Rabu, 20 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Tindakan Utusan Beriya Buat Liputan Soal Datuk T, Membuktikan Akhbar Itu Mengikut Skrip Pihak Tertentu Terhadap Kes Video Seks Ini Sebenarnya

Posted: 20 Apr 2011 01:46 AM PDT

Rakyat semakin hairan apabila akhbar arus perdana Utusan Malaysia @ Meloya semakin beriya-iya memainkan isu "video seks". Sangkaan kita mereka akan diamkan isu ini selepas Pilihanraya Negeri Sarawak ternyata meleset. Malahan hari ini sekali lagi akhbar terbabit memainkan tajuk utama Kami Tidak Gentar untuk merujuk kepada Trio Datuk T kononnya sanggup berhadapan dengan segala tindakan demi kebenaran. Malah akhbar itu juga membuat tajuk besar kononnya "Trio Datu T Sanggup Sumpah Laknat Depan Kaabah". Sekali pandang dan baca seolah-olah kesungguhan mereka ini membuktikan mereka berada di pihak yang benar. Namun, apabila diamat-amati betul-betul ternyata mereka berani berbuat demikian sebab "mengikut skrip" yang telah ditetapkan. Inilah juga yang berlaku kepada Saiful Bukhari Azlan dan yang lainnya. "sumpah laknat" dijadikan sebagai penanda aras siapa benar dan siapa salah. Kononnya mereka yang bersumpah itu telah mengikut undang-undang Islam, walhal mereka sendiri tidak faham bahawa masa bila sumpah laknat itu boleh dilakukan dan kepada siapa ia diharuskan. Jika sumpah lakna dijadikan alasan orang ini benar dan orang ini salah, maka mudahlah penjenayah bebas daripada sebarang pertuduhan. Orang yang mencuri dan merompak bersumpah laknat mengatakan mereka tidak melakukan perbuatan demikian. Manakal orang yang merogol juga bersumpah laknat mereka tidak melakukannya. Mudah benar hukum agama jika sumpah laknat dijadikan sebagai bukti kukuh siapa benar dan siapa salah. Walhal, sepatutnya sumpah laknat itu harus dibuat selepas segala perbicaraan yang dijalankan itu selesai mengikut lunas-lunas Islam.

[Jika benar, Trio Datuk T mengatakan mereka sanggup bersumpah demi kebenaran. Maka mereka juga harus mengarahkan kes seperti ini dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan secara perundangan Islam. Malah, mereka juga perlu berhadapan dengan tindakan Qazaf jika ia dilakukan oleh orang yang dituduh. Itulah jalan yang sebaiknya. Bukan dengan mendabik dada kononnya mereka benar, sedangkan rakyat sedikit pun tidak percaya dengan pendedahan yang dilakukan. banyak kekaburan dan kekeliruan yang menunjukkan isu ini sengaja dijadikan sedemikian rupa untuk meraih sokongan rakyat Sarawak terhadap BN dalam pilihanraya negeri yang baru lalu. Tindakan Trio Datuk T, berbangga kononnya mereka sanggup bersumpah di depan Kaabah seolah-olah menunjukkan yang mereka tidak takut berhadapan dengan tindakan mahkamah kerana mereka sudah tahu skrip yang akan disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah mereka rela bersedia kerana mengikut arahan. Apa yang penting, musuh politik pihak terbabit dihapuskan segera. Inilah yang sedang mereka nantikan sebenarnya !!].

Isu Pahang: Rakyat Di Minta Supaya Berhati-Hati Dan Tidak Terpedaya Dengan Janji Manis Menteri Besar Pahang Kononnya Mahu Kaji Projek Lynas !

Posted: 19 Apr 2011 10:03 PM PDT

KUANTAN, 20 April - Orang ramai di seluruh bandar ini digesa tidak terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang mengatakan kononnya Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob mahu mengkaji semula kewujudan kilang memproses "rare earcth" Lynas Corporation Ltd di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini. Malah kenyataan kononnya bersetuju untuk mendapatkan pandangan pakar antarabangsa bagi memberi pandangan berhubung pembinaan kilang itu. Adnan juga memberitahu bahawa pihak Lynas juga sedia bekerjasama dengan pakar berkaitan untuk memantau kilang bernilai RM700 juta itu dalam mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan. Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau (foto) dalam satu kenyataannya hari ini. "Saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan MB itu. Kerana bagi saya kenyataan untuk mengkaji adalah satu tindakan yang sengaja mahu memperbodohkan rakyat sebenarnya. Apa lagi yang mahu dikaji?. Mahu kaji kemudian kaji? Jangan cuba membuat rakyat seperti kanak-kanak tadika. Kajian sepatutnya dibuat sebelum projek itu diluluskan pembinaannya. Jika lima tahun lepas Adnan mengkaji, mungkin ada maknanya. Tetapi, kajian sekarang iaitu selepas mereka meluluskan lesen dan membenarkan Lynas Corporation Ltd membina kilang terbabit di Kawasan Perindustian Gebeng sebenarnya sudah terlambat", kata beliau.

[Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang di hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang semalam, tidak lebih untuk menutup kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinannya. Adnan tidak boleh bertindak bodoh dengan mengatakan Kerajaan Negeri Pahang tiada kuasa untuk meluluskan projek berkenaan di adakan di negeri ini. Soalnya, siapakah yang mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk meluluskan lesen menduduki premis dengan begitu cepat sekali. Keduanya, bukankah Jabatan Alam Sekitar Pahang itu terletak dibawah pentadbirannya, dan sebagai Menteri Besar beliau pasti akan dipersembahkan dengan laporan EIA sebelum menyokong kelulusan projek berkenaan. MB memang tidak ada kuasa mengeluarkan lesen, tetapi beliau berkuasa untuk menyokong projek itu. Makanya, usahlah Adnan bertindak bodoh untuk menyelamatkan diri sendiri. Sedangkan rakyat lebih tahu, siapakah yang bertanggungjawab membawa masuk projek berkenaan ke negeri ini. Apakah kerajaan pusat boleh sesuka hati membina kilang berisiko seperti itu tanpa merujuk Kerajaan Negeri Pahang?. Sila ikuti kenyataan penuh beliau di blog peribadinya di SINI].

Pejabat PAS Pahang Di Ceroboh, Beberapa Barang Dan Maklumat Strategik Parti Itu Telah Di Larikan

Posted: 19 Apr 2011 06:08 PM PDT

TEMERLOH, 20 April - Sebelum ini (25 Okt 2010) kami telah melaporkan tentang Pejabat Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman dekat Bukit Sekilau diceroboh. Namun, hingga ke hari ini pihak polis mungkin masih menjalankan siasatan dan belum pun selesai lagi, biarpun sudah dua kali kes tersebut berlaku. Mungkin sudah menjadi satu "trend" agaknya, penceroboh hanya gemar memasuki premis pemimpin atau parti pembangkang maka satu lagu kes berlaku apabila pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato' Bahaman (foto) , dekat sinipula telah diceroboh dua hari lalu. Penceroboh dipercayai mengambil beberapa barang-barang strategik dipercayai untuk mencuri maklumat. Antara barangan tersebut ialah sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk, berpuluh pen drive dan wang tunai. Pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad apabila empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga didapati pecah sementara ruangan pentadbiran pejabat berselerakan. Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan berdasarkan kesan mereka memecah masuk untuk mencuri maklumat strategik.


Salah ssebuah meja yang berselerak, akibat digeladah oleh penceroboh

[Apa yang menarik untuk diperkatakan dalan kes terbaru ini ialah modus operandi yang dilakukan oleh penceroboh hampir sama dengan kejadian yang menimpan Pengerusi PKR Pahang Oktober tahun lalu. Penceroboh terlatih itu masuk melalui bumbung kemudian membuka siling pejabat dan masuk untuk menggeladah. Soalnya, apakah ia dilakukan oleh orang yang sama?. Jelas sekali dapat dilihat dalam kes ini, motifnya ialah untuk mendapatkan maklumat parti berkenaan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Soalnya, siapakah yang melakukan kerja itu?. Pihak polis dilihat masih gagal untuk mengenal pasti penceroboh yang memasuki pejabat Dato' Fauzi di Kuantan dulu, biarpun ia sudah dua kali berlaku. Malah, kedua-duanya laporan polis sudah pun dibuat. Jika penceroboh itu berniat mahu mencuri, maka lebih baik mereka menceroboh pejabat lain yang lebih banyak menyimpan wang ringgit. Kenapa ini berlaku kepada Pejabat PAS?. Bukankah kes ini memang bermotifkan politik sebenarnya. Oleh itu, pihak polis diminta menyiasat dengan telus kes ini. Jika tidak maka persepsi rakyat sudah pasti akan mengaitkan kes itu dengan politik !].

Tiada ulasan: