pemuda cheh |
| Posted: 11 Apr 2011 04:23 AM PDT Keputusan PRU Sarawak adalah sedikit sebanyak bakal mengambarkan bukan hanya masa depan politik Taib Mahmud tetapi juga Najib serta Dr Mahathir. Kesan perubahan yang bakal berlaku akan melanda politik tanahair yang juga bakal menukar tuan dan pentadbir di Putrajaya. Sudah pasti mereka akan berhempas pulas demi memastikan PR takkan menjejakkan kakinya di Putrajaya. Dr Mahathir sendiri bukan hanya sekadar sifu politik kepada Najib tetapi 'nyawanya' kini menjadi pertaruhan. Skandal, kezaliman, penindasan, rasuah, salah-guna kuasa dan sebagainya akan pasti terbongkar. Rakyat pasti menuntut sebuah keadilan dan tidak melepaskan lezaliman berlalu begitu sahaja. Kecuali Malaikat al-Maut lebih dahulu mengambil nyawanya. Apa yang berlaku di Mesir kini cukup mengelisahkan para pimpinan dan para mantan pimpinan UMNO-BN. Mantan PM Mesir Ditangkap Atas Tuduhan Korupsi Cairo - Ahmed Nazif, yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sampai pemerintahannya digoncang kebangkitan rakyat pada Januari baru-baru ini. Beliau ditangkap kini atas tuduhan melakukan rasuah. Berikut menurut kata beberapa sumber pengadilan.Sumber-sumber itu menyebut bahwa Nazif, yang dipecat oleh mantan Presiden Hosni Mubarak bersama kabinetnya pada 28 Januari dalam usaha untuk meredakan protes yang meningkat tetapi gagal dan akhirnya pemerintahan Hosni Mubarak sendiri digulingkan. Nazif akan ditahan selama 15 hari. Demonstrasi kini kembali membuak di Mesir khususnya di Medan Tahrir. Para penunjuk perasaan telah bersumpah untuk terus melanjutkan usaha mereka meskipun kini dua orang telah terbunuh dan kematian mungkin meningkat dikalangan mereka yang cedera. Pada hari Jumat lalu, puluhan ribu warga Mesir berkumpul untuk menuntut presiden yang sudah diguling Hosni Mubarak dan kroni-kroninya untuk diadili dan dibicarakan di mahkamah. Inilah yang menjadi trauma kepada pemerintah dan mantan mereka. Kebimbangan jika mereka diadili dan penjara menjadi tempat istirehat sebelum mati kerana sepanjang pemerintahan mereka telah menjadikan mereka kaya-raya dengan mengambil kesempatan diatas aamanah rakyat. Sebab itulah kini Najib sendiri terpaksa turun dan berkampung ke Sarawak. Ianya juga merupakan tali hayat politik beliau. Anda dapat bayangkan betapa sibuknya pejabat SPRM dan mahkamah selepas PRU-13 jika UMNO-BN kehilangan kuasa. Siapa pulak yang bakal jatuh dari bangunan SPRM ketika itu? |
| BN dibayangi ‘dilema’, Pakatan mula raih sokongan Posted: 10 Apr 2011 05:53 PM PDT ![]() Nik Aziz ketika berceramah di kawasan Batu Kawah dekat Kuching malam tadi. Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10. Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching. Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam. Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching. ![]() Sebahagian daripada hadirin pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Batu Kawah. — Foto oleh Choo Choy May Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk 'bersiar'siar' di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka. Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium. Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang 'bersemangat' dan menarik perhatian. Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian. Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin. Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa "Pek Moh", istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain. "Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat," kata beliau. Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di "Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma." Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan. Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu. Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. |
| You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan