Jumaat, 1 April 2011

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Wayang apa nie???

Posted: 01 Apr 2011 04:18 AM PDT

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara-Mkini

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.


NONE


Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.


Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Tiada p'raya kecil

Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.


Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.


Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.



LSS: Wayang maut lagi,kes kelentong! Kes kuntau - Muntau,Habis satu Felda kena Kelentong! Kesian Mangkuk Ni tak pasal - pasal jadi kambing gurun yang kena simbah cat hitam dek gerombolan tak budak itam yang di bela kat bawah rumah!


Kelentong ini di lakukan semata - mata nak menunjukkan kepada 1 malaysia yang mana gerombolan ni baik sangat,gerombolan ni bagos sangat memerangi rasuah! tapi lihat macam mana cerita ini di putar - belit!


Dia dah di jatuhkan hukuman,kemudian di beri peluang untuk membuat rayuan dan lepas itu kita akan dengar yang mangkuk ayun ni rayuan nya diterima.Maka takkan ada Pilihanraya Kecil dan hukuman mangkuk ini di kurangkan atau mungkin mangkuk ini akan terlepas.


sekian wayang kulit kuntau - muntau,auta power dari gerombolan United Malays National Organisation!

Macam Mana Gerombolan boleh lantik Polis Bangang?

Posted: 01 Apr 2011 03:34 AM PDT




IGP: Pakar sah video seks tulen-Mkini


Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar.



Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.


NONE


"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.


Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.


Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.


Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.


Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu
tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.



LSS: Punya la bangang punya Polis! macam mana mat Monggol boleh lantik polis macam ni punya bangang! agaknya Perompak dengan Pegawai Bank pun takboleh nak bezakan.Memang lah Video tu tulen,siapa kata video tu "pirates" Persoalannya ialah bukan nya video tu tulen atau tidak!


Persoalannya siapa yang berlakon jadi anwar kat dalam video tu Bodoh! ini semua taktik nak kelentong makcik - makcik dan mat - mat felda supaya percaya akan video kelentong ini.Apasal 2 ekor mangkok ayun tu tak berani nak dedahkan video tu dalam"youtube" ?


Apasal? Kaau Berani "download lah dalam youtube kasi 1 malaysia tengok,nak tahu jugak sama ada 1 malaysia ni bangang atau cerdik atau siapa bangang dan siapa yang cerdik!


Anwar Ibrahim yang punya kurus kering macam mana boleh jadi boroi?


Anwar Ibrahim punya "body" macam ikan bilis macam mana boleh jadi "Masculine"?????


datuk eskay kata mulanya di hotel siam,kemudian kata di spa kuala lumpur,kemudian kata di hotel ternama........


woit! dimana sebenarnya porno ini di rakam kah...... kah........ kah.......



Cico Harahap ikut jejak langkah Bob Lokman untuk menyertai PAS

Posted: 31 Mar 2011 09:35 PM PDT



Seorang aktor Kacak yang yang mana suatumasa dulu LSS sangka kan yang beliau adalah abang kandung atau sepupu kepada Siddiqqin (Wartawan Suara Keadilan) yang pernah membintangi filem puteri impian bersama amy mastura kini mengambil langkah drastik dengan menyertai PAS.


Mungkin sudah terbuka hidayah melihat kebenaran di hadapan mata dan kejahilan dan kebodohan dalam sistem kehidupan yang di atur oleh gerombolan United Malays National Organisation.



Cico Harahap dulu LSS sangka adalah sepupu atau abang kandung kepada Sidiqqin Omar(wartawan Suara Keadilan) yang mana wajah kedua - dua jejaka kacak ini hampir seiras ini telah mengambil keputusan untuk mengikuti jejak langkah Bob Lokman untuk menyertai wadah perjuangan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia(PAS).



sidiqqin omar

Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)… Ini semua mungkin hikmah dari pandangan tepat bob lokman yang mana benar terdapat kesilapan dalam sistem kehidupan yang telah di atur oleh gerombolan United Malays National Organisation.


Walauapa pun LSS ucapkan Syabas kepada Cico kerana di sini lah perjuangan dalam kehidupan yang sebenar,biarpun LSS adalah Ahli PKR tetapi LSS menyanjung tinggi bagi golongan anak seni yang berani mengambil langkah berani dalam menjulang perjuangan membawa kebenaran.....!!!!


Kerana andai untuk membuktikan siapa anak seni yang tulen adalah mereka yang berani meredah cabaran dan rintangan biarpun mereka tahu risiko yang besar dan hebat menanti di hadapan.


Syabas Cico! anda tak keseorangan,Azmil Mustapha(Ali Setan) Ito (Blues Gang),Ringgo(Arrow),Ustaz Akhill Khay dan Waheeda(Wassini) bersama - sama menemani dalam membawa perjuangan yang suci Ini!

INI BARU LAH FATWA YANG TEPAT DAN BETOL!

Posted: 31 Mar 2011 08:15 PM PDT


PENJELASAN FATWA HARAM SHALAT JENAZAH KORUPTOR
(Source: AntaraNews.com)

"Difatwakan adalah bahwa para ulama atau kiai dianjurkan untuk tidak ikut menshalatkan jenazah koruptor sebagai sebuah sanksi sosial untuk tindak pidana korupsi," kata Ketua Umum PBNU KH Said Aqil Siroj di Jakarta, Sabtu.

Menurut Said, penegasan itu penting disampaikan terkait banyaknya kalangan yang salah paham terhadap fatwa yang diputuskan dalam Musyawarah Nasional Alim Ulama NU di Asrama Haji Pondok Gede, Jakarta, pada 2002 tersebut.

Dikatakannya, fatwa agar ulama atau kiai tak menshalatkan jenazah koruptor dimaksudkan agar memunculkan efek jera bagi para pelaku tindak pidana korupsi.

"Sekarang ini korupsi di Indonesia sudah sangat akut, maka perlu ada sanksi sosial buat para koruptor," katanya.

Katib Aam PBNU KH Malik Madani, yang sebelumnya memunculkan kembali fatwa ini, menambahkan, anjuran agar para ulama tidak menshalatkan jenazah koruptor itu juga dimaksudkan agar tidak timbul kesan bahwa ulama melegitimasi tindakan korupsi yang telah dilakukan oleh para koruptor.

"Agar mereka yang akan melakukan korupsi berpikir bahwa kelak kalau mereka mati, jenazah mereka tidak akan pernah dishalatkan oleh ulama," katanya.

Menurut Malik, di beberapa daerah yang masih memegang kuat ajaran Islam, fatwa itu menjadi pukulan berat atau menjadi semacam sanksi sosial.

Fatwa NU tersebut mengacu pada hadits dan tindakan Nabi Muhammad yang tidak mau ikut menshaIatkan jenazah sahabat karena yang bersangkutan melakukan korupsi terhadap harta hasil pampasan perang.

"Hadits ini diriwayatkan oleh lima periwayat hadits selain Tirmidzi. Penjelasan antara lain bisa dilihat dalam kitab Nailul Author karya As-Syaukani," kata Malik.







LSS:Ini baru lah fatwa yang betul dan tepat! Indonesia juga sama seperti Malaysia di landa wabak rasuah yang semakin menjadi - jadi......


Tapi Ulama di Indonesia telus, bertangungjawab dan bijak menggunakan kepala hotak!


maka dewan ulama indonesia mengeluarkan fatwa mengharamkan sembahyang jenazah terhadap kaki rasuah sesiapa rasuah dan mati maka tak ada sesiapa yang akan menyembahyang kan mereka – ini kerana mereka dianggap bangkai!

Ini adalah cara tepat bagi agamawan,alim ulama,ustaz dan ustazah untuk melawan penyakit rasuah yang dah semakin menjadi kudis dan sopak........

Bukannya keluarkan fatwa suruh haramkan poco - poco, Bukan keluarkan Fatwa suruh haramkan nikah kat masjid atau surau,bukan suruh keluar fatwa haramkan Santa Claus tapi bila judi "world cup" punya la seksa nak keluarkan Fatwa!


Ulama yang bukan dari jenis Pembodek yang lebih di kenali sebagai "Ular dalam Semak" atau singkatannya "UlarMak" akan mementingkan dan mengutamakan kebajikan Ummah dan pembangunan Sahsiah serta Akidah Insan...


Daripada melindungi atau mengutamakan kebajikan si penerima rasuah dan pemberi rasuah serta mengeluarkan Fatwa Bodoh! yang semata - mata untuk membodek dan mengampu si pemerintah macam Fatwa Bodoh di bawah Ini!




Noh Gadut Sifatkan Kematian Sosilawati dan 3 Lelaki Sebagai Mati Syahid

-Sinar harian

Datuk Noh Gadut bekas Mufti Johor dan penasihat Majlis Agama Islam Johor sifatkan kematian Sosilawati dan 3 lelaki lagi sebagai mati syahid. Mayat mereka dipukul, dibunuh dan dibakar hingga hangus dijumpai di Ladang Gadong.




Datuk Noh Gadut



Dalam kes bunuh Sosilawati dan 3 lagi lelaki, Datuk Noh Gadut menjelaskan kematian mereka sebagai mati syahid akhirat iaitu seperti orang mati bersalin, mati dibunuh secara kejam, dan mati karam.


Mati syahid akhirat ialah mati kerana memperjuangkan agama, berperang dengan kafir seperti zaman nabi dulu. Alhamdulillah jika semua mangsa mendapat pahala dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg mati shahid. Saya teringat ustaz kat sekolah dulu, ada sebut, kalau seseorang tu keluar mencari rezeki untuk keluarga dan dia mati semasa mencari rezeki, tu pun dikira mati syahid.


Rasullullah pernah bersabda orang yang mati syahid tu tidak merasa sakit melainkan seperti dicubit. (HR Tirmizi dan Nasa i')


Datuk Noh Gadut menghadiri majlis tahlil di rumah Datuk Sosilawati dan di kesempatan tu dia menemui bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamad dan anak-anak Sosilawati. Kelihatan Datuk Noh Gadut berbual, memberi kata-kata semangat dan penerangan kepada anak-anak Sosilawati.


Kejadian yg menimpa Sosilawati perlu diambil iktibar dan dijadikan teladan kepada ahli korporat lain supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam urusan perniagaan.


Manakala mufti Pahang pulak, Datuk Abdul Rahman meminta orang awam tidak mengaibkan mangsa dengan cerita-cerita tak baik tetapi memperbanyakkan doa supaya roh mereka dirahmati dan tenteram.

CUBA TEKA FATWA INI ADALAH UNTUK MEMBODEK SIAPA???? PASAL TAK LAMA LEPAS TU DALAM PERHIMPUNAN AGONG GEROMBOLAN ANAK PEREMPUAN KEPADA SI MATI YANG JUTAWAN INI DI LIHAT MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN !.......KAH...KAH...KAH...KAH

Apakah Persamaan antara Kedua - dua Malaon ini?

Posted: 31 Mar 2011 07:41 PM PDT


Ada yang kata kalau bapak borek anak rintik tapi apa akan jadi kalau Pemimpin Layan Sauh,Anak Buah Layan Ting -Tong.Ini lah yang jelas kelihatan pada karektor pada kedua - dua malaon.Sorang kaki keris sorang lagi kaki carut tetapi itu perbezaan.


Persamaan Antara kedua - duanya ialah apa? persamaannya ialah kedua - duanya adalah Mat Ting - Tong! Ada yang bertanya apa Pemimpin seperti inikah akan kita beri amanah untuk pimpin negara....ini lah topeng sebenar moral pemimpin - pemimpin gerombolan.


Ada macam - macam karektor,ada mat sembab,ada Mat monggol,ada mak janda mengaku anak dara, ada perogol,ada kaki seks,ada kaki buat video seks malah kaki ting - tong tak payah cakap lagi lah.


Agak - agaknya ada berapa ramai kaki ting - tong macam ni dalam gerombolan yek, duit beli air ting - tong agaknya duit siapa? kesian apakah sampai ke tahap ini pun penyokong - penyokong gerombolan masih mahu percaya pada pemimpin - pemimpin mereka?


Kita Lihat sendiri kalau perangai pemimpin dah rosak giler babi, anak - anak buah apa tah lagi, Hancus.....jadi sebelum Malaysia inidi rosakkan oleh orang - orang sebegini adalah baik kita humbankan mereka ke Jalanraya!


Gambar yang diatas sekali pernah mendapat jolokan Mat Keris dan Mat kini di kenali sebagai mat sauh.Malaon ni pernahhunus keris untuk tikam orang bukan melayu khususnya orang cina.


Manakala ganbar di sebelah ini ialah pada asal nya adalah seorang pengusaha parpu, tak tahu lah sama ada parpu telor atau parpu kari.Kat Facebook atau kat blognya dia di kenali sebagai House PK...PK tu adalah singkatan kepada Parpu Kari...si Kaki Carut.


Malaon ni pernah memegang gelaran terhormat sebagai "BABI HUTAN" kerana tugas nya ialah menyondol sesiapa sahaja yang cuba menjadi seteru kepada gerombolan.Ini perkara betul,dia akan menyondol tanpa dia tahu sama ada perkara itu betul atau tidak.


Selepas sudah menyelesaikan tugas menyondol ke sana dan ke sini maka sudah tentu dia letih dan haus maka upah yang di berikan padanya ialah Minuman kencing setan untuk menghilangkan dahaga di tekak setelah puas menyondol!

Ini Maksudnya adalah untuk Kelentong Undi!

Posted: 31 Mar 2011 06:38 PM PDT


Wajarkah MAFREL dibenar pantau pilihan raya Sarawak?-Melalok



PAGI semalam, para pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat di Tingkat 5, ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya membincangkan persediaan lanjut menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.



Salah satu agenda mesyuarat yang bermula pukul 9.30 pagi dan berakhir sekitar 1.30 petang itu ialah menilai, apakah Malaysian For Free Elections atau singkatannya MAFREL wajar diberi peluang kedua untuk memantau pilihan raya Bumi Kenyalang?


Pengalaman-pengalaman lepas menunjukkan MAFREL yang dibenarkan oleh SPR untuk meneliti perjalanan siri pilihan raya kecil dan umum bukan sahaja gagal menghantar laporan perjalanan pilihan raya kepada suruhanjaya itu, malah sewenang-wenangnya pula membuat kenyataan melulu kepada media.


Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu bukan sahaja tidak membina atau bertujuan memperbaiki proses demokrasi itu di Malaysia malahan dilihat lebih banyak memberi keburukan dan imej negatif kepada SPR.


MAFREL dikatakan dimulakan pada 1999 dengan tiga pekerja diketuai Malek Hussin. Anggotanya kerap hadir pada siri penamaan calon beberapa pilihan raya kecil. Malah dipercayai ramai anggotanya di kalangan parti pembangkang.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof ketika diajukan pertanyaan oleh Utusan Malaysia mengenai hasil mesyuarat semalam sekadar memberitahu, 'SPR sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai MAFREL sebelum membuat keputusan sedikit masa lagi'.


"Untuk menjadi pemantau pilihan raya, syaratnya ialah ia mestilah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan non-partisan (tidak berpihak kepada mana-mana parti politik).


"Maknanya, ia mestilah sebuah badan bertanggungjawab dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan," kata Abd. Aziz sambil mengesahkan SPR tidak mendapat permohonan daripada mana-mana pemerhati antarabangsa setakat ini untuk memantau pilihan raya Sarawak.


SPR menetapkan 18 syarat untuk MAFREL selaku sebuah badan bebas yang membuat pemantauan ke atas pilihan raya di negara ini bermula pilihan raya umum 2004.


Bagaimanapun, dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini khidmat badan bebas itu tidak digunakan bagi memantau pilihan raya kerana kegagalan mematuhi syarat ditetapkan.


Bercakap mengenai MAFREL, Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman ketika dihubungi semalam mengesahkan MAFREL tidak berdaftar dengan ROS.


"Dia bersama SPR, bukan dengan kita," kata beliau.


Soalnya, jika MAFREL bukan badan berdaftar, mengapa ia dibenarkan membuat pemantauan pilihan raya?


Mereka tidak layak untuk berbuat sedemikian. Selain itu anggota MAFREL dikatakan dianggotai ahli PKR. Tidakkan itu bias?


Dikhuatiri MAFREL hanya digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan kepentingan peribadi mereka.


Maka, eloklah SPR menghalang pertubuhan tidak berdaftar ini daripada membuat pemantauan pada pilihan raya Sarawak nanti.








LSS: Pertubuhan tak berdaftar,seperti biasa taktik untuk kelentong undi sedang di jalankan.Mana - mana pemantau Pilihanrayatak di benarkan masuk kerana sejumlah ramai "hantu" dan "jembalang" sedang di bawa masuk import dari semenanjung.


Undi pos lagi kaw - kaw,semua penjawat awam dapat dua mykad ini bermakna undi mereka akan jadi dua kali ganda.Polis dan Tentera tak payah cakap lah....sebab itu mengapa kita lihat ramai Polis dan Tentera di hantar ke Sabah dan Sarawak.


Tujuannya bukan untuk jaga keselamatan tetapi adalah untuk kelentong Undi Pakatan,tu pasal la...Kalau Pilihanraya Boleh Menghentikan ketidakadilan dan kalau pilihanraya boleh Melakukan Reformasi !


Dah Lama Gerombolan Haramkan Pilihanraya!! Jadi buat apa nak buang masa dalam Pilihanraya! ada baik turun ke jalanraya!

Tiada ulasan: