Selasa, 26 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


pemandu kereta yang terjunam di KB Mall dihukum penjara

Posted: 26 Apr 2011 06:51 AM PDT

Mungkin ramai yang masih ingat, tragedi sebuah kereta Ford Laser yang terjunam ke dalam Kompleks Membeli belah KB Mall, di Kota Bharu pada 2009 sehingga menyebabkan dua orang maut. (lihat foto)

Hari ini, pemandu kereta berkenaan, iaitu seorang penjaga burung layang-  layang dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret kerana kecuaian itu.

kelihatan ford laser itu terjunam di eskalator kb mall
Masjistret Norhaslinda Che Seman menjatuhi hukuman itu selepas Mohd Sabri Jusoh, 29, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan disabitkan bersalah.

Dia dituduh menyebabkan kematian dengan cuai terhadap Siti Amira Shamsudin, 19, dan Siti Nur Dianah Azman, 23, di kawasan itu, pada 5.10 petang, 6 Disember 2009.



Mohd Sabri didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Selain mengakibatkan kematian dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill Kota Baharu itu, seorang rakan mereka turut cedera parah ditimpa Ford Laser yang terjunam dan menimpa mangsa dari tempat letak kereta di tingkat tiga KB Mall itu selepas merempuh dinding lubang angin di situ. 

Siti Amira, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nur Dianah, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). 

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan  Nor Ain Said, 19, yang cedera parah di kepala, telah dirawat di hospital yang sama. - BERNAMA 

NGERI: Sepuluh jari manusia ditemui dalam beg plastik..

Posted: 25 Apr 2011 10:10 PM PDT

Seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sedang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Kuang, hari ini.


Sharudin Manaf dilaporkan menemui jari-jari tersebut dalam sebuah beg plastik berwarna putih kira-kira pukul 10 pagi, kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Rahim Abdullah kepada Bernama, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). (foto hiasan)
Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik tersebut, katanya.
"Cap jari itu akan dirujuk segera ke Sistem Cap Jari Automatik Malaysia (MAFIS) untuk mengenalpasti butir-butir mangsa," kata beliau.
Rahim berkata, perlakuan jenayah itu dipercayai dilakukan kurang dari tempoh 24 jam.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan jari tersebut agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

IBAN naik angin... habuan pilihan raya negeri belum ditunai

Posted: 25 Apr 2011 08:48 PM PDT

Lebih 100 Iban naik angin menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu untuk menuntut janji habuan pilihan raya negeri baru-baru ini yang masih gagal ditunaikan.

Mereka menuntut habuan wang RM400 seorang yang dijanjikan sebagai menyokong calon SUPP.

Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa pengundi Iban  berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tuai rumah panjang sebelum pilihan raya.

SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memantau keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

p/s: siapa yang ada buat janji dengan Iban siap sedia....

PANAS: Calon Bebas PRN Sarawak mengaku ditaja UMNO

Posted: 25 Apr 2011 06:56 PM PDT

SIBU: Seramai 16 lelaki mendakwa ditipu oleh dua orang yang kononnya mewakili UMNO untuk memilih mereka ini menjadi calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.

Seorang daripadanya, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila bertanding.

Ketika dihubungi Abu Nawas hari ini, Joseph berkata, mereka telah menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan UMNO Sarawak (JPUNS).

UMNO tidak mempunyai cawangannya di Sarawak. Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas, berkata, beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki berkenaan.

"Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas," katanya.

Malah katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi "Kitak Tak Jadi Bertanding" (Kamu Tak Jadi Bertanding) - (Buletin Hairan Online)

ASTORA JABAT... KEMBALI DI UTUSAN MELOYA

Posted: 25 Apr 2011 06:32 PM PDT



Nah.. memang dah tahap gaban.. TAKDA PENULIS LAIN LAGI. Astora Jabat hidup lagi . Dah start menulis di Utusan Malaysia. Haru .. nanti ustaz Utusan  ni lebih banyak buat tafsiran sendiri dan hujahan mengelirukan... Itulah hangpa tak baca suratkhabar Umno... last-last ketinggalan keretapi.. tak tau si Jabat ni yang dah dibuang, balik semula ke suratkhabar lama tu. Biargpi ka dia ler.. takda orang baca pun.. biag dia merapu meraban 

AC MIZAL JUAL GELANG BESI BERANI KEPADA UMNO

Posted: 25 Apr 2011 06:03 PM PDT

Jangan bersedih bila tokeh gelang besi berani masuk Umno. Kalau sedih nanti kena jual. Al Kisah ler tokeh gelang ni... lagi fofular dah kuar muka depan surat-surat khabar. Kecoh satu Malaya. Ramailah yang akan lebih mudah terpedaya kononnnya gelang besi berani itu memberi tuah kepada pemakainya. Lagi laku gelang dia bila Najib dan Muhyidin dan menteri2 kabinet pakat pakai sorang satu. 

AC Mizal akan cadangkan kepada Najib agar semua ahli Umno dan menteri-menteri memakai gelang besi berani itu untuk power. KM Sarawak Taib Mamud kena pakai juga gelang besi berani ni

Bior kan dia dengan bini deme dok dalam Umno dulu.. elokpun selagi rambut kaler merah... belum sampailah waktu tu.  Sebenarnya Mizal kena masuk Umno untuk masyuk RM.. kalu tak susah nak jual gelang besi berani tu. Kalau masuk PAS alamat kena buang habis gelang besi berani tu.. tak laku. 

Lepas ni lebih ramail tertipu power gelang besi berani tu .. terutama orang Umno yang mana sekarang pun dah berlambak pakai gelang besi berani konon tambah power. 

Bacalah blog-blog mengenai muslihat bisnes gelang besi berani  AC Mizal tu. kah kah kah! 

Janganlah bersedih kalau dia tak masuk PAS atau PKR pun. Rambut dia dengan bini masih kaler merah. Tangan siap bergelang besi berani .. tambah power.. silap hari terpesong akidah...



Umno dah mulai risau banyak kerusi tak selamat di DUN Perak

Posted: 25 Apr 2011 05:36 PM PDT



Kisahnya ini saya copy paste (tanpa izin) dari portal pro Umno ler. Kekadang kena juga baca nak tau akal dia orang. Tak menjadi kesalahan untuk mendapat info.. tapi infonya menarik juga kekadang tu untuk difikirkan. Rupernyer depa pun dok ghapelah sakan takut3 kalah lebih teruk di Perak pada PRU nanti... he he memangpun akan kalah lebih teruk sebab depa gagal  nak perbetul akal kes rampasan kuasa tu..
Ini kisah Parlimen Pasir Salak dan Parlimen Teluk Intan (takda teman nak edit aper pun) 
Sebahagian besar perkampungan Melayu berada di dalam DUN Sungai Manik yang berada dalam Parlimen Pasir Salak. Manakala Parlimen Teluk Intan, DUN 'Melayu' hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.
Pasir Salak dikatakan kubu selamat buat UMNO memandangkan ketiga-tiga  kerusi (1 Parlimen, dua DUN) dikuasai oleh UMNO-BN sepenuhnya. 
Dua DUN di Pasir Salak adalah DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah. 
Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi tersebut langsung tidak selamat buat UMNO memandangkan catatan majoriti yang diperolehi untuk Parlimen Pasir Salak, DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah, telah menurun secara drastik pada tahun 2008 berbanding 2004. (baca lagi panas..., klik kat bawah tu)

Berdasarkan perkembangan terkini, Parlimen Teluk Intan dan DUN Pasir Berdamar tidak mungkin dapat direbut oleh mana-mana parti gabungan Barisan Nasional. Dengan jumlah pengundi berbangsa Cina yang mengatasi pengundi Melayu, sama ada MCA, MIC, GERAKAN apatah lagi PPP sekadar boleh telan asap.
Namun Changkat Jong yang mempunyai pengundi Melayu teramai, sepatutnya berjaya dipertahankan oleh UMNO menerusi wakilnya, Idris Hashim yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan. Ditambah pula dengan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), seharusnya UMNO di Changkat Jong mempunyai imej yang cukup baik.
Beberapa pengumuman telah dibuat, bahkan retreat dan beberapa aktiviti membabitkan PNS turut dilakukan di Teluk Intan, namun ternyata ia tidak menambahkan sokongan daripada masyarakat Changkat Jong, sebaliknya ramai yang melihat tindakan Ketua Bahagian UMNO Teluk Intan itu mempunyai motif untuk mempertahankan jawatannya di dalam UMNO dan tidak bertujuan sama sekali untuk memajukan masyarakat!
Idris Hashim bertanding sebagai calon UMNO-BN di Changkat Jong pada tahun 2008. Namun dia kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin (foto atas) dengan majoriti 899 undi. Walhal pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.
Pengaruh PAS dan PKR di Changkat Jong begitu meningkat. 
Manakala pengaruh DAP di Pasir Berdamar dan Teluk Intan juga kian bertambah
Malangnya, pengaruh UMNO di Changkat Jong, semakin merosot dan langsung tidak menggigit.
Apa sebenarnya yang berlaku sehingga boleh jadi sebegitu rupa, walaupun Changkat Jong suatu ketika dahulu merupakan kawasan kubu kuat UMNO?
Apakah kerana lambakan beban tugas yang melampau kepada Idris Hashim yang khabarnya mempunyai cerita menarik terutama status bangkrap, untuk dilantik sebagai Pengerusi PNS, menyebabkan UMNO Teluk Intan dibenci? Penggunaan dana PNS untuk politik peribadinya di dalam UMNO Teluk Intan, juga banyak diperkatakan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri PNS di Teluk Intan, menambahkan lagi cerita-cerita negatif tentang Idris Hashim. Bahkan pembayaran zakat PNS yang beribu pejabat di PWTC dikhabarkan dilakukan di Teluk Intan. 


Malah cerita terbaru tentang serbuan SPRM selepas mendapat laporan yang 'accurate' bagi perbelanjaan yang LUAR BIASA PNS, memberikan impak yang sangat negatif kepada Idris Hashim. Paling menarik ialah cerita tentang pengubahsuaian bilik pejabat Pengerusi termasuklah bilik air peribadinya menjangkau perbelanjaan yang sangat luar biasa.
Berdasarkan cerita-cerita yang begitu meluas, timbullah pertanyaan sama ada UMNO Teluk Intan mampu menawan Changkat Jong. Atau Changkat Jong akan terus berada di tangan PAS seperti sekarang kerana masalah Ketua Bahagian Teluk Intan yang tidak berkesudahan? 
(sumber peraktoday)

Tiada ulasan: