Khamis, 21 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Pahang: Menteri Besar Tidak Sepatutnya Ugut ADUN Berkaitan Masalah Air Jika Benar Kerajaan Negeri "Memang Ikhlas" Ingin Bela Nasib Rakyat !

Posted: 21 Apr 2011 12:52 AM PDT

KUANTAN, 21 April - Mungkin dek kerana kelantangan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mengugut semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya menghantar maklumat masalah air di kawasan masing-masing, maka akhirnya masalah air menimpa sebahagian rakyat Kuantan. Hampir 25,000 penduduk dari 4,500 keluarga terjejas gara-gara mengalami masalah bekalan air sejak empat hari lalu seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Pahang hari ini. Penduduk yang terlibat adalah di kawasan sepanjang Jalan Sungai Lembing merangkumi enam taman perumahan dan kampung tradisional. Sebelum ini di Sidang Dewan Undangan Negeri, Adnan dengan "sombong" dan "bongkak" mengugut semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang berhubung dengan isu air ini. Kenyataan yang dibuat Adnan jelas sekali menggambarkan beliau tidak menjalankan tugas dengan baik selama ini. Malah, dia dengan bangganya mengatakan Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan kepada Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat di negeri ini. Adnan dengan bangganya mahu ADUN terbabit menyenaraikan kawasan-kawasan kritikal bekalan air dalam tempoh dua minggu untuk diambil tindakan segera. Malah beliau tidak wajar mengugut kononnya mana-mana ADUN yang tidak menyenaraikan kawasan itu dianggap tidak berminat atau tiada masalah tersebut di kawasan mereka. Begitu mudah Adnan menyelesaikan isu air ini dengan meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Apakah begini tugasnya seorang MB?

[Sepatutnya isu air ini sudah lama diselesaikan selepas beberapa kali ia disiarkan dalam media arus perdana termasuk esksklusif di TV3 suatu ketika dulu. Namun, ia terus berlaku dan membelenggu sebahagian besar rakyat Pahang terutamanya yang tinggal di kawasan kampung dan pendalaman termasuk juga tanah rancangan Felda. Malah baru-baru ini isu yang sama melanda sebahagian penduduk Temerloh seperti yang telah kami dedahkan. Maknanya, isu air ini tidak akan ada kesudahannya selagi Kerajaan Negeri Pahang tidak benar-benar serius dan jujur untuk membantu rakyat menyelesaikannya. Soalnya sekarang, jika masa dua minggu diberikan kepada ADUN terbabit untuk buat laporan maka berapa lama pula Kerajaan Neegri Pahang akan memperbaiki masalah tersebut. Apakah rakyat perlu tunggu lima tahun lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya?. Jika itulah keadaannya, maka sudah menjadi tanggungjawab rakyat Pahang untuk mengubah kerajaan negeri sekarang].

Kontroversi: MB Pahang 'Si Adnan Yaakob' Bakal Berhadapan Dengan Risiko Lebih Besar, Peguam Pahang Di Jangka Bersama Rakyat Bantah Lynas

Posted: 20 Apr 2011 08:53 PM PDT

KUANTAN, 21 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar berhubung dengan isu Lynas. Ini kerana, selepas berjuang bermati-matian untuk memaksa MB Pahang menggunakan kuasanya membatalkan pembinaan kilang memproses "Rare Earth" di Gebeng itu, kini merka yang terlibat dengan amalan guaman pula dikatakan akan bersama rakyat dalam isu ini. Apakah ini satu petanda yang mereka juga tidak mahu nasib dan masa depan anak-anak mereka terabai dek kerana kesilapan yang dilakukan sekarang ini. Jika benar dakwaan tersebut maka, ia satu semangat baru untuk rakyat terus menentang projek Lynas ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu lagi mendengar helah demi helah MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang masih mahu terus mempertahankan projek berisiko itu. Jika barisan peguam-peguam Pahang menyokong tindakan ini, maka sudah pastilah kes ini berpeluang untuk di bawa ke muka pengadilan sama seperti apa yang berlaku di Bukit Merah Perak dulu. Dalam kes tersebut, rakyat akhirnya menang setelah berjuang bertahun-tahun lamanya. Kilang berkenaan juga telah ditutup atas arahan mahkamah, dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk tujuan pemulihan kawasan terbabit. Bezanya, apa yang berlaku di Pahang ini kilang berkenaan masih belum beroperasi. Oleh itu, jika ada tindakan mahkamah maka kes Lynas ini akan menjadi lebih menarik dan bakal menggugat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Rakyat mula melihat dan yakin bahawa pemimpin UMNO BN sebenarnya tidak mahu membela nasib mereka dan gagal melaksanakan gagasan 1Malaysia "rakyat didahulukan" seperti yang disarankan oleh PM Najib Razak sendiri.


Bukti Merah, Jikalau tidak kerana peguam, rakyat pasti terus menderita

Gembira, kemenangan berpihak kepada rakyat dalam insiden Bukit Merah

[Difahamkan, Pahang Bar Committee akan mengadakan satu mesyuarat tergempar jam 4.00 petang ini,bagi membincangkan isu pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation di Gebeng. Malah, mereka juga turut akan membincangkan cadangan kerajaan untuk memina sebuah Loji Nuklear di Temerloh. Menurut sumber, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pahang Bar Building di Kuantan. Sesungguh sokongan daripada Pahang Bar Committee diharap akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat yang tetap mahu membantah projek berkenaan. Semoga dengan ini juga akan menyedarkan Kerajaan Negeri Pahang bahawa suara rakyat harus diutamakan dalam usaha mereka membawa masuk pelaburan berisiko ke negeri Pahang Darul Makmur pada masa yang akan datang].

Isu Lynas: Menteri Besar Pahang Di Harap Tidak Perbodohkan Rakyat Hanya Kerana Mahu Lepas Tangan Tentang Kelulusan Kilang Radioaktif Itu

Posted: 20 Apr 2011 08:09 PM PDT

KUANTAN, 21 April - Nampaknya tekanan buat Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) terhadap isu bantahan rakyat berkaitan pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation semakin memuncak sekarang ini. Susulan dengan itu Adnan terpaksa mencari berbagai helah untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain, demi menyelamatkan dirinya. Apa yang dilakukan oleh MB Pahang ini samalah dalam kes saman penipuan kes balak Seruan Gemilang Makmur (SGM) dulu. Biar pun beliau yang bertanggungjawab dan sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, namun beliau berjaya melepaskan dirinya dan mengarahkan tindakan saman terhadap orang lain, sedangkan dia adalah ketua negeri. Sedangkan dirinya terlepas daripada arahan mahkamah itu. Kini ia berlaku lagi dalam kes Lynas, apabila Adnan awal-awal lagi menafikan Kerajaan Negeri Pahang tidak mengeluarkan lesen kepada Lynas sebaliknya Kerajaan Pusat melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang bertanggungjawab. Adnan cuba untuk memperbodohkan rakyat Pahang, seolah-olah Lynas datang ke Pahang tanpa melalui Pejabat Menteri Besar itu agaknya. Soalnya sekarang, apa yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutifnya, Nick Curtis yang memaklumkan tentang hasrat syarikat itu untuk membuka kilang itu, ketika melakukan kunjung hormat ke atas Menteri Besar, pada tahun 2007 lalu. Pada pertemuan itu, Naib Pengerusi Operasi Lynas Corporation Ltd., Michael Wolley, Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Marshal Ahmad, Pengarah Projek, Bill Moss dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Datuk Lias Mohd. Nor turut hadir. Apakah pertemuan itu sekadar berbual-bual kosong? Adnan harus sedar isu Lynas yang dibantah rakyat itu kini sudah jadi isu nasional sebenarnya.


Musykil, kilang yang sebegini hebat tiba-tiba wujud tanpa kelulusan MB

Siapakah yang mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
keluarkan lesen menduduki premis dengan begitu cepat sekali agaknya

[Semakin Menteri Besar Pahang itu mengeluarkan kenyataan maka rakyat semakin sedar akan kebodohan beliau. Justeru itu, Adnan tidak perlu memperbodohkan rakyat dengan berbagai alasan demi menyelamatkan dirinya. Jika tiada lesen menduduki premis dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka sudah pasti Lynas tidak mungkin ada di Gebeng sekarang. Soalnya, siapakah yang mengarahkan MPK mengeluarkan lesen begitu cepat dalam urusan ini?. Malah, bukankah tanah perindustrian di situ diuruskan oleh PKNP sendiri yang mana Adnan adalah Pengerusinya?. Maka itu, Adnan harus bertanggungjawab kerana membawa masuk kilang berisiko ini. Rakyat tidak akan berkompromi dengan apa jua alasan dangkal yang diberikan. Apa yang rakyat mahu projek itu dibatalkan demi masa depan mereka].

Kontroversi: Rupanya Syarikat Milik Adik Si Najib Razak Sendiri Dikatakan Berjaya Mendapat Projek Email 1Malaysia Yang Menelan Kos RM50 Juta Itu!

Posted: 20 Apr 2011 06:20 PM PDT

Di saat rakyat amat memerlukan pembelaan daripada kerajaan, tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak melancarkan pula projek e-mel 1Malaysia yang dikatakan menelan kos RM50 juta. Najib dalam satu kenyataan mengatakan projek itu merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam. Beliau menegaskan, penyertaan di dalam projek tersebut juga adalah sukarela. Projek itu juga merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik. Najib menjelaskan, beliau mengumumkan projek tersebut kerana ia telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sebagai sebahagian daripada ETP. Soalnya sekarang, benarkah projek itu tidak menggunakan dana awam. Syarikat swasta mana yang sanggup melabur sebanyak itu tanpa mendapat keuntungan jangka panjang?. Maka, setelah disiasat ternyata Nazir Razak (foto), iaitu adik kepada PM sendiri mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia itu difahamkan telah diberikan kepada syarikat Tricubes Berhad. Syarikat itu adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group. Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik PM itu dan beliau juga adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.


Benarkah syarikat ini guna dana sendiri biayai projek e-mail 1Malaysia
[Sementara itu Tricubes yang merupakan syarikat bertaraf GN3 di Bursa Malaysia dan berhadapan kemungkinan dinyahsenarai pernah cuba membida 32.2 peratus saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad namun gagal memperoleh saham itu. Penganugerahan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta itu dipercayai untuk membantu program penstrukturan kewangan Tricubes. Difahamkan projek itu dianugerah oleh Najib kepada syarikat terbabit bagi tujuan penstrukturan semula kewangan Tricubes . Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober 2011 ini. Perkara yang paling menghairankan, adalah tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang mendakwa mengutamakan meritokrasi dan ketelusan tetapi pada masa sama melantik syarikat yang berdepan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan].

Panas: Radioaktif Rare Earth Lynas Tidak Bahaya, Kenyataan Timbalan Menteri Itu Jelas Sekali Ikut Skrip Serta 'Kecewakan' Seluruh Rakyat Kuantan!

Posted: 20 Apr 2011 04:31 PM PDT

Kenyataan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof bahawa a ktiviti yang dijalankan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng Kuantan adalah selamat sungguh mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Malah, beliau juga ada berkata "rare earth" yang diproses Lynas tidak membahayakan manusia kerana tahap keradioaktifannya adalah jauh lebih rendah daripada loji janakuasa nuklear. Alasan yang diberikan bahawa loji janakuasa nuklear bertujuan menghasilkan kuasa elektrik dari bahan nuklear, sementara kilang pemprosesan rare earth bertujuan menghasilkan bahan logam jarang ditemui daripada sumber galian yang turut mengandungi bahan galian radioaktif semula jadi. "Oleh itu, tahap keradioaktifan hasil sampingan dari kilang pemprosesan nadir bumi adalah jauh lebih rendah dan lebih kecil dari segi kuantiti serta keradioaktifannya, berbanding dengan hasil sampingan dari loji-loji janakuasa nuklear," katanya menjawab soalan Senator Mohammed Najeeb Abdullah pada persidangan Dewan Negara semalam. Mohammed Najeeb ingin tahu sekiranya kementerian berkenaan berhasrat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada Lynas Corporation untuk membina kilang tersebut. Kenyataan Fadillah ini jelas sekali sengaja menimbulkan kemarahan kepada rakyat Kuantan sebenarnya. Jika benar beliau berkata projek itu tidak berbahaya, maka eloklah Lynas dihantar ke Sarawak kerana negeri ini mempunyai kawasan yang lebih luas. Biar Fadillah tahu apa akan terjadi kepada rakyat di negeri kelahirannya itu 10 atau 20 tahun akan datang.

[Alasan dangkal yang diberikan kononnya tahap radioaktif Lynas rendah, adalah tidak wajar dan membuktikan beliau terpaksa mengikut skrip semata-mata. Ini kerana rendah atau tinggi ia tetap berisiko dan tidak wajar projek itu dibuat di negara ini. Jika tiada risiko kenapa Kerajaan Australia sendiri tidak membenarkan Lynas memproses rare earth di negeri mereka?. Kenyataan kononnya selamat, adalah bersandarkan kepada asas kajian pakar semata-mata. Namun, kajian pakar yang ada hari ini tidak semestinya sesuai untuk masa akan datang. Risiko bukan berlaku sekarang, tetapi untuk masa akan datang. Justeru itu, Fadillah tidak perlu menjawab sebegitu mudah untuk menutup kelemahan kerajaan yang meluluskan projek ini di Pahang. Rakyat akan terus bangkit membantah].

Ceramah Sulong 'Bob Lokman' Di Kuantan Malam Semalam Telah Berjaya Menarik Perhatian Ramai Peminat Beliau Terutamanya Bagi Generasi Muda

Posted: 20 Apr 2011 09:33 AM PDT

KUANTAN, 20 April - Program ceramah umum bersama bekas Pengacara dan Pengkritik Tetap Raja Lawak Astro, Bob Lokman (foto) di Putra Balok semalam telah berjaya menarik perhatian ramai peminatnya. Malah, sebahagian besar mereka yang hadir terdiri daripada generasi muda dari beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di bandar ini. Bob Lokman memulakan ceramah sekitar jam 11.10 malam selepas Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh memulakannya. Ceramah beliau yang julung kalinya di kawasan ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai yang hadir. Sebahagian besar dari kalangan mereka, masih tidak percaya dengan tindakan artis tersebut tiba-tiba berjuang dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Namun, itulah takdirnya dan Bob berjaya mencuit hati orang ramai dengan celoteh bersahajanya yang dilihat agak tertib dan bersopan. Dalam ceramahnya semalam, Bob banyak menyentuh tentang soal iman dan takwa. Beliau juga menyeru hadirin yang hadir agar menyampaikan ilmu yang diperolehi pada malam itu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya orang UMNO. "Saya rasa antara tuan-tuan dengan saya tuan-tuan lebih banyak hadir ke ceramah. Mungkin lebih dari 200 kali. Tetapi, berapa banyak ilmukah yang telah tuan-tuan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain dikalangan UMNO?", tanya Bob kepada orang ramai. "Amatlah rugi bila ilmu yang bermanfaat itu tidak disebarkan, saya harap tuan-tuan akan memulakannya pada malam ini", kata beliau.


Bukti, sebahagian besar generasi muda telah berada di hadapan pentas
"Kerajaan yang ada pada hari ini ternyata gagal mendidik manusia ke arah keimanan dan ketakwaan. Unsur hiburan terus disogokkan kepada generasi muda dan inilah yang saya lalui selama ini. Buka Astro ada Akademi Fantasia, bukan TV3 ada Mentor, buka TV1 ada Bintang Klasik malah termasuk juga Bintang Kecil serta lain-lainnya. Inilah yang menyebabkan generasi muda akhirnya rosak akhlak dan akidah mereka. Media yang ada tidak digunakan untuk membawa manusia ke arah agama Islam yang sebenarnya", tambah Bob Lokman lagi.


Peminat Bob berpusu-pusu bergambar dan dapatkan tandatangannya

Ust. Suhami, Ust.Nasron (YDP PAS Indera Mahkota) dan YB Fuziah (PKR)

Sebahagian diantara ribuan rakyat yang hadir dalam ceramah umum itu
[Secara keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan oleh Bob Lokman itu jelas dapat diterima oleh orang ramai yang hadir. Malah, selepas ceramah, beliau telah dikerumuni oleh ramai anak muda yang mahu mendapatkan autograf dan bergambar dengannya. Dalam pada itu, difahamkan sebelah petangnya satu majlis jamuan Hi-Tea juga telah diadakan di lokasi berhampiran dan beliau juga dikatakan telah menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah surau dekat Kempadang sebelum itu. Kehadiran Bob Lokman dilihat berjaya menarik perhatian ramai pihak, malah terdapat juga dikalangan mereka yang merupakan penyokong tegar UMNO turut hadir. Apapun syabas dan tahniah kita ucapakan kepada Bob, semoga beliau terus konsisten untuk menyebarkan dakwah Islamiah kepada seluruh umat Islam di negara ini. Tambahan pula, khabarnya beliau kini menerima begitu banyak undangan ceramah di seluruh negara. Jadualnya cukup ketat sehingga bilan Jun 2011 ini. Semoga masa depannya akan lebih bersinar lagi tatkala bersama perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta ini].

Tiada ulasan: