1. Hii Tiong Huat (BEBAS)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)
Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751
Melayu/Melanau: 1.66%, Cina: 94.62%, Iban: 3.67%, Bidayuh: 0.01%, Orang Ulu: 0.02%, Lain-lain: 0.02%
DAP (8)

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251
1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (BEBAS)
Penyandang: Datuk Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408
Melayu/Melanau: 11.79%, Cina: 51.92%, Iban: 36.14%, Bidayuh: 0.04%, Orang Ulu: 0.05%, Lain-lain: 0.06%
DAP (9)

P212 Sibu
N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504
Melayu/Melanau: 5.36%, Cina: 59.73%, Iban: 34.84%, Orang Ulu: 0.05%, Lain-lain: 0.01%
DAP (10)

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375Majoriti: 263
Melayu/Melanau: 7.64%, Cina: 89.07%, Iban: 3.06%, Orang Ulu: 0.11%, Lain-lain: 0.12%
DAP (11)

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)
Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815
Melayu/Melanau: 53.55%, Cina: 25.28%, Iban: 20.50%, Bidayuh: 0.21%, Orang Ulu: 0.19%, Lain-lain: 0.27%
BN (11) (10)

P213 Mukah
N050: DALAT: SARAWAK: 11,857
1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Independant)
Penyandang: Datin Fatimah Abdullah (BN-PBB)
*Datin Fatimah menang tanpa bertanding pada 2006.
Melayu/Melanau: 73.88%, Cina: 8.31%, Iban: 17.81%
PKR (10)

N051: BALINGAN: SARAWAK: 11,792
1. Suriati bt Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (BEBAS -PERSB)
Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726
Melayu/Melanau: 68.63%, Cina: 12.81%, Iban: 18.55%, Lain-lain: 0.01%
BEBAS (4)

P214 Selangau
N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)
Penyandang: Joseph Mauh Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377
Melayu/Melanau: 2.35%, Cina: 4.55%, Iban: 87.37%, Bidayuh: 2.17%, Orang Ulu: 1.80%, Lain-lain: 1.75%.
PKR (11)

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (BEBAS)
Penyandang: Joseph Mauh Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852
Melayu/Melanau: 5.92%, Cina: 5.41%, Iban: 77.92%, Bidayuh: 1.49%, Orang Ulu: 8.53%, Lain-lain: 1.00%.
PKR (12)

P215 Kapit
N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322
1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Independent)
Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Melayu/Melanau: 5.88%, Cina: 15.40%, Iban: 78.18%, Bidayuh: 0.21%, Orang Ulu: 0.33%
BN (12) (11)

N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
2. Toh Heng San (SNAP)
3. Munan ak Laja (PKR)
Penyandang: Datuk Ambrose Blikau Enturan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,887
Majoriti: 3,332
Melayu/Melanau: 3.54%, Cina: 5.51%, Iban: 91.31%
SNAP (12)

P216 Hulu Rajang
N056: BALEH: SARAWAK: 11,287
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802
Melayu/Melanau: 0.23%, Cina: 0.19%, Iban: 99.03%, Orang Ulu: 0.53%, Lain-lain: 0.01%
BN (13) (12)

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463
1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Independant)
5. Matthew ak Munan (BEBAS)
6. Kenneth Adan Silek (BEBAS)
Penyandang: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 1,855
Majoriti: 227
Melayu/Melanau: 3.37%, Cina: 2.82%, Iban: 1.03%, Orang Ulu: 89.78
SNAP (13)

P217 Bintulu
N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979
1 . Ramli Ak Malaka (SNAP)
2 . Abdul Jalil b Bujang (PKR)
3 . Datuk Haji Talib b Zulpilip (BN-PBB)
4 . Abdul Kuddus b Ramlee (BEBAS)
5 . Awang Abdillah b Awang Nasar (BEBAS)
Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,997
Majoriti: 3,179
Melayu/Melanau: 55.20%, Cina: 4.47%, Iban: 40.30%, Orang Ulu: 0.04%
BN (14) (13)

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225
1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)
Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664
Melayu/Melanau: 15.15%, Cina: 38.11%, Iban: 46.21%, Bidayuh: 0.06%, Orang Ulu: 0.08%, Lain-lain: 0.39%
DAP (12)

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082
1. Liam Rengga (Independent)
2. Bernard Bar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)
Penyandang: Dr Stephen Rundi Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,750
Majoriti: 1,572
Melayu/Melanau: 4.18%, Cina: 3.76%, Iban: 92.03%, Orang Ulu: 0.01%, Lain-lain: 0.02%
SNAP (14)

P218 Sibuti
N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672
1. Rosey bti Yunus (BN-SPDP)
2. Dayang Juliana bti Awang Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak b Mahwi (PKR)
Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,357
Majoriti: 3,072
Melayu/Melanau: 48.57%, Cina: 14.67%, Iban: 36.34%, Orang Ulu: 0.40%, Lain-lain: 0.02%
PKR (13)

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144
1. Ripin b Lamat (BN)
2. Zolhaidah bti Suboh (PKR)
3. Johari b Bujang (SNAP)
Penyandang: Datuk Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,331
Majoriti: 2,834
Melayu/Melanau: 37.26%, Cina: 26.48%, Iban: 31.19%, Bidayuh: 1.46%, Orang Ulu: 3.56%, Lain-lain: 0.06%
PKR (14)

P219 Miri
N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600
1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918
Melayu/Melanau: 19.9%, Cina: 64.06%, Iban: 13.88%, Bidayuh: 0.25%, Orang Ulu: 1.73%, Lain-lain: 0.17%
DAP (13)

N064: PUJUT: SARAWAK: 22,577
1. Chia Chu Fatt (BN)
2. Fong Pau Tek (DAP)
Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,493
Majoriti: 1,370
Melayu/Melanau: 20.19%, Cina: 65.37%, Iban: 8.95%, Bidayuh: 1.86%, Orang Ulu: 3.12%, Lain-lain: 0.50%
DAP (14)

N065: SENADIN: SARAWAK: 14,144
1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Penyandang: Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799
Melayu/Melanau: 28.23%, Cina: 50.21%, Iban: 17.04%, Bidayuh: 0.88%, Orang Ulu: 3.50%, Lain-lain: 0.13%
PKR (15)

P220 Baram
N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Independent -PERSB)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)
Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954Majoriti: 4,284
Melayu/Melanau: 11.24%, Cina: 16.50%, Iban: 61.94%, Bidayuh: 1.52%, Orang Ulu: 8.49%, Lain-lain: 0.31%
SNAP (15)

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Independent - PERSB)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)
Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771
Melayu/Melanau: 1.26%, Cina: 4.57%, Iban: 16.03%, Bidayuh: 0.56%, Orang Ulu: 76%, Lain-lain: 1.58%
PKR (16)

P221 Limbang
N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (BEBAS)
4. Ladis Pandin (BEBAS)
Penyandang: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,501
Majoriti: 3,229
Melayu/Melanau: 54.18%, Cina: 30.95%, Iban: 12.83%, Bidayuh: 0.10%, Orang Ulu: 1.90%, Lain-lain: 0.04%
BN (15) (14)

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)
Penyandang: Paulus Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,961
Majoriti: 1,262
Melayu/Melanau: 4.41%, Cina: 1.09%, Iban: 26.13%, Bidayuh: 0.29%, Orang Ulu: 68.07%, Lain-lain: 0.01%
BN (16) (15)

P222 Lawas
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958
1. Baru Bian (PKR)
2. Willie Liau (BN-SPDP)
Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475
PKR (17)

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
2. Japar Suyut (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475
Melayu/Melanau: 70.35%, Cina: 13.13%, Iban: 3.46%, Bidayuh: 0.04%, Orang Ulu: 12.86%, Lain-lain: 0.16%
PKR (18)

TERKINI : Gempa Bumi 7.1 Gegar Jepun TETAPI Terlepas Ancaman Tsunami

Posted: 07 Apr 2011 02:58 PM PDT

Sebuah rakaman video menunjukkan saat gempa bumi melanda Jepun, menyebabkan bangunan pencakar langit di Tokyo bergegar dan di khuatiri akan sekali lagi berlaku bencana besar seperti yang telah terjadi bulan lepas.

Sebuah amaran tsunami telah dikeluarkan selepas gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud berlaku di pantai timur laut sekitar jam 11:30 pm (waktu Jepun) hari ini, tetapi badan meteorologi negara itu telahpun menariknya semula.

Gempa bumi yang kuat sebulan lalu telah meratakan kawasan yang berhampiran pantai.



Siaran televisyen NHK Jepun telah mengarahkan penduduk di timur laut supaya berpindah ke tempat yang lebih tinggi dan jauh dari pantai.

Amaran yang sama turut dikeluarkan kepada beberapa daerah yang telah hancur dilanda oleh tsunami bulan lalu, yang dipercayai telah mengorbankan kira-kira 25,000 orang dan telah mencetuskan krisis yang tenaga nuklear.

Di Tokyo, kira-kira 200 kilometer dari pusat gempa, bangunan-bangunan tinggi telah bergoyang selama lebih dari satu minit.

Pejabat Loji Nuklear Dai-ichi Fukushima tidak mengalami sebarang masalah berikutan susulan gempa bumi yang baru berlaku.

Gempa bumi terkini itu berlaku di sekitar 90 batu dari Fukushima.

Bangunan pencakar langit di Tokyo, 200 kilometer dari pusat gempa, bergoyang selama lebih dari seminit

Dahsyat: Sebuah gempa berkekuatan 7.1 baru telah melanda Jepun, dan berlaku di kawasan yang sama dengan gempa 9.0 magnitud Mac lalu.

Pekerja-pekerja di sebuah stesyen TV Jepun di Tokyo berpegang pada meja mereka ketika gempa menggegarkan bangunan selama satu minit.

Sebuah keluarga bersiap-siap untuk keluar dari kediaman mereka selepas menerima amaran tsunami di Miyako

Paul Caruso, seorang ahli geofizik di US Geological Survey di Golden, Colorado, berkata gempa bumi yang baru melanda itu terjadi di sekitar lokasi yang sama gempa bumi pada 11 Mac lalu.

Ahli pasukan penyelamat Jepun mendengar berita dari radio di Ichinoseki, Wilayah Iwate, beberapa saat setelah gempa bumi berlaku.

Amaran tsunami dikeluarkan di sekitar 300 batu kawasan dari timur laut pantai dari Wilayah Aomori utara sehingga Wilayah Ibaraki di pusat Jepun, utara Tokyo.

US Geological Survey pada awalnya mengeluarkan maklumat gempa bumi 7.4 magnitud, namun kemudian ia diturunkan kepada 7.1. Gempa yang mencetuskan tsunami pada bulan lalu ialah 9.0 magnitud.

Ratusan gempa susulan telah menggegarkan wilayah timur laut yang musnah oleh gempa bumi 11 Mei, namun ia kecil dan tidak lebih kuat dari 7.0.

Setelah gempa bumi semua bekalan elektrik telah dipotong. Bandar-bandari menjadi gelap, tetapi kereta tetap bergerak normal dan orang ramai berkumpul di jalan-jalan utama walaup telah lewat malam.


Kredit : DailyMail

Tiada ulasan: