Rabu, 6 April 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Terkini: Kelentong Pilihanraya Semakin Terbongeng!

Posted: 06 Apr 2011 02:34 AM PDT






Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!



Calon Mat Monggol dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.




Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!





Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.




Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!



Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!






SPR tolak bantahan PAS

Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.



Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.



Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.



PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu



LSS: Dah lama dah cakap,dah lama dah bagitau,nampaknya apa yang boleh di kata ialah,selamat kene kelentong kaw - kaw dek SPR.Takde mane gerombolan nak bagi Pakatan menang! Balak bertimbun - timbun tu bakal memenuhkan poket Mama Penguin tak di biar lesap macam tu aje!


30 Tahun Hosni Mubarak tipu Pilihanraya.


30 tahun Zinal abidin ben ali tipu pilihanraya.


53 tahun gerombolan tipu dalam pilihanraya.


Kalau Pilihanraya Boleh melakukan reformasi dah lama pilihanraya di haramkan!

Melalok semakin Stim!

Posted: 06 Apr 2011 02:05 AM PDT


UTUSAN, KOSMO DAN TV3 MEDIA LUCAH - harakahdaily


Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini. Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.



Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.



Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.



LSS: Kalau takde "cover" dari gerombolan dah lama dah akhbar ni bungkus,dulu banyak jugak iklan sekarang ni dah kurang.paling tidak pun ada jugak pemuda gerombolan yang beli dan kasi free kat orang. Ini akhbarsape nak baca, kat chow kit banyak mat pet buat alas tido jerr........

Pakatan Takkan Menang Di Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 11:30 PM PDT

Mungkin artikel ini akan mengundang kemarahan atau ke"berangan sesetengah pihak dalam Pakatan khususnya PKR.Sikap ini sudah biasa bagi mereka - mereka yang terlalu cepat melatah dalam menerima pendapat dan kritikan dari pemerhati dan penganalisis politik bila sahaja anilisis atau pemerhatian itu tidak berpihak kepada mereka.





Tetapi Penganalisis atau pemerhati tidak melihat atau terus membuat sesuatu spekulasi secara terburu - buru biarpun ada yang berbuat demikian mungkin kerana mereka punya kedudukan atau jawatan yang istimewa dalam parti ataupun kerajaan negeri. Bunyinya mungkin agak kritis dan negatif tetapi hal ini harus di lihat dari situasi mengapa Pakatan takkan menang meskipun bukan sekadar menurunkan majoriti gerombolan di Sarawak dan takkan pasti itu bukan ukuran yang gerombolan akan tumbang dalam PRU-13.




Tetapi sikap Pakatan terutamanya PKR yang terlalu ghairah untuk merampas kerusi ketua menteri sarawak dari gengaman gerombolan. Nampaknya matlamat pakatan sudah lari dari sasaran awalnya iaitu untk menghapuskan dan memusnahkan dominasi gerombolan di bumi kenyalang ini. Bermula dengan seteru sendiri iaitu SNAP yang hanya di peruntukkan kerusi yang dalam jumlah yang minoriti.




Kita seharusnya faham bahawa SNAP ibarat "Tuan Rumah" dan Parti lain dalam Pakatan khususna DAP,PKR dan PAS adalah parti yang datang dari semenanjung. Maka seharusnya keutamaan di beri kepada SNAP sebagai peneraju utama di Sarawak dalam menumbangkan Dominasi gerombolan di sarawak. Matlamat dan sasaran sebenar bukan untuk menjadi ketua menteri dan exco kerajaan negeri semata - mata. Kelihatan sekarang jelas masih ada perasaan tamak di kalangan pemimpin Pakatan khususnya PKR.





Matlamat asal untuk memusnahkan riwayat gerombolan dari muka bumi kini bertukar kepada mahu jadi ketua menteri. Dan kemudiannya pasti berlaku sedikit pergeseran dalaman antara pengerusi PKR Sarawak iaitu Baru Bian dengan Adun Padungan iaitu Dominique Ng.Baru Bian yang baru di lantik sebagai Naib Presiden PKR secara lantikan meletakkan jawatan sebagai Presiden PKR kerana mahu memegang jawatan sebagai Pengerusi MPN Negeri Sarawak.







Akibat pergeseran itu Dominique akhirnya di tuduh sebagai pengkhianat. Persoalannya apakah yang telah di khianati oleh Domonique kerana bak kata orang "pokok takkan bergoyang kalau angin tak bertiup" tetapi dengan secara tiba - tiba Dominique di tuduh sebagai pengkhianat dan tidak di calonkan semula dari kerusi DUN nya. Manakala kerusi Dun Padungan sebaliknya di serahkan kepada DAP sebagai pertukaran dengan kerusi Dun Batu Lintang.Apakah tak boleh kalau kerusi Dun PKR di padungan terus di pertahankan demi melenyapkan dominasi gerombolan.








PKR nampaknya lebih rela terperangkap dengan "kemahuan" gerombolan yang mahu calon dalam komponen Pakatan Rakyat bertembung dalam penjuru yang sama.Kerana ini sudah pastinya pengundi - pengundi yang bencikan gerombolan terpaksa memilih salah satu dari komponan Pakatan untuk di undi.







Andai ini terjadi yang menikmati keuntungannya pasti lah gerombolan kerana majoriti yang sepatutnya mengalahkan mereka sudah berpecah dua.Dalam keadaan PKR tidak mahu mengalah ini akan memburukkan keadaan dan memberi lebih faedah kepada gerombolan. Keadaan ini di lihat bukan sahaja di sarawak malah kita masih ingat lagi dalam Pilihanraya Kecil di Batu Sapi.




Dalam keadaan pertembungan 3 penjuru masih ada lagi "gurkah - gurkah Politik" yang tak sedar diri masih percaya akan ada kemenangan buat PKR sedangkan itu lah bahana kekalahan buat PKR. Seperti di Batu Sapi Parti Maju Sabah(SAPP) yang juga berada dalam kedudukan opposisi juga meletakkan calon dalam PRK tersebut yang mana presidennya Datuk Yong Teck Lee di calonkan untuk bertanding.





Masalahnya, apa lah salah jika PKR menarik calonnya iatu Ansari Abdullah dan memberi sokongan padu kepada SAPP dalam menghapuskan dominasi gerombolan di negeri Sabah dan bukannya bertembung sesama sendiri. Keadaan ini cukup sama seperti di sarawak yang mana gerombolan menungggu - nunggu saat bilakah Pakatan akan bertembung sesama sendiri.





Kalau kita lihat di kaji sedang gerombolan United Malays National Organisation pun tak meletakkan calon ketua menteri dari dikalangan mereka malah Gerombolan United Malays National Organisation lebih rela menjadikan PBB yang menerajui Sarawak sebagai Proksi mereka. Manakala PBS pula bertindak sebagai proksi di Sabah.




Apa tak bolehkah PKR mengambil tindakan yang sama sesuai dengan taktik yang di inspirasikan oleh pakar pertempuran China iaitu Sun - Tzu yang mana kita harus tahu yang mana satu taktik musuh yang boleh mengundang kejayaan. Jadi sampai bila PKR harus bersikap sebegini? hendak jadi pembangkang sampai kiamat kah? atau semata - mata unuk melindungi dan memberi kedudukan yang terbaik kepada individu - individu tertentu dalam parti sehingga matlamat untuk mengusir gerombolan dari bumi malaysia hilang begitu sahaja.





Sebab itu LSS rasa Pakatan takkan menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak biarpun hanya mengekalkan atau menambah bilangan kerusi.Pakatan akan tewas bukan sahaja kerana pertembungan dalaman malah permainan kotor dari gerombolan juga adalah faktor kekalahan Pakatan di Sarawak.





Propaganda murahan gerombolan seperti penayangan program televisyen yang bertajuk "sayang Sarawak" di TV1 atau TV2 mungkin boleh di tepis degan mudah dengan kuasa - kuasa blogger yang boleh melancarkan propaganda yang lebih dari itu kerana sekarang ni bukan era TV hitam putih lagi. Tetapi gerombolan punya "barua" yang sudah tentu memastikan kemenangan gerombolan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. SPR atau lebih terkenal dengan nama Suruhanjaya Penipu Rakyat akan mempastikan Undi Pakatan takkan melepasi Undi gerombolan.





Segala tipu - kelentong sudah di atur dengan ketat. Polis dan Tentera sudah diberi 2 MyKad dan ini bermakna mereka boleh mengundi sebayak 2 kali oleh sudah pasti Undi di pihak gerombolan akan meningkat 2 kali ganda berbanding Undi di Pihak Pakatan. Pendatang - pendatang asing mahupun pendatang tanpa Izin sudah pun di beri MyKad,masih ingat lagi dengan beberapa fakta dengan pendatang asing yang terus membuang passport mereka kedalam sungai dan bila di tangkap dan di hantar pulang,negara asal tak mahu menerima mereka.



Oleh itu kalau negara tak mahu menerima mereka jadi mereka ini akan di berikan MyKad dan sah menjadi pengundi dalam pilihanraya dengan syarat mereka ini mestilah mengundi gerombolan dan tak boleh mengundi Pakatan.




Dalam pada itu SPR telah mengeluarkan satu peraturan terbaru iaitu calon - calon hanya boleh bawa tidak lebih dari 50 orang penyokonga sahaja untuk megiringi mereka hingga ke tempat penamaan calon esok. Kita juga sudah sedia maklum yang pilihanraya ini ibarat perlawanan bola sepak,Stadium gerombolan punya,padang gerombolan punya,penjaga garisan,pengadil semuanya milik gerombolan.Penyokong gerombolan duduk dalam stadium tapi penyokong pakatan di letakkan di luar stadium.







Tiang gol Pakatan dari "coner" sebelah kiri sampailah "corner" sebelah kanan,Tinggi tiang gol pakatan 10 kaki tinggi,kalau macam tu letak 10 ekor gajah mammoth pun belum tentu boleh selamatkan walau sebiji gol sekali pun. Manakala Gerombolan punya gol menggunakan gol bola INILAH PADANGNYA jaring,sampai mampos merembat pun gerenti tak masuk,kalau nak rembat kena buat bola "loop" bila bola nak masuk dalam jaring je SPR terus alih tiang gol. Oleh itu tak payah lah para pemimpin dalam PKR dalam pakatan rakyat mahu meletakkan harapan dalam Pilihanraya.




Kalau Pilihanraya ini sudah mengubah apa - apa dalam tempoh 53 tahun merdeka ini pun sepatutnya ia sudah mengubah. Andai dalam tempoh 53 tahun Pilihanraya sudah melakukan apa - apa perubahan atau Reformasi, sudah pasti dalam tempoh 53 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation sudah mengharamkan Pilihanraya.

Kajian: Anwar mangsa komplot bunuh karakter

Posted: 05 Apr 2011 11:24 PM PDT


Minsider



KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh "Datuk T" dua minggu lalu.


Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.


Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.


Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar , yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.


Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.


Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.


Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.


Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.


Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.


Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.


Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.


Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.


Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya.


Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.


"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.


"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya.


Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.


Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.


Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."


Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.


Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.


Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

Tiada ulasan: