Pulakdah! |
Posted: 04 Apr 2011 02:40 AM PDT PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan masih lagi lantang bersuara, jika dahulu ia menjadi suara untuk pembangkang, tapi kali ini dia tidak lagi bercakap menentang Barisan Nasional (BN) tetapi secara rasmi menjadi suara untuk parti pemerintah. Gobalakrishnan, yang meninggalkan PKR pada Jan 29, muncul di sebuah pentas ceramah di Puchong dan berkongsi pentas dengan ADUN-ADUN BN dan pemimpin BN tempatan sejak berpisah selama 12 tahun. Bekas Setiausaha Pemuda MIC itu menyertai PKR pada tahun 1998, namun keluar dari parti apabila pemimpin de facto Anwar Ibrahim melantik peguam N Surendran sebagai Naib Presiden yang baru, dan bukan dari kumpulan dari wakil India yang terpilih. Bercakap pada ceramah UMNO yang diadakan di Puchong Indah, dia berkata hanya BN yang boleh menangani kesengsaraan masyarakat India. Siri program ceramah BN untuk Selamatkan Selangor itu juga dihadiri oleh ketua pembangkang Selangor Satim Diman. Gobalakrishnan, yang kini seorang ahli parlimen bebas yang mesra-BN, juga mengecam Anwar dan timbalan presiden PKR Azmin Ali. "Anwar begitu sayangkan Azmin sehingga ia telah lupa kepada pemimpin lain di dalam PKR dan rakyat Malaysia. PKR ialah parti itu yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan Anwar dan Azmin. Ketua parti sanggup mengorbankan sesiapa saja disebabkan oleh sayangnya kepada Azmin. "Anwar telah tiga kali meminta saya untuk keluar dari PKR. Jadi, saya keluar dari PKR kerana sudah tidak boleh tahan lagi," tambahnya. Gobalakrishnan berkata dia memilih untuk bersama dengan BN kerana rakyat, terutamanya masyarakat India, di Selangor kami 'menderita' di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Pakatan terdiri daripada gabungan PKR, PAS dan DAP. "Lihatlah apa yang terjadi di sini. Pentadbiran negeri penuh dengan penipuan. Yayasan Selangor sekarang muflis. Apakah ini yang diharapkan daripada rakyat kepada Pakatan? Rakyat di Selangor perlu bijak dalam memilih kerajaan negeri pada masa akan datang. Dan saya rasa kerajaan BN lah yang terbaik untul negeri dan negara," tambahnya. Penyokong PKR Diserang Namun, program ceramah itu bertukar menjadi buruk apabila beberapa penyokong PKR mulai berkumpul semakin dekat sambil memegang sepanduk memprotes ucapan berapi-api Gobalakrishnan. Situasi menjadi semakin kacau ketika penyokong UMNO penyokong mula membalas. Pengarah pilihan raya PKR Puchong Zainal Abidin Abu Bakar dan isterinya ditendang dan dipukul berkali-kali oleh orang-orang UMNO. Dia kemudian 'diselamatkan' oleh Ketua Cabang PKR Puchong S Murali. Mengulas insiden tersebut, Zainal berkata penyokong PKR datang bukan untuk menimbulkan masalah kecuali sekadar untuk melakukan 'protes aman terhadap Gobalakrishnan'. "Kami juga tidak masuk ke dalam untuk mendengar ceramah tersebut. Kami hanya berdiri di seberang jalan tetapi kami diserang," katanya kepada FMT. Sementara itu, Murali berkata beliau tidak tahu Gobalakrishnan hadir pada program ceramah tersebut sehinggalah dia pergi ke sana. "Saya masih setia kepada PKR di bawah Anwar. Kehadiran Gobalakrishnan di Puchong ini adalah kejutan. Ini jelas menunjukkan BN terdesak untuk menang di Puchong," tambahnya. Murali juga menyarankan Gobalakrishnan supaya lebih bersopan dalam ceramahnya. "Dia tidak perlu menggunakan kata-kata kasar terhadap Anwar dalam ucapannnya. Gobalakrishnan telah kehilangan kredibilitinya," tambahnya lagi. Kredit : FMT |
Video Safee Sali Jaring Gol Ala Rooney Posted: 03 Apr 2011 04:30 PM PDT KARAWANG - Tuah Safee Sali sekali lagi memberikan kemenangan untuk Pelita Jaya. Mereka berjaya menewaskan Persijap Jepara dengan dua gol tanpa balas. Perlawanan di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Ahad (3/4/2011), Pelita Jaya cuba tampil agresif sejak wisel pertandingan dibunyikan. Dengan tekanan-tekanan yang dihasilkan duo penyerang Safee Sali dan Juan Ramirez, Pelita Jaya terus memberi ancaman ke gawang Persikap. Persijap sebenarnya sempat membuat penyokong Pelita Jaya terdiam ketika pertandingan baru bermula seawal minit ke empat. Penyerang Alberto Goncalves berhasil membolosi gawang Pelita yang dikawal I Made Kadek Wadana. Namun, gol itu tidak dikira kerana Beto dalam posisi offside. Kebuntuan gol tuan rumah dipecahkan pada minit ke-11. Ketika Joko Sasongko melakukan tendangan percuma, Safee yang tidak dikawal melakukan gol hebat sepakan gunting dan bola tendangannya tidak mampu dihalau penjaga gol Persijap Persijap Danang Wihatmoko. Enam minit berselang, Safee nyaris menggandakan jaringan Pelita. Sayang sepakannya di depan pintu gol Persijap melambung tinggi. Persijap terus berusaha keras untuk menyamakan kedudukan. Namun, kawalan ketat pertahanan Pelita yang diketuai pasangan bek tengah Chris Doig dan Edi Hafid sukar ditembusi pasukan lawan. Hingga tamat babak pertama, keunggulan 1-0 Pelita masih bertahan. Persijap cuba tampil lebih agresif di babak kedua dengan harapan mampu mencetak gol awal. Pola serangan mereka dari pelbagai arah dan sempat beberapa kali menembusi barisan pertahanan pasukan tuan rumah. Gendut Doni memiliki peluang keemasan beberapa saat setelah babak kedua bermula. Namun, sayang tendangannya masih melambung melepasi gawang Pelita. Ketika asyik menyerang, Persijap tiba-tiba dikejutkan oleh gol kedua Pelita Jaya pada minit ke-62. Pemain muda Joko Santoso memlebarkan jarak Pelita juga melalui sebuah gol cantik. Pemain muda berusia 19 tahun itu menembusi pertahan lawan dari sisi kanan dengan melepasi empat pemain pertahanan Persijap, sebelum akhirnya disudahkan dengan tendangan keras yang menuju ke sisi kanan gawang Persijap. Jaringan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. Saksikan kedua-dua jaringan gol di bawah: Jaringan pertama sepakan gunting Safee Sali Jaringan ke-2 oleh Joko Santoso |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan