PEJUANG PRO DEMOKRASI |
- Keputusan Rasmi : Akhirnya Di Kelentong Jua! Kah...Kah..Kah
- Laporan Terbaru Jumlah Undi PRN Sarawak
- kita tunggu dan lihat
- Gerombolan Sarawak Tibai Kepala Mat Monggol di saat akhir!
| Keputusan Rasmi : Akhirnya Di Kelentong Jua! Kah...Kah..Kah Posted: 16 Apr 2011 05:58 AM PDT Keputusan rasmi: BN 53, Pakatan Rakyat 15-Minsider KUALA LUMPUR, 16 April — Secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 52 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat tiga belas. BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam. Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006. Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi," katanya. Bebas menang di Pelagus. "Dengan ini saya isytiharkan BN memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang diperuntukan dan boleh di bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya. Lapan kerusi Pakatan Rakyat disumbangkan oleh PKR tiga manakala DAP lima. PAS tidak memenangi sebarang kerusi yang ditandingi. Kerusi Pelagus dimenangi oleh George Ak Lagong yang menewaskan Stanley Nyitar dari BN yang menerima 2,903 undi manakala wakil PKR Edward Sumbang menerima 1,171 undi. Setakat 10 malam BN menang di Daro, Katibas, Bukit Saban, Jemoreng, Baleh, Beting Maro, Belaga, Batu Danau, Simunjan, Belawai, Pakan, Machan, Bawang Assan, Bukit Sari, Tebedu, Layar, Opar, Sadong Jaya, Meluan, Balai Ringin, Sebuyau, Simanggang, Semop, Ngemah, Dalat, Nangka, Tarat, Batang Air, Muara Tuang, Balingian, Pantai Damai, Engkelili, Tupong, Kalaka, Tanjung Datu, Demak Laut. BN juga menang di Samariang, Kedup, Bekenu Telang Usan, Asajaya, Bukit Begunan, Lambir, Bukit Kota, Jepak, Marudi, Tasik Biru, Tamim, Saribas, Senadin dan Bengoh. Kerusi Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang dikuasai PKR manakala Repoh, Pending, Batu Kawah, Meradung, Pelawan, Bukit Assek, Piasau, Kota Sentosa, Pujut, Padungan dimenangi DAP.
Beberapa Minggu lalu LSS telah pun memberitahu akan ke"kelentong" ngan Ini! Ini lah artikel yang LSS tulis 5 april yang lalu: Pakatan Takkan Menang Di Sarawak! (cuba tanya ustaz google kalau tak jumpa) Propaganda murahan gerombolan seperti penayangan program televisyen yang bertajuk "sayang Sarawak" di TV1 atau TV2 mungkin boleh di tepis degan mudah dengan kuasa - kuasa blogger yang boleh melancarkan propaganda yang lebih dari itu kerana sekarang ni bukan era TV hitam putih lagi. Tetapi gerombolan punya "barua" yang sudah tentu memastikan kemenangan gerombolan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. SPR atau lebih terkenal dengan nama Suruhanjaya Penipu Rakyat akan mempastikan Undi Pakatan takkan melepasi Undi gerombolan. Segala tipu - kelentong sudah di atur dengan ketat.Polis dan Tentera sudah diberi 2 MyKad dan ini bermakna mereka boleh mengundi sebayak 2 kali oleh sudah pasti Undi di pihak gerombolan akan meningkat 2 kali ganda berbanding Undi di Pihak Pakatan. Pendatang - pendatang asing mahupun pendatang tanpa Izin sudah pun di beri MyKad,masih ingat lagi dengan beberapa fakta dengan pendatang asing yang terus membuang passport mereka kedalam sungai dan bila di tangkap dan di hantar pulang,negara asal tak mahu menerima mereka.Oleh itu kalau negara tak mahu menerima mereka jadi mereka ini akan di berikan MyKad dan sah menjadi pengundi dalam pilihanraya dengan syarat mereka ini mestilah mengundi gerombolan dan tak boleh mengundi Pakatan. Dalam pada itu SPR telah mengeluarkan satu peraturan terbaru iaitu calon - calon hanya boleh bawa tidak lebih dari 50 orang penyokonga sahaja untuk megiringi mereka hingga ke tempat penamaan calon esok.Kita juga sudah sedia maklum yang pilihanraya ini ibarat perlawanan bola sepak,Stadium gerombolan punya,padang gerombolan punya,penjaga garisan,pengadil semuanya milik gerombolan.Penyokong gerombolan duduk dalam stadium tapi penyokong pakatan di letakkan di luar stadium. Tiang gol Pakatan dari "coner" sebelah kiri sampailah "corner" sebelah kanan,Tinggi tiang gol pakatan 10 kaki tinggi,kalau macam tu letak 10 ekor gajah mammoth pun belum tentu boleh selamatkan walau sebiji gol sekali pun. Manakala Gerombolan punya gol menggunakan gol bola jaring,sampai mampos merembat pun gerenti tak masuk,kalau nak rembat kena buat bola "loop" bila bola nak masuk dalam jaring je SPR terus alih tiang gol. Oleh itu tak payah lah para pemimpin dalam PKR dalam pakatan rakyat mahu meletakkan harapan dalam Pilihanraya. Kalau Pilihanraya ini sudah mengubah apa - apa dalam tempoh 53 tahun merdeka ini pun sepatutnya ia sudah mengubah. Andai dalam tempoh 53 tahun Pilihanraya sudah melakukan apa - apa perubahan atau Reformasi, sudah pasti dalam tempoh 53 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation sudah mengharamkan Pilihanraya.JADI JANGAN TERUS JADI BODOH ATAU KENA BODOHKAN! PILIHANRAYA MEMANG SENANG KENA KELENTONG JADI BUAT APA NAK PILIHANRAYA???? NASIHAT KEPADA CALON - CALON YANG BERTANDING DAN RAKYAT YANG MENGUNDI SILA LAH BERTANDING DAN MENGUNDI LAH! DALAM........PILIHAN JALANRAYA! KAT SINI "SURE" TAKKAN KENA KELENTONG! |
| Laporan Terbaru Jumlah Undi PRN Sarawak Posted: 15 Apr 2011 11:44 PM PDT Pada Ketika Ini Ketua PKR Sarawak Iaitu Baru Bian Sedang Mandahului Calon BN di DUN ba'kelalalan dengan (PKR) 596 - 525(BN) Laporan Tak rasmi di Beting Maro PBB(BN) masih Mendahului Calon PAS(PR) dengan (PBB) 288 - (PAS) 144. Di Jepak PKR Mendahului Undi dengan 91 berbanding PBB 81 undi. PKR Masih mendahului lagi di Layar dan Meluan. Manakala di Kakus PKR - 122 BN - 70 PCM - 1 Di Dun Tamin PKR - 113 BN - 38 |
| Posted: 15 Apr 2011 10:35 PM PDT BN diramal tetap kekal kuasa dengan tipis, ramal penganalisis-Minsider KUCHING, 16 April — Barisan Nasional (BN) diramal mempertahankan kuasa pada pilihan raya negeri Sarawak hari ini namun Pakatan Rakyat dilihat terus memberi saingan menyengat yang tidak pernah disaksikan, kata penganalisis. Pengundian bermula pagi tadi dan akan berahir 5 petang ini. Menurut penganalisis, kuasa Pakatan Rakyat di Sarawak kini nampak lebih yakin di Sarawak yang mana gabungan tiga parti itu bertanding pada pilihan raya di bawah tiket Pakatan Rakyat. Tiga penganalisis memberitahu The Malaysian Insider BN dilihat sekali lagi akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, namun kemungkinan gagal mendapat majoriti dua pertiga. Mereka berkata demikian ekoran kempen Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan pengundi yang menentang kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang mana ia telah menimbulkan sama ada persoalan kenapa BN masih mampu mengekalkan kuasa di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat mengakui matlamat untuk menang besar agak mustahil, namun kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlihatkan satu keputusan matlamat itu boleh dicapai. "Kami yakin kami boleh pergi lebih jauh, kami menolak BN yang monopoli kerajaan negeri," katanya pada sidang media semalam. Menurut sumber, Pakatan Rakyat dilihat akan memenangi 34 kerusi DUN dengan DAP menang 13 dari 15 kerusi, diikuti PKR dengan 19 dari 49 kerusi dan PAS menang dua dari lima kerusi. Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan kemenangan dua pertiga BN dan 36 kerusi untuk membentuk kerajaan baru di Sarawak. Kemenangan Pakatan Rakyat itu dijangka diperoleh sebahagian besar dari kawasan bandar dan kawasan separa bandar, terutamanya yang terletak di bandar-bandar utama dan pinggir bandar. Penganalisis dilihat sepakat mengatakan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar, menunjukkan suasana politik di Sarawak mula mengalami perubahan besar sejak minggu lalu. Ragam pekerja parti di pekarangan pusat pengundian di Dewan Datu Merpati Jepang pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May Menjelang keputusan yang akan diumumkan malam ini, penganalisis berkata, BN telah menggunakan jentera kerajaan dan jentera parti itu bagi meyakinkan pengundi. Sebanyak 1,749 pusat mengundi dibuka hari ini dan 979,796 pengundi berdepan dengan pilihan sukar sama ada mahu "mengundi untuk perubahan" atau undi untuk "tranformasi", dua mesej kempen olah Pakatan Rakyat dan BN sepanjang 10 hari berkempen. Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Dr Faisal Syam Haziz yang memerhati perjalanan kempen berkata sejak 10 hari lalu pengundi merentasi semua etnik komuniti melahirkan rasa kecewa kepada Taib atau lebih dikenali sebagai "Pek Moh". "Mesejnya jelas. Rakyat menuntut perubahan dan saya nampak ia walaupun di kawasan komuniti Dayak. "Ramai dari mereka kecewa dengan BN... anda boleh rasa sentimen ini. Janji dibuat untuk sediakan air dan jalan, beri pekerjaan tapi ia hanya dibuat pada pilihan raya," katanya. Faisal berkata prestasi kempen yang dibawa Pakatan Rakyat menyebabkan berlaku undi protes - yang kecewa dengan BN tetapi tidak semestinya menyokong polisi Pakatan Rakyat. Tetapi pensyarah itu berkata keadaan ini tidak akan menyerupai tsunami politik 2008 kerana Sarawak berbeza sama sekali dengan Semenanjung. "Isunya berbeza di sini, biar saya katakan - saya rasa Pakatan Rakyat akan menang lebih kerusi dan boleh menafikan kemenangan dua pertiga tapi ia pertandingan yang sengit dan tiada siapa tahu parti mana akan menang," katanya. Faisal juga menekankan faktor utama adalah manipulasi dan sogokan, yang dijangkakan akan berlaku hari ini. Bagaimanapun ia telah terjadi apabila ada aduan mengatakan ejen-ejen BN mula memberikan pengundi antara RM100 sehingga RM2,000. Kampung dan kawasan pendalaman pula mendakwa menerima RM6,000. "Dan lihat, Pakatan Rakyat bukan hanya berdepan BN yang telah gunakan jentera pilihan raya yang besar, ia juga berdepan seluruh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. "Anda boleh perhatikan bagaimana ia sentiasa digunakan di kawasan luar bandar; Kemas, Jabatan Pelajaran, polis, semua jabatan dan menteri membantu kempen pilihan raya itu," katanya. Faisal menyifatkan ia sebagai "politik panadol" kerana ia akan sekat Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi. "Ini yang buatkan rakyat selesa, projek mi segera dan pemberian diberikan supaya mengundi BN tapi lepas pilihan raya mereka menderita semula," katanya. Beliau mendakwa jika Pakatan Rakyat dan BN bertanding atas satu gelanggang yang sama rata, Pakatan Rakyat boleh menafikan kemenangan dua pertiga BN dan mempunyai peluang besar untuk memenangi pilihan raya negeri itu. Pensyarah Universiti Putra Malaysia Profesor Jayum Anak Jawan kurang yakin peluang Pakatan Rakyat, tetapi bersetuju akan berlaku satu perubahan yang besar berbanding 2006. Pada pilihan raya negeri 2006, DAP hanya menang enam kerusi dan PKR satu kerusi. Jayum mengakui Pakatan Rakyat berdepan dengan kempen yang kuat dan telah berjaya menembusi kawasan bandar dan pinggir bandar. "Saya melihat ramai yang begitu teruja pada pilihan raya kali ini, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri. "Tapi kawasan Bidayuh dan Melayu/Melanau agak sukar... lagipun kawasan ini BN meletakkan muka baru," katanya. Tapi Jayum menjangkakan Pakatan Rakyat masih tidak akan memenangi pilihan raya negeri itu dan keputusan pada malam ini tidak mengejutkan. Beliau menjelaskan kebanyakan komuniti seperti Melayu/Melanau, Iban dan Bidayuh setia kepada kerajaan negeri sedia ada. "Mereka mungkin tidak gembira dan mengadu tanah mereka dicuri tapi pada pada masa sama mereka akan kekal mengundi BN. Jangan tanya saya kenapa, saya tidak boleh jawab," katanya. Jayum berkata lebih banyak diperlukan untuk "menggoncang" komuniti Dayak keluar dari politik sedia ada kerana mereka kelihatan tidak akan "bertukar kapal." "Atas dasar itu saya tidak yakin mereka akan tinggalkan kerajaan yang ada," katanya. Pensyarah Universiti Teknologi Mara Profesor Shaharudin Badaruddin bersetuju dengan pandangan itu dan berkata, ia adalah bertandingan yang paling sengit yang pernah disaksikan. Beliau menjelaskan pada pilihan raya 2001 dan 2006, pengundi tidak keluar mengundi dan kebanyakan mereka lebih selesa menjalankan kerja seharian daripada menyertai mana-mana ceramah politik. Shaharudin berkata beliau terkejut dengan perubahan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai "arus kuat" di negeri itu. "Ia agak luar biasa untuk lihat perubahan ini, saya melihat pemandu lori kaum Cina mengibar bendera PAS. "Saya cuba mengambil bendera PKR sekali tetapi dimarahi seorang wanita Bidayuh, memberi amaran jangan merosakkan bendera itu. "Dan, ia berlaku di kawasan luar bandar. Ini juga akan berlaku protes bagi pengundi Melayu... jadi dengan mudah mereka akan dapat lebih 19 kerusi atau nafikan kemenangan dua pertiga BN," katanya. |
| Gerombolan Sarawak Tibai Kepala Mat Monggol di saat akhir! Posted: 15 Apr 2011 08:44 PM PDT Dakwaan beli undi, BN Sarawak 'serang' rakan Semenanjung akhiri kempen-Minsider SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak. Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu. Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan. Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi. Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok. DAP terlibat dalam perang 'minda' dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina. Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu. Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak. Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu. "Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?" kata beliau. "Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang," kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News. "Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang," kata Tiong. Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
LSS: Dah Sampai saat akhir pun boleh berembat sama sendiri ke? macam mana nak menang ni?? itu hari Mat Monggol sakit kepala kena sabotaj ni sekarang siapa sabotaj siapa nie? itu hari sindir Rosmah secara kiasan yang mana "mambokk" (hantu) akan datang! Hari ni tibai "style" sound tepat pulak! Dah United Malays National Organisation kena Momok pulak! tapi paling tepat kena ialah mama Penguin! Lagi Bagoss....kalau United Malays national Organisation Datang! Gerenti Dayak dengan Iban Akan Datang Sambut United Malays national Organisation Punya!sambut dengan apa? Dengan "ngayauuu...." Lah!!! dengan Apa lagi kah...Kah...Kah |
| You are subscribed to email updates from PEJUANG PRO DEMOKRASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan