PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Kat GOMBAK takde ayam kampong jerr???
- Jangan Buat Kerja Bangang!
- Hanya Berok Sahaja Yang Suka baca Melalok
Kat GOMBAK takde ayam kampong jerr??? Posted: 25 Apr 2011 05:35 AM PDT Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April. REMBAU: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diminta jangan cepat dan menghentikan pertelagahan sesama kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April yang memetik Azmin melabelkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali sebagai "jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian". Azmin mengeluarkan kenyataan tersebut apabila akhbar yang sama melaporkan kenyataan Mustafa pada 23 April bahawa ada kemungkinan masa depan PAS turut bergantung pada keputusan siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang. Mengulas perkembangan tersebut Norazizi berkata Azmin selaku pemimpin peringkat tertinggi dalam PKR beliau harus matang, faham dan melihat kenyataan Mustafa dari aspek positif dan bukan respon secara emosional yang akhirnya akan merugikan PR itu sendiri. " Azmin harus meneliti kembali kenyataan Mustafa, di mana kenyataan beliau (Mustafa) jelas menunjukkan bahawa isu tersebut perlu dilihat dengan serius dan hasil siasatan akan dinilai secara mendalam dan Mustafa turut mempersoalkan bagaimana sekiranya Anwar berjaya dibuktikan tidak terlibat kepada media. "Mengapa Azmin terlalu cepat melatah dan memberi respon secara beremosi, adakah beliau tidak meyakini yang dalam video itu bukan Anwar? Tindakan Azmin boleh mengundang reaksi negatif oleh rakyat", kata Norazizi. Norazizi turut mengulas bahawa tindakan Azmin yang mempersoalkan tindakan Mustafa itu, kerana membuat kenyataan secara terbuka seolah-olah mahu menyinggung perasaan PKR dan Anwar adalah tidak relevan. "Azmin seolah-olah lupa yang baru-baru ini beliau telah menggunakan media dan secara terbuka menyatakan bahawa PAS sedang turut meninjau kawasan kerusi yang berbilang kaum. Adakah ini tidak menyinggung perasaan PAS? ", tanya Norazizi. Tindakan Azmin sedemikian hanya memberikan imej buruk kepada PR dan Norazizi meminta Azmin menghentikan kenyataan sedemikian agar tidak menghakis keyakinan rakyat. LSS: Ini macam punya orang pun ada kerr??? Ini parti bukan nya syarikat persendirian la bro! setiap tindakan mestilah di kaji bukan terus sokong menonong jerr!! ini semua nak cepat melatah! itu jaguh kampung sudah bikin kerja!!! Itu jaguh Gombak Bikin apa??? Cuba Tanya Zali Gombak! Itu Surat Khabar Ada Cukup "Supply" Kaaa???? kah...Kah...Kah...Kah |
Posted: 25 Apr 2011 04:28 AM PDT PERKASA berdemo di depan ibu pejabat MCA-Mkini Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia. Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api". Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu. "MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya. "Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit. Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media.Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek. Sementara itu, sekumpulan pemimpin PERKASA yang diketuai bekas ketua pemudanya Arman Azha Abu Hanifa turut berkumpul di hadapan pejabat DAP nasional di Pudu, Kuala Lumpur.Difahamkan, kumpulan berkenaan mengedarkan naskhah akhbar Utusan Malaysia secara percuma kepada individu yang keluar masuk ke bangunan berkenaan. Kelihatan begitu ramai ahli - ahli Perkasa yang sedang berdemo depan pejabat DAP LSS: Lagi satu kerja bangang! orang jual surat khabar dapat komisen,orang yang kerja kat pejabat melalok dapat gaji .Orang yang kerja kat kilang melalok pun dapat gaji! habis tu mangkuk - mangkuk ayun yang dok terlompat - lompat kat depan pejabat MCA tu dapat apa? Banyak benda lain yang perkasam boleh bikin selain dari dok terlompat - lompat dan buat kerja bangang tu! kalau melayu tak boleh hidup apesal kat KL ni masih ada oksigen lagi? jangan jadi bodoh! Takkan nak hidupkan orang melayu macam parpu kari !! Jangan buat kerja bangang! itu hari Pu...KIMMA..aak! dah buat kerja bodoh! inihari ada pulak mangkok ayun buat kerja bodoh! dah takde plan lain ke nak publisitikan melalok? selain dari "plan" bodoh! niee?????? |
Hanya Berok Sahaja Yang Suka baca Melalok Posted: 25 Apr 2011 03:36 AM PDT Kalau Kat Chow Kit Mat Pet Bikin Alas Tidur! TPM: Lagi dilarang, lagi nak baca Utusan-Mkini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak fikir gesaan beberapa pemimpin MCA untuk memboikot Utusan Malaysia akan berkesan kerana ia terpulang kepada pembacanya.
"Lagi orang kata jangan baca, lagi orang hendak baca. (Mereka tertanya-tanya) pasal apa? Takutkah?" katanya. MCA sebelum ini dilaporkan menggesa Utusan dipulaukan kerana mencadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' yang dianggap parti itu untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok berkata, konsep itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi dengan membuat pilihan semasa pilihan raya. Kecenderungan ke arah perkauman Tambahnya, media tidak boleh disekat selagi tidak malanggar batas undang-undang, menyentuh soal perkauman dan sensitif serta tidak mencetuskan keadaan tidak baik. "Saya tak fikir niat Utusan atau media lain hendak menghancurkan negara. Kalau dia berbuat demikian, sudah lama tercetus huru-hara. "Dan hanya satu surat khabar... cukupkah dia sehingga mencetuskan huru-hara?" soalnya yang juga menteri pelajaran. Sambil meminta semua pihak bersikap rasional, Muhyiddin juga berkata beliau tidak tahu kenapa MCA mencadangkan supaya akhbar milik Umno itu diboikot. Katanya, kecenderungan ke arah perkauman harus dihapus bawah gagasan 1Malaysia.Menurutnya lagi, dalam masa kita tidak boleh menghalang suatu pihak bersuara walaupun tidak disenangi yang lain. "Jadi, ini sepatunya menjadi asas kita. Tolong lapor setiap perkataan yang saya kata. Jangan sambil satu (bahagian) saja," katanya lagi kepada pemberita. LSS: Hek...elleh ini "paper lama!" kalau tak caya pergi kat mana - mana kedai runcit aci tak pon ke 7 eleven sampai malam masih ada "berbundle - bundle" lagi.Ini surat khabar dia punya kelentong ngalahkan orang isap ganja! dah nama pon Utusan Melalok! Ini "loyy...ya" punya surat khabar sape nak bace??? alahai, kalau ada nampak warga kota beli melalok bukan nak baca berita hanya sekadar nak tengok keputusan nombor, tup pasal yang paling ramai kat malaysia beli melalok adalah taik - taik judi jerr! Itu hari pemuda gerombolan kasi "free"...kat plaza tol pon orang kasi "free" apasal inisurat khabar tak laku pun bising - bising apa hal! orang tak heran la....Dalam harakah,roket dengan Suara Keadilan takde pengumuman Nombor ekor ! Tapi berita panas ! gilerr !!!!!! Nak Rasional ape ke mende! ini hal sekarang gerombolan dah berembat sama cukong - cukong dan towkay - towkay! pasal perkauman ini memang "real" wak din freddie krueger dah kelentong power! Ada ingat pasal itu Samy Vellu ada bising - bising pasal kepala lembu sudah "goreng" dalam itu utusan Melalok! kah...kah...kah |
You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan