Pahang Daily Online |
| Posted: 29 Apr 2011 10:44 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 30 April - Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani dengan syarikat Hong Kong, CVM Minerals Limited bagi menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah dengan serta-merta. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), sayap pelaburan negeri, mengumumkan keputusan tersebut dalam satu kenyataan semalam. "Mengenai MOU antara PKNP dan CVM Minerals Ltd bagi projek nadir bumi yang disyorkan, dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah membatalkan dan mengakhiri MoU dengan serta-merta memandangkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa permit, lesen atau kelulusan tanah bagi sebarang projek nadir bumi di Perak," kata ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Samsudin Hashim. Laporan terdahulu menyebut MB Datuk Zambry Kadir kesal dengan PKNP kerana menandatangani MOU dengan sebuah firma dari Hong Kong tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. Sehubungan itu dia beri amaran kepada semua agensi kerajaan negeri agar memaklumkan butiran perjanjian yang ditandatangani mereka. "Saya nak bagi amaran juga kepada (semua) agensi supaya sebarang bentuk MOU yang hendak dibuat hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri. "Walaupun mereka anggap ini bukan merupakan satu yang terikat dengan undang-undang, maksudnya bukanlah satu benda yang akan dilaksanakan," kata beliau. Tambah beliau, walaupun hanya sekadar bentuk persefahaman, namun perkara-perkara yang sensitif dan sebagainya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan sebuah firma Hong Kong dan Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di Bukit Merah iaitu kawasan yang terkenal dengan kontroversi nadir bumi dan radioaktif. Laporan itu menimbulkan bantahan beberapa pihak yang bimbang mengenai kesan radiasi daripada projek itu. Zambry berkata menjadi tanggungjawab PKNP untuk memaklumkan kepada kerajaan negeri kerana sebarang perkara yang membabitkan soal dasar kerajaan negeri harus dimaklumkan terlebih dahulu. [Jika sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar seperti Zambry Kadir ini berbuat demikian, maka ternyata beliau lebih sayangkan rakyatnya daripada keuntungan yang bakal diperolehi. MB Perak itu yang tidak sampai pun lima tahun memegang jawatan (biarpun secara rampasan kuasa) lebih mendahulukan rakyat, kenapa MB Pahang Si Adnan Yaakob yang sudah lebih 10 tahun memerintah negeri ini masih tidak mahu berbuat demikian. Apakah terdapat dua persepsi yang berbeza tentang isu Lynas ini, sedangkan mereka berada di bawah kerajaan yang sama iaitu Barisan Nasional. Di sini sudah jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang rela memperjudikan nasib rakyat untuk satu projek berisiko seperti ini. Apakah kerajaan yang seperti ini wajar untuk dikekalkan]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan