Jumaat, 22 April 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


Radioaktif Masuk Lautan Pasifik

Posted: 22 Apr 2011 06:30 AM PDT

KAN (kiri) bersalam dengan penduduk yang mendiami penempatan sementara di bandar raya Koriyama di Fukushima, semalam.
Lebih 5,000 terabecquerels iaitu 20,000 kali had dibenarkan loji

TOKYO: Tahap radioaktif yang masuk ke Lautan Pasifik dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang musnah awal April lalu dianggarkan mengandungi lebih 5,000 terabecquerels bahan radioaktif iaitu lebih 20,000 kali had yang dibenarkan loji itu.

Agensi berita Kyodo melaporkan ini bukan kali pertama pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) mengeluarkan data. TEPCO turut menambah jumlah kebocoran dianggarkan mencecah 520 tan.

"Ini adalah kali pertama TEPCO mengeluarkan data menunjukkan jumlah sebenar bahan radioaktif yang mengalir keluar akibat kebocoran itu yang diuji dalam enam hari sejak 6 April. Bagaimanapun kadar kebocoran itu adalah benar kerana pencemaran dikesan di laut sejak Mac," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengisytiharkan kawasan pemindahan sekitar 20 kilometer berhampiran loji nuklear Fukushima sebagai zon dilarang masuk.

Langkah itu berkuat kuasa pada waktu tengah malam selepas polis mendapati lebih 60 keluarga masih lagi tinggal di kawasan di sekitar loji yang dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Loji terbabit di mana sistem penyejukan reaktor terjejas, dilanda siri letupan dan kebocoran radiasi ke udara, kawasan tanah dan laut dalam yang disifatkan bencana nuklear terburuk dunia sejak Chernobyl 25 tahun lalu.

"Loji itu tidak stabil," kata jurucakap Kan, Yukio Edano.

"Kami meminta penduduk tidak pergi ke sana kerana ia berisiko tinggi."

"Hari ini, kami memutuskan mengisytiharkan kawasan itu darurat berdasarkan undang-undang bencana," katanya.

Kerajaan mengisytiharkan 20 kilometer kawasan loji itu sebagai zon tidak boleh masuk selepas gempa, selain meluaskan 30 kilometer kawasan lingkungan itu di mana penduduk mulanya digesa berada di dalam rumah tetapi kemudian diminta berpindah. – AFP

-BH Online

Tiada ulasan: