Pahang Daily Online |
- Dakwaan Timbalan Menteri Konon Mangsa Bukit Merah Hadapi Masalah Kesihatan Kerana Bahan Radioaktif Tidak Tepat Buktikan Dia Buta Sejarah
- Kes Liwat: Anwar Tetap 'Pertahankan' Dakwaan Bahawa Kesnya Itu Adalah Satu Konspirasi Oleh PM Najib Razak Dan Isterinya Rosmah Mansor !!
- Panas: Peguam Anwar Pertikai Kreadibiliti Saiful Sebagai Saksi Kerana Beri Kenyataan Bercanggah Dan Boleh Dipertikai Semasa Kes Itu Dibicarakan
- Isu Lynas: Media Berbahasa Cina Lebih Telus Dan Profesional Buat Liputan "Bantahan Rakyat" Dari Akhbar Berbahasa Melayu Yang Di Cucuk Hidung!
Posted: 26 Apr 2011 06:22 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 April - Dakwaan bahawa orang awam di Bukit Merah, Perak menghadapi masalah kesihatan iaitu penyakit kanser sehingga menyebabkan kematian ekoran projek pelupusan sisa Torium yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi di situ, adalah tidak tepat dan diperoleh daripada sumber yang tidak pasti kesahihannya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (foto) berkata, tahap kesihatan terkini di kawasan tersebut adalah selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang awam dan tidak mencemarkan alam sekitar. "Sepanjang projek pelupusan sisa torium dan bahan-bahan tercemar yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi ini sejak 2003, didapati tiada sebarang pencemaran, kemalangan, atau insiden berlaku. "Setakat ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom belum pernah menerima laporan berkenaan pekerja yang menghidap kanser atau sebarang masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan sinaran radioaktif daripada aktiviti pelupusan tersebut," katanya. Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam Persidangan Dewan Negara hari ini. [Kenyataan Fadzillah ini jelas sekali membuktikan beliau memang "Buta Sejarah" dan tidak layak untuk menjadi menteri sebenarnya. Bukankah kejadian yang menimpa penduduk Bukit Merah itu telah menjadi sejarah dan ramai mangsa-mangsa yang tampil untuk menunjukkan bukti kukuh bahawa mereka menerima akibat daripada pencemaran radioaktif yang dihasilkan oleh Kilang Asean Rare Earth (ARE) di sana. Soalnya, kenapa seorang menteri UMNO tidak tahu semua ini?. Bukankah penduduk di situ akhirnya menang dalam mempertahankan hak mereka dan akhirnya kilang terbabit diarahkan memberhentikan operasinya selepas bertahun-tahun berjuang. Maka, kenapa Fazdillah tidak mengetahui kebenaran ini dan sanggup bercakap untuk menutuk kenyataan yang sudah tersurat. Sejarah tidak wajar diputar belit hanya kerana mahu menyokong pembinaan kilang rare earth Lynas di Kuantan sekarang ini. Oleh itu, rakyat perlu bangkit berjuang menghalang kerajaan teruskan projek ini!]. |
Posted: 26 Apr 2011 05:20 AM PDT Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka. "Kita tahu sistem pornografi UMNO, Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang."Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah", katanya. Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh pemimpin UMNO yang amat berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka. Dalam mengemukakan bukti, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia. "Terbukti mani yang dikatakan 96 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," tambah Anwar Ibrahim lagi. msiakini [Keputusan yang berlaku ini sebenarnya amat memalukan sistem kehakiman Malaysia di mata dunia. Kaedah santifik tidak diikuti dalam menentukan kesahihan bukti terutamanya dalam isu DNA. Patutlah sebelum ini mereka beriya-iya mahu Anwar memberikan DNA tersebut. Malah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tiba-tiba memutuskan bahawa tiga barangan iaitu botol air minuman, berus gigi dan tuala yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima. Rupanya, kini itulah hujjah mereka untuk mensabitkan Anwar dengan kes memalukan yang kontroversi ini]. |
Posted: 25 Apr 2011 10:14 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 April - Peguam Karpal Singh hari ini menghujahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah menggunakan peluang yang ada untuk melarikan diri semasa kejadian itu berlaku, tiga tahun lalu. Karpal berkata, walaupun keterangan pemuda itu di mahkamah menyatakan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan tetapi dia didakwa mematuhi segala yang diarahkan oleh Anwar semasa aksi seks itu dilakukan selain tidak memperlihatkan sikap yang dia telah menjadi mangsa liwat. Ini, katanya, dapat dilihat daripada tindakan pengadu yang turut sama makan karipap dan minum kopi di unit kondominium itu selepas kejadian, tidak terus mendapatkan pemeriksaan doktor malahan menghadiri majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keesokan harinya. Oleh itu, katanya, walaupun pihak pendakwaan dalam hujah pembukaannya tidak merujuk kepada kerelaan pada pihak Mohd. Saiful Bukhari tetapi pengadu dalam keterangannya di mahkamah serta laporan polisnya menyatakan ia berlaku tanpa kerelaan. ''Adalah dihujahkan bahawa dalam keadaan sedemikian, pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (dengan kerelaan) yang dihadapi oleh tertuduh tidak boleh disokong oleh keterangan saksi pendakwa (Saiful) yang menyatakan bahawa apa yang didakwa berlaku antaranya dan tertuduh adalah tanpa kerelaan,'' katan Karpal. Saiful Memang Pembohong, Kreadibiliti Di Pertikai Menurutnya, ekoran terdapat percanggahan tersebut, Mohd. Saiful Bukhari didakwa telah berbohong dalam keterangannya dan boleh dituduh di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan. Ujar Karpal lagi, adalah penting untuk mahkamah mempertimbangkan kredibiliti saksi itu sebelum menerima atau menolak keterangannya, sambil mengingatkan mahkamah agar tidak mengulangi kesilapan dalam kes liwat pertama Anwar melibatkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, hampir 10 tahun lalu. Dalam kes tersebut, katanya, hakim Mahkamah Tinggi telah menerima keterangan pengadu berkenaan tetapi akhirnya tetap ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh menghujahkan bahawa kedua-dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon yang menganalisis asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu, didakwa bersikap berat sebelah dan menggunakan pendekatan yang tidak objektif. Menurutnya, adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada penemuan kedua-dua pakar itu memandangkan keterangan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak dijelaskan. Selain itu, katanya, terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti yang diterima oleh kedua-dua saksi tersebut telah tercemar dan wujud elemen penurunan (degradation) dalam sampel-sampel DNA yang diperoleh. Turut berhujah ialah peguam Sankara Nair yang antara lain mendakwa bahawa tiada gel pelincir, KY Jelly digunakan dalam kejadian liwat itu atas alasan ia hanya ditimbulkan setelah doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa pengadu dalam laporan mereka nyatakan tiada penetrasi berlaku. Barisan peguam bela Anwar memohon agar anak guamannya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri. [Biar pun mahkamah putuskan bahawa DNA "lelaki Y" itu sepadan dengan Anwar. Namun, dek kerana banyak kepincangan dan kenyataan bercanggah-canggah oleh Saiful Bukhari semasa perbicaraan berjalan maka ia agak menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kreadibiliti mahkamah dan badan kehakiman itu sendiri. Mereka boleh menghumbankan semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh bila-bila masa sekarang. Namun, sesuatu yang haris diingat bila Tsunami Politik melanda negara di era reformasi dulu adalah kerana kes Anwar. Maka, jika kali ini pemimpin pembangkang itu dihumbangkan sekali lagi ke penjara, ia merupakan petanda yang jelas untuk rakyat menyaksikan UMNO BN dengan mudah ditumbangkan dalam Pilihanraya Umum akan datang pastinya. Okeh itu, masa masih belum terlambat untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran hakiki dalam kes yang kontrovesi ini]. |
Posted: 25 Apr 2011 09:15 PM PDT KUANTAN, 26 April - Orang ramai sekitar bandar ini kecewa dengan ketiadaan laporan media arus perdana tentang perhimpunan aman membantah Lynas yang diadakan dekat Gebeng ahad lalu. Mereka hairan kerana akhbar berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian seolah-olah cuba menutup realiti sebenar yang berlaku. Malah, akhbar terbabit dilihat hanya melaporkan berita di pihak kerajaan sahaja, sebaliknya bantahan rakyat terhadap isu ini sengaja disembunyikan. Ia berbeza dengan akhbar berbahasa Cina yang dilihat lebih "advanced" dalam melaporkan berita terkini, tepat dan telus tentang isu tersebut. Jika adapun akhbar berbahasa Melayu yang dilihat sekali sekala cuba memaparkan berita Lynas hanyalah Sinar Harian. Itu pun dalam keadaan yang "serba tidak kena" berdasarkan kepada laporan yang dibuat. Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang cuba untuk menyembunyikan fakta yang berlaku terutamanya tentang bantahan majoriti rakyat Kuantan terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" oleh Lynas Corporation itu sebenarnya. Tambah menyedihkan diketika wartawan media arus perdana (berbahasa Melayu) dihalang untuk melaporkan isu ini, ada wartawan dan media asing yang sanggup datang ke sini untuk buat liputan. Ini dapat dilihat ketika himpunan bantah Lynas dekat Masjid Balok Makmur dua minggu lalu. [Wartawan dari Al-Jazeera dan Bloomberg telah hadir membuat liputan, sebaliknya wartawan tempatan tidak kelihatan. Mereka takut berhadapan dengan kebenaran demi kepentingan peribadi masing-masing. Dalam kekalutan ini, mujurlah ada wartawan dari media berbahasa Cina yang membuat liputan menyeluruh isu berkenaan selama ini. Syabas dan tahniah kepada akhbar Nanyang Siang Pau, Sin Ciew Daily, China Press dan lain-lain lagi. Lantaran itulah kita tidak hairan isu ini lebih terkesan kepada kaum Tionghua, kerana mereka terlebih awal dan tepat mendapat maklumat daripada akhbar terbabit. Inilah realiti yang berlaku sekarang ini. Soalnya, kenapakah media berbahasa Melayu sanggup menutup kebenaran. Kami difahamkan ia memang atas arahan Kerajaan Negeri Pahang sendiri, yang sengaja tidak mahu rakyat mendapat maklumat sebenar tentang isu ini. Media arus perdana memang bacul!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan