Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Dakwaan Membeli Dan Baca Haram, Utusan Keluar Kenyataan Kononnya Harun Din Nafikan Atau Mereka Yang Terpaksa Menafikan !!
- Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!
- Sensasi: Apakah Kewajaran Pelatih Puspen Lebih Dijaga Kebajikannya Oleh Kerajaan BN Daripada Mereka Yang Menuntut Di Pusat Pengajian Tinggi
Posted: 27 Apr 2011 12:10 AM PDT KUALA LUMPUR 27 April - Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz (foto). Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. "Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. "Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat iaitu Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya. "Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara itu." jelas beliau. Artikel Utusan Online yang nafikan kenyataan Haron Din hari ini [Anehnya dalam Utusan Onlinen hari ini Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan. Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini. "Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram. "Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya. Soalnya, siapa yang menafikan sama ada Harun Din atau Utusan Malaysia sendiri yang bertindak bagi pihaknya?]. |
Posted: 26 Apr 2011 08:48 PM PDT Dalam banyak-banyak laman blog yang membicarakan tentang isu Lynas ini, terdapat satu blog yang cukup menarik kupasan dan pembongkaran maklmuat yang diberikan. Bukan sahaja fakta-fakta yang menakjubkan malah ia disertakan juga dengan dokumen berkaitan. Kami ucapkan syabas kepada pemilik blog tahir nisa atas pendedahan yang cukup bermakna dalam mencari titik permulaan kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Lynas Corporation dari Australia membina kilang memproses "rare earth" mereka di negara kita. Terbaru, pendedahan panas beliau tentang kenapa Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi kilang mereka dan kaitan syarikat itu dengan AMR Technologies. Menurut blogger terbabit AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Kanada pada 11 September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10 Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Technologies Inc. Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham). Tipu Sahan, Lynas Di Saman AMR Technologies Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand. Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,. Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Kanada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tindakan mereka. Saman ini juga untuk halang mana-mana individu dari Lynas dari jadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan. Lynas Pilih Malaysia Selepas Tiada Hak Di China Mahkhamah Persekutuan di Kanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan. Pada 7 April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc (foto) dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China. Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas. Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia. [Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah alasan menolak Lynas beroperasi di Gebeng itu adalah berasaskan kepada fakta-fakta dan bukan sembarangan bantahan sebenarnya. Lynas ternyata sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup menipu untuk membeli saham syarikat lain menerusi "pintu belakang". Justeru itu, apakah rakyat boleh percaya langkah membawa masuk Lynas ke Malaysia itu tidak melalui "pintu belakang"?. Dek kerana itulah juga, maka Kerajaan Malaysia terpaksa berhempas pulas memberi seribu alasan untuk mempertahankan Lynas. Sedangkan, kini terbukti Lynas adalah sebuah syarikat yang tidak beretika dan tidak wajar diberi peluang untuk beroperasi di Malaysia sebenarnya. Apakah kita boleh yakin dengan kejujuran Lynas ini?. Namun, apakah kerajaan mahu mendengar suara rakyat ini gamaknya?. Oleh itu, rakyat diseru meneruskan bantahan Lynas demi masa depan generasi akan datang. Stop Lynas NOW!]. |
Posted: 26 Apr 2011 08:28 AM PDT Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop (foto) berhubung kos yang ditanggung kementerian bagi seorang penghuni Puspen, iaitu sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan sungguh mengejutkan. Kos tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara semalam. Jika benar apa yang dipertakan oleh Abu seman itu, maknanya dalam tempoh setahun kerajaan Malaysia terpaksa membelanjakan sebanyak RM7,117.20 atau RM14,234.40 untuk tempoh dua tahun pelatih puspen menjalani latihan disitu. Maknanya jika ada yang keluar setelah menamatkan latihan, kemudian mereka menagih semula dan masuk kembali ke puspen kerajaan terpaksa menanggung lagi dua tahun latihan mereka. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM28,468.80. Bayang jika akhirnya mereka keluar dan kemduian masuk kembali ke situ seperti banyak yang berlaku sekarang, maka tambahan lagi dua tahun diperuntukkan. Maknanya mereka akan menghabiskan masa selama enam tahun di puspen dan kerajaan terpaksa belanjakan kos RM42,703.20 untuk setiap pelatih. Pelatih Serenti Lebih Untung Daripada Pelajar IPT Soalnya sekarang, apakah bila pelatih serenti terbabit keluar dari puspen mereka dikejar dengan hutang piutang yang memaksa mereka membayarnya, seperti yang berlaku kepada graduan IPT?. Bukankah mereka tidak perlu membayar apa-apa walau satu sen pun. Malah ramai dikalangan mereka akan menagih semula. Mereka suka masuk ke puspen kerana katanya kerajaan tanggung kehidupan di situ. Akhirnya mereka mati dan kerajaan tidak dapat apa2 hasil daripada pelaburan yang dibuat itu. Pernahkah kerajaan fikirkan semua ini? Wajarkah para pelajar IPT yang belajar utk menuntut ilmu di menara gading dan menjadi aset berguna untuk pembangunan negara pada masa akan datang tidak pula ditanggung pembelajaran mereka?. Mereka dibebani dgn berbagai hutang seperti MARA, JPA dan pastinya PTPTN. Jika mereka belajar peringkat sijil, kemudian sambung ke diploma dan akhirnya ijazah mereka akhirnya menanggung hutang hingga hampir sama jumlah dengan pelatih puspen itu tadi. Mereka terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN. Malah mereka dikenakan berbagai tekanan supaya membayar balik wang tersebut. Adilkah situasi ini?. Mereka yang belajar, kerajaan tidak tanggung, sebaliknya yang menagih dadah ditanggung pula. Maka itu, wajarlah pinjaman PTPTN dijadikan sebagai biasiswa seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara terutamanya untuk pelajar Bumiputra. Usahlah dibebani mereka dengan hutang-piutang sedangkan sebahagian besar mereka itu tidak bekerja atau bekerja diluar bidang tugas mereka. Ramai yang bekerja gunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedangkan kelulusan dari IPT terpaksa disimpan akibat kekurangan peluang pekerjaan. [Pelajar Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang diiktiraf, berhak mendapat biasiswa seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya. Pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan bagi orang Melayu. Pemberian pinjaman di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada pemberian biasiswa. Pinjaman PTPTN adalah untuk kemudahan semua rakyat Malaysia. Jika pinjaman ini menggantikan pemberian biasiswa untuk pelajar Melayu Bumiputera, maka hak keistimewaan orang Melayu telah diketepikan. Sekiranya ada pelajar Melayu bumiputera yang berjaya ke universiti tetapi tidak memperolehi biasiswa, bermakna perkara ini bertentangan dengan semangat dan hasrat yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu. Maka itu fikir-fikirkanlah persoalan ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
3 ulasan:
Greаt article! That is the tурe of infoгmation
that are mеаnt to bе ѕhaгed асroѕs the net.
Disgrace оn Gοogle fοr not positioning this submіt hіgher!
Comе on oνer anԁ seеκ аdvice frоm my web ѕitе .
Thаnκ уou =)
Feel frее to surf to my web-ѕіte: instant payday loans
Нi therе, I read your new ѕtuff гegularly.
Үouг story-telling stylе is wittу, keep іt up!
My site: payday loans
Haνe уou еveг thοught about including а lіttle bit moгe than ϳust your articles?
І mean, what уou say is νaluable аnd
everything. Βut thіnκ of if yоu
added sоme gгeаt gгaρhics or
video сlіps to give youг рostѕ mοre, "pop"!
Your content iѕ еxcellent but with imageѕ anԁ сlipѕ, this site could ԁefinitеlу be оne
of thе most benefiсіal in itѕ fіеlԁ.
Grеat blog!
My web-sіte :: loan depot
Catat Ulasan