Kerajaan Negeri Pahang, pimpinan
Dato' Seri Adnan Yaakob wajar membatalkan
"Projek Lynas" tanpa perlu ada banyak alasan lagi. Biar pun Menteri Besar begitu beriya-iya mahu mempertahankan projek tersebut hingga sanggup menutup semua kilang-kilang yang terdapat di
Kawasan Perindustrian Gebeng seandainya rakyat terus menyatakan bantahan itu. Sesungguhnya kenyataan Adnan itu amat
"berbahaya" dan merupakan satu ugutan yang nyata buat lebih
20 ribu pekerja industri di kawasan terbabit. Apakah rasionalnya seorang MB bercakap demikian hanya kerana kecewa bantahan rakyat terhadap satu projek berisiko itu?. Tindakan Adnan dilihat terlalu kebudak-budakan dan membuktikan beliau tidak layak lagi untuk memimpin Pahang sebenarnya. Apa yang dibantah oleh rakyat ialah sebuah kilang yang membawa masuk bahan mentah
"rare earth" yang dipercayai mempunyai radioaktif. Biar pun kadar risikonya dikatakan agak rendah namun hakikatnya ia tetap berisiko. Kenapa haris menanggung risiko jika projek itu memang mempunyai risiko?. Apakah semua kilang-kilang lain yang terdapat di Gebeng itu membawa masuk bahan mentah berisiko seperti Lynas?. Inilah yang perlu dijawab oleh Adnan jika beliau benanr-benar mahu menutup semua kilang terbabit. Kenyataan tersebut tidak lebih satu ugutan bagi Adnan memaksa rakyat
"menerima kenyataan" bahawa Lynas itu tidah mendatangkan risiko. Tindakan Adnan ini jelas sekali merupakan satu mesej
"biadap" yang ditujukan kepada rakyat yang tidak berdosa. Apakah ini sifatnya seorang MB yang membela rakyatnya?
MB Terlambat Jika Mahu Membawa Masuk PakarAdnan sering kali menyatakan beliau akan membawa pakar-pakar dari luar negara untuk menerangkan kepada rakyat tentang isu Lynas ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerimanya dalam keadaan
"kritikal" seperti ini. Adnan sepatutnya melakukan kerja itu empat atau lima tahun yang lalu, bukannya sekarang. Rakyat mahu projek itu dibatalkan, bukan mahu mendengar berbagai alasan supaya ia diteruskan. Adnan boleh membawa pakar yang terbaik tentang
"rare earth" di atas muka bumi ini ke Kuantan. Namun, apakah ia boleh selesai, sedangkan taklimat awam yang dibuat oleh
Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri pun akhirnya di batalkan begitu sahaja.
Semua ini dek kerana mereka takut dan gusar dengan suara rakyat. Soalnya, kenapa Adnan selaku pemimpin utama negeri ini masih mahu mempertahankan isu
"Lynas" ini?. Bila dikatakan ada
"wang pelincir" mengalir seperti yang didedahkan oleh ketika taklimat awam di
Komplek Dagangan Indera Mahkota awal bulan lalu, mereka semua melenting. Malah, Adnan sendiri mahu menyaman pihak berkenaan atas kenyataan tersebut. Namun, bukankah sudah menjadi tradisi kerajaan UMNO BN setiap projek yang mahu dibuat perlulah ada
"pengerasnya". Jika tidak ia
sukar untuk diluluskan begitu sahaja. Inilah yang berlaku dalam permohonan
tanah, balak, lombong, pasir dan lain-lain projek di negeri Pahang sebenarnya.
Benarkah Wang Pelincir Jadi Alasan Ia Diteruskan
Menteri Besar Pahan itu tidak perlu
"mempertahankan benang yang basah" kerana isu
"wang pelincir" ini sudah sebati dengan jiwa rakyat Pahang sebenarnya. Mereka mungkin lebih tahu daripada apa yang Adnan tidak tahu. Atau mungkin juga Adnan sengaja buat-buat tidak tahu bagi menutup kelemahan yang berlaku. Semua ini mungkin hanya satu persepsi semata-mata, namun jika ditanya mana-mana jabatan kerajaan seperti
Pejabat Tanah & Galian Pahang, Pejabat Hutan Pahang dan lain-lain jabatan yang berkaitan. Pasti isu
"wang pelincir" ini akan menjadi mainan bagi mereka yang mahu meluluskan atau menyokong sesuatu permohonan tersebut. Apatah lagi dengan projek yang mencecah
RM700 juta seperti Lynas ini. Cuma, hanya mereka yang terlibat mungkin tahu atau ambil tahu dan memahaminya. Lantaran itulah rakyat hairan apabila projek berisiko seperti ini terus dipertahankan. Sepatutnya, Adnan selaku Menteri Besar harus
"mendahulukan rakyat" bukannya sebuah syarikat yang akan mengaut
keuntungan berbilion ringgit setahun tanpa cukai selama 12 tahun kepada kerajaan itu. Jika tidak berhati-hati dengan isu ini, Adnan mungkin boleh terperangkap sebenarnya. Maka, jalan terbaik ialah
membatalkan projerk tersebut tanpa sebarang alasan lagi. Itulah yang diharapkan oleh rakyat sejak isu Lynas ini menjadi kontroversi.
Kerana Pakar "Tanah Runtuh" Di MRSM Bentong Mungkin dek kerana kealpaan Adnan, maka akhirnya
"bala turun" di
daerah kelahirannya dekat Bentong baru-baru ini. Sebuah
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang baru beroperasi setahun yang lalu, terpaksa ditutup akibat tanah runtuh yang berlaku sejak dua tahun lalu. Menurut sumber, penutupan tersebut akan diberitahu hingga satu tempoh tertentu bagi membolehkan kajian struktur tanah dan kerja membaikpulih dilakukan di kawasan tanah runtuh berhampiran maktab terbabit. Adnan berkata h
asil pemeriksaan awal mendapati aliran air bawah tanah menjadi punca tanah berhampiran bangunan MRSM terbabit runtuh perlahan-lahan. Beliau berkata, berikutan bimbang dengan keadaan keselamatan pelajar dan kakitangan, tindakan menutup sementara MRSM terpaksa dilakukan.
Beliau telah mengarahkan agensi berkenaan membuat kajian lanjut berhubung pergerakan tanah berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya. Sementara itu pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan sudah dipindah sementara waktu ke
MRSM Pekan bagi meneruskan pengajian mereka dan akan dibenarkan pulang sehingga kerajaan negeri mendapat kata putus daripada kajian itu.
Apakah pakar tersilap dalam membuat keputusan meluluskan MRSM ini? Kerana percaya kata-kata pakar, tanah ini runtuh juga dekat MRSM Bentong Adnan juga berkata, kajian awal mendapati terdapat pergerakan aliran air bawah tanah di paras antara sembilan hingga 12 meter ke bawah yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh sehingga menjejaskan kemudahan padang hoki dan merosakkan pembentung najis. Beliau berkata, belum ada tempoh tertentu yang ditetapkan kerajaan untuk kerja membaikpulih kerana kajian terperinci perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan kawasan itu selamat untuk diduduki semula.
"Penutupan ini juga sudah dimaklumkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu lalu. Kerajaan akan sentiasa prihatin dan peka dengan keadaan persekitaran supaya semua pihak dapat menjalankan tugas seharian dalam keadaan selamat," kata Adnan. Bukankah ini bukti beliau mahukan rakyat selamat!
[Kesimpulannya, apa yang berlaku di MRSM Bentong ini jelas sekali merupakan kesilapan yang dilakukan oleh laporan pakar-pakar berkaitan sebelum memberi kelulusan projek ini. Kini, akhirnya tanah tersebut runtuh tanpa dapat dihalang lagi, bukannya ia satu risiko yang perlu ditanggung oleh kakitangan dan para pelajar di MRSM terbabit yang kini menjadi mangsa. Soalnya, apakah kenyataan pakar-pakar untuk projek Lynas boleh diterima?. Jika pun pakar itu hebat, namun faktor alam semula jadi perlulah diambilkira. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Maka, jalan terbaik ialah kita tidak biarkan rakyat berhadapan dengan risiko. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Kita tidak mahu risiko yang sama berlaku di kawasan Adnan ini akan terjadi kepada rakyat di Kuantan. Beliau tidak perlu berdolak dalih lagi dan wajar membatalkan projek tersebut demia kesejahteraan rakyat. Usahlah memperjudikan nasib rakyat hanya kerana mahu mengejar keuntungan duniawi semata-mata. Hentikan Lynas].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan