Jumaat, 29 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Video Seks: "Suasana Kecoh" Selubungi Majlis Angkat "Sumpah Laknat" Si Datuk Eskay Di Masjid Amru Al-As Sentul Lepas Solat Jumaat Petang Tadi

Posted: 29 Apr 2011 04:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 April - Suasana kecoh menyelebungi majlis angkat sumpah laknat salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dijadual diadakan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini petang tadi. Suasana menjadi tidak terkawal sekitar pukul 2.10 petang apabila jemaah dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) masuk ke ruang solat utama di hadapan mimbar masjid dengan laungan takbir sambil dipercayai bagi menghalang majlis angkat sumpah diadakan. Bagaimana pun Shazryl Eskay yang pada mulanya dijadual turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan masih belum hadir ketika kejadian tersebut. Kekecohan seterusnya berlaku apabila Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto) masuk ke ruang solat ditengah-tengah kekecohan berkenaan Shamsul Iskandar kemudiannya dijulang oleh penyokong PKR sambil menunjukkan buku 'Qazaf' - hukum Islam. Ketegangan terus berlaku apabila penyokong yang dipercayai di pihak Shazryl Eskay bertindak mengganggu ceramah ringkas Shamsul Iskandar. Penyokong Parti Keadilan Rakyat kemudiannya tunaikan solat sunat hajat.

[Sementara itu Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul lewat petang tadi. Mereka tiba ke masjid itu sekitar pukul 4.12 petang dan terus bersembahyang sunat. Sambil memegang Al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi. Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim. Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan juga bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim. Manakala itu UMNO tidak mencampuri urusan membabitkan sumpah laknat yang dibuat Datuk Eskay hari ini kerana ia bersifat peribadi. Malah kata Presidennya, Datuk Najib Tun Razak, setiap parti politik lain juga perlu mengambil pendirian yang sama kerana perkara itu pada kesudahannya akan dinilai sendiri oleh rakyat. Maka fikirkanlah].

Panas: 'Belum Pun Bermula', Karnival Jom Heboh TV3 Kecoh Gara-Gara Isu 'Perebutan Tapak' Gerai Jualan Di 'Kawasan Letak Kereta' Padang MPK 2 !!

Posted: 28 Apr 2011 07:53 PM PDT

KUANTAN, 29 April - Peniaga tempatan di sekitar bandar ini kecewa dengan sikap pihak TV3 yang menghalang mereka berniaga sepanjang program karnival Jom Heboh anjuran syarikat televisyen swasta itu. Mereka terkilan kerana pihak TV3 telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan apabila membina beberapa buah khemah (Kanopi) ditapak yang dikhaskan untuk peniaga tempatan. "Kenapa TV3 tergamak menghalang kami berniaga di sini, sedangkan mereka sudah mengaut keuntungan besar dengan penganjuran program Jom Heboh itu. Mereka sudah mendapat penaja-penaja untuk membeli booth yang disediakan", kata seorang peniaga. "Kami ingin menumpang mencari rezeki ketika program ini kerana kehadiran orang yang ramai. Apa salahnya kami peniaga tempatan diberi peluang juga untuk sama-sama memeriahkan acara ini", katanya lagi. Program karnival Jom Heboh TV3 tahun ini seperti biasa telah diadakan di Padang MPK 2 berhadapan dengan Stadium Darul Makmur dekat sini. Tapak yang menjadi pertikaian ialah kawasan letak kereta utama padang terbabit. Difahamkan, pihak TV3 menyewa separuh daripada kawasan terbabit untuk dijadikan kawasan letak kereta VIP dan separuh lagi adalah kawasan tapak niaga untuk syarikat milik YM Tengku Zainul Hisham. Namun apa yang menjadi masalah ialah syarikat yang menguruskan gerai jualan untuk TV3 iaitu Prima Event Management telah mendirikan beberapa buah kanopi di kawasan tersebut tanpa izin (tiada permit). Ini menyebabkan berlaku kekecohan antara kedua-dua syarikat terbabit. Operasi merobohkan kanopi Prima Event telah dilakukan oleh Penguatkuasa MPK pada Rabu. Tindakan tersebut mendapat bantahan daripada Prima Event dan menggunakan orang TV3 untuk menghalangnya. Kanopi mereka telah dipindahkan di kawasan bahagian dalam Padang MPK 2 iaitu berhadapan dengan pejabat Briged Budaya (Padang Futsal).

Siapa Berkuasa, YDP Atau Pegawai Penguatkuasa

Sementara itu, wakil TV3 yang ditemui menegaskan tapak tersebut telah disewa keseluruhannya oleh pihak mereka. "Dalam mesyuarat dengan pihak MPK telah dimaklumkan tiada gerai jualan disediakan untuk penganjur lain selain TV3. Maka itulah kami mendirikan beberapa buah gerai jualan di kawasan terbabit. Namun kami hairan apabila Penguatkuasa MPK sendiri yang bertindak merobohkan gerai-gerai tersebut dan mengarahkan kami berpindah ke bahagian dalam", katanya. "Tindakan kasar dan biadap pegawai Penguatkuasa MPK amatlah tidak wajar kerana kami adalah penganjur utama sedangkan pihak yang berkenaan dipercayai tidak mendapat permit untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan itu. Kami terkilan apabila pihak MPK juga turut merampas (pagar besi) yang digunakan untuk tujuan keselamatan di kawasan terbabit. Perkara ini telah dibawa kepada pihak atasan, lantaran itulah kami tidak hairan pihak terbabit akhirnya memulakan kembali barangan tersebut selepas itu", kata beliau lagi. Tinjauan kami semalam mendapati memang benar gerai-gerai jualan TV3 terpaksa masuk ke dalam kawasan Padang MPK 2 dan berada di atas Padang Futsal. Ini sesuatu yang sungguh memalukan semua pihak sebenarnya. Malah, dalam hal ini jelas sekali penguatkuasa MPK menggunakan kuasa mereka untuk memindahkan kanopi terbabit tanpa kerealaan peniaga terbabit. Persoalannya siapa lebih berkuasa antara Yang Dipertua atau pun Pegawai Penguatkuasa agaknya?.

[Kekecohan juga berlaku hingga menimbulkan ketegangan antara kedua-dua belah pihak telah melibatkan campurtangan pihak atasan. Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob (foto), dipercayai berada di Putrajaya ketika kejadian dan beliau berjanji akan menyelesaikan pertikaian tersebut selepas pulang ke Kuantan. Isu ini khabarnya sudah sampai ke pengetahuan pihak Kerajaan Negeri Pahang dan juga pihak pengurusan TV3 sendiri. Suasana tegang ketika operasi perobohan gerai menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa MPK itu. Jom Heboh TV3 akan bermula pada 30 April hingga 1 Mei ini. Berdasarkan rekod terdahulu, memang ada gerai jualan untuk peniaga tempatan disediakan oleh pihak MPK. Namun, pada tahun ini khabarnya ia tidak dibenarkan kononnya ia mengganggu lalulintas dan menimbulkan kesesakan jalanraya yang ketara. Namun tidak diketahui ia atas arahan MPK atau pun pihak TV3 sendiri. Apa yang berlaku ini haruslah dijadikan ikhtibar oleh kedua-dua belah pihak. Kami akan cuba mendapatkan maklumat daripada pihak berkenaan dalam laporan eksklusif bergambar].

Panas: Dedahkan Video Seks Tanpa Edit, Langkah Terdesak Untuk Bantu Yakinkan Rakyat Tehadap Eskay Yang Mahu Buat "Sumpah Laknat" Hari Ini

Posted: 28 Apr 2011 11:17 AM PDT

Nampaknya, perancangan yang rapi terus dibuat oleh musuh-musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Skrip diatur dengan baik untuk menggambarkan beliau adalah pelakon lelaki dalam video seks yang telah didedahkan itu. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Anwar sendiri bahawa pihak polis mengatur perjalanan konspirasi ini dan melindungi dalang yang terlibat. Bukti jelas, bagaimana video terbabit boleh terus tersebar dalam laman Youtube sedangkan video tulen yang asal satu-satunya ada dalam simpanan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ia diserahkan oleh "Trio Datuk T" semasa mereka disiasat oleh pihak polis tentang kes ini. Anehnya, bagaimana video yang dalam simpanan itu boleh terus tersebar. Malah, ia dibongkar pula oleh blogger-blogger UMNO seperti papagomo dan yang lainnya. Bukankah ini menunjukkan pihak polis telah berpakat dengan blogger terbabit untuk membenarkan mereka menaik turun video tersebut di laman Youtube mengikut arahan yang telah ditetapkan. Lantaran itu kita tidak hairan, ketika video pertama didedahkan dulu pemilik akaun Youtube terbabit didaftar di Thailand kemudian terbaru dua hari lepas (27 April) dalam versi yang kedua pula pemilik didaftarkan di Indonesia. Pihak polis sebelum ini mengesahkan mereka akan menyiasat siapakah dalang yang menyebarkan video itu di Youtube. Tapi, apakah rakyat boleh percaya? Bayangkan Datuk Eskay begitu baik menyerahkan DNA di Bukit Aman dua hari lalu. Beliau hadir ke situ pada jam 10.00 pagi dan keluar sekitar jam 1.30 petang. Anehnya video siri kedua adengan seks tersebut, tiba-tiba boleh keluar di laman Youtube pada jam 1.30 petang hari yang sama. Ini jelas sesuatu yang memusykilkan sebenarnya.

Aneh, Video Tulen Pada Polis Keluar Ke Youtube

Paling menakjubkan apabila paparan video pada versi pertama kedua dan ketiga (penuh) jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Bayangkan pada versi pertama dulu ada kelihatan paparan tulisan Thailand pada skrin dan video itu tidak mempunyai paparan durasi masa. Tetapi pada versi kedua, tulisan Thailand sudah hilang pada skrin dan tiba-tiba wujud pula paparan durasi masa pada video tersebut. Lebih mengejutkan pada paparan terbaru semalam (28 April) tulisan Thailand sudah tiada semula dan begitu juga paparan masa sudah tidak terdapat lagi pada video berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula pihak polis awal-awal lagi sudah mengesahkan video itu adalah "tulen". Bukankah ini menguatkan lagi hujjah kita sememangnya ia adalah perancangan yang dibuat antara Trio Datuk T, pihak polis dan blogger UMNO sebenarnya. Mereka juga boleh mendaftar satu akaun Youtube sementara untuk mengelirukan kita semua.


Mengejutkan, video seks tulen yang berbeza-beza pada pendedahannya
Bayangkan pemilik akaun Youtube hanya berdaftar sehari sebelum video dipaparkan. Kemudiannya selepas pihak media arus perdana seperti TV3 menyiarkan sedutan paparan video tersebut, tiba-tiba video itu dikeluarkan dari paparan Youtube terbabit. Bukankah ini satu perancangan yang dibuat, kononnya bagi menyukarkan pihak polis untuk menjalankan siasatan. Walhal, kemungkinan besar ia adalah sandiwara yang telah dirancang oleh mereka bagi menguatkan lagi konspirasi ini.

Video Tanpa Edit Untuk Bantu Sumpah Si Eskay

Tidak mengejutkan apabila rakaman video seks yang tidak diedit menggambarkan lelaki mirip Anwar dimuat naik di Youtube semalam (28 April). Ia jelas merupakan satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengenakan tekanan ke atas beliau yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit. Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar. Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit. Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan semalam termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua lali termasuk yang terbaru dua hari lalu. Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu oleh "Datuk T". Tindakan muat naik ini merupakan perkembangan terbaru hari ini selepas petang semalam ahli perniagaan Datuk Eskay yang merupakan salah seorang "Datuk T" mengumumkan bahawa beliau akan melakukan sumpah laknat selepas solat Jumaat hari ini. Biar pun Datuk Eskay mempelawa Anwar turut sama melakukan sumpah laknat, namun mantan TPM itu menegaskan tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana dia bukan lelaki dalam video itu.

[Walau apapun yang terjadi rakyat diminta bersabar dan melihat adengan ini dengan teliti. Satu persatu pendedahan yang dilakukan ini menyebabkan rakyat semakin benci kepada UMNO Barisan Nasional. Bukan persoalan siapa pelaku atau siapa melakukannya. Namun, mereka benci kerana pemimpin UMNO dan musuh Anwar sanggup menggunakan "politik lucah" demi untuk menjatuhkan imej dan maruah dirinya. Mereka semakin takut dengan gelombang kebangkitan rakyat. Apa yang pasti, semua yang terjadi dalam kes ini jelas membuktikan ia adalah satu persediaan yang rapi untuk tetap menghantar Anwar kembali ke Penjara Sg.Buloh jika pun beliau dibebaskan dalam kes liwat Saiful pada 16 Mei ini. Itulah hakikat sebenarnya yang merupakan kenyataan apa yang terjadi ini. Oleh itu, rakyat diminta bersiap sedia untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ternyata kerajaan UMNO BN sudah ketandusan idea untuk bermain dengan politik. Hingga mereka terpaksa melacurkan apa sahaja yang boleh, demi melempiaskan hawa nafsu dan dendam kesumat masing-masing.].

Tiada ulasan: