Pahang Daily Online |
- Panas: Mahkamah Dedahkan DNA Lelaki 'Y' Milik Anwar, Tetapi Sankara Nair Bongkar Sebenarnya Kes Liwat Yang Di Dakwa 'Tidak Pernah' Berlaku!
- Isu Lynas: Tuduhan Pemimpin UMNO, Kononnya Parti Pembangkang Mendalangi Bantahan Adalah Tidak Berasas Kerana Itu Tanggungjawab Mereka
- Gempar: Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang Di Temui Dekat Kuantan
- Sensasi: AC Mizal Menyertai UMNO, Andai Kaedah Bersalaman Pun Sudah 'Melanggar Syariat' Islam Apakah Beliau Fikir Dia Di Landasan Kebenaran !!
- Isu Lynas: Bantahan Kian Memuncak, Himpunan Aman Di Gebeng Buktikan Rakyat Ternyata Mahu Kilang 'Proses Bahan Radio Aktif' Itu Di Batalkan!
Posted: 25 Apr 2011 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 April - Mahkamah Tinggi hari ini mendedahkan Profil DNA "Lelaki Y" yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA "Lelaki Y". "Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie," katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini. Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil. Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil bagi mengenal pasti barangan berkenaan yang ditandakan sebagai bahan bukti. Sankara Mendakwa Kejadian Liwat Rekaan Saiful Sementara itu Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair (foto) hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku. Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar di ruang tamu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari. "Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara. Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku. Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu. Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung. Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan. Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku. "Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup," kata Sankara Nair. |
Posted: 24 Apr 2011 07:15 PM PDT Sokongan rakyat terhadap pembatalan projek pembinaan kilang memproses "Rare Earth" milik Lynas Corporation dekat Gebeng kini semakin mendapat sambutan rakyat. Biar pun kini ada tuduhan yang dibuat kononnya, isu itu sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk mempertahankan kedudukan pada Pilihanraya Umum akan datang. Namun, kini rakyat lebih mengerti apakah yang diperjuangkan sebenarnya. Malah, semakin hari semakin ramai penyokong BN terutamanya dari parti UMNO dan MCA sendiri yang bersama menentang projek tersebut. Mereka mahu sama-sama mahu membela nasib generasi akan datang tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Namun ada juga pemimpin UMNO yang menyokong projek ini terus membuat provokasi. Antara mereka yang paling lantang mempertahankan Lynas di laman sosial facebook sekarang ini ialah Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota sendiri iatu Bahazelan Wahab (foto). Beliau secara lantang mengatakan bantahan Lynas didalangi oleh pembangkang. "Pembangkang (PR) sedang berusha mengagalkan semua perancangan yang di buat oleh PM untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Maju! terbaru mereka telah mengunakan rakyat untuk menghalang pembinaan kilang Lynas dan akan membantah pembinaan kilang Nuklear yg baru peringkat kajian! mereka mengajak rakyat memprotes dengan menakut2kan rakyat dengan membuat perbandingan2 yg sangat berbeza. mereka menuduh PM dan MB Pahang berkepentingan peribadi dan bermacam2 penghinaan dilemparkan kepada kedua2 pemimpin ini di FB oleh kumpulan pembangkang yang jelas didalangan oleh pemimpin mereka di negeri Pahang", katanya. Bukti, sokongan terhadap bantahan Lynas terus meningkat di facebook Bukti, kenyataan di facebook pemimpin terbabit. Sila klik untuk besarkan Persoalannya sekarang, benarkah bantahan ini sengaja dibuat oleh pembangkang?. Bukankah ini tugas pemimpin pembangkang yang sewajarnya membela nasib rakyat. Bahkan, kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota sendiri adalah dibawah jajahan pembangkang (Parti Keadilan Rakyat). Maka, salahkah pembangkang menjuarai isu itu untuk membela nasib rakyat di kawasan mereka?. Rakyat pula sudah putus harapan dengan UMNO BN itu sendiri, yang hanya gah pada laungan "rakyat didahulukan" dan "juara rakyat" tetapi hakikatnya "indah khabar dari rupa". Rakyat perlukan pemimpin untuk membela nasib mereka. Kenapa ramai juga penyokong UMNO BN yang kini bersama-sama membantah isu tersebut?. Malah, ramai dikalangan mereka yang kecewa dengan sikap pemimpin UMNO BN yang "menikus" dalam isu ini, gara-gara takut menyatakan kebenaran. Jika dilihat kepada statistik sokongan rakyat di facebook group yang membantah Lynas sekarang ini, ternyata jumlahnya semakin besar dan bertambah besar. Jika benar pemimpin terbabit mengatakan beliau menyokong Lynas, kita persoalkan berapa ramaikah penyokong UMNO BN yang juga mahu Lynas wujud di Gebang agaknya. Rakyat kini lebih bijak menilai dan tidak mahu lagi nasib mereka diperjudikan oleh kerajaan. Bantahan akan tetap diteruskan demi mencari keadilan buat rakyat]. |
Gempar: Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang Di Temui Dekat Kuantan Posted: 24 Apr 2011 05:08 PM PDT KUANTAN, 25 April - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini. "Saya terkejut sesudah isteri saya mengupas sabut kelapa tersebut, tiba-tiba beliau mendapati tempurungnya berupa wajah binatang. Saya arahkan isteri agak tidak membelah kelapa itu kerana melihat ia agak misteri. Tambahan pula ia mempunya muka, mata, hidung, mulut malahan dua kelopak telinga di kiri dan kanannya", kata beliau. "Saya akan menyimpan kelapa ini dan sedia menjualnya jika ada yang menawarkan harga dan berminat untuk memilikinya. Buat masa ini kelapa itu masih dalam keadaan biasa dan kemungkinan saya terpaksa menebuknya untuk membuang air supaya ia tidak masam serta tahan lama", tambah beliau lagi. Cuba amati bentuk buah kelapa yang dipercayai mirip muka binatang Terbukti, bentuk buah kelapa terbabit menyerupai muka beruang panda Bukti, lihat cuping telinga yang turut terdapat pada buah kelapa tersebut |
Posted: 24 Apr 2011 09:41 AM PDT Trend artis menyertai parti politik nampaknya semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Paling menarik ialah selepas saja berita Bob Lokman mengisytiharkan diri menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS), tiba-tiba pula kita cuba dikejutkan dengan perkhabaran AC Mizal (foto) pula menyertai politik. tetapi, beliau tidak mengikut jejak langkah Bob Lokman sertai PAS. Dia lebih selesa memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya. Apa jua alasan yang diberikan oleh AC Mizal, namun ternyata keputusan dia mengumumkan untuk sertai UMNO itu adalah satu kesilapann besar dalam hidupnya. Malah, ramai melihat itu menandakan yang artis terbabit cukup selesa untuk terus bergelumang dalan maksiat yang selama ini dipelopori dan disuburkan oleh parti itu sendiri. Apa yang menarik antara Bob Lokman dengan AC Mizal ialah kedua-duanya "naik nama" ketika di Astro. AC Mizal menjadi Pengacara rancangan "AC Di Sini" dan kemudiannya "Akademi Fantasia". Manakala Bob Lokman pula adalah Pengacara "Teksi Tunai" dan juga menjadi pengkritik untuk rancangan realiti TV "Raja Lawak Astro" dan pernah juga bersama "Akademi Fantasia" sebelum itu. Cuma apa yang membezakan keduanya ialah Bob Lokman dulunya adalan Penulis Lirik dan Pencipta Lagu, sebaliknya AC Mizal pula adalah artis atau penyanyi ketika bersama kumpulan 4U2C satu ketika dulu. Namun, apa yang paling istimewa ialah selepas Bob Lokman berhijrah meninggalkan Raja Lawak 5 awal tahun ini, AC Mizal pula kembali ditawarkan menjadi Pengacara "Maharaja Lawak" yang sedang ditayangkan sekarang ini. Soalnya, apakah penyertaan AC Mizal dapat menggugat sokongan generasi muda kepada Bob Lokman?. Salam keinsafan, dari kegelapan mencari kebenaran yang hakiki Daripada dua gambar di atas, jelas kita melihat kaedah bersalam itu sahaja sudah membuktikan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang haram mana yang tidak. Soalnya, apakah AC sedar semua ini?. Cicit Tok Kenali itu menyertai PAS dengan disaksikan oleh ribuan anak muda di Kedah. Namun, penyertaaan AC Mizal ke UMNO hanya disaksikan oleh beberapa kerat pimpinan sahaja. Apakah yang AC Mizal cari agaknya?. Ternyata beliau memang "mengejar dunia" dan akan terus karam dengan maksiat selepas ini. Tambahan pula menyertai UMNO bermakna dia bersedia untuk menjerumuskan dirinya ke lembah kehinaan. Malah sesuatu yang paling mengejutkan bila AC kata ada parti pembangkang yang menawarkan beliau jawatan tinggi sekiranya menyertai parti tersebut. Soalnya, parti mana yang mahukan orang seperti AC itu?. AC memang sesuai bersama UMNO dulu kini dan selamanya. Buat AC, memang sesuai sangatanda jadi "Maharaja Lawak UMNO" selepas ini. [Kemasukan AC ke dalam UMNO tidak boleh disamakan dengan penyertaan Bob ke dalam PAS. Ini kerana wadah perjuangan itu jelas berbeza dan sama sekali berlainan hala tujunya. Oleh itu, penyertaan AC ke UMNO tidak lebih mahu mendapatkan "simpati" atas apa yang belum diperolehi selama ini. Umum mengetahui bahawa AC adalah seorang usahawan MLM yang sering menggunakan kelebihan namanya untuk mempengaruhi ramai orang. Malah hingga ke hari ini ramai ahli syarikat MLM AC masih kecewa dengan sikap artis itu. Ramai yang tertipu dengan konsep perniagaan yang dibuat oleh AC. Beliau bijak untuk mempengaruhi orang ramai dengan satu sistem yang jelas sekali menguntungkan dirinya. Mungkin dek kerana itu AC perlukan perlindungan, dan menyertai UMNO adalah salah satu darinya. Apakah beliau akan menemui jalan kebenaran dengan menyertai parti itu agaknya?. Semoga AC Mizal sedar apa yang beliau lakukan ini dan berani berhadapan dengan risikonya kemudian]. |
Posted: 24 Apr 2011 05:52 AM PDT KUANTAN, 24 April - Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Ltd kini semakin memuncak. Hari ini rakyat telah hadir beramai-ramai dalam perhimpunan aman membantah Lynas yang diadakan di pintu masuk Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Himpunan yang turut disertai oleh beberapa orang mangsa "cyanide" yang didatangkan khas dari Bukit Koman Raub. Mereka hadir untuk memberi sokongan dan tidak mahu rakyat Kuantan menanggung penderitaan seperti yang mereka alami. Sebelum ini mereka telah mengadakan satu taklimat berkenaan isu "Cyanide" itu di Jalan Air Putih dan kemudiannya terus ke Gebeng untuk bersama-sama rakyat. Pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dianggar lebih kurang 50 orang telah berada di kawasan itu sekitar jam 4.00 petang. Ini diffahamkan perhimpunan terbbait dijadualkan bermula pada jam 5.00 petang. Dua sekatan jalanraya telah diadakan di jalan utama Kuantan ke Kemaman dan juga jalan masuk ke Gebeng itu sendiri. Dipercayai, perancangan awal peserta perhimpunan akan mengadakan demontrasi berhampiran papan tanda utama Kawasan Perindustrian Gebeng. Kumpulan dari Air Putih yang diketuai oleh Lee Chean Chung (Naib Ketua PKR Indera Mahkota) telah bergerak masuk ke kawasan itu lebih awal. Mereka menggunakan kereta dan termasuk dua buah bas yang membawa peserta dan mangsa "Cynanide" dari Raub. Kumpulan terbabit turut disertai oleh YB Chong Siew Onn (ADUN teras) dan YB Syed Mohamed Syed Lonik (ADUN Beserah). Manakala satu lagi kumpulan berhimpun di Masjid Balok Makmur selepas solat asar dan diketuai oleh Ustaz Suhami Md Saad (Ketua Pemuda PAS Pahang) dan Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota). Turut bersama di situ ialah Fook Chan Siew (PKR Kuantan). Wakil peserta himpunan aman dikerumuni media untuk buat liputan Rakyat terus bangkit membantah hingga Lynas dinyahkan dari Gebeng Peserta bersemangat membawa berbagai kain rentang tanda bantahan Peserta yang terdiri dari mangsa Cyanide Bukit Koman Raub turut hadir Antara pemimpin rakyat yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut Muslimat juga hadir untuk sama-sama memberikan sokongan bantah Lynas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga turut diarahkan berjaga-jaga Pakaian T-Shirt seragam, peserta dari Bukit Koman Raub yang turut hadir Bersatu hati semata-mata mahu membantah kilang Lynas dekat Gebang Perjuangan belum selesai selagi Lynas belum dibatalkan oleh pihak kerajaan Mereka bergerak dengan kenderaan ke kawasan perniagaan di Balok Perdana sebelum berjalan kaki menuju ke lokasi perhimpunan dalam jarak kira-kira 300 meter. Pihak polis didapati bersiap sedia, namun mereka tidak membuat sebarang provokasi. Malah, pihak polis dilihat lebih terbuka dan menjaga lalulintas dengan baik. Teriakan "Hidup Rakyat, Stop Lynas dan Save Malaysia" bergema. dan diketuai pada awalnya oleh Kamarul Hatta (PKR Pahang) Peserta juga turut mengibarkan bendera Malaysia, poster dan kain rentang berkaitan. Ucapan ringkas telah diberikan oleh beberapa orang pemimpin termasuk Ustaz Suhaimi, YB Chong Siew Onn, YB Syed Mohamed dan Andansura . Pihak polis membenarkan peserta berucap untuk seketika, cuma mereka mengarahkan kain rentang "Cyanide" yang turut di bawa dari Raub diturunkan. Perhimpunan berakhir kira-kira jam 5.45 petang dalam keadaan aman. Tiada provokasi dan tindakan kasar yang berlaku antara peserta dengan pihak polis. Segalanya teratur ! [Sesungguhnya perhimpunan petang tadi adalah antara yang terbesar pernah diadakan di kawasan Kuantan setakat ini. Malah, pihak polis yang agak ramai dilihat seolah-olah akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Namun, jangkaan itu meleset apabila kehadiran mereka yang ramai itu jelas sekali untuk memantau keadaan. Cuma peserta perhimpunan tidak dibenarkan berada di bawah papan tanda utama Kawasan Perindustrian Gebeng (foto). Apapun, perhimpunan kali ini jelas sekali memberi isyarat bahawa rakyat di kawasan ini tidak mahu Lynas berada di situ. Mereka juga tidak mahu apa-apa kajian yang akan memberi kelebihan kepada pihak yang berkenaan. Mereka membantah demi keselamatan anak cucu. Mereka tidak rela diberi janji-janji manis, sedangkan mereka yang akan menanggung derita 20 atau 30 tahun yang akan datang. Bukti telah ada kepada penduduk di Bukit Koman, yang terancam akibat erlombongan dan proses pemisahan emas yang dijalankan oleh Raub Australian Gold Mining yang menggunakan cyanide. Apa yang menarik, kedua-dua syarikat yang membawa masuk pelaburan berisiko ini ke Pahang ialah dari Australia. Soalnya, apakah rakyat boleh berdiam diri dan rela mereka terus berhadapan dengan risiko?. Maka itu, bangkitlah dan teruskan perjuangan hingga Lynas di nyahkan dari bumi Pahang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan